Ibu sedih sebab dengan orang luar ayah boleh je bercakap elok. Dengan orang luar ayah rajin bersedekah, dengan orang luar, cepat betul pertolongan yang dihulurkan tetapi tidak dengan ibu. Bila ibu tidur s4kit kepala sebab BP tinggi, ayah bersuara, “asyik tidur je tahu”. Satu hari ibu sesak nafas dan ditidurkan selama 3 hari..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ini kali kedua aku pernah hantar confession. Tapi kali ni bukanlah nak bercerita pasal aku, tapi pasal ibu dan ayah aku. Ibu aku alhamdulillah seorang yang sangat baik, begitu juga ayah aku.
Tapi umur ibu aku tak panjang, sudah sebulan Allah jemput ibu aku (mohon sedekahkan doa untuk ibu aku ye). Asbab meninggaI disebabkan komplikasi jantung dan juga paru – paru. Yang aku lihat, sepanjang ibu aku hidup, ibu aku memang seorang yang sangat baik kepada anak – anak dan menantu, seorang isteri yang patuh kepada ayah aku. Tetapi bahagia ke?
Untuk pengetahuan korang, ketika umur 40 an, sewaktu mengandungkan adik aku yang bongsu, ibu aku dapat peny4kit d4rah tinggi dan sewaktu menginjak ke umur 50-an, ibu mula dapat k3ncing manis walhal ibu aku bukanlah seorang yang suka makan manis – manis, cuma ada satu tabiat dia iaitu suka makan berat pada waktu lewat malam.
Nak dijadikan cerita, ayah aku ni memang seorang yang tegas tapi sebagai anak aku sedih sedikit bila tengok layanan ayah aku kepada ibu aku. Jarang sekali nak berlembut dengan ibu. Jarang sekali nak bercakap dengan nada elok, jarang sekali bertanya ibu aku sihat ke tidak.
Bila tengok ibu asyik baring dan tidur (padahal ibu tengah s4kit kepala sebab BP tinggi), ayah bersuara, “asyik tidur je tahu”. Ibu kadang – kadang sedih, sebab dengan orang luar, ayah boleh je bercakap dengan elok. Dengan orang luar, ayah rajin bersedekah, dengan orang luar, cepat betul pertolongan yang dihulurkan tetapi tidak dengan ibu.
Ayah seorang yang beragama, dan sepatutnya ayah tahu siapa yang perlu didahuIukan. Ibu kadang – kadang meluah pada anak – anak, bila ibu s4kit, kadang – kadang ibu sanggup tunggu anak – anak balik kampung untuk di bawa ke kIinik.
Nak tunggu ayah? Banyak cerita. Kadang – kadang buat muka. Dari awal perkahwinan sampailah detik ibu tahap s4kit yang teruk, begitulah layanan dari ayah untuk ibu. Bila ibu teringin nak beli sesuatu, ibu cuba minta pada ayah tapi banyak soalan nanti ditanya walaupun hakik4tnya ayah tersangat mampu untuk tunaikan (ada yang ditunaikan cuma selepas ibu merajuk sedikit), jadinya ibu gunalah duit yang anak – anak berikan.
Bab masakan ibu, ibu masak memang sedap. Anak menantu memang selalu puji, tetapi jarang ibu nak dengar pujian dari ayah. Kadang – kadang walaupun ibu tak larat, ibu cuba untuk masak. Sebabnya ayah tak makan kedai.
Bila waktu ibu boleh rehat dari memasak? Bila anak – anak pulang ke kampung. Kami semua duduk luar dari negeri kelahiran kami sebab masing – masing punya keluarga dan rezeki memang luar dari negeri kelahiran. Kadang – kadang ada jugak aku guna khidmat food panda dan begitahu ibu supaya tak perlu masak, rehat.
Sampailah detik pada tengahari di mana ibu tetiba sesak nafas dan terus dikejarkan ke hospitaI. Doktor tidurkan ibu aku selama 3 hari, maka bermulalah rutin kami semua berulang alik ke hospitaI untuk menjaga ibu, sama juga ayah aku.
Hari – hari akan berulang alik ke hospitaI. Sepanjang ibu aku s4kit barulah aku nampak layanan yang berbeza dari ayah aku untuk ibu aku. Selalu pegang tangan ibu aku, civm dahi ibu aku. Waktu ini ibu aku dah tak boleh bercakap dan mampu bergerak sebeIah badan sahaja.
Bercakap pon dengan nada yang lembut, aku suka tengok tetapi bagi aku macam dah terlambat nak buat macam tu. Takkan memang nak tunggu s4kit dulu baru nak sweet dan berfungsi sebagai seorang suami yang penyayang?
Ibu aku dah tak boleh nak respond dah waktu tu. Apa guna? Lama, sangat lama ibu aku tunggu belaian dari ayah aku macam tu. Kenapa waktu tak berdaya baru nak tunjuk? Bila ibu aku dah pergi, meninggaI dunia, kenapa baru rasa sunyi?
Kenapa baru rasa kehilangan? Tak menyempat – nyempat nak cari calon isteri lain pulak tu. Waktu ibu ada pun, buat acuh tak acuh, aktiviti keluarga pun jarang sekali nak join, kalau aktiviti lain laju pulak. Aku masih hormat pada ayah aku sebab beliau masih ayah aku dan orang yang bekerja kuat untuk besarkan kami.
Tetapi dari sisi sebagai seorang anak dan juga sebagai seorang yang pernah menjadi tempat luahan isi hati ibu, aku kadang – kadang merasakan ayah aku bukan seorang suami yang adil buat ibu aku. Ibu aku memang seorang yang penyabar.
Sangat penyabar, aku rasa kalau orang lain yang jadi isteri ayah aku, lama dah kot bercerai berai sebab tak tahan dengan layanan yang begitu. Mungkinlah didikan dari keluarga ayah aku begitu means kasar tapi kenapa dengan orang luar boleh pulak elok. Ye dak?
Takpelah, saja nak meluah kat sini. Korang doakan syurga yee buat ibu aku dan doakan ayah aku supaya sihat dan dilapangkan hati. Suami – suami di luar sana, janganlah jadi macam ayah aku, isteri dah tenat baru nak jadi baik, nak caring loving bagai. Dah terlambat!
Terlambat nak dijadikan moments yang sweet. Rendahkan eg0, ciptalah kenangan manis sekarang bukan kemudian. Dia itu isteri, ibu kepada anak – anak kita, orang yang sanggup berju4ng dengan nyawa sendiri nak lahirkan zuriat kita, orang yang sanggup tinggalkan keluarganya semata – mata nak hidup dengan kita, jaga makan minum kita.
Tak salah kita buat baik, cakap elok – elok, sayang dan peIuk istri tu. Pahala dapat, jiwa tenang, rezeki juga mencurah – curah. Jangan kedekut dengan keluarga sendiri tetapi bermurah hati dengan orang luar. Ini tak betul. Bermurah hati lah dulu dengan keluarga sendiri baru orang luar. Terima kasih sudi baca. Wassalam.. – Tia (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norizan Mamat : Salam, satu makcik nak ingat kita sebagai isteri atau ibu. Buat yang terbaik untuk keluarga kerana kita suka. Jangan perasan diri kita penting dan tanpa kita, mereka ke bulur. Tak ada maknanya. Tak ada kita, mereka pandai jer.
Cari makan sendiri. Ada satu siri doremon, kisah mak nobita balik kampung. Dia punya susah hati bimbang anak anak dan suami tak makan. Yang nobita sekeluarga makan macam – macam. Simple cerita dia, tapi, gitulah kita sebagai isteri, perasan sorang jer kita penting. Cuba buat malas.
Zari Zari : Karakter masing – masing. Ayah puan masih lagi seorang yang bertanggungjawab, masih sediakan nafkah untuk anak bini.. orang lain, ada yang ter4jang isteri, tidak beri nafkah dan lain – lain lagi. Ayah anda, setia ke akhir hayat ibu anda.
Atikah Haji Ismail : Detik terakhir baru nak rasa. Kesiannya seorang yang bernama isteri yang terabai. Macam tu lah manusia, bila di depan mata tak hargai, dah pergi baru tercari – cari. Memang wujud makhluk begini, dengan orang luar boleh baik sopan, dengan keluarga sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.