
Suami dan mak mertua bawa aku pergi berubat. Mak mertua paksa aku mandi air limau campur ‘ubat’. Suami pula suruh aku minum ubat penawar. Satu hari, adik aku tegur, muka aku menyeramkan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Min, maaf ya aku cuma nak minta pendapat hamba – hamba Allah yang ada dalam ni. Pendapat yang bernas. Aku dah berkahwin dalam 13 tahun, mempunyai 5 orang anak. Umur aku 34 tahun. Aku pernah bercerai dulu disebabkan suami suka naik tangan, tapi dalam tempoh edah aku rujuk semula disebabkan anak demam panas selalu sebut panggil dady.
Padahal dady dia langsung tak pernah pun tengok dia lepas aku keluar dari rumah suami. Suami aku jenis kaki enjoy, orang kata mudah terikut dan tak puas enjoy sampai lah sekarang ni. Dan sampai sekarang dia masih naik tangan dekat aku lagi.
Aku sanggup rujuk dan bagi peluang sebab bagi aku manusia boleh berubah, tapi aku silap sangat. Arwah ibu dan semua family aku pernah melarang untuk aku rujuk dengan suami dulu. Tapi disebabkan kedegilan aku, bagi peluang pada manusia yang aku rasa boleh berubah, sampai sekarang ni aku rasa menyesal sangat.
Aku bagi kepercayaan pada dia, tak pernah control mana dia nak pergi, main kereta ke, buat kereta ke, motor ke, beli apa ke, semua aku tak kisah. Sampai dah berkali – kali dia kantoi curang pun aku tetap maafkan dia. Berjanji, bersumpah sampai dalam Al Quran dia sanggup bersumpah tak nak buat lagi. Last – last aku juga yang dikecewakan.
Dia langsung tak bagi aku kerja, tak bagi aku berkawan. Aku cuma duduk rumah jaga anak, buat kerja sebagai seorang suri rumah. Bila tanya duit, memang tak ada je. Tapi aku sabar lagi, aku cakap tak apa lah, janji untuk anak – anak ada.
Handphone, beg duit dia semua aku tak pernah pun check. Sampai satu hari tu tergerak hati aku untuk check phone dia. Ya Allah, mesej perempuan banyak sangat dan semua nama dia letak nama lelaki, tapi gambar perempuan. Aku tanya dia, dia cakap mana tahu kalau suami dia orang nak letak muka bini dia.
Entah bila fikir – fikir balik, aku rasa lamanya aku dibodoh – bodohkan. Sebab suami dengan mak mertua aku suka pergi berubat. Sedangkan diri aku pun pernah ibu mertua mandikan dengan air limau campur apa pun aku tak tahu. Dan ibu mertua paksa aku minum air dalam satu botol dia bawa dari berubat.
Aku langsung tak ada kekuatan time tu sebab suami pun paksa aku minum. Sampai satu masa adik aku sendiri nampak muka aku menyeramkan. Sekarang ni, aku tak tahu nak buat macam mana lagi dengan hidup aku. Aku dah tak ada family.
Arwah mak dah meninggal dalam 4 tahun, abah pula dah lama tak jumpa sebab dia dengan arwah mak dah berpisah. Kira abah tak pernah jaga aku dari kecil. Ibarat dia tak ada pun tak kisah sebab dah biasa tak ada. Langsung abah tak pernah ambil kisah pasal kami adik beradik dulu.
Min, otak aku kusut sangat tak tahu apa nak buat. Aku tak ada duit, aku tak tahu mana nak pergi. Aku minta tolong dengan makcik semua tak nak tolong aku. Adik aku nak tolong, tapi isteri dia pula cakap suruh aku bersabar demi anak – anak.
Isteri adik suruh aku redha dengan hidup aku. Tapi siapa tahan kalau suami kaki pukul, enjoy. Seumur perkahwinan kami, suami tak pernah pun jadi imam aku dalam solat. Puasa jauh sekali, tapi bila bab s3ks laju. Kali ni aku betul – betul berubah hati sebab aku terjumpa gambar dia dengan perempuan, mesej lucah semua pasal main bersama. Gambar dalam hotel, tapi gambar tu gelap. Tapi memang dalam hotel.
Dia pernah kena sifilis, dia cakap tu luka terkena zip seluar. Bila dia bersama aku, kemaluan aku gatal sangat sampai aku pergi hospital. Ya Allah, time tu aku langsung tak syak apa – apa. Bodohnya aku ni min. Kenapa Allah tunjuk bagi kesedaran pada aku lambat sangat?
Dah 13 tahun baru aku sedar semua ni. Kalau aku pergi, macam mana anak – anak aku? Aku tak ada tempat tinggal, aku tak ada kerja, semua masih bersekolah, yang kecil baru je nak masuk pra sekolah. Aku tak ada duit, aku tak ada kawan. Mana aku pergi semua dengan suami dan anak – anak je. Lebih banyak duduk rumah dari berjalan.
Sebab suami memang tak pernah bawa aku pergi holiday mana – mana pun. Aku tahu kewangan dia tak cukup, tapi untuk enjoy, untuk perempuan semua cukup. Aku nak pergi pejabat agama pun guna duit. Nak keluar pun susah, dia tak bagi. Aku tak boleh drive kereta, semua suami tak bagi.
Mana aku pergi? Aku perlu kerja cari duit untuk selesaikan problem ni supaya aku boleh tuntut fasakh. Tapi aku tak tahu mana nak kerja, nak duduk sebab aku memang tak ada duit. Barang kemas semua habis suami gadai. Aku harap sangat min dan sahabat sahabat dalam ni dapat bagi pendapat yang bernas untuk aku. Terima kasih min. Hanya Allah je dapat balas jasa anda semua.
Komen netizen :
Liyana Bt Haris : Muda lagi puan. Saya cuma boleh doakan semoga urusan puan dipermudahkan. Saya sendiri pun suri rumah, anak – anak kecil lagi. Tak nampak lagi jalan nak bekerja tu. Semoga Allah tunjukkan jalan untuk puan.
Manu Manu : Report polis. Lepas dia pukul ambil gambar tau. Kalau boleh ambil gambar video waktu dia pukul lagi bagus. Pergi balai polis buat aduan kena pukul, memang kena pergi klinik sebab nak dapat pengesahan doktor kesan kena pukul. Suruh polis angkut masuk dalam, tengok serik tak. Lepas tu terpulang lah nak cerai ka tidak.
Rizal Rodzuan : Begitulah perempuan, boleh tahan semua kejahatan suami seperti pukul, tak bagi nafkah, tak bertanggungjawab, tak buat ibadah, bagi penyakit dan sebagainya. Tapi satu je yang tak boleh terima iaitu kalau suami curang. Aku cadangkan kau jarakkan mengandung dan tunggu anak dah besar.
Lepas tu kau pindah rumah mertua, biar dia tengok perangai anak lelakinya, suruh mak mertua nasihatkan. Tak jalan, kau cari kerja yang baik, minta mak mertua jaga anak – anak. Dah dapat kerja elok, baru ambil anak – anak pindah tempat lain dan minta fasakh. Tunjuk bukti kukuh kat mahkamah.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.