Sebelum kahwin suami kaki perempuan, masuk kelab. Sekarang ada 3 orang anak, saya jatuh cinta dengan rakan sekerja

Selama 10 tahun saya memuja suami. Dialah dunia saya. Ketika itu saya anggap dia suami, bff saya, soulmate saya. Tapi sekarang saya dah jatuh cinta dengan rakan sekerja saya. Dah lebih dua tahun kami berhubung, suami dah mula naik tangan sebab cemburu…

#Foto sekadar hiasan. Hi semua pembaca dan terima kasih admin.. Nama samaran saya, Baby. Saya tak tau nak luah kan dekat siapa, takut nanti buka aib, aib saya, aib suami, aib rumahtangga kami. Secara ringkasnya. Saya dah berkahwin dan ada 3 orang anak. Seorang yang bekerja.

Saya memilih berkahwin bersama suami setelah 1 tahun kenal. Kami kenal dalam usia yang muda. 23 tahun. Saya hanya lah budak yang baru habis belajar, mahu memulakan hidup baru di KL (saya berasal dari kampung) setelah graduated dari University tanah air.

Saya tidak pernah mem4ksa dia memilih saya. Dan perasaan saya padanya hanya lah 50 – 70% semasa saya berkahwin dengannya. Dan perasaan saya bercambah kerana dia ada ciri – ciri yang saya suka. Suami saya bagi saya seorang yang baik. Tak banyak cakap. Romantik juga orangnya.

Dia melayani saya dengan baik dan ketika kami bercinta dia tidak menyentuh saya dan menghorm4ti saya sebagai seorang wanita, pegang tangan pun tidak. Untuk pengetehuan, suami saya dik4tegori sebagai bad boys. Dia ada masa lalunya (s3xually active, suka perempuan s3ksi – s3ksi, suka minum dan pergi club, taking w33d, piills and etc lah semua kerja jahat katanya, even dia pernah termengandungkan perempuan dan perempuan itu decide untuk gugurkan kandungan..)

Dia bercerita semua ini ketika saya awal – awal berkawan dengannya. Dan dia suruh saya decide samada saya terima atau tidak. Dia mahu berkahwin dengan saya kerana tertarik dengan peribadi saya yang naif di kala itu. Dia nak berubah katanya.

Dan saya meletakkan syarat. Syarat iaitu jangan kembali ke kehidupan lama nya. Kerana he will losing me.. Saya tidak judge dia. Saya terima seadanya.. Dan ingin memula hidup baru. Hari ni 1 Jan 2024 ialah tahun ke 10 kami berkahwin.

Selama 10 tahun saya memuja dia. Dialah dunia saya. Ketika itu saya anggap dia suami, bff saya, soulmate saya. Saya rasa bahagia berjodoh dengannya sampai lah sekarang. Cuma kemuncaknya. Awal tahun 2023 ini saya rasa per4ngai dia sangat teruk dan mahu bercerai.

Suami tidak kembali ke masa lalunya (setakat ini macam clean lagi) tak pernah kantoi lah. Masalah saya sekarang, selama tempoh 10 tahun, suami saya dah mula naik tangan pada saya, beberapa kali. Boleh dik4takan dalam setahun 2 kali, sejak 2017.

Dia jadi lama kelamaan seorang yang baran. Tiada sudah ciri – ciri yang saya adore pada dia dulu, seperti layanan baik soft spoken. Eg0 dan tidak boleh dibawa berbincang kerana communication jadi 1 hala. Dia banyak buat silent treatment. Tak tau kesalahan saya. Saya kena faham sendiri apa yang dia suka and tak suka.

Tiada pillow talk di antara kami. Kami tidak tidur bersama di bilik master bedroom. Tidur asing – asing. Saya tidur dengan anak – anak. Dia tidur bilik lain. Jika dia nak melunaskan nafkah batin. Dia akan pergi ke bilik dan turun semula. Situasi ni dah terjadi sejak 2018.

Kalau berg4duh, kita tidak akan berbincang tetapi bermula dengan conversation yang biasa dan memilih untuk melupakan apa yang ketidak puasan hati masing – masing. We drop it and live life like a biasa. Kami jadi tidak secocok dan bukan pasangan yang serasi lagi.

Pada masa yang sama. Saya terjatuh cinta dengan rakan sekerja saya. Saya mula bandingkan suami saya dan dia. Kami dah berkenalan selama 2 tahun lebih. Saya sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya (pada mulanya saya rasa ianya biasa hanya crush sahaja) dan secara tak sengaja tak sangka cinta saya berbaIas.

Saya mula hilang fokus. Saya curang. Dia juga curang dengan pasangannya. Manakala suami saya m4kin teruk layanannya. Kerana saya sudah mula balik lambat dan meletakkan crush saya itu sebagai keutamaan. Suami saya mula tarik muka. Layan buruk dan silent treatment.

Kali terakhir saya diced3rakan pada Nov lalu. Saya dipukuI lagi kerana cemburu. Nafkah batin yang selama ini berjalan lancar, kini dia tidak lagi menyentuh saya sangat. Hanya 2 kali sebulan, kalau dulu 6 – 8 kali sebulan.

Nafkah zahir pun dikurangkan. Nafkah saya dip0tong dari 700 ke separuh dengan alasan saya mengutamakan kerja dari dia. Saya tidak kisah kerana saya ada duit juga dan bukanlah high maintenance. Saya banyak share juga expenses.

Saya bukan mahu bercerai kerana mahu berkahwin dengan crush saya. Crush saya seorang yang rational dan support saya untuk baiki hubungan saya dan suami. Kami berjanji untuk berhenti hubungan tak lama lagi kerana masing – masing dah ada pasangan.

Saya mahu bercerai kerana saya nak bahagia. Tetapi saya takut anak saya membesar tiada bapa. Suami saya close dengan anak – anak dan anak – anak adore dia.

Soalan :

1. Perlukah saya bercerai? Adakah ada harapan saya lagi bersama suami saya yang kaki pukuI itu.

2. Adakah perlu saya menutup mata (kaki pukuI dan layanan kasar buruk, suka tengking terutamanya depan orang.) sebab dia masih lagi bukan kaki perempuan dan tidak kembali ke asal nya.

3. Kalau ada servis untuk couple counselling mohon share di comments.

– Baby (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Princess Snow : Pengalaman kawan saya. Dia diuji jatuh cinta dengan lelaki lain masa umur dia 40. Kawan saya ni muka babyface tak nampak 40 pun. Kebetulan dia ada masalah dengan suami yang jobless. Dia berhubung rapat dengan lelaki tu 4 bulan masa tu dia cerita kat saya.

Dah berjumpa tapi dia fikir d0sa walau hanya berjumpa. Dia putuskan terus langsung tak berhubung dah sebab dia rasa bersalah dengan suami walau suami dia teruk macam mana pun. Syukur kawan saya dah kembali ke pangkal jalan.

Dia cuba terima balik kekurangan suami dia dengan pandang pada kelebihan sebab suami dia rapat dengan anak. Bab jobless dia anggap rezeki Allah bagi melalui dia. Dia cipta balik bahagia dengan suami dia, ajak pergi bercuti dan hubungan mereka pulih semula. Ambil ikhtibar dari kisah kawan saya ni.

Seeloknya putuskan hubungan dengan crush tu, baiki hubungan dengan suami. Saya sendiri tak berani nak mengeji orang yang curang sebab kita tak tahu bila kita akan diuji. Cuma mampu nasihat andai berlaku, boleh perbaiki.

Perempuan susah nak mencintai 2 lelaki dalam 1 masa tapi lelaki boleh cinta 4 perempuan dalam 1 masa sebab tu laki boleh poligami. Jadi untuk perempuan, jangan buka pintu kecurangan walau mula anggap kawan tapi sy4itan sentiasa ada.

Kalau nak lelaki lain tunggu dah bercerai dulu.  Tapi yakinkah berkahwin lagi laki tu akan lagi baik pada suami sekarang. Tak penat ke nak bercinta balik dan start over again. Tak ada yang sempurna pun jadi belajar terima kekurangan dan perbaiki diri.

Norain Noordin : Putuskan hubungan dengan crush tu. Dan jangan jalinkan hubungan dengan mana – mana lelaki pun sebab anda masih bersuami. Perbaiki hubungan dengan suami. Kalau sis jatuh cinta dengan suami sebabkan ciri – ciri dia masa mula kahwin dulu, usahakanlah.

Ada banyak cadangan di sini untuk counsellor rumah tangga, boleh cuba. Tapi suami naik tangan ni sangatlah tak baik ya untuk perkembangan anak – anak walaupun dia rapat dengan anak – anak. Berpisah tak bermaksud tak boleh rapat dengan anak – anak. Buatlah sesuatu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.