Selepas 2 tahun saya lari dari suami, dia datang melutut depan mak ayah saya kata dah bertaubat. Anak saya rancang sesuatu

Anak – anak juga beritahu ayah mereka ada tempat pertemuan rahsia. Anak – anak siap aturkan rancangan supaya saya pergi ke rumah tersebut bila suami dan perempuan tu bersama..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, nama saya Wahida. Cukup itu pengenalan diri saya, saya takut nanti orang boleh tahu siapa saya. Saya ingin bercerita masalah yang terp4ksa saya hadapi yang hingga kini membuat saya terpanggang dengan bebanan hutang bank, yang menyiksakan hidup saya setiap bulan.

Tujuan saya bangkitkan isu ini semata – mata untuk menyedarkan kaum wanita, kalau terbukti sekali suami kita buat hal hingga kita hampir bercerai berai, janganlah kita percaya sangat kata – katanya, kerana itu bukan terakhir per4ngai buruknya, sebaliknya berlanjutan di belakang kita, tanpa disedari.

Nasihat saya kalau terbukti dia ada kekasih belakang kita bertahun – tahun membohongi kita, bertindaklah, jika hendak bercerai teruskanlah. Sebab semua sumpah, pujukan, janji – janji dia tidak akan mengulangi perbuatannya lagi, itu semua ‘wayang’ dan palsu belaka sebab dia akan terus ulang lagi per4ngai buruknya sebab dia tahu kita mudah termakan dengan pujukan dan janjinya.

Kali pertama suami saya, Ezi buat hal ketika dia berusia 40 tahun, saya 3 tahun muda daripada dia. Ketika kita sibuk dengan tugas dan menguruskan 3 orang anak yang sedang bersekolah rendah dia pun sibuk bercinta, berdrama swasta di belakang kita.

Bila kisahnya terbongkar, pastilah saya meng4mok sakan, kekasihnya bukan seagama dan sebangsa kita, tentulah keberanian mereka lain macam sikit. Suka terjah tak memasal. Tentu saya pun panas, akibatnya saya dan suami berper4ng habis – habisan. Tindakan saya mudah kalau nak kahwin tolong ceraikan saya, saya tak mahu bermadu. Muktamad.

Di sebeIah perempuan itu bila skandal mereka terbongkar, dia tak kisah, dia mahu segera kahwin dengan suami saya. Dan dia pun buat rancangan supaya perkahwinannya dengan suaminya boleh segera terputus. Ya, dia tu isteri orang. Si pompuan tu pun buat rancangan supaya dia pun boleh segera bercerai. Dia sengaja bongkar masalahnya kepada suaminya.

Tetapi masalah paling besar kepada Ezi dia masih ragu – ragu jika dia bercerai, sebab selama ini bisnesnya banyak saya yang bantu. Dia tunjuk gah konon bisnes berjaya, dengan kereta mewahnya, selain mempromosikan dapat banyak projek, tentulah si pompuan tu percaya. Dia nak hidup senang, nak duduk rumah besar dan berkereta besar.

Kerana s4kit hati dengan per4ngainya, saya tinggalkan Ezi yang masih belum mahu ceraikan saya. Saya tak sabar sebab saya mahu lihat takat mana Ezi boleh berjaya tanpa saya membantu dia selama ini. Semasa Ezi masih ding dong dengan proses cerai yang saya tuntut dah hampir setahun masih belum selesai, tetiba permohonan saya nak lanjutkan pelajaran ke luar negera diluluskan.

Sebenarnya saya mohon lanjutkan pelajaran ke luar negara selepas skandal Ezi terbongkar, saya tak sanggup bermadu dan saya tak mahu tunggu lagi dengan per4ngai suami yang tak sedar diri ini. Tanpa banyak soal dan terlalu s4kit hati saya terima dengan senang hati tawaran untuk sambung belajar selama 2 tahun ke luar negara.

Saya bawa anak yang kecil, yang besar saya tinggalkan dengan mengamanahkan di bawah jagaan adik saya bersama pembantu rumah. Saya tak benarkan Ezi balik rumah. Kerana rumah itu atas nama saya, saya yang beli dan bayar setiap bulan, bukan dia. Dia pun malu nak balik, sebab semua jiran tahu kami dah bercerai, saya yang sebarkan.

Lepas 2 tahun, saya balik, hajat nak sambung belajar lagi, dan nak bawak anak – anak bersama boleh lanjutkan pelajaran di sana. Tapi Ezi main drama, dia minta ampun, tak buat lagi, berjanji akan kekal dengan saya, konon dia tak boleh berpisah dengan anak – anak. Drama aja, sedangkan sebulan sekali nak jengok anak pun susah, apa lagi nak bagi duit saku.

Tapi Ezi sanggup melutut depan emak ayah saya dan mendakwa dia sudah bertaubat, berubah dan dia tetap sayangkan keluarga. Atas pujukan emak ayah juga, dan demi anak – anak yang sem4kin membesar, saya setuju berbaik semula, sebab kami tak bercerai, saya cuma tinggalkan Ezi yang masih ding dong belum ceraikan saya.

Awalnya memang nampak Ezi sering di rumah, tetapi hubungan dia dengan anak – anak masih renggang, sebab semasa ketiadaan saya, Ezi tak pedulikan anak – anak. Duit saku pun susah dapat. Minta seratus dapat lima puluh ringgit aja. Jadi mana anak – anak suka.

Bila anak – anak masuk IPTA mereka sendiri dapat kesan per4ngai Ezi, dari mereka saya dapat tahu Ezi masih bercinta lagi, malah anak – anak beritahu si pompuan tu dah lama kena tinggal, mungkin juga sudah bercerai, sebab suaminya pindah kerja keluar negeri.

Anak – anak juga beritahu ayah mereka ada tempat pertemuan rahsia. Kebetulan rakan mereka juga menyewa rumah bersebeIahan dengan rumah yang disewakan oleh ayah mereka untuk pompuan tu. S4kitnya hati Allah saja yang tahu.

Anak – anak siap aturkan rancangan supaya saya pergi ke rumah tersebut mana tahu boleh bersemuka bila ayah mereka yang datang ke rumah kekasihnya itu. Tujuan mereka supaya ayahnya terk3jut dan tak buat hal lagi.

MaIangnya belum sempat ‘ser4ngan’ dibuat, mereka pindah ke tempat lain, alasan pompuan tu rumah mereka jauh dari tempat kerja ‘suaminya’, jadi nak cari rumah lebih dekat lagi. Dalam diam mereka pindah malam – malam.

Nak jadikan cerita bijak macam mana pun Ezi menipu. Allah tunjukkan kelemahannya. Ezi terlupa sorok telefonnya, ketika mandi, saya buka memang terk3jut hampir pengsan. Dengan bantuan anak, semua rahsia Ezi transfer masuk ke telefon saya.

Ketika itu saya minta Ezi jangan berbohong lagi. Dia kaku takada jalan nak menipu dan dia mengaku masih bercinta dengan pompuan tu. Saya tak boleh sabar minta cerai. Sebelum itu saya minta dia bayar hutang dengan saya dan bank berjumlah lebih RM140K

Bab berhutang memang buat Ezi cepat menggelupor, marah dan mungkin kerana malu. Mungkin dia takut keretanya ditarik. Dia terus naik angin dan berlakulah pertengk4ran. Mula – mula perlahan akhirnya kami sama – sama menjerit – jerit. Dia cuba pertahankan tindakannya. Saya dedahkan satu persatu. Sebab s4kit hati kena tipu.

Kerana terlalu marah suami angkat tangan terus menumbvk belakang badan, hampir saya terjatuh. Dengan pantas saya berlari ke dapur untuk ambil apa saja yang di depan mata. Ezi pulak takut, dia terus lari keluar.

Malamnya, saya berunding dengan anak kedua, sebab yang lain di IPTA dan bekerja. Tanpa bertempoh, esoknya saya ceritakan kepada keluarga mertua. Mereka lagi terk3jut, sebab selama ini suami burukkan saya pada keluarganya, konon saya cemburu, kedekut, tak hormat suami, meIawan dan tak boleh diajak berunding.

Baru saya sedar patutlah selama ini bila saya balik kampung, adik beradik Ezi tak ramah dengan saya, masing – masing menjauhkan diri, dan tak mahu berbual pun. Tapi saya tahu bukan semua ipar duai sukakan kita kahwin dengan abangnya, yang konon abang dia bisnesman berjaya, hidup senang, mewah dan kontraktor berjaya.

Rupanya mereka juga kena pau berpuluh ribu sebab bila saya tak mahu bagi Ezi pinjam duit lagi. Saya juga dapat tahu pompuan tu dah bercerai dan dia cuma menunggu masa nak kahwin dengan Ezi. Masalahnya dengan Ezi kalau bercerita pasal bisnes, tak pernah gagal, semuanya berjaya, semua ok.

Tetapi tentang masalah hutang dengan bank dia tak cerita, sebab tu dia gunakan saya untuk tunjuk kemewahan hidupnya. Sedangkan nak beli rumah flat pun dia tak mampu, rumah besar ini milik saya, saya yang bayar bukan dia.

Inilah namanya nak tumpang senang atas nama dan usaha orang lain. Dan yang sebenarnya Ezi memang tak sedar diri. Takut nanti bila dah bercerai bukan sahaja rumah tak mampu beli, sewa bilik pun tep4ksa berkongsi dengan orang lain.

Jadi nasihat saya kepada isteri di luar sana yang mengalami nasib seperti saya, ambil tindakan! Tetapi kalau anda semua bersedia jadi keldai dan h4mba, kuIi suami silakan, tapi jangan menangis bila kena balun nanti. Tanggunglah sendiri!

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.