Selama ni mertua bantu perniagaan nasi lemak, tp tak sangka dlm diam mereka saiIang tempat aku berniaga

Aku diberhentikan kerja semasa PKP 1 dijalankan, ketika tu aku belajar buat nasi lemak, aku telefon sana – sini untuk promosikan nasi lemak. Hinggalah aku berjaya dapat hantar kepada 5 tempat dengan bantuan mak ayah mertua. Kemudian tiba – tiba mereka kata dah tak boleh bantu sebab dah tak larat. Minggu lepas aku dapat tahu rupanya..

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min, aku terp4ksa luahkan dekat sini, sebab aku dah tak tahu nak menumpang pada bahu siapa sekarang ni. Cerita pada mak aku, pasti dik4tanya aku ni b0doh. Cerita pada suami, dik4tanya aku berkira dengan keluarga dia.

Masa kita semua kena Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama dulu, aku kena buang kerja, dari bahagian sales. Jadi aku terp4ksa menyewa di rumah mertua, aku dan suami bayar sewa dan bayar bil api air pada mertua, kami tak duduk percuma ye.

Oleh kerana keterdesakan ekonomi, aku cuba – cuba belajar buat nasi lemak. Aku iklankan giIa – giIa, tak malu aku call mana – mana kilang, kedai, hospitaI, cafe – cafe asalkan aku dapat menjual Nasi Lemak telur rebus aku.

Minggu pertama, ada satu kedai mengizinkan aku letak di cafe mereka, di HospitaI secara tepatnya. Aku masak 30 bungkus, habis 10 bungkus sahaja, baki 20 aku kasi pada cafe. Jujurnya pada bulan pertama, memang aku rugi,

Habis sahaja PKP, hari raya, PKPB aku berjaya edarkan dalam 5 kedai cafe dalam radius 30 KM dari rumah aku. Ketika itu mak mertua aku tolong, aku sangat happy, suami aku pun tak kisah aku “tak layan” dia sangat, sebab hubungan aku dan keluarga mertua sangat rapat semasa bisnes ni dijalankan.

Oleh kerana limitasi logistik, tiada tukang hantar, bapa mertua aku offer nak hantar nasi lemak aku. Aku bayar gaji mereka. Syukur ke hadrat Ilahi, masa PKPP, suami aku dapat gaji penuh dan kami keluar menyewa flat sahaja.

Kami berdua sahaja, aku tidak mencari kerja mengikut kelulusan aku, kerana keuntungan Nasi Lemak ni lagi tinggi dari gaji aku sebelum ni. Setelah pindah rumah, 5 KM dari rumah mertua, bapa mertua aku masih lagi sudi bantu aku hantar Nasi Lemak aku, mak mertua aku masih lagi tolong packaging dan bantu lain – lain.

Tapi setelah PKP 2.0, Bapa mertua aku cakap, dia dah tak larat, dah tak nak hantar nasi lemak aku, Mak Mertua aku pun sama, kata mereka, mereka dah berusia. Tak per, aku gagahkan lagi kudrat, untuk hantar ke tiga tempat sahaja.

Minggu lepas, aku dapat cari runner, dan pembantu untuk bantu aku Packaging Nasi Lemak, jadi aku hubungi semula dua cafe kilang yang aku biasa hantar nasi Lemak, yang aku terp4ksa tutup order kerana limitasi kaki tangan pekerja sebelum ini.

Aku terduduk, menangis setelah kedua – dua cafe maklumkan pada aku, nasi lemak aku hantar, tak pernah putvs pun. Rupa – rupanya dah seminggu min, perniagaan aku kena saiIang bukan dengan orang lain tapi dengan ibu bapa mertua aku sendiri.

Aku ada cerita pada suami, dia kata jangan berkira, tu bukan orang lain, keluarga dia juga. Tapi entah lah min, aku rasa terkilan, aku tak tahu apa lagi perasaan yang sesuai

Komen Warganet :

Waziha Wahid : Adoi sampai macam tu sekali! Siapa yang saiIang tu? pak dengan mak mertua ke? GiIalah benda macam ni pun ada ek Ini bukan masalah berkira atau tak redha tapi ni kejujuran.

Macam mana boleh hidup selesa, tidur aman setiap malam kalau kita dah tipu orang? Macam mana tuh? Tak kisahlah ahli keluarga, kawan – kawan, anak   beranak tapi bagi saya amanah dan kejujuran tu penting barulah hidup berkat.

Tak pe sis abaikan je la sesiapa yang saiIang tu, anggap tak ada rezeki. Kalau sis usaha lebih, jujur, ikhlas dan amanah InsyaAllah, Allah bagi berkali – kali ganda lagi. Anggaplah asam garam dalam hidup.

Emmazaima Ismail : Redha. InshaAllah ada rezeki lagi di tempat lain. Memang kecewa. Tapi yakin rezeki Allah tu luas. Anggap saja tu cawangan nasi lemak dari famili mertua. Teruskan cari runner untuk supply tempat – tempat lain.

Selain kilang, boleh cuba amik order dari syarik4t – syarik4t lain jugak. Atau open order untuk sesiapa yang nak kenduri atau sedekah kat masjid ke mana-manake. TT tolong sampaikan hajat depa.

Jadi, siapa – siapa pun walau dari mana pun bole order. Hurmmm.. terpanjang plak. Aku kalau bab niaga ni memang eksaited lebih.

Azrina Mohd : Bila rambang mata tengok business maju, lupa dah pasal hubungan keluarga. Tak salah untuk mak dan ayah mertua untuk buat bisness yang sama.. CUMA kena maklum dulu pada confessor, bukan untuk minta kebenaran tapi just out of courtesy sebab tolong buka mata diorang tentang kelebihan bisnes ni.

Menantu kena redha sebab bisness ni bukan milik dia sorang sahaja TAPI mentua kena cari outlet atau kedai yang confessor tak pernah hantar. Bukan bersaing tapi compliment business antara menantu dan mentua.

Dapat luaskan bisness dan tolong antara 1 sama lain sebab mungkin ada masa mentua tak boleh cope up dengan demand di lokasi mereka dan boleh minta tolong menantu untuk supply tambahan. Win – win situation, barulah tiada siapa terasa dan sedih.

Nazuha Nana Nazmir : Mak aku biasa kena dulu. Ada sorang akak ni, nak jual nasi lemak tapi tak berapa reti masak. Lepas tu minta mak aku buatkan dia nak jual je. Kemudian dalam masa 3 minggu m4kin lama m4kin naik yang ditempah.

Mak aku limitkan la sebab tak larat. Kemudian masuk bulan kedua yang ditempah m4kin lama m4kin kurang. Takpelah, tengok – tengok dia pun nak buat sendiri.. Last mak aku cakap tak nak buat dah sebab tak berbaloi kalau 10 bungkus je.

Kak tu pun tak kisah tapi m4kin seronok. Ada la dalam 2 minggu macam tu minta mak aku buat balik. Risik punya risik orang tak nak beli sebab tak sedap. Mak aku tolak bukan sebab apa mak aku dapat tawaran lain. Lepas tu aku tengok perniagaan akak tu pun tutup.

Munyu Gitu Gitu : Memang kurang ajar mak ayah mentua awak ni. Takpe sis.. sebenarnya bila jadi situasi macam ni Allah nak uji sis. Tahap mana kesabaran sis Iawan mentua ke tahan sabar.

Bila sis sabar tak baIas confirm ada rezeki besar akan masuk lepas ni Allah kasi sebab sis dah berjaya lulus ujian yang di beri oleh Allah. Masa tu sis dah masyuk, nati raya pun tak payah la pergi rumah mentua tu.

Saya pun Allah bagi ujian tapi saya tak baIas balik, siap pend4m sendiri, nangis dan berdoa je la. Sekarang rezeki masuk tak henti – henti, Allah bagi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.