Adik gatal nak kahwin muda tapi takde duit. Bila isteri dia mengandung, aku sengaja menunjuk makan sedap, barang baby

Aku ada 10 orang adik beradik, dari kecil aku jaga adik – adik bila mak pergi kerja. Adik baru 19 tahun, tiba – tiba dia nak kahwin dengan budak umur 17 tahun. Dia lari kahwin senyap – senyap tanpa restu keluarga. Aku ambil balik motor yang kami bagi dekat dia. Aku menunjuk beli makanan sedap, barang baby..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua… Sebagai pengenalan, aku kenalkan diri sebagai Kak Long kerana aku anak sulung daripada 10 orang adik beradik. 8 orang perempuan dan 2 orang lelaki.

Ayah kak long anggota polis dan Ibu Kak Long pula seorang guru tapi mereka baru sahaja pencen tahun lepas. Hidup dalam keluarga yang ramai membuatkan kami jadi sangat rapat, lagipun ibu ayah kak long sangat tegas dalam mendidik kami.

R0tan dan h4nger menjadi makanan kami jika kami nakal. Konflik dalam keluarga kak long bermula bila adik kami ke yang ke-9 dan yang waktu itu dia baru berumur 19 tahun membuat keputuusan untuk berkahwin dengan seorang remaja berusia 17 tahun yang dia kenali melalui sosiaI media.

Kak Long kenalkan adik kak long sebagai Dafi, kak long sangat rapat dengan Dafi kerana kak long lah yang menjaga Dafi bila ibu ke sekolah untuk mengajar sesi petang, Dafi banyak diuruskan oleh Kak Long. Oleh kerana daripada 8 adik beradik kak long semuanya telah berkahwin dan mengikut suami masing – masing serta tinggal jauh dari kampung, kami memang mengharapkan Dafi untuk tinggal bersama Ibu dan Ayah.

Kerana Dafi pun selepas SPM memang terus buat keputuusan untuk tidak sambung belajar dan bekerja di kampung. Walau pada asalnya ibu dan ayah membantah keputuusan Dafi. Bila mana Dafi mengambil keputuusan untuk berkahwin, ibu dan ayah serta kami adik beradik memang membantah sekerasnya.

Ini kerana, kami tahu kedudukan kewangan Dafi pada waktu itu memang tiada simpanan serta motosikal pun kami yang belikan untuk kegunaan dia pergi kerja sebagai baIasan sanggup tinggal bersama ibu ayah. Kerana bantahan tu, Dafi sanggup tinggalkan rumah dan tinggal bersama keluarga remaja tu.

Ibu dan ayah sangat kecewa sehingga kesihatan ayah merosot dan mudah s4kit. Bertambah s4kit bila kami hanya menerima perkhabaran bahawa Dafi telah menikah tanpa pengetahuan kami itu pun melalui media sosiaI.

Kami menjadi sangat marah dan ambil keputuusan untuk ambil semula motosikal yang diberi dan tidak hiraukan Dafi lagi. 5 bulan selepas itu, kami dapat tahu juga melalui media sosiaI, Dafi bakal menjadi ayah untuk tempoh 6 bulan akan datang.

Dan yang menjadikan keadaan m4kin teruk bila ekonomi sekarang yang m4kin teruk dan Dafi diberhentikan kerja. Dafi kembali ke rumah ibu ayah tetapi dengan niat untuk meminta duit sahaja. Tiap minggu muncul dan itu lah ibu ayah kita, marah mana pun pada anaknya tetap diberi duit dengan alasan untuk cucunya.

Bila kak long tahu kak long jadi sangat marah dan s4kit hati. Jadi kak long sengaja memperli dia dalam whatsapp group famili dan selalu menunjuk – nunjuk apa yang kak long makan, beli, pergi bercuti shopping. Malah menunjuk – nunjuk kak long ada belikan barangan bayi untuk adik – adik kak long yang bakal bersalin juga tetapi kak long siap nyatakan ini hadiah untuk sekian – sekian bukannya untuk anak Dafi.

Mesti semua mengecam kak long kan? Takpe, kak long maafkan. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, kak long sebenarnya telah maafkan apa yang berlaku bila dengar Dafi bakal menjadi ayah. Kak long sangat gembira, tetapi semuanya terbantut kerana isteri Dafi sangat kurang ajar, tidak pandai untuk mengambil hati ibu ayah malah hati kami pun.

Bila berjumpa tidak pandai nak bermesra tidak pandai nak bersalam, dia akan buat b0doh, jadikan kami sebagai tunggul walaupun kak long yang hulurkan tangan untuk bersalam. Itu yang membuatkan Kak Long menjadi sangat k3jam malah m4kin k3jam.

Kak long tahu, itu sangat kebudak – budakkan tapi itulah hakik4tnya. Dan banyak lagi keburukan isteri Dafi yang sangat mengaibkan sebenarnya. Sekarang bila ibu ayah mula menerima Dafi kembali, hati kak long seperti tidak boleh menerima hakik4t itu.

Kak long mula menjauhkan diri dari aktiviti yang bila Dafi ada bersama. Maafkan kak long, ibu ayah semua adik beradik, Kak long masih belum boleh menerima hakik4t itu. Kak long sangat sayangkan Dafi tapi kak long tak boleh menerima kehadiran isteri Dafi dalam hati kak long malah sangat benci pada dia. Kerana dia, adik kak long menjadi orang yang sangat berlainan, kerana dia semuanya berubah. – Kak Long (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ryu Watashira : Maafkan semua orang kak long, in sha Allah hati kita akan TENANG. Ingat balik pesan ustaz – ustaz Allah jadikn sesuatu / seseorang untuk s4kitkan hati kita kerana Allah nak ampunkan d0sa kita. Rendahkan EG0, buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga hati dan hidup kak long lebih bahagia dan tenang lepas ni.

Rohaizah Abwahab : Kak long, berlapang d4da dan maafkan mereka. Mereka dah kahwin dan dah nak jadi mak ayah pun. Kita yang lebih tua ni sayangi lah dan bimbinglah mereka. Mereka tu masih budak – budak kalau bagi akak.

Mungkin kak long pun tak tahu bagaimana SIL dibesarkan. Cuma doakan rumahtangga mereka bahagia dan sebagai kak long tunjukkan lah kasih sayang kepada mereka berdua apatah lagi kepada anak seda4ra yang bakal lahir nanti.

Jalila Mustapa : Hai kak long. Kita geng la. Saya pun along juga. Saya faham kak long geram dengan keputuusan adik yang membelakangkan keluarga untuk bernikah. Kalau saya, saya pun s4kit hati. Tapi kak long kena ingat setiap benda yang jadi dalam dunia ni dengan izin Allah.

Adik dah selamat kahwin dan nak jadi bapa dah. Mak ayah pun dah mula buka hati untuk maafkan adik. Kak long pun perlu la buka hati kak long. Maafkan adik. Jika nak adik bertanggungjawab untuk hidup mereka anak beranak, biarkan adik itu berdikari, jangan hulurkan duit (jika keadaan masih terkawal).

Tak perlu lah kak long perli – perli dan sindir – sindir. Doakan yang baik – baik untuk adik. Pasal isteri adik tu, mungkin dia dapat rasakan yang kak long benci kat dia sebab tu dia buat per4ngai macam tu. Cuba kak long berbaik – baik dengan dia, mungkin keadaan akan bertambah baik. Apa – apa pun, take your time kak long and forgive them. Kak long kan awesome?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.