Suami aku tiba-tiba balik cakap nak kahwin. Dia kata nak tolong jadi pak sanggup, sebab perempuan tu bagi duit dan janji akan bercerai…

Selain taw4ran duit, suami aku cakap dia boleh tinggal di kondominium mewah bakal isteri dia nanti sementara tunggu bersalin. Bila anak tu nanti cukup umur setahun, suami boleh ceraikan dia. Aku tak sangka, sebab duit..

#Foto sekadar hiasan. APAKAH anda rasa hidup kita sekarang terlalu susah? Aku rasa tak kalau kita amalkan cara hidup sederhana ikut kemampuan. Tapi ada juga suami isteri zaman sekarang sanggup “jual diri” dan rasuah semata – mata nak kejar kemewahan hidup.

Maksud aku jual diri tu bukan jadi peIacur, tapi sanggup gadaikan maruah asalkan apa yang dicitakan tercapai. Satu hari suami balik termenung. Bila aku tanya, dia diam je. Aku ingatkan dia tak sihat, aku suruh ke klinik, tapi dia tetap diam.

Malam tu dia tak boleh tidur langsung. Kelakuan dia pelik sampai buat aku susah hati, risaukan kesihatan dia. Maklumlah, dia ada d4rah tinggi, mak ayah dia pun ada peny4kit sama. Bila aku taw4rkan diri nak bawa dia pergi hospital, dia kata tak s4kit.

Tapi perubahan dia memang buat aku risau. Akhirnya dia tertidur di sofa ruang tamu. Esok pagi – pagi lagi dia dah bangun nak pergi kerja. Selalunya dia paling lambat keluar, tunggu anak – anak mandi dulu nak ke sekolah. Tapi hari tu alasannya nak cepat ke pejabat sebab ada urusan penting.

Disebabkan sibuk dengan kerja rumah, aku terlupa nak tanya lagi pasal keadaan dia. Sampailah malam bila dia balik, aku nampak suami m4kin resah. Masuk hari ketiga, aku desak juga apa sebenarnya yang mengganggu fikiran dia. Masa tu la suami bagitahu dia nak kahwin seorang lagi. Aku terk3jut besar, langsung tak sangka itu jawapannya, sebab aku fikir dia tak sihat.

Pengakuan tu buat aku hampir – hampir rasa macam nak kena ser4ngan jantung. Aku terduduk, terk3jut sangat sampai menangis. Dalam tangisan aku tanya dia, apa salah aku? Apa kurang aku sampai dia nak kahwin lain? Sejak bila dia bercinta? Dengan siapa? Orang mana? Kerja kat mana? Tapi suami terdiam, tak mampu jawab apa – apa.

Bila dia membisu, aku nekad cakap pada dia, kalau aku dah tak sesuai lagi jadi isteri, dia boleh ceraikan aku. Sebab tu memang perjanjian awal kami masa bercinta dulu. Bila aku minta cerai, barulah suami mula memujuk. Dia cerita yang perempuan tu, Zanita, bukan kekasih dia.

Katanya Zanita dah terlanjur dengan orang lain, lepas tu ditinggalkan. Majlis kahwin kononnya dah dekat, satu kampung dah tahu, tapi akhirnya tak jadi. Emak dia malu besar, desak nak kahwinkan anaknya juga, majlis pun kena disegerakan. Tapi emak tu tak tahu sebenarnya Zanita dah mengandung.

Dengan pertolongan seorang kawan, Zanita minta dicarikan lelaki yang sudi jadi suaminya. Dia sanggup tanggung semua kos kahwin, tak kisah lelaki tu bujang atau suami orang, asalkan kahwin cepat. Kebetulan, kawan Zanita tu kawan baik suami aku.

Jadi dialah yang cadangkan suami aku jadi calon. Zanita terus setuju sebab dia kenal suami aku, tahu per4ngai dia. Dia siap taw4rkan hadiah kemewahan supaya suami aku sanggup jadi suaminya. Menurut cerita suami lagi, yang paling buat dia tertarik ialah Zanita sanggup diceraikan lepas anaknya cukup umur setahun.

Semata – mata nak elak pandangan serong orang kampung dan jaga maruah keluarga. Dia tak pernah pun bercadang nak bermadu lama – lama, sebab dia sendiri pun tak nak bermadu. Dia cuma kahwin sebab terp4ksa. Selain taw4ran duit, suami aku boleh tinggal di kondominium Zanita sementara tunggu dia bersalin.

Suami aku kata lagi, Zanita memang tak ada niat pun nak teruskan rumah tangga tu. Dia masih cintakan kekasih lama dia, cuma hubungan tu terputus sebab hal yang tak dapat dielakkan. Tapi pada aku, semua cerita suami tu rekaan semata – mata.

Aku yakin dia memang dah lama suka Zanita. Aku paling tak suka bila rasa ditipu. Inilah per4ngai lelaki bila nak berpoligami, sanggup reka macam – macam cerita semata – mata nak capai hajat. Bila aku tak setuju, aku masih pegang janji kami sebelum kahwin dulu, suami jadi m4kin serabut.

Seminggu lamanya kami per4ng dingin. Suami masih berfikir – fikir. Aku pula dah nekad, kalau dia kahwin juga, aku mampu urus hidup sendiri bersama tiga orang anak yang tengah membesar. Aku dah bersedia. Kalau bercerai pun aku tak rugi.

Sebenarnya suami yang rugi. Dia kena mula hidup baru dengan anak – anak kecil. Hati dia mungkin senang sebab ada kemewahan, tapi aku yakin jiwa dia d3rita bila anak – anak m4kin jauh hati sebab per4ngai dia yang lebih sayang duit daripada kasih anak – anak.

Nak dijadikan cerita, lepas seminggu aku dapat panggiIan dari seorang wanita mengaku ibu Zanita. Dia marah aku sebab halang suami kahwin dengan anaknya. Katanya suami mesti bertanggungjawab. Yang lebih menyedihkan, dia ugvt aku. Dia kata kalau aku k3jam halang perkahwinan tu, satu hari nanti baIa akan jatuh pada aku, mungkin anak gadis aku pula yang mengandung luar nikah.

Aku rasa terc4bar bila disumpah macam tu. Jadi aku c4bar balik, aku suruh dia p4ksa suami nikah segera dengan anaknya. Aku nak tengok sejauh mana kejujuran suami dan kekuatan Zanita serta duit mak dia dalam situasi tu. Bila suami balik, aku ser4ng dia, aku kata kalau nak nikah dengan Zanita, silakan.

Tapi syarat aku, ceraikan aku dulu, sebab aku tak mahu bermadu. Kalau suami ada hak berpoligami, aku pun ada hak untuk menolak. Disebabkan masa taw4ran tu singkat, akhirnya suami buat keputusan nikah juga dengan Zanita. Dia setuju jadi pak sanggup untuk kandungan Zanita.

Dan kami bercerai secara baik. Itu perjanjian kami. Aku dan anak – anak tetap tinggal di rumah yang kami beli bersama, sebab suami lepaskan haknya kepada anak – anak. Dia juga setuju bayar ansuran rumah yang berbaki 15 tahun lagi sebagai ganti nafkah anak – anak.

Tapi ada syarat, setahun sekali dia kena bagi nafkah sekolah anak – anak dan perbelanjaan Hari Raya. Selain tu, dia serahkan kereta dia pada aku. Perceraian kami memang meng3jutkan keluarga. Mereka tuduh suami zaIim, tinggalkan anak – anak demi tutup aib orang lain.

Aku nak tanya pembaca, apa pandangan tentang tindakan suami aku ni? Adakah dia diper4ngkap oleh Zanita? Atau dia sendiri yang kejar kekayaan keluarga Zanita? Atau sebenarnya dia memang ayah kepada anak dalam kandungan Zanita?

Walaupun peristiwa ni dah lebih enam tahun berlalu, sekarang anak – anak aku dah besar. Yang sulung pun dah kerja lepas habis belajar di kolej. Tapi pada mata aku sendiri, suami memang rela jadi pak sanggup sebab dia nak hidup senang.

Sebab dia tahu siapa Zanita, asal usul dia, latar belakang keluarga dia. Pendek kata, suami aku kejar kekayaan walaupun dicap pak sanggup. Sampai sekarang masih ada kawan – kawan suami yang puji tindakan dia. Katanya suami banyak pahala sebab tolong orang susah, dan tak nak bayi yang tak berd0sa tu dibuang atau diserah pada orang lain. Yang penting, suami boleh hidup senang.

Sekarang aku cuma berdoa pada Allah, janganlah ada anak lelaki aku atau adik beradik aku jadi macam suami. Sanggup jual maruah diri, sanggup jadi pak sanggup, sanggup pinggirkan anak – anak sendiri semata – mata nak kejar kemewahan hidup.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :