Setahun saya siasat suami curang. Mertua datang pujuk saya terima bermadu. Poligami dibenarkan Islam!

Dengan tak tau malu, suami saya cakap, kekasihnya Lin sedia bermadu, maka saya seharusnya terima dengan tangan terbuka. Dulu suami tak mengaku dia ada kekasih, tuduh saya dengar fitnah. Dulu kata tidak, sekarang tiba – tiba nak suruh saya bermadu pula…

#Foto sekadar hiasan. Jika ramai pasangan suami isteri bimbang mereka dihantar bertugas di bandar besar seperti KL, tetapi saya tidak takut menghadapinya. Malah saya mohon bertukar ke Kuala Lumpur sebabnya pembaca boleh tahu kisah saya.

Bukan sahaja rakan – rakan, malah keluarga juga membantah dan menasihatkan saya jangan buat kerja b0doh semata – mata kerana ingin lari daripada bekas suami. Jangan ikutkan perasaan bencikan suami sebab di bandar besar lagi besar c4barannya.

Saya akui duduk KL besar c4barannya, bukan sahaja taraf hidup tinggi, pendek kata semua benda mahal akan menyusahkan hidup saya bersama dua orang anak saya. Cerita saya bermula begini. Saya berkahwin dengan Karim selepas kami tamat pengajian dan dapat diploma.

Permintaan Karim supaya kami dapat kerja di negeri kami sendiri terlaksana. Tentulah kami gembira. Dan memang kami gembira hingga saya melahirkan dua orang anak dan setelah lima tahun berkahwin. Tetapi kebahagian yang kami cari bukan milik saya seorang, tetapi mungkin milik Karim sendiri.

Tanpa diduga Karim main kayu tiga, dia bercinta dengan rakan sepejabatnya, kebetulan budak baru itu baru masuk bekerja. Saya tak sedar permainan Karim sebab saya yakin dan percaya dengan cinta yang dijanjikan selama ini.

Hinggalah rakan sekerjanya beritahu saya sebab mereka meluat dengan per4ngai Karim dan budak hingusan itu. Dan mungkin juga mereka kesiankan saya ditipu hidup – hidup. Berita ini memang meng3jutkan saya. Tetapi kerana sudah berjanji dengan teman ini bahawa saya tidak akan bertindak macam orang b0doh.

Saya mesti siasat dulu, sudah pasti baru buat keputusan. Waktu itu kecewanya hanya Allah yang tahu. Memang tak disangka, orang yang kita sayang boleh berubah dalam usia perkahwinan belum pun sampai 10 tahun.

Sedangkan kami sudah kenal lebih dari empat tahun sebelum berkahwin. Hampir setahun saya buat siasatan, kata kawan – kawan saya penyabar. Sebenarnya bukan sabar tetapi saya berfikir apa patut saya buat jika Karim tidak mahu putuskan hubungan dengan kekasihnya itu.

Pertama kalau saya diceraikan mana saya nak pergi. Kedua memang saya tak mahu bermadu, ketiga bolehkah saya tanggung nafkah anak – anak sebab pasti suami zaman sekarang memang tak mahu bagi nafkah anak. Kelima bolehkah saya berjuang pert4hankan suami daripada dir4mpas oleh wanita lain.

Sebenarnya sejak terbongkar rahsia Karim bercinta, jiwa saya kosong, cinta saya pada dia seolah tak berbaIas. Peng0rbanan saya selama ni sia – sia. Duit ringgit yang saya kongsi dengan Karim selama ini rupaya hanya menguntungkan Karim sendiri.

Dan baru saya teringat bagaimana Karim merayu saya supaya keluarkan simpanan saya lebih RM5000 untuk bantu emaknya besarkan rumah cuma sia – sia. Mungkin duit itu dia guna untuk kekasihnya. Sambil menyiasat dan berfikir, saya dapat banyak bukti penipuan Karim.

Ini membuatkan saya benci sangat dengan Karim. Akibatnya rasa kasih, cinta dan sayang kepada Karim sem4kin hari sem4kin tawar dan berkurangan. Akhirnya setelah lebih setahun menyiasat dan dapat banyak bukti, saya beri Karim buat keputusan.

Pilih saya atau kekasihnya Lin. Dah memang namanya lelaki, tentulah Karim nafikan. Dia tuduh saya makan fitnah rakan sepejabat. Kalau fitnah, segera putuskan hubungan dengan Lin dan tidak ada lagi kerja lebih masa, tidak ada lagi hobi memancing dengan kawan – kawan ataupun berbual di kedai mamak.

Saya mahu dia hentikan semua aktiviti peribadinya. Ketika dia terk3jut bila rahsianya terbongkar, dia meng4muk. Pasti dia nafikan, dan tuduh orang sana tuduh orang sini buat fitnah. Kerana saya ada banyak bukti, saya beritahu Karim saya tak suka bertengkar, saya suruh dia cermin diri. Dan saya suruh dia berubah.

Biasalah dua atau tiga bulan Karim boleh bersabar, tetapi orang tengah bercinta mana boleh tahan dugaan. Gelombang cinta kali kedua Karim dan Lin bertambah besar. Karim berani bawa balik Lin ke kampung berjumpa emaknya.

Kali ini sepupu Karim pula pecahkan rahsia. Beberapa kali saya desak Karim mengaku. Bersumpah pun Karim tak mengaku, tetap tuduh fitnah. Dan lebih teruk dia kata saya sengaja cari pasal hendak ruuntuhkan istana kami.

Diam tak diam masalah kami suami isteri sudah memakan masa lebih dua tahun. Saya masih sabar tunggu dan lihat apa tindakan Karim selanjutnya. Akhirnya kerana didesak oleh keluarga Lin, maka Karim pujuk saya supaya bersedia bermadu.

Apa lagi saya pulangkan paku buah keras pada Karim. Dulu kata tidak, sekarang tiba – tiba nak suruh saya bermadu pula. Saya tanya Karim apakah dia sudah buat keputvsan muktamad? Katanya demi sayangkan saya, dia pujuk saya bermadu.

Sebelum pujuk saya bermadu, dulu saya suruh dia putvskan hubungan dia nafikan, sekarang suruh saya bermadu, mana boleh? Dulu Karim tak mengaku dia ada kekasih, tuduh saya dengar fitnah. Sekarang siapa sebenarnya h4ncurkan keluarga ini?

Dengan tak tau malu, kata Karim, kekasihnya Lin sedia bermadu, maka saya seharusnya terima dengan tangan terbuka. Jawapan saya, sepatutnya dia jangan ganggu rumahtangga orang. Jangan salahkan takdir, kalau sendiri sengaja mencari takdir hendak kahwin dengan suami orang.

Akhirnya saya buat keputvsan saya tidak akan bermadu. Kalau Karim dah nekad nak kahwin lagi, dia boleh kahwin, tapi ceraikan saya dulu. Saya tolak bermadu sebab saya tak mahu buat banyak d0sa, tuduh menuduh, yang mana mungkin akan merosakkan fikiran anak – anak walaupun yang sulung baru dalam tadika.

Karim berjanji akan setia dan pelbagai pujukannya, tetapi saya tetap tidak mahu bermadu. Lagi pun untuk apa berebut seorang lelaki yang telah dibahagi dua. Lebih baik tak payah bersuami. Zaman sekarang mana ada lelaki boleh berlaku adil. Dalam drama boleh cakaplah!

Saya minta Karim ceraikan saya. Bermadu buat saya banyak berd0sa. Sebab sebagai manusia tidak ada wanita yang bersedia haknya diambil orang. Lagi pun saya tidak suka berg4duh. Tambahan sejak terbongkar cerita Karim bercinta, rasa kasih sayang dan cinta saya kepadanya sem4kin pudar.

Bila kes ini terbongkar, emak ayah serta adik beradik saya tak mahu masuk campur, kata mereka saya mesti cari jalan terbaik untuk diri sendiri dan anak – anak. Mertua saya pula datang memujuk jangan bercerai, katanya bermadu ini dibenarkan dalam Islam.

Memang Islam benarkan, tetapi kebahagian, tiada siapa boleh berjanji. Saya dah lama fikir, saya rela jadi ibu tunggal sebab saya tak suka berg4duh, berdengki khi4nat dan berebutkan suami. Lebih baik bercerai supaya saya tak buat banyak d0sa dan boleh tumpukan sepenuh masa membesar dan mendidik anak – anak supaya masa depan mereka lebih terjamin dan sempurna. In Sya Allah.

Lagi pun saya lihat banyak kejadian bila suami isteri berg4duh sebab bermadu, walaupun berg4duh dalam diam, hasilnya membuat anak – anak rasa benci bukan sahaja kepada ayah mereka, tetapi kepada ibu mereka sendiri.

Sebab anak – anak zaman sekarang mereka lebih terdedah dengan kejadian peper4ngan berebut suami, isteri berper4ng dalam telefon yang menganggu fikiran mereka. Ada anak – anak nasihatkan ibu mereka supaya bercerai jika ayah kahwin lagi atau ayah berpoligami.

Sebab mereka faham masalah kerana ramai rakan – rakan sekolah mereka juga menghadapi masalah yang lebih kurang sama, jadi mereka boleh berbincang sesama mereka. Anak zaman ini bukan seperti anak zaman dulu takutkan ayah melulu seperti ibu takutkan suami rela dipukuI daripada bercerai.

Bila anak – anak buat per4ngai buruk seperti merempit, lari dari rumah, mencuri, ponteng sekolah, jangan salahkan mereka. Salahkan bapa mereka sendiri yang tak pandai menjaga anak – anak keturunannya. Lapan bulan kemudian permohonan saya bertukar ke pinggir Kuala Lumpur diterima.

Walaupun keluarga bantah tetapi demi masa depan saya dan anak – anak, saya buat keputvsan terbaik. Kini setelah lima tahun jadi ibu tunggal saya boleh berbangga, saya dapat beli rumah, walaupun rumah flat. Dua orang adik duduk dengan saya, (takkan duduk percuma) yang penting kami selesa.

Ada rezeki sebelum umur 45 tahun nanti boleh buat rumah di kampung. Itu hajat yang belum pasti. Yang penting hati saya tenang bersama anak – anak. Saya bersyukur saya tidak beli rumah semasa bersama Karim. Kalau tidak tentu banyak lagi masalahnya.

Siapa kata tanpa suami hidup kita tak bahagia? Sebaliknya saya rasa lebih bahagia, kita boleh merancang masa depan dengan lebih baik tanpa gangguan orang lain yang sudah pasti ada agenda mereka yang tersembunyi.

Saya bersyukur kerana tidak beli rumah semasa bersama Karim dulu. Kalau tidak tentu ‘perper4ngan’ kami akan berpanjangan berebut rumah atau mahu bayar ansuran rumah. Bukankah itu menyulitkan? Di sini saya ingin nasihatkan kaum wanita jika dah berkahwin tak sampai 10 tahun, janganlah sibuk – sibuk nak beli rumah, mencantikkan rumah dengan perabot indah.

Sebab kita belum kenal suami kita sebenarnya. Biasanya per4ngai buruk mereka terserlah dalam masa tak sampai 10 tahun. Kalau ada hajat nak beli rumah sabar dulu, simpan duit sendiri, jangan buat akaun bersama suami, nanti anda yang simpan, suami pula tukang keluarkan.

H4ncur! Jangan jadi penjamin suami hutang bank nanti tak pasal – pasal anda kena jatuh bankrap. Anggaplah suami kita cuma dipinjamkan oleh Allah, bila – bila masa akan ditarik balik. Kita jangan kesal, marah atau benci. Anggaplah itu dugaan sementara. Nanti Allah akan gantikan yang terbaik satu ketika nanti. Dan yang terbaik anda mesti sayang diri sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.