Semua anak taknak jaga mak mertua. Bila mak merajuk nak balik kpg, beg barang kemas mak kena r4mpas

Aku pujuk kak Z untuk tolong jaga mak dan akhirnya dia setuju dan dia meminta supaya duit pencen emak diberikan kepada dia. Mula – mula semua ok, sehinggalah kak Z bertindak kasar sebab mak taknak bagi kad bank. Kemuncaknya bila mak nak hadiahkan aku barang kemas lama..

#Foto sekadar hiasan. Hai nama aku Chantiq, telah berkahwin, syukur alhamdulillah, aku dikurniakan seorang suami yang tak romantik tapi penyayang. Suami aku anak yatim, emaknya kini telah berkahwin lain, bapa tiri suami baik orangnya.

Bapa tiri suami aku ada 9 anak, 4 lelaki 5 perempuan hasil perkongsian perkahwinannya yang lalu. Suami aku ada seorang abang dan abangnya telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama kak Z.

Suatu hari, pada pertengahan tahun 2002 kami semua dik3jutkan dengan berita emak mertua aku jatuh bilik air sehingga Iumpuh separuh badan. Kami semua bergegas pulang ke kampung suami di selatan tanah air.

Sesampainya di sana kami terus ke hospitaI, kami sedih melihat emak yang hanya terbaring dan tidak sedarkan diri. Ada satu berita meng3jutkan kami, doktor mengesahkan, emak sebenarnya ada ambil ubat yang tidak disahkan oleh KKM, ubat tu dos tinggi, tidak sesuai untuk badan emak.

Setelah di soal selidik, akhirnya kami tahu, emak membeli ubat tersebut dari jiran sebeIah rumah. Emak makan ubat tu dan terus pitam, tu yang anak tiri emak telefon ambuIan. Setelah emak sedar doktor periksa keadaan emak dan terus membenarkan emak pulang ke rumah.

Semasa emak sampai sahaja di rumah, tiba – tiba rumah jadi riuh, riuh bukan sebab gembira tapi sebab berg4duh. Waktu itu nampak raut wajah emak sedih. Anak – anak tiri emak tolak, mereka tak mahu jaga emak, sebab itu bukan emak diorang, meskipun ada antara mereka yang memang suri rumah.

Abang sulung suamipun tidak kurang mahu menepis juga kerana mereka mahukan ‘privacy’, tambahan pula kak Z menegaskan dia tak mahu jaga emak, sebab dia tak pernah jaga orang s4kit. Untuk makluman sidang pembaca kak Z juga surirumah.

Semua memandang ke arah aku dan suami, seolah kami harus menerima semuanya, aku cuma cakap jika kami dapat pindah kerja dan duduk di negeri yang sama, in sha Allah aku tiada masalah untuk jaga emak. Tapi sekarang, aku di Selangor, suami di Perlis, sudah hampir 3 tahun kami PJJ.

Suami aku hanya sewa bilik di sana dan aku menumpang rumah mama papa aku. Permohonan aku untuk ikut suami sering di tolak oleh Ketua Jabatan. Tambahan pula, aku baru sahaja disahkan mengandung anak pertama oleh doktor, kandungan aku baru berusia 3 minggu, masih dalam fasa pertama, mual dan tidak lalu makan.

Suami aku buntu, dia senyap, abangnya mendesak, kak Z juga mendesak, adik beradik tirinya juga mendesak. Aku cuba mengawal situasi, aku cuba memujuk kak Z untuk jaga emak dan aku berjanji untuk bantu dia jaga emak setelah aku pulang dari kerja, setiap hari tanpa culas.

Hujung minggu aku dan suami akan ambil alih jaga emak dari pagi sehinggalah hari ahad petang. Kami tidur di sana. Akhirnya kak Z setuju dan dia meminta supaya duit pencen emak diberikan kepada dia. Kami bawa emak ke rumah abang ipar.

Aku, suami dan abang ipar sediakan barang keperluan untuk emak, katil, water heater, baju, pampers dan semualah kami beli bersama. Di awalnya semuanya indah dan tersusun, lama kelamaan kak Z mula member0ntak, dia mula bertindak kasar terhadap emak, abang ipar pun dah mula menengking emak.

Sebab emak tak mahu serahkan kad bank akaunnya. Emak selalunya tunggu suami aku balik, barulah emak akan minta suami untuk keluarkan duit dari akaunnya. Aku sedih sangat tengok situasi mereka marah – marah dengan emak, ikutkan aku lagi penat, dengan mengandung lagi.

Kerja sebagai jurutera yang tak pernah habis, balik sahaja dari kerja wajib pergi rumah abang ipar, uruskan emak, mandikan emak, suap emak makan, urut emak, layan dia bercerita dan lain – lain. Masa ini aku kena kuat, hati kena kental, banyak tekanan mendatang, hal kerja, hal keluarga, baik sebeIah aku mahupun beIah suami, hal emak, per4ngai kak Z, semualah.

Kak Z dan abang ipar nak emak cepat jalan supaya diorang boleh hantar emak ke kampung cepat. Diorang sibuk suruh pergi terapi sana sini, ambil tukang urut, senang cerita sampai kena pergi darul syifa, kononnya terIampau percaya cerita keluarga kak Z pasal s4ka lah apa lah.

Ye faham itu salah satu usaha, tapi boleh tak jangan terus assume orang tu ada bela s4ka lah ada j1n lah, korang ni orang islam kenapa perlu utamakan benda karut marut ni. Boleh nak cuba tapi jangan taksub sangat. Tak lama tempoh mereka menjaga emak, ada 9 bulan emak di rumah abang ipar, diorang asyik berg4duh je, sampaikan kak Z m4ki emak dan suami aku.

Dia tak puas hati, sebab emak nak hadiahkan barang kemas dia yang lama dan dah tak pakai dekat aku. Lagi satu pasal rumah di kampung emak cakap nak bagi suami aku. Kak Z berang, dia cakap takkan dia dan suami tak ada terima apa – apa?

Waktu kejadian ni aku tengah bert4rung nyawa melahirkan zuriat aku di hospitaI. Semasa aku tengah bersalin, suami aku di rumah abang ipar uruskan emak. Kesian dia. Dah siap semua dia datang dan azankan anak sulung kami.

Dia minta maaf sebab lewat ada di sisi aku, aku tak marah pun, aku paham, dia tengah susah. Lepas aku keluar hospitaI, anak aku kena ulang alik hospitaI 2 minggu sebab anak aku j4undis. Masa ni emak dah boleh jalan sikit – sikit tapi masih tak kuat.

Abang sibuk suruh suami aku hantar emak, masa ni aku tak tahu rupanya diorang ada berg4duh besar. Barang kemas emak, yang emak nak bagi aku satu beg tu, semua kak Z r4mpas. Emak tengok cucu dia dan cakap minta izin suami hantar emak balik ipoh, aku terk3jut, emak dah sihat ke nak balik sana?

Dia cakap emak dah ok, tapi masih tak mampu jalan sendiri. Masa ini aku tak faham kenapa emak nak balik, aku menangis, aku cakap dengan suami, dia nak hantar emak dan terus balik Perlis ke? Aku tak tahu kenapa aku menangis, macam budak – budak hihi mungkin pasal em0si tidak stabil dalam pantang.

Suami aku cakap dia takkan hantar emak, dia minta biar abang ipar yang hantar, sebab abang ipar yang beriya hendak hantar emak balik kampung. Aku sedih, kesian aku tengok emak, aku tekad kali ini permohonan untuk pindah ikut suami mesti kena lulus, kalau tak lulus aku berhenti kerja.

Masuk je kerja, aku terus buat permohonan pindah, alhamdulillah tahun 2004 bulan jun aku dijadualkan berpindah ke negeri Kedah dan suamipun ke negeri yang sama. Masa ada sebulan lagi. Mama papa aku pula buat mogok, mereka menghasut aku supaya jangan jaga emak mertuaku, macam – macam mereka lakukan.

Sehinggalah hari aku berpindah, mama papa aku langsung buat tidak tahu dan langsung tidak membantu aku dan suami. Aku, suami, pemandu lori dan kelindan lori yang bergilir – gilir memasukkan barang ke dalam lori.

Pak cik dan mak cik aku pula mengejek dan mencela aku kononnya aku anak derh4ka. Aku dan suami buat tidak tahu sahaja. Sampai sahaja di Kedah, kami terus kemas rumah dan tidak sabar untuk ambil emak duduk bersama kami.

Sepanjang kami PJJ, selepas emak dihantar pulang ke kampung oleh abang ipar, emak kerap bertukar – tukar rumah, kejap rumah anak tiri sulung, kejap rumah anak tiri bongsu, dah macam bola, main pas – pas. Tapi sekurang – kurangnya mereka cuba juga jaga emak.

Sekarang ni, rumah dah kemas, aku dan suami minta izin ayah tiri untuk ambil emak bawa ke Kedah sebab kami nak jaga emak. Ayah tiri suami dah tua dan uzur, umur dah hampir 80 tahun, dia tak larat nak jaga emak. Biarlah kami anak – anak berbakti selagi kami mampu.

Ini pun salah satu cara untuk mendidik anak – anak, untuk ambil tanggungjawab menjaga orang tua yang uzur, tak kira orang tua sendiri atau mertua, dua – dua sama, tiada beza. Semua barang emak kami dah bawa sekali.

Sampai sahaja di rumah, kami biarkan emak berehat sepuasnya di dalam biliknya. Nampak emak gembira. Aku pun tumpang gembira. Bermulalah episod kami menjaga emak, pagi sebelum pergi kerja kena pastikan emak dah makan ubat dan makan sarapan.

Tengahari aku atau suami akan balik ke rumah untuk sediakan makanan tengahari emak, biasanya kami telefon emak dulu, tanya nak kami beli lauk apa. Petang balik kerja, lepas ambil anak, biasanya aku akan masak, untuk makan malam semua ikut selera emak atau suami.

Inilah rutin seharian kami, tanpa culas meskipun bulan puasa. Emak tak larat nak berpuasa, biasanya kami beli je dekat kedai mamak mana yang buka. Masa ni tak fikir pun tanggapan orang, sebab kalau kami tak beli, kesian emak lapar dekat rumah.

Sekarang kalau ingat balik malu pula rasanya. Ada masa emak makan banyak, ada masa emak makan sikit, ada masa emak tak jamah pun makanan tu, ada masa emak munt4h balik dekat lantai. Kadangkala ada tergur1s juga hati aku, tapi aku biarkan sahaja.

Ada masa – masa tertentu emak akan berbahasa kasar dengan kita, ada masa – masa tertentu emak cakap benda baik je dengan kita. Senang cerita, emak dah macam per4ngai budak – budak, kita kena layankan sahaja, jangan ambil hati.

Kalau ada rasa nak marah, pergiIah keluar ambil ud4ra segar sekejap untuk tenangkan hati, jangan diIawan. Aku kesian tengok suami aku, angkat emak, mandikan emak, basuh ber4k emak, basuh k3ncing emak, tukarkan pampers emak, semua dia buat, cuma ada sikit – sikit perkara dia minta tolong aku.

Dia nak aku fokus dekat anak kami Raiez. Aku dan suami jarang g4duh sebab masing – masing penat, sampai tiada masa untuk g4duh. Kalau bab balik raya, kami memang tak akan g4duh, biasanya aku akan dahuIukan beIah suami aku, bagi emak puas beraya dulu.

Lepas itu, barulah pulang ke rumah papa mama aku di Selangor sebab masa ini abang ipar dan kak Z dah pulang dari kampung beraya, boleh tumpang emak semalam dua di rumah mereka. Masa ni mama papa aku akan perli aku dan suami, “eh ingat dah lupa jalan balik rumah ni”, kami buat tak tahu sahaja.

Tapi pernah juga kami menjauh dari mama papa beberapa ketika, kami tak balik ke rumah mereka, kami tak hubungi mereka, sebab mulut mereka terlalu berbisa, sehingga buatkan aku dan suami terasa hati sangat. Mama papa bercakap macam diorang tak faham apa yang sedang kami lalui.

Mereka pun kena sedar , mereka juga dah tua, akan mengalami situasi macam ini juga. Aku bukan apa, lagi satu hal setiap kali nak tumpang emak di rumah abang ipar, biasanya kak Z akan buat muka mencuka, kesian emak.

Pernah juga aku tak balik beraya sebab kak Z kata diorang cuti panjang, kesian abang ipar tahan malu dengan per4ngai isteri dia. Yang kak Z pula, disebabkan dia takut dia kena jaga emak lagi, dia terus mohon kerja di kedai makanan segera kawasan rumahnya, kelakar kan?

Aku buntu, mama papa aku selalu mendesak untuk kerap pulang ke rumah mereka, aku pula risaukan emak tiada penjaga, akhirnya aku dan suami yang runsing. Puas aku nasihat papa mama, sekarang ini adalah masa untuk suamiku berbakti pada emaknya, berilah dia ruang dan peluang, aku nak mereka faham dan jangan keruhkan lagi keadaan hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Aku bertuah kerana suami aku seorang yang cool, dia sering kongsi apa – apa perkara dengan aku dan dia sangat tenang dalam membuat keputvsan. Aku dan suami sekarang ini sudah sem4kin rapat dengan keluarga adik beradik tiri.

Sebab mereka sangat mengagumi aku dan suami boleh jaga emak meskipun kami dua – dua bekerjaya hebat. Tapi tiada apa yang hendak dibanggakan pun, asalkan kita buat semua ini hanyalah kerana Allah swt. Aku bersyukur juga bos dan sahabat – sahabat serta bawahan aku semuanya sangat memahami situasi kami menjaga orang tua yang s4kit.

Kami banyak dikelilingi oleh orang – orang yang baik. Mudah sahaja, hanya yang aura positif sahaja kita kekalkan dalam kelompok kita, yang negetif buanglah jauh – jauh. Kalau kita dah mula terasa hati dengan orang tu, baiklah kita menjauh seketika ataupun selamanya, jaga hati kita dan pulihkan hati sendiri dahulu.

Dalam minggu ni kelakuan emak pelik sangat. Dia makan tapi makanan itu terkeluar dari mulutnya, tanpa dia sedar. Mulutnya sedikit herot bila berbicara hingga kami tidak faham butir bicaranya. Kalau dia boleh bersuara dia akan marah – marah dan sering dia minta aku izinkan suami aku kahwin lain.

Macam tiada sebab pun dia nak cakap hal ni. Ada sekali tu aku g4duh besar dengan suami sebab emak cakap suami ada cakap dengan emak dia nak kahwin dengan perempuan lain, sampai aku minta cerai dengan suami. Tapi sebenarnya emak sahaja yang reka cerita.

Itulah pentingnya komunikasi dalam perhubungan, nasib tak bercerai berai kami dibuatnya. Untuk makluman semua, itulah minggu – minggu terakhir emak ada bersama kami dan hidup di dunia ini. Genap setahun kami jaga emak, pagi itu suami kesan kelakuan emak pelik.

Tangannya melambai tapi matanya pejam. Suami k3jutkan emak untuk makan ubat, tapi emak tak sedar. Aku telefon ambulan sambil tu kami dongakkan sedikit kepalanya bagi memberi laluan ud4ra. Kami cemas, emak dikejarkan ke hospitaI.

Emak di kec3masan berada pada zon kritikaI. Hampir 12 jam kami menunggu, doktor keluar dan maklumkan emak stabil tapi masih belum sedar. Aku tengok banyak wayar pada badan emak, suami aku masih menunggu doktor nak sampaikan apa.

Dia nampak gelisah. Dia risau. Dia macam masih tak bersedia nak hadapi kemungkinan yang satu itu. Akhirnya emak di tempatkan dalam icu. Kami terus menghubungi keluarga semua memaklumkan keadaan emak, semua terk3jut, tapi kami hanya maklumkan emak stabil dalam icu.

Kami berdoa harapnya emak bangun dan sedar macam biasa. Pada pukuI 10 pagi, doktor hubungi suami aku, dia maklumkan yang kami perlu hadir ke hospitaI segera, ada perkara perlu dijelaskan. Semasa sampai, doktor telah mengesahkan bahawa otak emak telah sem4kin mengecut macam saiz otak kanak – kanak.

Terlalu banyak kerosakan pada bahagian otaknya, punca utama adalah minor str0ke dan peluang untuk hidup amat tipis. Aku dan suami menangis semahunya, kami rasakan dunia ini gelap, kenapa emak nak pergi tinggalkan kami.

Jika emak pergi, suami aku adalah anak yatim piatu. Allah kesiannya dia. Aku dan suami hubungi semua keluarga maklumkan keadaan terkini emak, semuanya datang melawat. Ada yang datang untuk berkongsi kesedihan, ada yang datang sekadar untuk ada, ada yang menambah p4rah dan Iuka dengan membuat sesuka hati mereka pada tubuh emak (yang ini biarlah rahsia).

Ya mereka tidak faham sebab itu bukan emak mereka. Setelah 5 hari emak di icu, pada pukuI 1 pagi, aku dan suami dik3jutkan menerima telefon dari hospitaI, doktor yang merawat emak memaklumkan berita yang sungguh meruntun hati kami.

Emak telah pergi selama – lamanya menghadap penciptaNya. Aku dan suami menangis semahunya. Suami aku bergegas ke hospitaI waktu itu juga dan aku diminta untuk kemaskan semua pakaian secepat yang boleh, esoknya nak terus bergerak ke kubvr ikut van jen4zah.

Sesampainya suami aku di hospitaI pukuI 2 pagi, dia terus membuat pengecaman m4yat dan tunggu untuk surat sah kem4tian. Esok pagi adalah sesi untuk mandi dan k4fankan m4yat, semua diselesaikan di hospitaI. Selesai urusan itu, kami terus mengikut van jen4zah ke masjid untuk disolatkan dan terus ke kubvr.

Semua urusan dipermudahkan, tiada bayaran diminta, semuanya orang sedekahkan, syukur ya Allah. Emak pergi menghadap ilahi pada hari jumaat. Semasa di kubvr, ramai menangis dan seolah meratap, tapi aku dan suami, kami redha dengan ketentuan yang Allah beri, kami terima ujian ini, kami bersyukur, di hujung usianya kami mampu menabur bakti padanya.

Kak Z pula langsung tidak mahu menatap wajah emak masa di kubvr, macam seolah membenci pula, moga Allah jentik hatinya untuk berubah ke arah kebaikan. Kami rasa sedih tapi kami tidak mahu menangis sebab kami dah cuba buat yang terbaik untuk emak.

Sungguh rasa rindu itu tak pernah hilang, ada masanya kami tewas juga dengan rasa rindu itu. Moga emak baik – baik sahaja di sana. Kami sentiasa doakan emak. Tidak sampai seminggu emak pergi tinggalkan kami, aku hamil lagi, anak ke dua dalam masa yang sama kami juga sama – sama dinaikkan pangkat, mungkin inilah hikmahnya.

Allah tarik emak untuk hadiahkan kami anak lagi dan rezeki yang lain juga. Syukur ya Allah, rezeki Allah tidak pernah putvs selepas kami jaga arw4h emak. Untuk semua yang sedang diuji dengan masalah kesihatan pada keluarga kita terutama pada emak dan ayah kita mahupun mertua, rebutlah peluang untuk berbakti pada mereka, in sha Allah ada ganjaran yang menanti anda semua.

Mungkin bukan di dunia tapi di akhir4t, asalkan niat kita semuanya kerana Allah swt. Yang penting kuatkan hati, cekalkan diri, biarkan yang lain mencemuh, asalkan kita mengetahui bahawa kita telah buat yang terbaik untuk dia, supaya kita tidak akan ada rasa terkilan dikemudian hari.

Buat ibubapa yang ada anak waktu ini sedang diuji begini, janganlah kita keruhkan keadaan dengan menambah masalah pada anak dan menantu, menghasut, memburukkan keadaan dengan mengeluarkan kata – kata nista dan sebagainya.

Kamu sepatutnya mendokong penuh anak dan menantu kamu menjaga ibubapa mertuanya yang sedang s4kit, dengan memberi perkhabaran yang baik dan positif. Jangan kerana cemburu kamu membunvh ik4tan kekeluargaan itu, sehingga ada yang berg4duh, bercerai berai, menantu dah tak mahu balik ke rumah kamu dan tidak hormat kamu lagi, hanya disebabkan mulut sahaja.

Itu sebabnya adalah lebih baik jika kita berdiam diri kalau tiada apa yang hendak disampaikan risau jika terluah akan menggur1skan perasaan orang lain. Setelah bertahun kisah ini berlalu, setiap kali hari raya menjelma, mood suami pasti bertukar menjadi sayu.

Dia rasa tersisih kerana dia sekarang tidak mempunyai emak dan ayah. Dia anak yatim. Ada abang, tapi abang tidak endahkan dia sebab peristiwa lalu, terlalu percayakan kata – kata isterinya. Tidak mengapalah biarlah kami membawa diri dan kami masih tetap bahagia.

Suami aku juga kini sem4kin bertambah sayang pada aku dan dia sangat berterima kasih pada aku kerana sudi menjaga emaknya di penghujung hayatnya. Mohon doakan kami bahagian hingga ke jannah ye. Baiklah, sampai sini sahaja cerita saya. Moga ia menjadi pedoman buat anda semua di luar sana. Terima kasih pada yang sudi membaca cerita saya sehingga habis. – Chantiq (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Vieonnylea Jhudielle G : Menantu yang baik. Mengingatkan saya pada ibu saya yang menjaga nenek (ibu kepada daddy saya) sehingga nafas yang terakhir. Semoga menjadi pendorong kepada saya dan wanita yang lain supaya bersikap positif dan baik terhadap ibu mentua. Sayang ibu dan ibu mentua.

Anis Amira Alias : Hebat dan mulianya hati puan. Semoga bahagia sampai syurga puan bersama Anak – anak dan suami. Pasal kak z tu eeeee geram pulak aku. Sesedap je cakap orang ada s4ka, r4mpas harta orang, insaflah kak z oi…

Farah Husna Nazri : Tahniah puan, banyak saya belajar daripada kisah puan. saya pun masih dalam fasa awal perkahwinan.

1. Komunikasi suami isteri – ada konflik sekecil 2 dan sebesar – besar apa pun, bincang dalam em0si yang stabil.

2. Kesed4ran tanggungjawab – suami sedar tanggungjawab jaga ibunya. Tak serahkan bulat – bulat pada isteri seorang jaga mertua (ada kan? confession, suami guna kuasa vet0 p4ksa isteri sorang – sorang terkontang kanting sorang – sorang jaga mertua, end up isteri kemurungan) atau, lepas tangan biar orang lain jagakan. or vice versa.

3. keikhlasan – puan, suami puan dan anak tiri (awal penceritaan) gilir – gilir jaga ibu suami tanpa harapkan imbalan / harta. Sebab rezeki, harta, kenikmatan bukan sekadar itu. Macam puan, rezeki anak, pindah tempat kerja (PJJ) pun rezeki juga kan.

4. kepercayaan khurafat – Tak disangkal ada keluarga yang masih amal dan percaya, tapi kepercayaan dan ikhtiar kita letak utama pada Allah, bukan pada makhluk lain semata. Hehe panjang pulak, sebab seronok baca. Macam tengah baca cerpen KOMSAS sekolah dulu – dulu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.