Sebelum kahwin, suami mengaku kaki masjid, bujang, kuat agama. Lepas kahwin baru tahu dia dah 2 kali kahwin, tak kerja, suka mencuri

Alangkah terkejut kali kedua selepas seminggu sebulan menikah, rupanya dia jenis yang tak solat, kuat mer0kok, pemalas kerja dan banyak habiskan duit pencen tok dia yang sudah tua. Semasa mengemas aku jumpa surat nikah suami bersama seorang lagi isteri..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, tolong hide profile aku. Tujuan aku untuk berkongsi dan bertanya pendapat apa yang perlu aku lakukan. Aku dah setahun 8 bulan berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia setahun. Sebelum berkahwin aku diberitahu oleh suami aku yang dia seorang anak teruna, rajin solat jemaah di masjid dan orang ilmu agama.

Tempoh perkenalan melalui WhatsApp dan FB sahaja, kami tak pernah keluar ke mana sehingga menikah. Lagi seminggu majlis pernikahan, pejabat agama menyerahkan borang keizinan menikah dan surat cerai. Alangkah terkejutnya aku bila membaca surat cerai kerana dia mengaku bahawa teruna.

Bila aku ingin putuskan hubungan, dia merayu agar dimaafkan kerana dia mangsa keadaan dan dipaksa keluarga untuk menikahi isteri dia yang sedang hamil anak lelaki lain. Setelah dia merayu dan ugut untuk bunuh diri sekiranya aku teruskan niat untuk membatalkan pernikahan kami, aku memberi dia peluang.

Alangkah terkejutnya kali kedua selepas seminggu sebulan menikah, rupanya dia jenis yang tak solat, kuat mer0kok, pemalas kerja dan banyak habiskan duit pencen tok dia yang sudah tua. Semasa mengemas aku jumpa surat nikahnya bersama seorang lagi isteri.

Bila aku bertanya, dia maki hamun dan sepak terajang barang dalam rumah serta kata aku betina jahat yang suka selongkar barang dia. Padahal tok dia yang paksa aku kemas bilik tu. Setelah aku kata aku tak sanggup ditipu lagi dan nak putuskan ikatan perkahwinan lagi sekali, dia merayu dan minta maaf serta berjanji akan jujur dan berubah.

Dia kata dia bercerai kerana isterinya berzina dengan lelaki lain dan mempunyai anak hasil zina. Bila aku tanya takkan awak tiada anak langsung, dia siap bersumpah atas nama Allah dan menjunjung Al Quran di atas kepala. Saban hari dia mula tunjuk perangai sebenar, mengamuk minta duit dari tok dan ugut macam – macam, maki hamun tok dan sanggup mencuri duit dalam bank.

Bila aku tegur salah dan dosa dia, dia pula memarahi aku dan marah kerana masuk campur hal dia. Nafkah aku kebanyakannya duit tok dia yang kasi. Makan minum, tempat tinggal, bil api semuanya tok dia yang tanggung. Senang kata dia cucu emas yang ditanggung sepenuhnya.

Sampailah satu tahap sepupu dia beritahu rumah yang dia dan tok mengaku rumah sendiri adalah rumah suami mak saudara dia. Mereka hanyalah menumpang. Dan duit hantaran kami yang dia mengaku duit dia pula, tok dia hutang dekat abah dia dan sekarang tiap – tiap bulan tok dia yang terpaksa bayar semula.

Lama kelamaan dia mula ugut – ugut nak pukul aku kerana aku selalu tegur kesilapan dia. Aku tak ikut cakap dia kerana apa yang dia suruh salah dari segi syarak. Ada satu hari dia pukul aku betul – betul dan aku ugut nak report polis. Dia pujuk rayu untuk dimaafkan dan berjanji takkan buat lagi. Tapi semakin hari semakin kuat dia ugut.

Hendak bomohkan aku supaya ikut segala kehendak dia dan supaya aku lupakan keluarga aku. Sepanjang menikah dia tak bagi aku pulang jumpa keluarga. Kalau nak balik juga ayah aku kena datang ambil dan hantar aku semula, itu pun tak boleh lebih dari 3 – 4 hari sehingga mak aku sakit dia tak benarkan aku balik.

Sampailah satu masa dia terlepas cakap pasal anak dengan isteri pertama. Bila aku paksa tanya, dia bersumpah atas nama Allah tak ada anak dan tukar cerita dan sebagainya. Bila aku siasat, memang betul dia sudah ada anak. Atas segala kelakuan dan penipuan dia, aku tak kuat dan tak sanggup untuk teruskan pernikahan kami.

Sepanjang pernikahan hidup dia hanya bergantung atas tok dia, baik pampers atau susu anak. Nafkah aku sebulan hanyalah sepuluh atau dua puluh ringgit, itu pun dia ugut suruh simpan kalau guna nanti dah tak nak bagi. Bila simpan, dia curi ambil. Apa yang perlu aku lakukan?

Komen netizen :

Jasper Casper : Apa yang perlu awak lakukan ialah pergi balai polis buat laporan tentang ugutan suami. Kemudian call family awak, cerita dekat mereka dan tunggu family awak datang, baru pergi pejabat agama berdekatan dan cerita semua masalah yang sedang awak hadapi. In shaa Allah pasti ada jalan keluar. Jangan tunggu lagi awak sebab dia dah berani pukul awak. Tak ada suami pun tak apa kalau perangai macam tu. Nanti hidup awak lagi teruk bila tok dia dah meninggal.

Maria Connie Chris : Cerai saja, fikir anak sis. Laki macam tu layak duduk dalam loji taik. Menyusahkan orang orang sekeliling dia, dah tu penipu tahap dewa. Sis marah dia atau suruh dia bersumpah pun tak akan dia berubah melainkan Tuhan berikan dia petunjuk yang tak mungkin akan dia lupa. Cerai, balik rumah parents sis dan mulakan hidup baru. Sekarang wanita mampu hidup tanpa lelaki pun.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :