Ibu aku suka cakap bohong! Satu hari ibu masak ikan, aku nampak ibu duduk dekat tepi sambil makan sisa-sisa ikan yang aku makan..

Ibu aku memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan aku, sekurang – kurangnya lapan kali ibu membohongi aku. Aku luah dekat sini, biar semua orang tahu. Pembohongan yang pertama, masa aku nampak ibu makan sisa ikan..

#Foto sekadar hiasan. Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu aku memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan aku, sekurang – kurangnya lapan kali ibu membohongi aku. Aku perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika aku masih kecil. Aku lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya, selama beberapa hari kami terp4ksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, aku sering saja merungut. Aku menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk aku. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk aku, ibu berkata:”Makanlah nak, ibu tak lapar.”

PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. Ketika aku mulai besar, ibu sering meluangkan waktu untuk memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik beradik.

Pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku makan gulai ikan itu, ibu duduk di samping kami dan memakan sisa ikan yang aku makan tadi. Aku sedih melihat ibu begitu. Hati aku tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, aku memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.”

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA. Di usia awal remaja, aku masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih – muih untuk menyara persekolahan aku, abang dan adik. Suatu dinihari, lebih kurang pukuI 1.30 pagi, aku terjaga dari tidur.

Aku melihat ibu sedang membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali aku lihat ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk. Aku berkata: “Ibu tidurlah, esok pagi ibu kena pergi ke kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata: “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.”

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA. Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani aku pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus bersabar menunggu aku di luar dewan.

Ibu sering kali tersenyum dan mulutnya terkumat – kamit berdoa agar aku lulus peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan peperiksaan sudah selesai, ibu segera menyambut aku dan menuangkan kopi yang sudah siap dalam botol yang dibawa.

Kopi kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu dibasahi keringat, aku segera memberikan cawan aku untuk ibu dan menyuruh ibu minum. Tapi ibu cepat – cepat menolaknya dan berkata: “Minumlah nak, ibu tak haus.”

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT. Setelah pemergian ayah kerana s4kit, iaitu selepas beberapa bulan aku dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih – muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami sem4kin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang sem4kin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.

Jiran – jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga ibu dan mencari wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata: “Saya tidak perIukan cinta, saya tidak perIukan lelaki.”

PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA. Setelah abang habis belajar dan mula bekerja, ibu pun sudah tua. Abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu mahu.

Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Abang bekerja jauh di kota besar, sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata: “Jangan susah-susah, ibu ada duit.”

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM. Setelah tamat pengajian di universiti, aku melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian aku di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarik4t besar. Sarjana itu aku sudahi dengan cemerlang, kemudian aku pun bekerja dengan syarik4t yang telah membiayai pengajian aku.

Dengan gaji yang agak lumayan, aku berhajat membawa ibu untuk menikm4ti penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan aku, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan pend3ritaan. Eloklah kalau hari – hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati menolak ajakan aku. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: “Tak payahlah nak, ibu tak biasa tinggal di negara orang.”

PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH. Beberapa tahun berlalu, ibu sem4kin tua. Suatu malam aku menerima berita ibu diser4ng peny4kit k4nser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Aku yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Aku melihat ibu terbaring lemah di katil hospitaI setelah menjalani pembedahan. Ibu kelihatan sangat tua, menatap wajah aku dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan aku sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terp4ksa menahan s4kit yang menjalari setiap inci tubuhnya.

Aku dapat melihat dengan jelas betapa peny4kit ibu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Aku menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Aku civm tangan ibu kemudian mengucup pula pipi dan dahinya.  Di saat itu hati aku terlalu pedih, s4kit sekali melihat ibu dalam keadaan begitu. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata: “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.”

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN. Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya buat selama – lamanya. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeIuk dan mencivmnya.

Kalau anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang dan berkata, “Ibu, aku sayangkan ibu.” Tetapi tidak aku. Sehingga kini aku diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun aku mengasihi ibu lebih dari segala – galanya, tapi tidak pernah sekalipun aku membisikkan kata – kata itu ke telinganya sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan anakmu ini. Aku sayang ibu… – Azman

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :