
Alasan kawan cuma nak tolong sebab kesian lah apa lah. Sedangkan dah naik kereta sekali berkali – kali tanpa pengetahuan aku. Aku nak cerai tapi dia cakap kalau nak sangat boleh tapi anak – anak dia akan ambil. Selama ni aku yang jaga anak siang malam..
#Foto sekadar hiasan. Beberapa minggu lepas, aku jumpa chat suami dengan isteri orang ni. Perempuan ni bini kawan dia juga dan aku pun pernah jumpa. Cuma suami dia sekarang tak ada, adalah sebabnya. Ceritanya chat tu hari Jumaat malam.
Aku jumpa chat tu Sabtu pagi. Perempuan tu chat suami aku tanya ada dekat mana, ajak teman dia nak beli barang. Suami aku pun melayan juga. Sedangkan Jumaat tu kami keluar sekali, balik saja rumah dia keluar balik alasan nak pergi hantar barang rumah kawan dia.
Dalam dua hingga tiga jam keluar baru balik. Waktu tu aku fikir dia lepak rumah kawan dia. Rupanya jumpa perempuan tu. Bila kantoi tu aku terus tanya. Awal – awal soalan aku, Jumaat malam tu pergi mana. Suami bohong. Dia kata tak pergi mana, pergi hantar barang rumah kawan.
Sedangkan chat tu aku ada baca dan aku sendiri dah tanya dekat kawan dia tu betul ke suami aku ada lepak rumah dia. Dia kata cuma hantar barang sekejap dan terus balik. Aku chat perempuan tu, macam – macam alasan dia bagi. Dia minta maaf, dia kata tak ada hubungan apa – apa dengan suami aku, anggap kawan saja. Cuma minta tolong.
Suami aku pun cakap anggap kawan, cuma nak tolong. Sedangkan dah naik kereta sekali berkali – kali tanpa pengetahuan aku. Bila dah kantoi ada bukti chat pun masih tak mengaku. Alasan kawan cuma nak tolong sebab kesian lah apa lah.
Sedangkan aku isteri dia, dia sorokkan benda ni tak pernah dia beritahu aku. Beberapa bulan lepas suami dengan kawan – kawan dia memang ada tolong perempuan ni pindah rumah. Tapi naik kereta sekali. Perlu ke? Kenapa sekarang pun nak kena chat lagi siap ajak teman beli barang.
Awal – awal aku baca chat tu aku rasa kena khi4nat. S4kit, kecewa, sedih, h4ncur hati aku. Bila tanya, suami bagi banyak alasan. Macam – macam alasan untuk buat dia nampak tak bersalah. Walaupun suami siap bersumpah dia tak ada niat nak curang, nak khi4nat aku, anggap kawan saja.
Tapi aku tetap rasa kena khi4nat. Banyak benda dia sorok. Siap sebelahkan perempuan tu. Dan perempuan tu pula minta maaf macam tu saja. Terus senyap. Nombor aku dia block. Dia cakap dia tak nak serabut sebab banyak masalah. Chat terakhir tiba – tiba dia tak mengaku keluar sekali pula sedangkan chat tu aku ada.
Akhirnya aku sendiri yang kena mengalah. Sampai hari ni masih s4kit lagi. Suami senang cakap, benda kecil, benda tak ada apa, jangan ego. Aku ego? Jadi macam ni sebab aku ego? Aku nak berpisah tapi dia cakap kalau nak sangat boleh tapi anak – anak dia akan ambil. Sedangkan anak – anak tu nyawa aku.
Aku yang berjaga malam setiap hari tak cukup rehat, tak cukup tidur. Anak s4kit meragam aku yang berjaga malam. Aku yang besarkan anak. Aku tak bekerja. Jadi aku takut sangat kalau dia ambil anak – anak aku kalau aku nak berpisah. Banyak alasan dia yang buat aku terasa sangat – sangat.
Dia boleh cakap dia kesian dekat perempuan tu sedangkan aku kahwin dengan dia enam tahun tak pernah pun dia ada rasa kesian dekat aku. Rumah, anak – anak, semua aku buat sendiri. Dulu aku bekerja, lepas bersalin anak nombor dua aku berhenti.
Selama kahwin enam tahun aku tak pernah bersembang dengan lelaki lain. Apatah lagi nak chat saja – saja. Kawan waktu sekolah pun yang lelaki semua aku tak contact, tak chat lepas kahwin. Dengan kawan – kawan dia boleh ramah, gelak, gurau tapi dengan aku dia buat macam orang luar.
Cari aku waktu nak bersama saja. Aku tak mampu nak balas perbuatan diorang. Cuma setiap hari aku berdoa Allah bagi balasan yang adil dan setimpal untuk diorang. Bagi diorang rasa s4kit macam mana aku rasa. Kalau aku ada kawan lelaki dah lama aku balas balik. Dia boleh keluar dengan isteri orang alasan sebagai kawan, jadi aku pun boleh kan? Sampai hari ni aku s4kit lagi. Aku tak boleh lupakan. Keluarga jauh. Aku tak ada kawan. Aku ada anak – anak saja. Anak – anak nyawa aku.
Komen Netizen:
Sherly Al : Bagi saja lah anak itu sementara dengan dia, biar dia faham macam mana jaga anak sambil kerja. Awak keluar dari rumah cari kerja. Confirm dia akan cari awak balik. Sebab belum tentu perempuan tu nak tolong suami awak jaga anak. Cara ini dah pernah aku buat dan suami menyesal minta maaf.
DelightfulHummingbird9557 : Aku dah tiga belas tahun kahwin, anak lima. Dulu ya aku pernah ada chat janda, kenal dekat aplikasi apa semua. Masa tu aku PJJ. Lepas tu kantoi dengan isteri. Isteri aku kecewa dengan aku. Lepas tu aku dapat masuk kerja kerajaan, aku terus buang semua sikap jahat tu.
Aku tak layan dah semua chat perempuan sebab aku tahu bila duduk dalam kerajaan ni mesti ramai lagi cantik. Aku tunduk pandangan semua pada perempuan. Isteri aku suri rumah selama tiga belas tahun. Baru ni dia dapat kerja kerajaan mystep dua bulan.
Dalam dua bulan tu, ada seorang cikgu lelaki, orang, anak dua, duduk kacau dia mengorat dia. Lelaki tu ada masalah rumah tangga. Tapi isteri aku hanya sekadar dengar dan nasihat lelaki tu. Isteri aku tiap kali balik kerja, dia akan cerita pada aku semua apa jadi di sekolah dan WhatsApp dia semua aku baca.
Tapi cikgu tu yang aku nampak bersungguh nak kacau isteri aku. Alhamdulillah isteri aku dah habis kontrak. Tapi cikgu tu kata nak sambung isteri aku tahun depan. Aku jadi macam serba salah nak bagi ke tak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.