Selama aku hidup, semua kerja rumah, sediakan baju, semua mak aku buat. Satu hari, mak aku ‘buta’. Aku ambil alih tugas..

Selama hidup semua benda tersiap sedia depan mata. Semua benda mak uruskan. Tak pernah buat sendiri. Sehinggalah mak tak boleh buat kerja, aku ingat aku mampu buat kerja rumah macam mak..

#Foto sekadar hiasan. Tulisan ni sepenuhnya dari seorang lelaki kepada lelaki yang lain. Terima kasih admin kalau sudi siarkan. Point yang saya nak sampaikan adalah tolong hargai wanita dalam hidup kita. Kerana jasa dan peng0rbanan tu kita jarang nampak.

Sama macam aku la. Selama ni hidup semua benda tersiap sedia depan mata. Semua benda mak uruskan. Nak apa pun tau mintak ja. Tak pernah buat sendiri. Tak pernah tahu penat lelah seorang wanita uruskan rumah.

Bila datang satu keadaan semua tugas tu aku kena ambik alih. Ya Allah, penatnya tak terkata. Rasa macam baru sikit ja buat kerja rumah. Tapi letihnya.. Al kisahnya kat rumah aku tinggal dengan mak ja. Adik beradik lain dah kahwin duduk asing.

Aku ni bangun pagi nak pergi kerja dekat 7.30. Mandi makan pi kerja. Balik pukuI 6.. Kemudian, lepak main game tengok tv. Mak buat air minum petang. Pastu nanti mak hidang makan malam. Lepas tu keluar pergi lepak dengan member – member. Balik rumah dekat 11 atau 12 dah.. Lepas tu tidur. Tu la rutin aku.

Satu hari mak kena operation mata. Jadi mak tak boleh buat kerja apa pun. Kena banyak rehat. Kakak ada la ajak mak duduk dengan dia tapi mak tak nak. Sebab aku dengan berlagaknya kata aku boleh uruskan rumah. Takat nak masak, basuh baju kemas rumah. Small matter la kununnya.

Lagi pun untuk kami 2 orang ja. Jadi aku rasa aku boleh ja jaga mak dan uruskan rumah. Tapi tak semudah kata – kata rupanya. 6 petang aku balik kerja. Mak suruh siram pokok bunga. Lepas tu kutip baju – baju dalam ampaian.

Kalau baju kotor banyak, balik petang tu masuk mesin. Esok pagi jemur. Tak pun esok pagi basuh, sidai baru pi kerja. Lepas tu siapkan bahan – bahan untuk makan malam. Mak la ajar nak masak apa semua. Takat ni baru belajar masak simple – simple.

Tu pun terkapai – kapai jugak. Kena marah dengan mak berbakul – bakul dah. Habis siap masak.. Kerja paling leceh nak basuh segala periuk belanga tok nenek. Nak kena sental dengan dawai. Lepas tu kena sapu dapur. Kena mop. Lap meja. Kemas segala benda..

Dapur gas tu lap bagi kilat. Cuci sinki.. Lepas tu duduk makan dah dekat pukuI 9. Setiap hari 9.30 atau 10 malam baru aku mandi. Lepas tu ingat lega dah. Dah settle kerja. Baru nak baring. Tu, kain baju berlonggok atas kusyen.. Kena lipat semua.

Mai malas tu memang lipat sikit – sikit saja la. Kena bising dengan mak tu biasa dah. Kalau nak settle hari tu jugak, dekat pukuI 12 baru habis. Esok pagi pukuI 6 kena bangun dah. Masak nasi untuk mak nak makan tengahari.. Sebab alang – alang masak aku bawak bekal terus.

Buat sarapan simple – simple ja pun. Takat roti bakar macam tu la. Tu pun terbakar tangan. Kalau ada lebihan lauk semalam perhangat. Kalau takda lauk, malam semalam tu nak kena p0tong bawang apa semua siap – siap dah.

Tengok la nak masak apa. Ikan ka ayam ka. Semua tu kena ready siap – siap malam tu. Esok pagi tunggu masak ja. Dah settle semua pi mandi. Baru tengok, baju kerja tak iron.. Ya Allah str3ssnya iron baju ni ye. Selalu rasa nak iron siap – siap untuk seminggu. Tapi mai malas tu. Tak boleh nak kata apa.

Selama ni baju mak iron siap, kita tau pakai ja. Dah siap iron baju, gerak pergi kerja. Sampai office tercungap – cungap dah. Kena buat kerja pejabat pulak. Kena m4ki kena sindir macam – macam la masalah tempat kerja pulak nak hadap.

Balik pukuI 6, kena singah supermarket atau pasar malam. Beli barang basah nak masak satgi. Ikan bawang, sayur. Balik rumah kena siang segala barang basah tu. Lepas tu cuci bersih – bersih ikan ayam masuk dalam tupperware, letak dalam peti ais.. Lepas tu bermula la tugas sebagai chef. Ni dah 2 bulan dah aku buat semua kerja.

Masih terkapai – kapai jugak nak biasakan diri. Tu tak cerita bab cuci tandas.. Rumah hari – hari kena mop sapu rumah. Buang sampah. Cakar halaman rumah. Tukar sarung kusyen, langsir. Kutip sayur – sayur kat kebun mak. Dan macam – macam lagi la.

Tu belum cerita kalau tetamu mai. Nak kena bancuh teh seteko. Tak dapat bayangkan selama ni mak yang buat semua tu sorang – sorang. Orang perempuan memang hebat. Sebab tu Allah bagi orang perempuan ja beranak.

Tambah – tambah zaman mak aku, cuci baju guna tangan. Dengan anak ramai. Mak pun dulu kerja. Masa mengandung pun mak kerja berat. Aku sejak ambil alih semua – semua ni. Nak tengok hp pun tak dak masa. Sebab habis semua kerja hanya fikir baring nak relax, memang terus tertidur. Terlalu letih.

So terbayang jugak perempuan – perempuan yang bekerja balik rumah nak kena buat rutin yang aku buat pasti sangat penat. Tambah kalau ada anak. Nak tengok anak lagi. Tu belum lagi laki ajak main pulak. Aku sejak buat kerja – kerja rumah ni, memang terfikir kalau aku suami sekali pun, aku tak mood nak main dah.

Sebab asal baring memang nak tido. Letih ooo. Aku rasa off tenaga untuk benda tu. Kekuatan orang perempuan memang luar biasa kan. Selama ni asal mak masak tak berapa sedap tau nak complain ja.. Bila dah masak sendiri baru faham erti bersyukur ada makan pun lega dah.

Baru faham bila orang complain masakan kita tak sedap macam mana rasa. Baru faham semua kerja tu berat walaupun nampak ringan. Mungkin ramai laki lain tak macam aku. Mungkin masih ramai lelaki yang ambik part ringankan kerja orang perempuan dalam rumah. Tapi buat lak i- laki yang pernah hidup macam aku ni.

Kalau tak membantu pun tak pa, tapi jangan la k0ndem kerja depa atau masakan depa.. Kalau boleh cuba la bantu – bantu kerja rumah. Kita tak rasa apa orang lain rasa selagi tak duduk di kasut orang. Apa yang berlaku ni buatkan aku lebih hargai perempuan.

Aku lebih hargai apa pun kerja yang orang lain buat. Aku dah faham beratnya tugasan dalam rumah. Oh ya, kesian orang perempuan walaupun period, s4kit sengugvt, tapi tetap kena jalankan tanggungjawab pada keluarga. Kurang – kurang aku laki tak rasa semua tu.

Aku terbayang zaman – zaman perempuan kahwin dapat mak mertua k3jam. Mesti sengsara hidup dalam keletihan, kes4kitan dan kesedihan itu. Akhir kata, hats off dan tabik spring buat semua wanita yang berkerjaya atau bergelar surirumah atas tanggungjawab anda pada keluarga. Home is not home without women. Patut la dalam dunia ada hari wanita, tapi tak dak hari lelaki. Semoga Allah berikan syurga yang tertinggi buat semua. – Zam (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Han Rohana : Siapa yang kata jadi suri rumah tu rilex.. golek – golek depan tv je. Memang nak kena hempuk kepala. Aku yang bukan suri rumah sepenuh masa ni pon rasa tak sanggup.. at least kat ofis.. ada lunch break. Kat rumah, dari celik mata sampai tutup mata.. adaaaaa aje keje nak buat.

Dari keje yang hari – hari kena buat.. yang seminggu sekali.. sebulan sekali.. macam – macam kategori ye. Maka mak – mak.. marilah kita didik anak – anak lelaki kita buat kerja rumah. Ringankan beban ibu.. ringankan beban isteri.

Siti Rahmah : Sebab tu kerja – kerja umah tanggungjawab lelaki. Sebab kudrat lelaki Allah bagi lebih. Tapi sebab atas dasar kasih dan ehsan, kebanyakan perempuan dengan rela hati buat. Sebab tu ramai yang seronok dan suka tengok 1 influencer dari Sabah yang kahwin dengan orang asli semai Perak tu.

Hari – hari dia puji isteri dia dengan panggiIan ‘isteriku’ tu. Kalau baca komen – komen kat situ, penat macamana pon mana – mana isteri seronok sangat kalau suami menghargai kerja – kerja seharian waima sesimple mana pon.

Suami akak takde la seromantik itu, tapi dia bantu jaga anak pon dah syukur yang amat. Kerja – kerja umah akak memang tak galakkan dia buat sebab selalunya ‘asal boleh’ . Untuk TT, tips nak ringankan kerja umah, untuk preparation barang – barang masak boleh buat time weekend.

Blend bawang, cili semua tu. Baju – baju kumpul seminggu basuh 2 kali pon ok sebab duduk berdua je. Lepas ni selalu – selalu la beli tools yang boleh ringankan beban kerja umah. All the best dengan menjaga ibu. Kunci syurga tu. Dalam masa yang sama, bertuah wanita yang dapat awak nanti. And bila dah jadi ayah yang ada anak, jangan rajakan anak lelaki nanti. Anak lelaki ke perempuan, semua kena pandai wat keja umah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.