
Aku baru je lepas bersalin anak kedua baru umur 2 bulan. Suami merungut aku tak tolong dia kerja. Jadi dia kurangkan duit nafkah. Aku nak beli nugget, sosej, kentang dekat anak – anak. Aku nak beli stok roti pun suami suruh bayar balik. Aku ni menyusukan anak, cepat lapar..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, mohon sorok profil aku. Aku cuma nak meluah sikit saja. Sebenarnya aku rindukan suami aku yang dulu. Aku cerita ringkas saja biar senang faham. Dulu aku dan suami meniaga, kami tumpang kedai mertua saja.
Aku dan suami walaupun nampak tak romantik tapi kami sering bergurau. Disebabkan meniaga kurang untung jadi suami tambah pendapatan buat Grab. Aku pula baru melahirkan anak, memang aku tak dapat tolong untuk meniaga tu, jaga anak seharian pun dah letih. Suami buat tiga kerja kiranya.
Sebelum ni pagi tujuh pagi sampai sebelas pagi kerja kilang proses ayam. Lepas tu terus dia buat Grab sampai la dalam pukuI tujuh petang macam tu. Balik rehat dalam sejam dan pergi meniaga pula lapan tiga puluh malam sampai satu pagi.
Aku faham dia sangat letih. Aku akan cuba tak kacau dia tapi walaupun letih dia akan bergurau juga. Setiap minggu suami akan masukkan enam puluh ringgit untuk aku belanja. Tapi lepas ada anak ni faham – faham memang tak sempat nak tolong dia urus barang niaga.
Lepas tu mungkin dia rasa tak berbaloi bagi duit belanja enam puluh ringgit tu jadi dia kurangkan ke lima puluh ringgit. Bila aku tanya kenapa m4kin kurang, selamba saja dia jawab bukan tolong dia buat barang niaga pun, banyak tu cukup la.
Allah terasa betul hati aku. Aku bukan tak mahu tolong tapi aku memang tak cukup tangan. Kakaknya lagi, adiknya lagi baru dua bulan. Kerja dalam rumah aku sorang saja yang urus. Memang aku yang buat kerja dalam rumah. Aku jarang sekali minta tolong dia sebab dia memang tak akan bantu.
Tapi lepas dah buat Grab masuk sehari tujuh puluh sampai lapan puluh ringgit ni dia buat keputusan nak berhenti berniaga. Jadi aku memang okey seratus peratus. Tapi dia memang dah kurang bercakap lepas kes dia kata macam tu dekat aku.
Sekarang kerja dia dua jalan. Tujuh pagi sampai sepuluh malam macam tu sebab sambung buat Grab terus. Balik rumah dia memang akan berehat. Lepas dah berehat baru aku datang sembang – sembang. Memang okey saja cuma kurang mesra.
Tapi baru baru ni dia dah bagi duit mingguan macam biasa tapi ada anak ni mana la boleh belanja untuk diri sendiri sangat. Dengan enam puluh ringgit tu lah aku belanja jajan anak aku, nugget, sosej, kentang walaupun tak bagi makan selalu aku akan simpan.
Yang tinggal baki dekat aku ada dalam dua puluh sampai sepuluh ringgit saja memang tak lepas aku nak beli penjagaan kulit aku. Jadi bila dia ada modal lebih ni aku nak la juga dia belanja anak tapi dia memang dari dulu balik kerja tak pernah beli apa – apa dekat anak kalau bukan aku yang guna duit dia bagi minggu tu.
Dulu aku berniaga ya sempat la aku beli penjagaan kulit aku guna duit upah. Sekarang harapkan duit minggu memang tak cukup. Aku bersyukur saja dia tak lupa tanggungjawab dia tapi bila dia kedekut dengan anak bini ni aku terasa la juga. Aku kirimkan beli roti tapi dia cakap ganti balik duit roti tu. Terasa betul hati aku.
Lagi pun aku bukannya makan melahap. Aku cuma nak simpan. Yala menyusu badan sangat la lapar tapi aku masih berjimat. Tapi dia kata teruk lagi dari berniaga kalau duduk minta beli macam ni. Dia cakap duit aku ada, padahal dia tak tahu duit tu la aku beli keperluan untuk anak dia dekat rumah ni nak makan.
Memang aku banyak terasa dengan kata – kata dia akhir – akhir ni tapi aku sangat rindukan dia. Nak dia dengar cerita aku, nak bergurau dengan dia walaupun aku ni terasa hati tapi aku tetap nak dia rasa rindu nak bergurau semua tu. Tapi dia macam biasa la tak ada hati. Jenis hati kering.
Kalau aku diam dia pun diam. Memang tak ada langsung gurau senda, tak ada bersembang cakap hanya benda penting saja. Aku faham dia penat, aku pun penat urus dalam rumah. Aku ni bukan tak nak cakap dengan dia tapi bila cakap bab hati ni air mata yang keluar dulu. Akhirnya tak jadi cakap.
Dia bila aku datang peIuk dia ingat aku nak bersama. Padahal aku cuma nak dia balas peIukan tu saja. Lepas dah selesai dia sambung tengok telefon semula. Dan aku pun terus tidur sebab yala nanti kang peIuk lagi dia kata aku nak lagi. Pagi ni macam biasa macam tak ada apa berlaku. Sambung cakap benda penting. Pesanan pun tak ada nak berkasih dah.
Entah la mana la aku tahu dia buat kerja dekat luar tu macam mana. Takut jumpa siapa – siapa yang lawa lagi. Bila kurang komunikasi macam ni aku fikir yang bukan – bukan saja. Aku sayang suami aku. Aku nak dia macam dulu. Aku rindu semua tentang dia.
Aku tahu suami aku selalu baca dalam group ni. Andai la dia baca sampai habis aku nak dia tahu aku selalu tunggu dia. Selalu berharap yang dia tak berubah dan aku selalu doa dia di mana dia berada. Maaf andai berterabur. Cuma nak meluah. Terima kasih sudi baca.
Komen Netizen:
Indah Dihati : Kalau suami dari dulu tak pernah beli apa apa makanan untuk anak – anak waktu balik kerja, sis patut berterus terang. Dalam dapur makanan untuk anak – anak tak ada. Kita patut bersuara dekat suami. Belikan buah – buahan, betik, pisang, tembikai, buah naga, nenas. Makan bagi hormon ceria untuk anak anak. Hidup tak str3ss.
Suami hati kering. Sis perlu bangun solat sunat tahajud. Doa kuat – kuat bagi suami dengar walaupun dia tengah tidur nyenyak. Allah juga yang bolak balikkan hati kita semua. Kita semua hak Allah. Jangan pendam boleh burn out. Ambil masa me time satu keluarga. Pergi pasar, makan makan pun okey dah.
Marizah Miza : Nugget, sosej, kentang, milo tu la benda yang tak patut beli. Dah la mahal. Walau tak kerap tapi mesti akan goreng untuk anak – anak. Budak – budak mesti la suka. Baik sedia tepung dengan yis. Boleh buat cekodok manis untuk anak – anak kudap. Boleh buat lempeng. Boleh jimat kos banyak. Dah la suami tak bagi duit banyak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.