Sejak kami pindah di Borneo, suami makin berubah. Dalam rumah ada bilik khas. Saya dan anak-anak dilarang masuk. Bila saya masuk ada bau asap kemenyan..

Kemuncaknya, aku memberanikan diri membuka telefon bimbit suami secara diam – diam. Dalam satu kumpulan WhatsApp rakan – rakan lariannya, aku terbaca perbualan tentang tempat penginapan dan perbincangan mengenai perempuan untuk disewa selama satu hingga dua malam.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Mohon admin siarkan luahan ini dan sembunyikan nama aku. Aku seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak. Aku bekerja sebagai seorang guru, manakala suami aku juga seorang guru tetapi kini bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah.

Dari luar, hidup kami nampak biasa, kemas dan stabil. Rumah ada, kerja tetap, anak – anak cukup makan dan berpakaian. Kami sekarang menetap di Borneo. Tapi hanya aku yang tahu apa yang sedang aku lalui dalam rumah tangga ini.

Sejak kami berpindah ke rumah baharu, aku mula perasan perubahan besar pada sikap suami. Perubahan yang pada mulanya aku cuba pujuk hati dengan sangkaan baik. Hampir setiap malam Jumaat dan Sabtu, dia akan keluar rumah. Alasannya pelbagai.

Kadang – kadang dia kata banyak tugasan di pejabat perlu disiapkan, jadi dia akan pulang lewat. Ada juga hari dia langsung tidak balik, kononnya terp4ksa bermalam di luar kerana kerja belum selesai. Pada hujung minggu pula, alasan yang selalu dia guna ialah kelas universiti.

Dia beritahu aku yang dia sedang menyambung pengajian secara coursework dan kelas hanya diadakan pada hujung minggu, pagi dan malam. Aku percaya sebab aku sendiri seorang guru dan faham tuntutan belajar sambil bekerja. Aku jaga anak – anak, urus rumah, siapkan makan minum semua, supaya dia boleh fokus pada pelajaran dan kerjaya.

Dipendekkan cerita, di rumah baharu ini ada satu bilik yang dijadikan pejabat oleh suami. Dari awal lagi, dia sudah menetapkan peraturan. Aku dan anak – anak tidak dibenarkan masuk ke bilik itu. Kalau dia berada di dalam, kami langsung tidak boleh mengganggunya.

Kalau anak – anak terbuat bising, dia akan keluar dengan muka marah dan menyuruh mereka diam. Lama – kelamaan, anak – anak sendiri takut dengan bilik itu. Apabila waktu tidur, suami masih berada di bilik tersebut. Ada malam dia hanya keluar sekitar jam satu atau dua pagi.

Pernah juga aku terjaga dan mendapati dia langsung tidak masuk tidur. Bila aku tanya, dia marah dan kata aku tidak memahami tekanan kerja dia. Ada satu malam, aku terhidu bau pelik dari bilik itu. Bau seperti asap, seakan bau kemenyan.

Aku pelik sebab suami aku tidak mer0kok dan tidak menggunakan vape. Bila aku tanya, dia menafikan dan menuduh aku berprasangka buruk. Satu hari, rakan – rakan suami datang ke rumah mencari dia. Waktu itu hujung minggu. Aku beritahu mereka yang suami aku sedang outstation menghadiri bengkel di daerah lain.

Mereka kelihatan terk3jut dan kata tidak ada sebarang arahan atau jadual rasmi dari pejabat tentang bengkel tersebut. Suasana jadi janggal. Mereka saling berpandangan dan aku sendiri mula rasa tak sedap hati. Rakan suami kemudian menghubunginya di hadapan aku.

Suami aku menjawab panggiIan dan beritahu dia sedang berada di Kuching bersama sepupunya. Masa itu, jantung aku berdegup laju. Setahu aku, suami berasal dari Semenanjung dan tidak mempunyai sepupu di kawasan ini. Bila aku soal selepas panggiIan itu tamat, dia marah dan terus keluar rumah.

Kejadian begini bukan sekali, tapi sudah banyak kali berlaku dengan cerita yang berbeza – beza. Selain itu, suami juga aktif menyertai acara larian. Dia selalu kata perlu berlatih dan menyertai larian di luar kawasan. Ada masa dia kata terp4ksa bermalam bersama rakan – rakan.

Aku izinkan sebab aku fikir aktiviti sihat dan berkumpulan. Tapi satu hari, aku secara tak sengaja berjumpa kenalan yang kononnya turut menyertai acara larian yang sama. Orang itu kata suami aku tidak pernah hadir langsung. Masa itu, hati aku mula runtvh sedikit demi sedikit.

Kemuncaknya, aku memberanikan diri membuka telefon bimbit suami secara diam – diam. Aku tahu perbuatan itu salah, tapi aku sudah terlalu tertekan. Dalam satu kumpulan WhatsApp rakan – rakan lariannya, aku terbaca perbualan tentang tempat penginapan dan perbincangan mengenai perempuan untuk disewa selama satu hingga dua malam.

Masa itu tangan aku menggigil. Nafas aku jadi sesak. Dari situ aku tahu suami aku bermain kayu tiga. Aku terus periksa mesej yang diarkibkan. Lebih meny4kitkan, rupanya ramai perempuan berhubung dengannya. Ada pelajar, ada tunang orang, ada janda dan ada juga isteri orang. Cara perbualan mereka sangat melampau.

Aku baca satu persatu dengan air mata yang tidak berhenti jatuh. Selama ini aku setia di rumah, jaga anak – anak, jaga maruah keluarga, tapi dibalas dengan pengkhi4natan yang jijik. Hati mana yang tidak h4ncur. Aku cuba untuk berbincang dengan suami.

Tapi setiap kali berdepan dengannya, mulut aku seolah – olah terkunci. Suara tidak keluar. Badan menggigil. Marah ada, kecewa ada, tapi aku langsung tak mampu meluahkan apa – apa. Setiap kali aku cuba buka mulut, dia akan mendahului dengan ugvtan, herdikan dan menyalahkan aku sebagai isteri yang kononnya tidak memahami dia.

Ada juga orang sekeliling yang mula berbisik. Ada yang kata mungkin suami aku mengamalkan perkara tidak baik seperti sih1r atau s4ka w4risan. Ada juga yang kata aku terlalu lembut dan mudah dipijak. Aku sendiri keliru. Aku penat secara emosi, mental dan fizikal. Anak – anak mula bertanya kenapa ayah selalu tiada dan kenapa ayah selalu marah.

Sebenarnya ini bukan kali pertama suami kantoi. Sebelum ini pun, dia pernah mempunyai hubungan dengan perempuan lain dan sering keluar berjoging bersama selepas waktu kerja. Aku maafkan. Aku bertahan. Aku fikir dia akan berubah. Tapi rupa – rupanya aku hanya menipu diri sendiri.

Sekarang aku benar – benar buntu. Aku mohon pendapat dan nasihat daripada semua. Apakah langkah terbaik yang patut aku ambil sebagai seorang isteri dan ibu? Perlu ke aku terus bertahan demi anak – anak atau aku perlu fikirkan keselamatan emosi aku sendiri. Mohon maaf jika cerita aku tidak tersusun. Aku hanya mahu meluah sebelum aku benar – benar rebah.

Komen Netizen :

Irma Faiez : Kalau sudah melanggan, jadi apa lagi yang hendak ditunggu. Lebih baik aku beredar dan selamatkan diri. Tidakkan hendak tunggu sampai terkena peny4kit berjangkit. Aku sebenarnya tahu apa yang perlu dibuat, cuma rasa sayang itu masih ada dan takut anak – anak tidak ada ayah, sebab itu aku tidak bertindak. Hakikatnya, aku dan anak – anak tidak perIukan lelaki macam itu. Allah Maha Baik. Serahkan semuanya pada Allah untuk masa depan.

Rain Onizuka Azizan : Tidak ada kunci pendua ke bilik pejabat dia itu. Aku rasa perlu tahu apa yang sebenarnya ada dalam bilik itu. Per4ngai dia memang pelik. Entah dia guna bilik itu untuk layan skandal dalam talian atau untuk tujuan khurafat. Sangat pelik per4ngai dia.

Tidak must4hil dia guna ilmu penunduk  dan dengan ilmu itu dia seronok tumbangkan ramai perempuan. Aku pun jadi lidah kelu setiap kali hendak menegur. Per4ngai dia nampak lain macam dan tidak normal. Apa pun, aku rasa lebih baik aku cari bukti yang lebih kukuh. Kalau terjah tanpa bukti pun tidak ke mana sebab dia akan terus berdalih dan putar cerita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :