Sepanjang 2 tahun, aku tak pernah tidur dgn isteri. Aku asyik teringat bekas kekasih. Sehinggalah kami bercerai

Sepanjang 2 tahun kahwin, kami suami isteri tidur asing. Sehinggalah kami bercerai, aku terus cari bekas kekasih. Dia dah jadi cikgu, aku rasa dia dah setaraf dengan aku sekarang. Dia dah ada rumah dan tanah sendiri. Tapi tiba – tiba dia masuk ward dan akhirnya aku tahu apa yang berlaku, kenapa aku ditolak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin.. Mohon siarkan kisah aku. Ramai orang beranggapan perkahwinan yang diatur oleh orang tua akan bahagia hingga ke akhir hayat. Ada yang sanggup Iukakan hati kekasihnya demi menjaga hati orang tua.

Mungkin benar ada yang bahagia tetapi bukan aku, bukan pada rumahtangga aku. Hingga sekarang, perasaan bersalah terhadap bekas kekasih, aku namakan dia Aisha, masih mengh4ntui diri ni. Aku kenal Aisha pada tahun 2007, masa tu dia sibuk berulang alik berbincang menyiapkan thesisnya dengan supervisornya yang duduk depan bilik pejabat aku.

Dipendekkan cerita, melalui member aku tu lah aku dapat mengenali Aisha dengan lebih dekat dan akhirnye dia bersetuju menjadi kekasih aku walaupun usia kami berbeza 7 tahun. Aisha adalah pelajar tahun akhir fakulti pendidikan, anak sulung yang menjadi harapan keluarga untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

Sepanjang mengenali dia, tidak pernah sekalipun dia mengambil kesempatan meminta wang atau hadiah walaupun dia tahu aku mampu beri apa yang dimintanya. Hampir setahun kami berkawan, aku nyatakan hasrat untuk memperisterikannya sebaik sahaja dia konvo tetapi permintaan aku ditolak.

Dia minta tempoh dalam 2 atau 3 tahun. Bagi masa untuk dia bahagiakn ibu bapa dan adik – adiknya dahulu. Dia ada tanggungjawab yang besar pada keluarga. Ok lah, aku paham anak sulung memang besar peranannya. Tetapi aku minta dia berjumpa dengan ibu aku dahulu.

Masa jumpa tu, macam – macam yang ibu aku tanya sehingga ada hal – hal yang menyinggung perasaan Aisha. Akhirnya dia menyepikan diri, call tak dijawab, mesej tak reply. Aku tahu dia memang kecewa dengan sikap ibu aku yang mengh1na keluarganya.

Ibu aku sebenarnya ada agenda lain, ada calon lain untuk aku. Aku tiada pilihan, kalau aku bantah, aku akan jadi anak derh4ka. Itu kata ibu aku la. Akhirnya aku terima tanpa rela. 2 tahun aku bergelar suami, namun sedikit perasaan sayang pun tak pernah wujud, apatah lagi cinta untuk isteri aku.

Selama 2 tahun aku, tidak pernah sekalipun aku sentuh isteri aku. Bayangkan, kami tidur pun berasingan. Bila isteri aku nak sentuh, aku terus menolak. Selepas 2 tahun, akhirnya kami ambil jalan berpisah dan bawa haluan masing – masing.

Ya, memang kami langsung tak bahagia dengan perkahwinan yang dirancang keluarga. Sepanjang aku menjadi suami orang, aku selalu stalk fb Aisha sahaja dan sekarang Aisha kerja sebagai cikgu di kampung halamannya tak jauh pun dengan tempat kerja aku.

Sekarang dia dah ada rumah dan tanah sendiri, ibu bapanya juga tinggal dengannya. Segala impiannya dulu telah tertunai. Aku kagum sangat. Cuma dia masih membujang hingga kini. Mengapa? Mungkinkah dia masih ade perasaan terhadap aku? Ntah lah..

Aku pernah jumpa Aisha 3 tahun yang lalu, aku juga sudah memohon maaf dan sekali lagi menyatakan hasrat aku. Namun Aisha sekali lagi menolak atas alasan dia tak boleh bahagiakan aku dan keluarga aku. Mungkin hatinya masih tergur1s dengan kata – kata ibu aku dulu.

Baru – baru ni aku dapat berita yang Aisha warded sebab masalah paru – paru. Aku pergi melawatnya tetapi dia sedang tidur. Mukanya sangat pucat. Aku hanya berjumpa dan berbual dengan ibu bapa Aisha. Menurut mereka, Aisha memang sayangkan aku.

Tapi Aisha pernah kemaIangan dan ada masalah tuIang belakang serta masalah rahim. Andainya dia berkahwin, dia tidak boleh melahirkan anak. Sejak tahun lepas, Aisha diuji lagi dengan masalah paru – paru. Sebab tu lah, dia sentiasa mengelak untuk berjumpa dengan aku.

Sebenarnya selepas mendengar pend3ritaan Aisha, perasaan aku jadi tidak menentu. Rasa sayang sem4kin kuat. Jujur aku katakan aku memang nak dia jadi isteri aku yang sah agar aku dapat merawat dukanya. Tetapi bila aku nyatakan hasrat itu kepada ibu aku, terus ditolaknya. Katanya kami tidak setaraf.

Aku tak tahu setaraf yang bagaimana lagi yang ibu aku mahukan. Aisha sekarang cikgu, aku pula seorang pensyarah, kalau difikirkan memang sepadan. Aku jadi serba salah. Dia ibu aku, orang yang mengandung, melahir dan membesarkan aku.

Kalau ingkar, aku takut jadi anak derh4ka yang tidak akan civm bau syurga kerana syurga aku di tapak kaki ibu. Tapi Aisha adalah cinta aku, Aisha impian aku yang tertangguh hampir 10 tahun. Apapun kekurangan Aisha, aku ingin menjadi pelengkapnya.

Tapi, aku benar – benar tersepit. Aku tahu perkahwinan tanpa restu keluarga ibarat satu perjvdian. Kalau aku bernasib baik, mungkin ibu akan berubah sayangkan Aisha dan terima dia jadi menantu. Tapi kalau tidak, mungkin Aisha yang akan mend3rita dapat mak mentua yang tidak peduli dan sayangkan dia.

Tambah lagi dengan masalah Aisha yang mungkin menyebabkan kami tak dapat zuriat, aku takut ibu akan ungkit benda ni satu hari nanti bila kami kahwin nanti.

Komen Warganet :

PL Arinah Abd Rahim : Rasanya awak berdua kena bincang, sebabnya awak dah suami isteri sampai bila nak macam tu? Tak kenal maka tak cinta, belajar la kenal pasangan. Awak dengan cikgu tu dulu pun kenal dulu baru bercintakan? Bercinta tak semestinya bersatu. Isteri awak sekarang itu lah j0doh awak, belajar la terima takdir yang Allah dah aturkan. Orang lain sibuk nak berbini, dia dah de bini taknak lak, manusia – manusia.

Nisla Alanis Latif : TT anak Mak. Kahwin bekas isteri tak bahagia pun tetap nak tanya mak pasal A. Maka saya sokong A kerana tegas tidak memilih anda. Kerana lelaki yang asyik nak tanya mak tentang semua benda tak akan mendahuIukan isterinya kalau perlu pilih Mak atau Isteri.

Aznee Yusoff : Tak payah la nak tersepit sangat bro. Lupakan dan move on saja. Jangan terlalu selfish. Kelak yang akan mend3rita adalah isterimu. Percayalah.. mengahwini perempuan yang ibu mu tak suka akan memberi d3rita pada isteri mu.

Dia akan tersepit antara kamu dan ibu mu. Dia juga akan menjadi punca kamu tidak mendapat restu ibu mu. Bila dia bahagia.. ibu mu akan s4kit hati. Silap – silap kalau direzekikan anak, anak tu pun dipangkah ibu mu awal – awal. Baca macam drama pukuI 7pm. Kalau ia adalah realiti, buat lah keputvsan yang bijak.

Amor Venatores : Bagus la si A tu tegas dan konsisten dalam menolak cinta kau. Ada hikmah juga tu, bukan apa, takut bila kahwin dengan kau m4kin mend3rita jek dia tambahan lagi kau jenis anak yang taat gitu. Takut je bila mak kau ngenak dia kau tak mampu nak bela dia jek. Bila mak jenis penting darjat macam tu susah nak ubah tanggapan dia biar la menantu tu baik mana pon.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?