Selama 7 tahun baru hari ni aku tahu, suami dah banyak kali berz1na dengan ramai perempuan. Sekarang dia nak kahwin lagi, dia suruh aku pinangkan dengan redha

Aku izinkan suami untuk teruskan hubungan dengan perempuan tu sebab suami suruh aku berk0rban demi dia dengan perempuan itu. Suami suruh aku terima dan pinangkan perempuan itu nanti. Sekarang ini pun suami berani mesej perempuan itu depan aku..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, minta tolong hide facebook aku. Pertama sekali aku nak mintak maaf kalau aku apa yang aku luahkan ini agak serabut sikit. Macam ini, perkahwinan aku dah nak masuk tahun yang ke-7 dan telah dikurniakan dengan 3 orang anak yang masih kecil iaitu 6, 5 dan 1 tahun.

Semalam aku berg4duh dengan suami aku. Tiba – tiba dia terlepas cakap yang sebenarnya dia ada perempuan lain. Ya Allah betapa h4ncurnya hati aku ini bila dengar pengakuan suami. Dia cakap dia bersama dengan perempuan itu dah setahun lebih dah.

Pembaca semua boleh bayangkan tak selama setahun dia tipu aku. Kalau malam semalam kami tak berg4duh mungkin sampai bila – bila aku tak tahu hubungan sulit mereka. Suami aku cakap semua ini takdir untuk aku. Sekarang ini suami cakap aku kena berserah pada takdir.

Kalau satu hari aku ada madu, itu pun takdir aku. Allahuakbar. Aku mintak dia lepaskan aku. Tapi dia tak nak, dia cakap kalau bukan sebab anak, dah lama dia tinggalkan aku. Bila aku tanya apa kurangnya aku. Kenapa dia mesti ada orang lain, dia cakap aku dah cukup sempurna. Dia ada perempuan lain pun sebab suka – suka saja.

Tapi sekarang ini dia dah terlanjur cinta dan sayang perempuan itu. Tapi pada masa yang sama, dia masih lagi sayang dan cinta aku. Pembaca, kalau aku berpisah dengan suami, k3jam ke aku sebagai seorang ibu tinggalkan anak – anak aku? Aku sayang sangat dengan anak – anak aku.

Aku sanggup buat apa saja demi kebahagiaan anak – anak aku. Tapi hati aku s4kit. Hati aku Iuka sangat – sangat. Aku dah tak boleh nak bertahan lagi. Aku rasa putus asa dengan perkahwinan ini. Kalau aku nak failkan penceraian, aku perlu pergi mana ya? Apa saja yang diperIukan masa nak failkan penceraian? Mohon tunjuk ajar step by step dari awal hingga akhir. Terima kasih ya semua.

Sambungan.. Sebelum ini aku pernah kongsi tentang suami aku yang mengaku ada perempuan lain. Hari ini aku nak meluah sikit apa yang jadi seterusnya dan kini keadaan macam m4kin teruk. Aku izinkan suami untuk teruskan hubungan dengan perempuan itu sebab suami suruh aku berk0rban demi dia dengan perempuan itu.

Dan suami suruh aku terima dan pinangkan perempuan itu nanti. Bila ditanya nak pinangkan perempuan itu bila, suami cakap nanti. Bukan sekarang sebab family kami masing – masing tak tahu pasal ini. Aku ada cakap dengan suami kalau satu hari nanti aku dah tak boleh tahan, aku mintak dilepaskan.

Tapi suami tetap cakap takkan lepaskan aku. Sebab suami cakap dia takut menyesal lepaskan aku. Dalam pada masa yang sama, dia masih perIukan aku. Aku suruh bawak perempuan itu jumpa aku. Tapi suami cakap bukan sekarang sebab dia tak nak aku lepaskan marah aku pada perempuan itu dan perempuan itu tinggalkan dia. Dia tak boleh terima kalau benda itu jadi.

Suami aku pernah cakap pada perempuan itu, yang dia rasa tak boleh bahagia dengan aku. Suami aku lebih penting hati perasaan perempuan itu berbanding aku. Aku tak tahu nak buat apa. Aku takut kalau aku ser4ng perempuan itu dan dia lari, nanti suami lepaskan tanggungjawab nafkah anak – anak (kalau anak ikut aku) dan aku tak nak kalau aku lari nanti akan jadi masalah kalau aku nak jumpa anak – anak (kalau anak ikut suami).

Sampai bila aku nak terus makan hati dengan dia? Sekarang ini pun suami berani mesej perempuan itu depan aku. Sikit pun tak jaga hati aku. Bila aku cakap pasal hati dan perasaan aku, suami aku cakap asyik hati dengan perasaan aku saja nak dijaga.

Aku rasa cinta dan sayang dia bukan untuk aku lagi. Dia mungkin perIukan aku sebab anak – anak saja. Sekarang ini semua yang aku buat adalah tanggungjawab aku sebagai isteri saja. Hati dan perasaan aku m4kin lama m4kin pudar. Aku kalau boleh malas dah nak fikir pasal benda ini.

Tapi suami aku selalu buka cerita pasal perempuan itu. Kadang – kadang aku sedih sendiri, nangis sendiri. Tak pernah aku bayangkan hidup aku jadi macam ini. Tolong bagitahu aku apa yang perlu aku buat untuk keluar dari masalah ini.

Ada yang tanya kenapa nak tinggalkan anak. Aku surirumah. Tiada harta. Ada pun suami yang punya. Duit simpan dah habis sebab banyak tolong suami. Setakat duit harian itu ada lah. Itu sebab aku fikir kalau anak ikut dengan suami, nasib anak akan terbela.

Lagipun aku takut kalau suami lari dari tanggungjawab beri nafkah anak – anak. Suami suruh aku balas balik peng0rbanan dia selama 7 tahun. Disebabkan 1 fitnah yang orang cakap pada aku, suami simpan d3ndam ini. Sedangkan apa yang orang cakap itu semua sekali tak betul.

Maaf zaman bujang memang aku jahiI sangat. Aku dengan suami pun pernah terlanjur. Disebabkan itu lah kami berkahwin. Aku mintak ampun dari allah. Aku bertaubat atas apa yang pernah aku buat. Aku ingat aku dah jadi isteri yang baik untuk suami. Tapi sebenarnya tak.

Selama 7 tahun berkahwin, ini kali pertama aku dengar kebenaran tentang suami aku. Suami aku pernah terlanjur dengan beberapa perempuan dan semua itu aku tak sedar sebab per4ngai dia dekat rumah macam biasa. Tak nampak pun yang dia main perempuan belakang aku. Aku tak ada tempat meluah. Family aku semua jauh. Aku tak nak buat family aku susah hati pasal ini.

Komen netizen :

Amalina Moin :
Tinggalkan saja sis soal rezeki ALLAH sudah atur, tak kan nak makan hati hari – hari? Hari ni, ramai saja aku nampak ibu tunggal berjaya besar kan anak – anak, jangan dirisau pasal rezeki inn Shaa ALLAH doa yang baik – baik untuk mu nanti kalau kamu berterusan makan hati kesihatan kamu pulak yang terjejas.

Estee Mikail : Aku pernah terbaca komen satu h4mba allah. Dia bercerita, selepas bercerai dia tinggalkan semua anak – anak dia dengan suami dia. Sebab dia rasa memang tak mampu jaga anak – anak dia. Dalam masa sama nak bagi pengajaran pada bekas suami dia. Kemudian dia mula hidup baru, ada kerja dan ada simpanan, anak – anak dah besar diorang tahu cari mak dia alhamdulillah bertemu jodoh dengan orang yang lebih baik. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :