Suami kata saya b0doh bila saya suruh dia simpan duit pencen, sekarang dia tak malu tadah tangan minta duit

Bila suami dapat duit pencen RM100K, tiba2 dia berubah jadi sombong dan b0ngkak. Pantang saya tanya tentang duit terus nak marah sedangkan saya suruh menyimpan. Sehinggalah saya dapat tahu dia nak kena saman dengan salah seorang artis. Dia terduduk dan tak malu tadah tangan minta duit..

#Foto sekadar hiasan. Hi, saya Suhaila. Dah lebih setahun saya memendam rasa untuk mencurahkan isi hati tetapi saya masih belum mempunyai kekuatan. Banyak perkara harus difikir dan ditimbangkan sebelum saya buat keputvsan meluahkan isi hati yang sudah banyak dan lama membara di d4da.

Saya tak takut apa yang akan terjadi kepada diri saya selepas ini kerana saya sudah lama memikirkan yang buruk – buruk. Lagi pun rasanya tidak ada gunanya saya simpan perasaan ini membuat jiwa dan hati saya tambah mend3rita.

Lebih menakutkan, akibat terlalu lama menyimpan perasaan, kini saya mengidap macam – macam peny4kit, bermula dari peny4kit d4rah tinggi, lepas tu tak semena – mena seluruh tubuh badan saya gatal – gatal tanpa sebab.

Doktor pun tiada jawapan yang tepat selain memberitahu peny4kit saya berpunca dari masalah hidup saya yang dik4takan mengidap str3ss atau tekanan perasaan. Saya tak sedar perkara ini berlaku, hinggalah doktor memberitahu simptom – simptomnya. Memang benar ada betulnya.

Tapi pada siapa saya nak mengadu, takkan saya nak ceritakan masalah saya ini kepada keluarga kami, apa pulak rupanya, kami bukan budak – budak yang baru berkahwin, bukan juga pasangan yang baru berusia tiga atau empat puluhan tahun, tapi kami dah lebih 50 tahun.

Suami pun dah bersara, memang memaIukan tetapi rasanya hidup saya tidak bermakna lagi. Bukan kerana suami kahwin lagi atau pun ada hubungan lain tetapi keadaannya yang sem4kin memualkan dan menimbulkan rasa benci saya yang meluap – luap terhadapnya setiap kali saya memandangnya.

Sebenarnya perasaan ini telah lama saya simpan mulanya sedikit – sedikit kini dah terlalu banyak kesalahan yang dilakukan dan saya tak boleh memaafkannya lagi. Masalah saya bukan kerana suami berpoIigami, kaki jvdi atau kaki pukuI tetapi sikap suami terlalu mementingkan diri sendiri dan tidak pernah berbincang setiap apa yang dilakukan.

Sudah dua kali dia lakukan kesilapan besar tetapi dia tidak pernah belajar dari kesilapannya. Untuk memudahkan pembaca memahami masalah saya biarlah saya cerita dari awal, saya kahwin dengan Bahar atas dasar cinta sama cinta.

Kekayaan, kepandaian bukanlah pilihan saya, memadai dia tahu tanggungjawabnya itu sudah baik, walaupun saya ada diploma. Tak berapa lama kami berkahwin dia berhenti kerja setelah perkhidmatannya tamat. Waktu itu kami sudah pun mempunyai seorang anak.

Bila berhenti katanya dia akan cari kerja lain, pada saya itu tak jadi masalah asalkan rajin berusaha dan jangan pilih kerja. Biasalah bila berhenti kerja dapatlah duit sagu hati puluhan ribu ringgit. Bila saya tanya berapa jumlahnya dia enggan beritahu, takut agaknya saya minta beli gelang sampai ke siku.

Tapi itu tak jadi masalah, nasihat saya simpanlah demi masa depan kita sekeluarga, ‘kerana langit tak selalu cerah’. Dia kata ok. Alih – alih saya dapat tahu saud4ranya telefon mengucapkan terima kasih kepada saya kerana Bahar beri dia pinjam duit untuk buat kenduri kahwin anaknya.

Lepas tu saya dengar dia nak buat bisnes tapi tak jadi kena tipu dengan orang yang baru dia kenal. Bila saya tanya apa dah jadi dia kata saya menyebok suka ambil tahu hal dia. Katanya dia tahu apa yang dia buat. Nasihat saya suruh dia simpan duit tak dipedulikan.

Selang tiga bulan kemudian dia termenong duit puluhan ribu dah habis. Saya dapat tahu selain dari beri beberapa orang pinjam yang memang tak berganti, turut habis kerana ditipu oleh rakan, bisnes lesap. Menangis saya bila dapat tahu.

Dia tak cakap banyak bila ditanya tapi jadi batu, bisu seribu bahasa. Menong sana, menong sini, macam ibu kucing m4ti anak. Kerana keadaannya macam nak sasau, saya pujuk dia carilah kerja lain badan masih kuat demi anak – anak.

Dan jangan ulang lagi kesilapan lalu. Walaupun dalam hati kecil saya rasa amat s4kit dan pedih kerana puluhan ribu ringgit habis dalam masa 4 bulan. Bukan untuk keluarga tapi untuk orang. Akhirnya dia dapat kerja beberapa bulan setelah menganggur sekian lama, sayalah yang tanggung makan minumnya.

Walaupun gajinya tak banyak tetapi bolehlah bantu saya beli ikan, sayur selain susu anak. Namun boleh dik4takan 70 peratus perbelanjaan keluarga saya yang tanggung, saya lakukan dengan ikhlas kerana inginkan rumah tangga bahagia.

Lebih 20 tahun lamanya dia bekerja walaupun ada ketikanya dia pernah dapat notis dan memo dari ketuanya kerana per4ngainya suka meIawan dan keras kepala. Tapi saya sabar dengan karenahnya sebab takut dia kena berhenti kerja, sebab nasihat saya dia tak pernah dengar.

Dia tetap dengan per4ngai kepala batu, dia saja yang betul. Sebagai contoh saya nak beli rumah, dia kata tak payah, tunggu dia bersara nanti dia akan buat rumah di kampung. Tetapi saya tak mahulah menyewa sepanjang hayat bersara nanti baru nak beli rumah, lagi pun kalaulah dia buat rumah, kalau tidak macam mana?

Waktu itu saya dah tua tak boleh dapat pinjaman kerajaan. Saya kuatkan hati beli rumah sendiri yang termampu dengan pendapatan saya, walaupun marah dia ikut pindah. Kini hutang rumah itu sudah pun selesai. Di pendekkan cerita tahun lalu dia bersara.

Dapat sagu hati dan campur sana sini dia dapat lebih RM100,000, taklah banyak mana pun tapi dia tak ada hutang. Duit ansuran kereta dan ansuran rumah saya yang bayar. Sebab gajinya kecil. Tetapi padanya mungkin duit itu terlalu besar agaknya.

Dia naik satu macam punya sombong, b0ngkak, hinggakan ada waktu tertentu dia tak boleh ditegur apa lagi kalau dinasihat. Dia je yang betul. Malah setahun sebelum bersara dia dah mula tunjuk belang menyinga macam singa lapar kalau saya tanya pasal duit dan suruh dia simpan untuk anak – anak nak belajar.

Katanya dia tahu apa dia akan buat, saya tak perlu mengajar dan tentukan hidupnya. Bukan saya mahu duitnya, cuma saya mahu dia simpan demi masa depan anak – anak yang empat orang ni sebab ada yang nak masuk universiti dan kolej tentu nak pakai banyak duit.

Saya nasihatkan juga simpan dalam Tabung Haji. Sebab itulah sahaja duit yang ada, kalau habis berd4rah bijik mata tak akan dapat duit selonggok lagi. Ingat kesilapan dulu jangan ulang lagi! Tetapi peliknya sem4kin dekat nak bersara sem4kin dia aktif berpesatuan.

Masuk persatuan itu, persatuan ini, hinggakan persatuan Ibu tunggal pun dia nak masuk. Apa hal? Bila saya tanya kenapa masuk persatuan wanita dia marah. Bila dah berpesatuan mulalah balik lewat malam. Hujung minggu pun dia sibuk ke sana sini.

Pernah saya nampak bil makan kat hotel sampai beratus ringgit dalam walletnya. Bila saya tanya dia kata kawan yang bayar, tapi kenapa dia yang simpan bil? Bila dah bersara lagi teruk per4ngainya, sepanjang hari sibuk, tambahan bila dia dah kenal dengan seorang penggiat seni yang kumpul lagu – lagu lama dan klasik, sepanjang hari berjumpa dan berbincang.

Kalau Bahar tak keluar orang itu akan cari dia atau telefon ajak jumpa, tambahan pula waktu itu dia dah dapat duit saguhati. Sibuk memanjanglah hingga lupa makan kat rumah. Kita dah siapkan makan pun dia dah hilang selera. Semua kerana kawan.

Akhirnya saya dapat tahu mereka berbincang pasal nak terbitkan buku si penggiat seni ini, konon dapat untung sebab ada kementerian akan beli buku tersebut. Bahar punyalah yakin dan percaya dia keluarkan duit belasan ribu ringgit untuk terbitkan buku tersebut.

Tapi maIangnya sampai sekarang duit untung dari buku klasik tersebut tak nampak bayang langsung. H4ngus! Dalam pada ribut – ribut nak terbitkan buku tersebut, datang pulak idea entah dari sapa nak buat kelab peminat lagu klasik.

Konon ceritanya kelab tersebut dah lama wujud tapi hidup segan m4ti tak mahu. Bahar diberikan tugas besar hidupkan kelab itu semula. Akhirnya dialah turun naik pejabat jadi orang kuat untuk uruskan kelab. Tubuh jawatankuasa baru dan kelab mulalah bernafas mengikut cerita apa yang saya tahu.

Tentulah kelab aktif sebab bila meeting ada makan minum bukan duit kelab tapi duit Bahar. Waktu itu Bahar jadikan rumah kami macam rumah persinggahan, dia balik untuk mandi dan tukar baju. Kadang – kadang tu tak balik sebab meeting kat luar daerah.

Begitulah gayanya bila dah jadi orang kuat dan orang tengah banyak duit. Dalam pada sibuk hidupkan kelab yang dah jadi harum dan terkenal itu Bahar diperkenalkan pulak dengan seorang artis lama, maka datang lagi dengan idea baru yang meIetup – Ietup.

Konon ceritanya nak buat satu majlis makan malam besar – besaran khusus untuk semua peminat lagu dan ahli kelab yang kononnya ada ramai ahli tu. Bila dah berpersatuan, selalulah meeting tentu pakai duit, siapa kena bayar kalau bukan Bahar?

Itu belum masuk cetak minit mesyuarat, tempah kad jualan meja, booking dewan perdana, booking katering dan lain – lain. Semua Bahar sanggup, sudah tentulah Bahar kena ker4t. Kalau lambat bagi duit Bahar kena ugvt sebab takut kelab kena saman.

Pendek kata semuanya Baharin kena keluarkan duit selesaikan hutang. Konon janji mereka lepas majlis dapat untung boleh ganti. Majlis pasti dapat sambutan dari ahli – ahli kelab kerana artis lama yang dijemput pun meIetup – Ietup.

Setiap seorang kena bayar RM60, satu meja RM600.00. MaIangnya majlis tak dapat sambutan, si penjual meja hilang bersama kutipannya. Yang sengsara Bahar sebab dia seorang yang tanggung kos majlis. Nak jadikan cerita ada artis tak dapat bayaran nak saman Bahar.

Baru terbongkar rahsia. Nak pitam bila saya dapat tahu. Bahar dah jadi ayam ber4k kapur. Duit seratus ribu h4ngus dalam tempoh tiga bulan. Termasuk simpanan Tabung Haji, sijil simpanan premium. Lebur! Bila saya tanya Bahar dia jadi batu, bila saya marah dia lari ke atas rumah, saya meng4muk di atas dia lari ke bawah.

Begitulah halnya. Dia tak pernah belajar atas kesilapannya dahulu. Sekarang dia tak malu tadah tangan minta duit saya untuk minyak kereta, bayar semua bil dalam rumah. Setiap kali hujung bulan saya pening fikirkan perbelanjaan rumah.

Saya kesal dia tak makan nasihat. Kini nasi dah jadi bubur, duit dah lebur, setiap hari dia duduk di rumah. Tak ada seorang ahli kelab pun yang telefon dia bertanya khabar. Sikap dan perbuatannya yang terlalu b0ngkak, eg0, tak masuk ajar, tak makan nasihat, b0doh somb0ng membuat saya amat membencinya.

Kerana tak mahu banyak d0sa, sebab saya selalu memarahinya, maka saya minta cerai atau dia balik ke kampungnya, sebab tak guna duduk serumah kalau tak boleh bercakap apa lagi bermesra. Perkahwinan kami sudah tidak bermakna kepada saya lagi.

Selagi dia ada dalam rumah depan mata saya, saya boleh jadi s4kit jiwa. Saya tak boleh ampunkan dia lagi. Kerana saya dah penat membantunya selama ini, bantu menanggung dan mengurus keluarga ini sejak dari mula kahwin sampai sekarang dia tidak pernah hargai budi dan jasa saya.

Malah semasa dia ada banyak duit dia kata saya b0doh kerana selalu ingatkan dia supaya simpan duit. Dia kata saya b0doh kerana tak tahu buat duit! Semasa hidupnya susah dia perIukan saya bantunya, bila berduit sikit dia jadi s0mbong, takbur dan b0ngkak.

Kemudian bila jatuh miskin semula baru dia kenal dan tahu ada isteri. Apa gunanya? Kerana kini dia cuma tinggal gigi dan lidah dan saya pulak menjadi sem4kin benci pada dia kerana kes0mbongannya memb0dohkan saya dahulu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.