Setiap malam anak kena r4mpas konon cucu nk tido atuk nenek. Siap bagi baby air masak

Oleh sebab anak aku merupakan cucu sulung keluarga suami, mak mertua sibuk nak jaga aku. Sebenarnya bukan nak jaga aku, dia nak cucu saja. Dalam pantang dah kena basuh baju sendiri pakai tangan, anak diberi minum air masak. Setiaphari saya doa, sehinggalah mertua kata mak ayah aku tak pandai jaga cucu. Aku terus meIetup..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama aku makcik kertu dan umur awal 40an. Sekarang tengok ramai yang post pasal depr3ssion semasa dalam pantang. Terutamanya anak sulung. Pendek kata aku pun salah seorang darinya, pernah melalui zaman berpantang yang menc4bar.

Masa bersalin, anak sulung aku adalah cucu sulung beIah keluarga mertua. Dah jadi macam rebutan nak jaga aku masa pantang. Masa ni suami pujuk suruh pantang dengan mak dia. Hati aku ni berat betul. Akhirnya aku buat keputvsan ikut cadangan suami.

Mak aku kecik hati betul dengan aku. Dipendekkan cerita aku terus ke rumah mertua lepas keluar hospitaI. Dua hari pertama okay lagi. Tapi aku dah nampak mertua ni sebenarnya tak peduli pun dengan aku. Yang dikisahkan hanya cucu sahaja.

Masa dalam pantang, aku takde pun mandi air herba. Tiada minta tolong suami untuk cari daun herba untuk mandian. Padahal ada mak mertua tanam pandan kot. Berurut setakat dua hari ja. Paling sadis anak diberi minum air masak.

Lepas tu suami dah masuk kerja. Dia kerja jauh. Luar dari negeri mertua duduk. Sedih sangat masa tu. Sebabnya kebetulan sebelum suami nak balik ke negeri tempat dia kerja aku minta hantar balik rumah mak sendiri. Tapi mertua tak bagi.

Dia bagi tinggal dua hari ja. Masa ni masih lagi sabar. Balik dari rumah mak kita yang tak sampai pun 15 minit anak aku menangis masa tu. Biasalah budak nak tidur. Aku try bagi susu badan. Boleh dia cakap budak ni sesak nafas bawa pergi hospitaI cepat.

Ayah mertua boleh cakap mak ayah kita tak reti jaga budak. Masa ni aku dah meIetup, aku kata la mak aku dah jaga 5 orang cucu banding dengan diorang. Siapa sebenarnya yang tak reti jaga budak. Bila bawa pergi hospitaI tiada pun sesak nafas.

Drama saja diorang. Bayang kan hari 5 dalam pantang kita dah basuh baju sendiri ya pakai tangan. Orang dalam pantang kena rehat tapi kita tak rehat. Makan pulak nasi dengan lauk sejuk yang masak pagi. Cannot brain la.

Memang dia hanya nak cucu bukan menantu. Kemuncaknya, aku mintak juga dengan suami nak balik rumah mak sendiri lepas kena tinggal dua minggu tu. Elok lepas anak cucuk sebulan terus balik rumah mak kita. Nurse tegur kenapa muka pucat tekanan d4rah tinggi.

Kita pun menangis ya ya depan nurse. Habis cerita segala mertua buat. Punca mer0yan sebab susu badan kita dia kata tak ada. Pastu bagi anak susu fm sampai anak sembelit. Boleh pulak dia yang beli fm tanpa bincang dengan kita.

Sedih sangat sebab susu banyak kot. Pastu sepanjang malam tidur anak kita kena r4mpas. Dia kata cucu nak tidur dengan nenek atuk. Macam mana aku tak mer0yan. Lepas balik duduk rumah mak kita sambung berurut. Hari – hari nangis.

Sampai tukang urut tu bagi air penawar untuk hilangkan rasa sedih aku. Rasa tu berkurang juga tapi benda tu memang aku tak lupa. Aku tekad tak mau dah pantang rumah mertua. Aku ada enam orang anak. Yang kedua saja aku pantang dengan mak sendiri sebab anak kebetulan rapat pulak. Mak kesian dengan aku.

Jadi untuk yang seterusnya aku pantang sendiri dan amalkan penjarakan dengan merancang. Yang lekat anak kedua cepat tu gara – gara mertua juga la. Dia kata dekat suami nanti aku gemuk kalau pakai perancang. Anak jangan rancang – rancang.

Nah sekali 3 bulan yang sulung pregnant yang kedua. Mer0yan aku bersambung ya. Sebab em0si masih tak stabil. Hari – hari nangis. Mak aku marah dah. Dia pesan suruh ambil dah perancang. Nak jadi isteri solehah konon.

Sekali suami pun tak ketahuan bila aku mengandung yang kedua. Dia dah tak layan aku macam mengandung anak pertama. Nasib aku kerja. Apa keinginan aku pi cari sendiri ataupun dengan kawan. Masa ni aku memang d3ndam dengan suami dan keluarga mertua.

Setiap hari lepas solat aku doa ipar aku masa tu kebetulan mengandung juga anak dia langsung tak nak susu badan. Biar dia rasa apa aku rasa masa pantang dengan mak dia. Dipendekkan cerita, Allah perkenankan doa aku.

Kesannya anak aku langsung tak suka ayah dia dengan family mertua. Tengok muka pun nangis. Adik ipar pun anak dia alergik susu badan. Tak tahu dia makan apa sampai anak dia boleh alergik susu badan. Lepas tu dia cakap mak dia nak r4mpas anak dia.

Pengajaran dekat sini yang aku nak tekankan suami tolong dengar cakap isteri. Kalau isteri nak pantang rumah mak dia biarkanlah. Lebih afdal jaga sendiri. Bab perancang pulak. Kalau mentaI masih tak sedia nak terima anak baru bagi isteri merancang.

Jangan kau dah sedap bini mengandung kau boleh buat tak heran. Untuk isteri pulak. Kalau suami tak kasi merancang pilihan di tangan anda. MentaI dan badan anda diri sendiri sahaja yang tahu. Sekarang aku dah bahagia.

Awal dulu anggap sahaja ujian. Tapi bila ingat balik boleh sedih aku. Betul lah orang kata Iuka dah sembuh tapi parutnya tetap ada. Anak aku yang sulung pun dah 15 tahun. Mertua aku pun dah meninggaI. Al-Fatihah untuk kedua – dua nya.

Seiring dengan tambah usia, benda lama taklah aku ungkit balik. Kalau kata aku ada cucu kelak aku harap aku tak jadi mertua yang jahat. Minta dijauhkan ya Allah. Dari cerita aku ni mana yang elok ikut. Yang tak elok kamu rasa jangan pulak ikut. Setiap orang ada cerita mereka sendiri. – aku Kertu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Tia Aleesya : Makcik, thanks tulis kan confession ni untuk saya. Apa yang kita hadap, sama 90% just bezanya adik ipar saya banyak jugak tolong uruskan baju saya dengan baby. Suami? Blur – blur katak macam dia pulak yang kena gunting.

Saya pantang dengan mertua pun sebab PKP. Elok je boleh rentas daerah, aku cabut balik kampung. Kalo stay sampai habis pantang kang risau ada yang kena tet4k. Terutamanya suami dengan ipar tu. Sibuk nak buat anak orang macam anak sendiri sampai mak dengan anak takde bonding langsung. Asal nangis je, dia bawak lari.

Kadang – kadang sampai seharian tak tengok muka anak. Suami mesti la back up kakak dia, kata kita yang over think la, tak suka family dia la. Dia rasa okey je kakak dengan mak dia buat segala keputvsan termasuk sumbat susu tepung guna botol kat baby sampai baby tolak hisap susu badan.

Paling s4kit hati, segala benda kita beli untuk kegunaan baby dia kata tak sesuai la, tak oke la. Dorang beli sendiri dan ketepikan pendapat saya sebagai ibu. Malah brand susu FM pun memandai – mandai je bagi ikut suka dia.

Entah la, tapi bab breastfeed tu d3ndam sampai sekarang ye.. Berhari – hari saya pendam, akhirnya saya meIetup jugak. Saya mintak nak balik kampung, saya bagitau dia ape yang saya rasa, kemudian saya cakap suruh kakak hang tu beranak sendiri. Bukan takde pu**. Terkedu dia. Saya pun tak sedar saya terlepas macam tu. Haa amik..

Intan Norliana : Dugaan orangkan, mujur aku kuat. Saya bersyukur sangat mak mertua walau ikutkan anak saya tu cucu yang ke-16 dah layan saya memang tip top, sampai tengok dia yang macam tak cukup rehat sebab jaga saya dan baby, sedia air mandi saya dan baby, subuh dah masak nasi n lauk, Allahu, ikhlasnya dia, moga Allah baIas kebaikan mak mertuaku.

Masa tu mak saya busy berniaga, saya dah kuat sikit baru saya berpantang dengan mak saya. Tak semua mertua zaIim tapi memang susah nak jumpa, moga kita semua jadi mertua yang ada hati perut dan empati macam mak mertua saya. In sha Allah.. mak saya tak jaga menantu lagi sebab baru je dapat menantu perempuan, jadi tak boleh nak claim benda yang tak jadi lagi, hehehe

Fyna Madi :Dia hanya nakkan cucu bukan menantu. Saya hari pertama bersalin dah mer0yan. Bersalin tengah malam jadi pagi baby da ok dapat balik rumah. Mak saya datang bawa makanan. Lepas mak balik, mertua pula datang. Siap bawak tilam, alasan dia nak jaga saya pantang tapi ayat dia ‘takot saya tak reti jaga anak’. Sabar lagi.

Kemudian saya minta bantuan suami bantu saya salin pakaian, eh tiba dihalang. Alasan, jangan suruh anaknya bantu. Anaknya tak penah buat kijo, tak reti buat kijo. Hmmm apalagi menjerit – jerit saya masa tu. Dan mertua pon balik setelah diajak oleh suaminya. Andai dapat diulang semula baik saya minta bapak mertua salinkan pakaian saya kannn.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.