
Mula – mula cincin risik aku terp4ksa gadai sebab mak mertua merayu kat suami, kereta dah tunggak 2 bulan tak bayar. Tak habis lagi, bulan 9 mak mertua mengadu, kereta dia kena service dan renew roadtax serentak. Bulan 11, mak mertua minta duit debt collector call sp4m cari..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku nak luah. Tak tahu nak rasa macam mana dah. Aku tahu. Aku kahwin dengan seorang lelaki yang merupana anak mak. Aku kahwin bulan 4/2025. Aku ada masalah sikit dengan mak mertua aku, benda ni dari sebelum kami kahwin lagi, dimana suami aku anak ke-3 dari 5 adik-beradik dan 2 bawahnya baru je habis sekolah dan baru nak berdikari kerja.
Konfliknya berlaku bila, sebelum kahwin suami aku la yang banyak bayarkan hutang mak dan ayah dia. Dimana hutang tu dari aplikasi loan Tambah Dana, Evolving, Pay Laju, Nimbura dan KPKT. Mak mertua aku bekerja security guard. Bapa mertua aku dah pencen dan kerja bawa lori pasir.
Sebelum kahwin aku bekerja dan sejak aku buat pembedahan laparoscopy cyst dan Endo bulan 3 sampai la sekarang aku tak kerja sebab terikat temujanji. Masalahnya selepas kahwin, suami awal – awal dahuIukan aku, tapi sejak masuk bulan 6, dalam diam suami langsaikan hutang maknya dan lebihan baru bagi aku.
Aku ingat akan berakhir di situ, rupanya tak. Benda ni berlarutan sampai tahap aku terp4ksa gadai barang nikah aku, mula – mula cincin risik, terp4ksa gadai sebab mak mertua aku merayu kat suami kerana kereta dah tunggak 2 bulan tak bayar. Sampai sekarang belum ambil.
Bulan 7 pulak suami aku pergi operasi dan memerIukan duit, pernah minta tolong dengan abang – abangnya tapi mereka pun tiada kewangan, dan aku gadai cincin tunang aku untuk bantu dia, tapi aku agak kecil hati sebab masa gaji bulan 7, mak mertua aku minta duit sikit untuk bayar loan appsnya yang lebih due, kalau jumlahnya sikit takpe juga tapi kalau ini 800 suami aku dahuIukan.
Masuk bulan 8 kereta dah mula ada tunggak dari bulan 7 punya, sebab gaji suami dah dahuIukan maknya, jadi suami merayu minta aku gadai cincin nikah aku ya, aku akur. Aku gadai dan bayar tunggak kereta 2 bulan (7 dan 8). Tak habis di situ, pada bulan 9 kalini mak mertua datang mengadu ya keretanya kena service dan renew roadtax serentak.
Mak mertua minta dengan suami, suami akur bagi 1k pada maknya, sebab bapa mertua aku dah dahuIukan renew roadtax kereta mak mertua aku axia baru. Jadi roadtax agak pricey sikit. Aku sangat terasa sebab suami aku dahuIukan tanpa beritahu sepatah tahu dapat notis bank transfer duit.
Tapi kalini kami dapat ujian di mana bulan 10 baru ni kereta kami kena renew roadtax dan service major serentak. Lebih dari expected gaji suami, jadi aku gadai gelang nikah aku untuk tolong suami dan dapat bayar kereta pada bulan 10. Tak habis di situ, bulan 11, mak mertua aku ada minta duit sebab loan apps dia dah lebih due dan debt collector call sp4m cari.
Tanpa fikir panjang, gaji suami bulan 11, suami transfer lagi duit kat maknya rm1800 dan bagi aku hanya 300. Maksudnya komitmen kereta kami bulan 11 ada tunggak bulanan kereta kami rm550. Aku tak bercakap dengan suami, sebab sangat terasa.
Rm300 tu la aku topup barang dapur. Dah masuk bulan 12, dan sekali lagi suami dahuIukan maknya untuk bayar apps loan. Suami ada deep talk dengan mak mertua bagitahu yang kami ada tunggak kereta 2 bulan dan mak mertua aku jawab “minta aku gadai barang kemas untuk bayar tunggakan” dan suami terus cakap aku pernah gadai barang kemas untuk bayar komitmen maknya terus maknya diam.
Pasal bapa mertua aku pulak, memang ada juga loan AEON + KPKT dan motor gaji bersih bapa mertua aku hanya 900 sahaja. Aku sampai fed up minta cerai dengan suami aku aku ada barang kemas lain yang suami aku tak tah. Cukup aku nekad tak nak gadai barang kemas aku dah.
Yang dah tergadai pun dah cecah 7k. Suami dah janji untuk tebus balik. Sekarang aku minta dia fikir macam mana nak settle tunggak kereta. Berd0sa ke aku sebagai isteri tak bantu suami aku memang tak boleh bekerja sekarang temujanji aku sangat kerap minta kerja kat mana – mana pun, majikan tak nak ada staff kerap cuti jadi aku redha se-redha dengan ujian Allah bagi pada kami.
Ada yang marah aku, ya aku cakap aku redha betul aku redha Allah uji aku macam ni, aku berpuasa dan berbuka makan stok yang ada. Aku termenung dengar balik ceramah ustaz cakap, lima tahun perkahwinan diuji kewangan ya aku terima.
Hari – hari suami minta maaf dengan aku sebab libatkan aku dalam hal ni, tapi aku bersyukur sebab suami berkeras tak nak duduk sebumbung dengan maknya. Sekarang suami tugas luar, kat sana dah sediakan makanan, jadi aku tak kesahkan sangat.
Kami ada beli rumah, cuma belum rezeki nak ada penyewa. Kalau ada penyewa, boleh kami bayar tunggak kereta, tapi belum rezeki jadi aku minta suami aku fikir macam mana nak settlekan tunggakan. Untuk side aku, aku anak sulung dan ada adik perempuan yang gap enam tahun (2004).
Aku nak bercerita dengan dia takut dia tak faham aku tak bercerita pasal ni dengan mak cukup aku tak nak mak menangis tengok nasib aku. Mak aku dah tua sangat dah, jadi aku tak ada tempat nak bercerita. Pada yang komen positif, terima kasih cik faham dan nasihatkan aku ya aku berfikir nak bercerai, tapi aku tengok wajah mak aku, aku tak sampai hati nak jawab apa dengan mak aku nanti.
Suami pertahankan hubungan kami suami ada ajak buat perjanjian hitam putih segala rules dan aku ada bertanyakan pada lawyer tentang hal ni cuma aku minta suami berubah sebelum aku berubah hati. Aku memang terasa, tapi tak tergamak doa minta Allah sekat rezeki suami aku doa yang baik – baik untuk suami aku apa – apa terima kasih atas nasihat semua. Terima kasih sudi dengar luahan aku semoga yang baik-baik mengiringi langkah kamu semua maaf kalau terlampau panjang luahan aku cuma aku sedih tak ada kawan nak bercerita.
Komen Netizen :
Ammar Nasir : Dah tahu tak mampu nak bayar komitmen macam – macam yang mak mertua dengan bapa mertua tu dok tabiat buat hutang sampai macam – macam komitmen. Tak mampu jangan buat sebab kalau buat memang menyusahkan anak menantu.
Agak – agakla komitmen bulanan dalam setahun sampai berkali – kali nak suruh anak tolong settlekan sampai tanggungan kepada anak yang dah kahwin pun terbeban macam tu. Lain kali kalau dah suka sangat buat komitmen dengan mengharapkan anak tolong bayar jangan bagi anak tu kahwin kan dah menyusahkan anak orang bergadai nak bayar hutang yang mereka sendiri buat.
Pencinta Setia : Susah bila kahwin dengan lelaki anak mak ni sis dah tahu sebelum kahwin yang dia anak mak nape tak elak awal – awal sis bila dah jadi macam ni susah kalau aku jadi sis aku rasa str3ss dan serabut sangat pape dahuIukan maknya kalau aku jadi sis aku minta cerai ni tak ada anak dia lebihkan mak dia dari sis kalau ada anak nanti tak tahu la macam mana rupa nya lebih baik cerai dari sis str3ss dalam rumah tangga macam ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.