5 bulan aku jadi bibik dekat rumah mertua, suami nekad utk pindah. Bila kak ipar halang, terus suami sound

Kebetulan waktu mak mertua dan kak ipar datang rumah, mak ayah aku baru hadiah TV LED besar untuk kami. Kemain mereka dua perli aku kata menghabiskan duit suami, tak kesian dekat suami takde duit. Aku jenis tak diam, aku terus jawab sambil senyum..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Kenalkan aku Nazirah, berusia 33 tahun. Sudah berkahwin tiga tahun yang lalu dan masih belum ada anak. Aku dengan suami tiada masalah. Kami pernah duduk di rumah Mentua selama 5 bulan sementara kumpul duit untuk duduk sendiri.

Dalam tempoh tersebut, aku ibarat “bibik” di situ. Sampai nak basuh tangan pun kena sediakan besen kecil untuk membasuh tangan. Tolong memasak apatah lagi. Mentua ada tiga anak perempuan. Kakak ipar, dua adik ipar perempuan serta dua lagi ipar lelaki. Suami anak nombor 2.

Pernah satu ketika bila aku dan suami pulang ke kampung aku. Bertalu – talu panggiIan telefon dari Mak mentua. Dia sampai bagi amaran jangan lama dan terus balik. Suami cakap, “Kami tiga hari kat sini. Kami tidur sini.“

Terus Mak mentua meng4muk dalam telefon. Suami cepat – cepat m4tikan talian. Tengah malam masa tidur di rumah keluarga aku, Kakak ipar telefon. Berkeras dia suruh balik. Tapi kami tidak melayan. Selepas tiga hari, kami pulang.

Tapi bila kami balik, seolah kami berdua tidak wujud. Paling s4kit, suatu hari ada saud4ra Mak mentua datang menyembang. Kebetulan aku di dapur buat kerja. Saud4ra nie tanyalah pada Mak mentua yang saya nie dah berisi (mengandung) ke belum.

Mak mentua selamba jawab, “Belum. Aku takut nie jer. Takut si Nazirah tue yang manduI..” Aku terk3jut sangat. Begitu sekali jawapan Mak mentua aku. Yang saud4ra tue macam serba salah bila dengar jawapan macam tue.

Aku ceritakan hal itu pada suami. Aku siap offer kalau tidak percaya boleh jumpa dengan saud4ra Mak mentua sebab dia duduk tak jauh pun dari rumah. Suami menarik nafas berat lalu memujuk aku. Dan keesokannya, suami direct bertanya pada Mak mentua.

Tetapi Mak mentua berpura – pura. Kakak ipar marah pada aku sebab konon nak burukkan Mak mentua. Tak mahu g4duh panjang, suami pun berkata, “Baiklah, kalau macam inilah jadinya, saya dengan isteri akan pindah dari rumah nie.”

Terbelalak mata Mak mentua bila dengar. Kakak ipar cuma merenung t4jam. Tiba masanya kami nak berpindah, Kakak ipar beriya pujuk supaya kami jangan pindah sebab alasan tiada siapa nak uruskan rumah. Selamba suami jawab, “Apa guna ada anak perempuan tiga orang semua pemalas! Aku kahwin dengan dia (aku) bukan untuk jadikan bibik dalam keluarga nie. Semua meIampau perangai!”

Cukup marah suami aku masa itu. Semua yang ada di situ diam membisu. Sejak pindah, kurang sikit tekanan tetapi setiap minggu, Kakak ipar dan Mak mentua akan datang ke rumah. WAJIB ada makanan ya. Kalau tidak, tujuh keturunan tak habis ungkit.

Makan pulak taknak kaleng – kaleng. Pernah belikan murtabak dengan apam balik, kira itu makanan sedap dah. Tapi Kakak ipar selamba kata, “Kami tak makan benda – benda lagu nie. Macam pizza – pizza kami makan. Amboi Mak.

Ada jugak Mak mentua complain rumah kami panas. Dan suruh kami pasang aircond. Sebab di rumah Mak mentua, di biliknya dipasang aircond. Suami cakap, “Tengoklah, ada rezeki kami pasang. Mak pun tahu kan pasang aircond nie bil tinggi. Kat rumah Mak tue Mak tak rasa sebab anak – anak Mak yang bayarkan bil, kongsi – kongsi kan.”

Mak mentua cuma menjeling jer. Sekarang nie apa – apa atau ke mana – mana kami berdua tak bagitahu. Beli apapun diam – diam saja. Sebab dah terkena. Dicanangnya suami lebihkan isteri dari keluarga sendiri pada saud4ra – mara sampaikan ada yang telefon suami tanya betul ke tidak cerita tue. Aduhai…

Pernah suatu hari, Kakak ipar dengan Mak mentua datang rumah. Kebetulan, Mak dan Ayah saya baru menghadiahkan kami sebuah TV LCD besar. Kakak ipar terus cakap, “Besar TV. Mesti banyak duit Azan (nama suami).

Kau ke yang minta beli TV nie?” Tanya Kakak ipar dengan nada perli. Mak mentua menyambung, “Membazir beli TV besar – besar. Tak kesian ke suami tue.” Aku tersenyum seraya berkata, “Sebab kesian dengan anak Mak tuelah, Mak dengan Ayah saya hadiahkan TV nie pada kami. Punya sayanglah Mak Ayah saya tue kat menantunya, deposit rumah nie Ayah saya bayar dengan kelengkapan rumah nie Mak Ayah saya belikan. Sesen pun duit Azan tak keluar.”

Tercengang mereka berdua. Mereka tak tahu cerita. Saja tak nak cerita tetapi bila dah macam nie, aku terp4ksa cerita. Bila macam tue, terdiam mereka berdua. Sejak itu, mereka dah kurang datang rumah. Ada datang tapi tak sekerap dahulu.

Kakak ipar pun dah kurang mulut Iancang atau nak memerIi kami lagi. Legalah sikit hati kami. Kalau tidak, ada sajalah bendanya. Ada saja yang tak puas hati. Takpelah, kami pun ikhlas dengan apa yang jadi. Salah satu ragam dan dugaan dalam rumahtangga. – Nurul Nazirah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norizan Mamat : Makcik suka baca gini. Dua dua pasangan ada pendirian ada kekuatan. Suami yang jadi pembela isteri, isteri juga kuat membela diri sendiri. Semoga bahagia hingga syurga dan dapat anak – anak yang comel nanti.

Peah Peah : Betullah memang kena bagi sedas dua. Biar dia tahu perkara sebenar. Ini selalunya si isteri kena jaga aib suami. Aib apanya yang nak dijaga sampai bini kena fitnah perabih duit suami. Kalau perabih pun apa salahnya memang tanggungjawab si suami membahagiakan isteri.

Dah kalau suami mampu, tak de masalah pun. Yang jadi masalah bila pihak lain menyibuk nak juga apa yang si isteri dapat, ditambah pula ada batu api yang menghasut.

Nazira Mylisa : Sedih aku baca Bab menantu kena buIi dengan mentua. Sebab alhamdulillah aku dapat mentua baik sangat. 10 tahun kahwin rasa macam mak abah sendiri. Aku lambat bangun Hari sabtu (tidur balik lepas subuh) mak mentua aku tak kisah pun.

Siap cakap “biasalah kalau kita kerja ni, penat. Sabtu ahad nak bangun lambat sikit”. Aku nak masak tak nak masak, makan luar, beli lauk kat luar, pi jalan mana, nak kemas rumah, tak nak kemas, nak tolong tak nak tolong mak mentua aku tak kisah pun. Kalau aku buat dia hargai, tak buat dia tak mengata. Tak pernah cakap buruk pasal menantu. Terbaik mak mertua aku. Hanya satu dalam dunia.

Indra Putra : I suka suami confessor jenis adil dan ada tuIang belakang. Pert4hankan isteri. Bersuara. Ajak pindah. Tak sangka ada sejenis orang macam ni. I mean, walaupun macam tu.. suami membesar dalam bentuk lain yang contra sangat. So, tahniah kepada suami. Di masa depan, kita tak tahu drama apa yang akan tiba – tiba muncul. Bersiaplah. Dan bersabarlah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.