Setelah lama tak jumpa anak kandung, bila aku jumpa dia, dia cakap jijik, benci dgn aku

Baru – baru ni aku pergi melawat anak aku. Kata – katanya buat aku sentap. Dia jijik dengan d4rah yang mengalir dalam badan dia, adalah dari d4rah aku. Setiap malam, aku mimpikan dia. Aku mengharapkan kemaafan dari seorang anak..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku, Hana. Dilahirkan dan dibesarkan di selatan tanah air. 12 tahun lalu, aku ada buat satu kesilapan yang besar. Semestinya aib yang paling dimurka Allah tapi jadikanlah cerita aku sebagai pengajaran untuk adik – adik di luar sana.

Ibu bapa harus peka dengan siapa anak berkawan. Harap apa yang terjadi pada aku tak berulang lagi pada adik – adik dan anak – anak sekalian. 13 tahun lalu, aku baru berusia 18 tahum disahkan mengandung anak tak sah taraf.

Lelaki yang suka sama suka itu adalah seseorang yang dikenali oleh keluarga aku, malah orang yang amat dipercayai untuk meIindungi aku. Disaat aku disahkan positif, maka di situlah aku mula tahu per4ngai sebenar lelaki itu.

Aku suruh dia bertanggungjawab tapi dia enggan. Akhirnya, aku buat keputvsan untuk teruskan tanpa dia. Aku sayangkan kandungan itu walaupun aku tahu risik0 yang bakal aku hadapi. Aku ingin dia membesar seperti kanak – kanak lain.

Tapi sebaliknya bagi lelaki itu. Dia tak mahu kan anak yang tak berd0sa. Dia p4ksa aku gugvrkan kandungan. Dia bawa aku jumpa doktor. Dia suruh aku makan pelbagai jenis makanan yang membolehkan aku gugur. Nenas muda, nenas tua, macam – macam yang dia usahakan.

Tapi aku tetap dengan kata putvs. Aku inginkan baby ini. Allah perkenan doa aku. Aku tak mahu jadi pembunvh. Cukuplah d0sa aku yang Iampau. Genap 9 bulan 10 hari, aku melahirkan seorang baby yang cukup comey. Oh ya terlupa untuk aku ceritakan.

Seminggu sebelum aku bersalin, aku pergi ke sebuah hospitaI kerajaan di pantai timur ditemani si lelaki ini, yang berpura – pura sebagai w4ris terdekat aku. Keluarga aku belum tahu hal sebenar. Mungkin kerana badan aku kecil, jadi keluarga aku tak perasan apa yang berlaku.

Aku bahagia jadi seorang ibu walaupun si anak berbinti salah satu nama Allah. Tapi disaat itu juga aku sedih kerana terp4ksa lepaskan anak aku pada satu keluarga yang tak mempunyai zuriat. Bagaimana aku boleh lepaskan?

Ketika aku menunggu masa di dalam hospitaI, pihak JKM ada menemui aku untuk siasat hal sebenar. Menurut perundangan, andai kata aku bagi anak pada pihak JKM.. disaat itu maka terputvslah hubungan aku dengan si kecil itu.

Aku ingin jaga sendiri sikecil tu. Tapi keadaan aku masa tu belum stabil. Kebetulan aku dapat sambung belajar di sebuah institusi. Akhirnya, aku menerima nasihat seorang salah seorang jururawat di situ untuk bagi kat keluarga yang inginkan anak.

Aku pasrah walaupun terp4ksa. Malam pertama selepas bergeIar ibu, aku tatap sepuas – puasnya muka anak kecil itu. Comel, sangat comel. Malam tu, dia meragam. Menangis sampai aku sendiri menangis. Terasa pedih bila bersalin dengan keadaan macam ni.

Tanpa ibu ada di sisi, tanpa ayah yang cuba berzikir untuk cucu. Hati aku menyesal sangat. Alangkah untungnya andai disaat itu aku adalah seorang ibu, yang melahirkan seorang anak yang sah taraf. Tapi aku tetap sayangkan si kecil itu.

Alhamdulillah ada seorang makcik yang anggap opah.. datang menolong aku. Dekat subuh barulah sikecil itu tidur lena. Malam kedua, si anak kecil itu meragam dan jaundice tinggi. Maka dia diletakkan di bawah lampu. Perit.

Melihat keadaan dia yang meniarap, mata tertutup dengan kapas. Hanya pakai pampers sahaja. Malam ketiga sehinggalah cukup seminggu, aku menumpang berteduh di sebuah rumah saud4ra yang akan ambil anak aku.

Dihari terakhir, hari aku akan berpisah dengan si kecil.. aku menangis sekuat hati. Hati aku sedih, perit hanya Allah saje yang tahu. Dan aku tetap melawat dia. Sampailah satu saat, aku lost contact dengan keluarga angkat anak aku.

Sekarang, aku rindu dia. Alhamdulillah, baru – baru ni aku pergi melawat dia. Aku bahagia dia membesar dengan baik sekali. Tapi aku sedih bila dia tak boleh menerima siapa aku, malah dia membenci aku. Kata – katanya buat aku sentap teramat.

Dia jijik dengan d4rah yang mengalir dalam badan dia, adalah dari d4arah aku. Ayat dia umpama ped4ng. Sekarang, semua di hujung jari. Dia terlalu matang untuk luahkan ayat sebegitu. Dia ibaratkan aku seperti perempuan p******.

Aku sayangkan dia. Aku sanggup hadapi untuk pert4hankan dia dalam kandungan. Aku akui, aku buat salah. Dan inilah pembaIasan untuk aku. Adik – adik, anak –  anak. Janganlah ulangi kesilapan acik. Jangan gadaikan maru4h demi lelaki.

Andai ada yang terIanjur, janganlah letakkan kesalahan pada anak. Jangan bunvh anak. Jangan buang anak. Andai untuk teruskan, berbincanglah dengan keluarga. Kalau boleh, jagalah si anak, besarkan si anak dengan kasih sayang.

Insha Allah, takkan menyesal seperti yang aku alami sekarang ni. Setiap malam, aku mimpikan dia. Mengharap sebuah kemaafan dari si kecil. Untuk aku perkenalkan dia pada keluarga aku. Kerana dia tetap anak aku, sampai ke syurga. Dan kerana kehilangan si kecil, aku alami kemurungan. Ibu sayang kamu, sayang. – Hana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Atifa Zuhayra : Mula – mula dulu pun saya tak berapa faham kenapa mak tinggalkan saya. Cuma mak saya tak mampu jaga. Bila dah besar panjang baru nak sayang memang kekok. Aku tak pernah hidup dengan kau, tak tahu sape kau, tetiba nak kena react like respect, lovely dan sebagainya eyuewwwww.

Yup thats me. Slowly but surely, aku terima je mak aku. Sayang dia macam mak aku yang lain. Sayang mak kandung ni tak sama macam mak angkat. Rasa dia lain.. Rindu tapi eg0. Nak peIuk mama, tapi aku marah. Macam tu lah budak – budak. Slowly dia akan terima dan sayang.

LiNda Normas : Mungkin anak puan juga mend3rita . Dia dih1na di sekolah, teman – teman dia tahu status anak tak sah taraf . Dia adalah m4ngsa dari ibunya.

MarFaa BaiFaa : Buat anak TT ni, siapa pun dia, Dialah yang mengandungkn kamu 9 bulan 10 hari, tahan s4kit bersalinkn kamu, tahan s4kit lepas bersalin dan jaga kamu, walaupun sekadar 7 hari, dia tetap ibu, mama, emak kamu.

Saya komen sebab saya dah alami, dari umur 2 hari saya dah diberi pada keluarga angkat, selepas 20 tahun baru tahu mama kandung saya ada lagi, saya terima dan bersyukur sebab Allah masih beri saya kesempatan untuk berjumpa dengan mama saya. Puan bersabarlah .. bukan mudah untuk anak puan menerima semua ini. Insyallah doa saya hanya Allah dapat melembutkan hatinya.

Emelda Rosman : Betul.. anak – anak sekarang semua di hujung jari. Begini la yang kami lalui sekarang. Arw4h mak mengambil anak angkat dari kalangan keluarga. Sewaktu dia dilahirkan maknya baru berusia 15 tahun.

Apa yang kami kesalkan arw4h mak lambat bagi tahu yang dia bukan anak kandungnya. Dia dah remaja dan mengetahui dari mulut orang lain. Sekarang dia member0ntak dan terlibat dengan gejala sosiaI. Macam – macam yang kami lakukan supaya dia kembali seperti dulu. Siang malam kami sekeluarga berdoa semoga Allah buka kan pintu hatinya kembali seperti dulu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.