Mak s4kit berg4ntung dekat oksigen tapi ayah buat tak tahu. Mak macam pengemis minta makanan dekat ayah. Mak diam diam call anak-anak, mengadu..

Mak mula s4kit, berg4ntung pada oksigen. Dalam keadaan macam tu pun, ayah langsung tak peduli. Mak lapar, mak minta makan, sampai terp4ksa mengemis pada suami sendiri. Kadang – kadang waktu tengah malam, mak call senyap – senyap sebab takut ayah dengar. Mak menangis.. Lepas mak pergi, setiap hari ayah pergi kubvr mak..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku bukan nak meluah pasal suami, tapi pasal ayah aku sendiri. Aku anak ketiga daripada lima beradik, semuanya perempuan. Arw4h mak baru sahaja setahun menghadap Ilahi, tapi hari ini hati aku terasa macam ditarik balik ke Iuka lama yang kami cuba rawat perlahan – lahan.

Tadi kami sekeluarga terk3jut bila dapat satu mesej WhatsApp dalam grup keluarga. Ayah salah hantar mesej. Ayatnya ringkas saja, “Jap sayang, saya nak solat dulu.” Tak lama lepas itu ayah cepat – cepat padam mesej tersebut. Tapi aku sempat terbaca. Kami semua sempat terbaca. Dari situ kami tahu, ayah rupanya sudah ada calon pengganti arw4h mak.

Aku tak tahu nak rasa apa. Terk3jut, kecewa, marah, bercampur semua jadi satu. Ayah seorang ayah yang baik untuk kami anak – anak. Dari kecil sampai besar, ayah tak pernah abaikan kami sepenuhnya. Tapi sebagai seorang suami, ayah bukan suami yang baik untuk isteri dia. Itu hakikat yang kami semua simpan lama dalam hati.

Masa arw4h mak masih ada, terutama bila mak mula s4kit, hidup mak sangat berg4ntung pada oksigen. Dalam keadaan begitu pun ayah langsung tak peduli. Mak lapar, mak minta makan, sampai terp4ksa mengemis pada suami sendiri.

Nak makan pun mak terp4ksa keluarkan duit simpanan mak sendiri. Ayah ada di rumah, tapi macam tak wujud. Adik bongsu kami yang masih bersekolah waktu itu pun ayah dah tak pedulikan makan minum dia. Semua jadi tanggungjawab mak dan kami adik beradik.

Hari – hari mak mengadu pada kami. Mak telefon, mak menangis. Kadang – kadang waktu tengah malam, mak call senyap – senyap sebab takut ayah dengar. Kami dengar saja luahan mak dengan dada yang sesak. Kami pun tak tahu nak buat macam mana.

Kami hanya mampu sabarkan mak, pujuk mak supaya kuat. Semua perbelanjaan perubatan mak, dari ubat, rawatan, keperluan harian, semuanya anak – anak yang tanggung. Ayah langsung tak ambil tahu. Belum lagi cerita pasal ayah pernah ada hubungan sulit dengan isteri orang. Mak dapat tahu perkara itu.

Bila mak tanya, ayah bukan saja menafikan, malah hampir tvmbuk mak sebab ayah tak nak mengaku. Padahal bukti semua cukup. Kami adik beradik yang siasat sendiri. Kami yang kumpul cerita, bukti, dan kebenaran satu demi satu. Ayah pergi berz1na dengan isteri orang itu tanpa rasa bersalah. Sampai arw4h mak meninggal dunia, ayah tak pernah pun minta maaf pada mak. Tak pernah.

Sehari selepas arw4h mak pergi, hidup ayah nampak sunyi. Hari – hari ayah pergi kubvr mak. Kami nampak ayah duduk lama di sana. Kami ingat ayah menyesal. Kami ingat ayah dah berubah. Ayah mula datang rumah anak – anak, jenguk cucu.

Kadang – kadang ayah duduk lama, borak, ketawa. Kami perlahan – lahan cuba buang dendam dalam hati, cuba terima ayah seadanya. Tapi hari ini, dengan satu mesej ringkas itu, semua rasa benci yang kami cuba kubvrkan muncul semula.

Aku jadi marah semula pada ayah. Ya, aku akui, ayah berhak untuk bahagia. Tapi kenapa mudah sangat? Masa mak hidup, ayah tak pedulikan makan minum mak, s4kit mak, perasaan mak. Sekarang mak dah tak ada, ayah senang saja cari pengganti.

Aku mula fikir macam – macam. Macam mana kalau ayah buat keputusan nak kahwin lagi. Ayah dah tak bekerja. Umur ayah dah 66 tahun. Pendapatan pun tak ada. Selama ini kami anak – anak yang banyak bantu itu ini. Duit makan, bil, keperluan harian, semua kami kongsi tanggung.

Macam mana kalau ayah nak galas tanggungjawab sebagai suami lagi. Nak bagi makan minum apa pada isteri baru nanti. Kami pula langsung tak tahu ayah bercinta dengan siapa. Anak d4ra ke, janda ke, orang macam mana. Pengalaman dulu masih mengh4ntui kami.

Dulu ayah kena kikis dengan isteri orang itu sampai duit pencen, duit KWSP semua lesap. Yang tinggal sekarang cuma rumah dan kereta, itu pun sebab hutang dah habis bayar. Emas – emas peninggalan mak pun kami beri pada ayah sebab kasihan tengok ayah dah tak ada apa – apa.

Bila kami adik beradik berbincang, masing – masing buntu. Nak halang hubungan ayah, kami rasa tak sampai hati. Nak larang kalau mereka nak kahwin, kami tak ada hak. Tapi dalam masa yang sama, kami takut. Takut sejarah lama berulang. Takut ayah dipergunakan lagi. Takut beban akhirnya jatuh pada kami semula.

Kami cuma fikir, kalau ayah nak kahwin pun tak mengapa. Paling tidak, hari tua ayah nanti ada orang yang jaga selain anak – anak. Kami bukan nak ayah hidup sunyi. Cuma persoalannya, mampu ke ayah pikul semua itu. Mampu ke ayah jadi suami yang bertanggungjawab kali ini.

Yang buat aku paling geram, bila fikir betapa senangnya ayah dapat pengganti. Sedangkan mak bertahun – tahun bertahan dalam kes4kitan, dalam kesepian, tanpa perhatian. Sampai akhir hayat pun mak tak pernah rasa dihargai. Itu yang buat hati aku pedih. Kami cuma anak – anak yang tersepit antara hormat seorang ayah dan Iuka seorang ibu yang tak sempat terubat.

Komen Netizen :

Nur Azdrina Azmin Yasmin : Macam kisah bapak mertua saya la.. lepas arw4h mak mertua meninggaI belum setahun abah mertua dah kawen lain. Emas dan duit simpanan tak sempat nak bagi kat semua adik beradik suami. Sorang pun adik beradik tak merasa.

Rumah adik ipar yang duduk sebab nama memang atas nama arw4h mak mertua. Pak mertua memang takde ape. Tapi yang pasal emas dan duit tu dah takleh buat apa dah. Dia dah guna.. bab ayah nak kawen tu bagi je la tapi berkaitan rumah dan kete tu trpulang la korang kena berbincang dulu. Semoga dipermudahkan segala urusan awak yerr.

Gloria Rya : Suami yang tak sedar diri. Makin tua makin menjadi. Orang lelaki memang ramai macam tu. Akan turun egonya bila dah terantuk baru terngadah. Dah tak mampu dari segi duit. Bila s4kit baru sedar Nak cari sapa yang nak jaga. Selagi masih sihat belum bertaubat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :