Kakak update status gambar dia dan anak aku panggil ‘mama’. Byk kali dia cakap, satu hari dia akan cuIik anak aku

Kakak aku janda dan pernah mengandung tapi gugur. Jadi sekarang dia takde anak la. Masa aku bersalin, dia beria nak anak aku panggil dia ‘mama’ sedangkan suami aku suruh aku gunakan panggiIan mama untuk anak kami. Aku perasan bila aku pegang baby, dia tarik muka. Satu hari dia nak jumpa bekas suami dia, dia berkeras nak ambil anak aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan warga Facebook. Mohon hide profile kawan aku ye. Aku guna akaun kawan walaupun akaun ni fake je. Aku terus pada cerita aku. Aku adalah seorang ibu muda berumur 23 tahun dan ibu kepada seorang anak yang comel berumur 5 bulan.

Aku dan suami aku duduk berjauhan atas faktor pekerjaan. Aku duduk dengan mak ayah aku dan suami duduk dengan atok dia. Kisah aku bukan la masalah aku dengan suami tapi masalah aku dengan kakak kandung aku sendiri.

Beza aku dan kakak aku 2 tahun. Kakak aku ni pernah berkahwin tapi sudah bercerai. Dia pernah mengandung tapi maIangnya keguguran. Aku simpati dengan nasib kakak aku. Lama selepas tu aku berkahwin dengan suami aku.

Selepas sebulan nikah, aku disahkan mengandung. Tapi aku tak bekerja. Suami gaji kecil. Kami rumah pun takde, sebab tu tinggal dengan mak ayah aku. Kakak aku pernah kata dekat aku yang dia nak jaga anak aku. Tapi suami kurang setuju.

Aku kesian pada akak aku, mungkin dia teringin nak rasa ada baby kan. Aku cuma cakap, “aku duduk dengan mak abah sekali. Boleh la kau tengok – tengok anak aku.” Selepas anak aku lahir, dan masuk 3 bulan. Kakak aku selalu menggelarkan diri dia mama pada anak – anak buah aku yang lain.

Jadi dengan anak aku pun dia gelar dirinya mama jugak. Aku pun gelar diri aku mama pada anak aku sebab suami suka aku gelar diri mama pada anak. Tapi kakak aku macam tak berapa setuju. Dia cakap, “Aku mama. Kau ibu la.”

Aku kata la, “dah laki aku selesa aku gelar mama dengan anak aku. Nak buat macam mana. Aku ikut je.” Kemudian dia cakap, “ha suka hatilah. Aku tetap nak mama jugak”. Aku diamkan. Bila anak aku cecah 4 bulan. Kakak aku sikit – sikit nak pegang baby, aku tak kisah.

Nak pegang anak aku, pegang la, sekurang – kurangnya ada yang tolong jaga anak aku sebab suami pun dah tak duduk dengan aku. Tapi lain pulak jadinya. Pernah aku tengok status dia update kat whatsapp. Gambar anak aku dan gambar dia, caption, “mama akan cuba jadi mama yang terbaik untuk Mimi (bukan nama sebenar)”.

Aku terdiam, terdetik rasa marah, “kenapa kau pulak yang beria? Kenapa kau pulak yang nak cuba jadi mama yang terbaik untuk anak aku?” Tapi benda ni aku tetap simpan sorang – sorang, aku tak luahkan atau mengadu dekat suami takut nanti suami aku fikir lain.

Pernah juga sekali tu dia bawak aku dan anak aku melawat bekas suami dia kat hospitaI. Lepas tu dia p4ksa aku bagi anak aku pada dia. Biar dia dukung. Waktu tu anak aku tengah lentok – lentok kat bahu aku, macam nak tidur.

Jadi aku taknak lah ganggu tapi kakak aku p4ksa. Dia cakap “ishh kau ni. Aku kata bak sini tu bak sini la.” Aku terus baIas, “ehhh kau ni nak marah – marah aku pulak. Anak aku ke anak kau?” Jawapan dia sangat meny4kitkan hati, “eleh bukan anak kau pun. Dia anak aku!”

Aku terus tak bercakap dengan kakak aku sekejap. Hilangkan marah. Bila anak aku diam, dia suruh baringkan kat dia. Bila anak aku menangis, dia selamber main phone. Bila aku tegur, baru pulak dia pegang, tengok baby.

Kadang – kadang minta tolong tengokkan anak aku sebab nangis pun dia marah – marah. Kadang – kadang waktu tu aku tengah buat kerja rumah. Dia selalu cakap “Mimi sayang aku. Dia tak sayang kau pun.” Seolah – olah aku ni macam mak angkat kepada anak kandung sendiri.

Ada satu malam tu, aku tidur dalam bilik dengan anak aku tapi anak aku rengek – rengek. Bagi susu semua dia taknak. Aku tidur bilik sebab nak tidur atas katil, pinggang aku s4kit. Lepas tu akak aku panggil aku, dia suruh aku baringkan anak aku kat dia.

Dia cakap biar aku tidurkan dia. Aku tanya la, “Habis tu aku? Takkan aku nak ulang alik. Kang anak aku nangis nak susu?” Pastu dia suruh tidur depan sekali kat bawah. Aku cakaplah pinggang aku s4kit. Tapi disebabkan anak aku merengek – rengek lagi mungkin sebab kepanasan.

Jadi aku baringkan anak aku sebeIah dia dan aku buka aircond. Aku ambil tilam, aku tutup lampu semua. Pastu kakak aku kata,”haa kau tengok, dia duduk ngan aku elok je senyap.” Cara dia cakap macam anak aku tak suka denganĀ  aku.

Aku jawap balik, memanglah senyap sebab dah buka aircond. Dah sejuk.” Pastu kakak aku diam. Duk borak – borak. Aku dah ngantuk, jadi aku nak tidurkan anak aku. Aku ambil balik anak aku tapi dia suruh tinggal je anak aku dengan dia sebab anak aku dah diam elok.

Aku fikir takut anak nangis pulak kalau aku angkat, jadi aku biarkan. Tapi aku tahan mata dari tidur. Selagi anak tak tidur, aku tak akan tidur. Tapi aku terlelap sekejap, aku tengok kakak aku dah tidur. Dia biar anak aku main sorang.

Aku cakap la “kata tadi biar dia tidur dengan kau. Patutnya kau jangan tidur dulu. Tidurkan dia dulu.” Lepas tu dia nak angkat anak aku, aku terus ambil dan tidurkan anak aku. Ada haritu, aku dengan kakak, abang dan tunang abang nak makan.

Duk borak – borak dekat meja makan. Anak aku nangis, jadi aku dukung la bawa makan sekali tapi anak aku duk capai pinggan. Risau jatuh pulak. Abang aku suruh buka stroller dia. Baringkan dalam stroller. Aku pun pergiIah ambil stroller.

Masa aku nak buka stroller tu, aku minta tolong kakak aku pegang kan anak aku kejap. Tiba – tiba dia tengking aku, “Ishhh kau ni!! Aku nak makan la!!” Aku baIas balik, “pegang kejap je pun. Pandai pulak kau bila budak ni nangis taknak pulak kau pegang. Bila dia tak nangis, mengaku pulak dia anak kau!”

Pastu aku minta tolong tunang abang aku dukung kejap sementara buka stroller. Dah banyak kali dah. Dia pernah kata, “suatu hari nanti aku nak bawa lari anak kau.” Tapi aku cuba bersangka baik, anggap itu gurauan je.

Taktau la kena berhati – hati atau tidak. Suami aku suruh berhati – hati sebab kakak aku ni per4ngai dia lain macam sikit, degil pun ada. Mak abah aku dah nasihat macam – macam. Aku sekarang jadi risau pulak takut dia buat betul – betul.

Aku jadi kecik hati bila dia buat aku ni macam mak angkat kepada anak sendiri. Macam dia pulak yang beranakkan anak aku. Aku bukan taknak bagi dia jaga anak aku tapi dia suka biarkan anak aku nangis. Sebok dengan hp dia.

Kata nak jaga, tapi dia tidur. Biar anak aku nangis sorang – sorang. Kadang – kadang dia bawa anak aku masuk bilik dia, lama lepas tu dia biar anak aku nangis. Dia sibuk cakap telefon dengan kawan – kawan dia. Kadang – kadang tu dia suruh aku buat itu ini dekat anak aku, macam aku sendiri tak tau anak aku nak apa. Macam dia tahu apa anak aku nak.

Persoalan aku, adakah aku ni terlalu over dengan anak sendiri? Terlalu taksub dengan anak sendiri sampai tak bagi kakak aku jaga? AkuĀ  ke yang salah? Kadang tu kakak aku buat muka dengan aku bila aku pegang, ambil anak aku dari dia. Mohon pendapat dari warga FB ye.

Jangan kecam aku. Aku cuma nak tahu pendapat dari kalian semua. Terima kasih semua.. semoga urusan kalian dipermudahkan olehNya. Aamiin

Fazidah Kadri : Sebaiknya sis kena hati – hati. Pindah atau jauhkan anak sis dari dia. Ada kes berlaku kepada orang yang akak kenal. Si kakak bawak lari anak adik dia sampai jadi kes polis / mahkamah. Kes kongsi – kongsi jaga anak sebab si adik sambung belajar.

Bila dah habis belajar, si adik dapat kerja. Nak bawak anak dia lah pindah rumah yang dia sewa yang dekat dengan tempat kerja dia. Kakak tak boleh terima hakik4t, bawak lari anak si adik tu. Sudahnya sekarang dah tak bertegur dah dua beradik tu.

Puteri Nurul Fatihah : Set kan boundary. Kenyataannya dia takde hak pun atas anak tu. Tu anak adiknya. Kakaknya kena belajar batas. Untuk sang suami. Cubalah cari rumah untuk kekal bersama – sama. Carilah duit tambahan. Moga dimudahkan. Harap ada penyelesaian.

Adelia Idlan Zaidi : Saya pun bahasakan ibu pada anak – anak sendiri dan anak – anak sed4ra, kakak ipar saya pun bahasakan diri dia ibu pada anak – anak dia. Anak – anak sed4ra memang rapat dengan saya, tapi takde la sampai berlebih – lebih.

Sekadar minta nak jaga anak sed4ra sekejap – sekejap je. Kalau macam ni, mak budak tu pulak dimarah, namapak macam ada yang tak kena. Kalau rumah atuk suami takde masalah, baik puan ke sana, lagipun puan tak keje, baik duduk je dengan suami, di mana suami berada.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.