Saya menangis sambil menaip coretan ni. Bagi isteri saya, suami perlu sediakan makanan yang dah siap masak, suami bertanggungjawab jaga anak – anak bukan isteri, suami yang kena kemas rumah semua. Balik kerja saya akan dihidangkan dengan sinki penuh pinggan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin siarkan coretan saya ni (kalau tersiar) di halaman ini. Saya tak pandai sangat karang mengarang ni dan saya tak tau nak luah pada siapa dah. Mak dah meninggaI, ayah pulak bukan pendengar yang agak baik.
Di kalangan kawan yang boleh diharap, depa pun buntu juga. Jadi, saya harap, dengan coretan saya di halaman ni, dapat mencari pandangan para pembaca yang ada di halaman ni. Saya seorang suami, berumur 35 tahun, tinggal dan bekerja di Selangor, di salah sebuah company GLC negara kita.
Isteri saya sebaya umur dengan saya dan bekerja di rumah (housewife). Usia perkahwinan kami da hampir 9 tahun. Alhamdulillah kami dikurniakan 2 orang anak lelaki, 7 tahun dan 3 tahun. Saya menangis sambal menaip coretan ni. Saya buntu dengan masalah rumah tangga saya.
Saya dah usaha sehabis baik, tapi masalah masih lagi ada. Paling saya sedih, di mulut isteri hanyalah perkataan cerai dan cerai berkali – kali. Kami alhamdulillah, walaupun saya bekerja seorang, Allah cukupkan rezeki kami dan kami takde financial issue.
Even isteri lulusan phd, dia memilih dengan rela untuk bekerja di rumah walaupun saya lebih sarankan dia bekerja (dapat offer jadi lecturer di IPTA before) supaya dia ada career kalau kalau saya dah m4ti nanti, mungkin dia tak perlu bersusah payah nak mulakan hidup baru dengan anak – anak.
Baru je tadi, isteri nak cerai lagi. Dia nak ke pejabat agama untuk uruskan cerai. Saya tak tahu nak mula dari mana. Isteri ni bukan bermula dengan pandai ilmu agama, Cuma dia belajar dan berusaha ke arah tu. Di rumah walaupun ada tv, tv tu tak terbuka (selain ceramah) dan hanya akan buka mungkin seminggu sekali dua untuk bagi anak – anak kami tengok movie.
Setiap detik, hanya ada ceramah selalunya kelas tadabbur quran al qhulam. Anak – anak pulak, kami didik dengan saya teliti. Setiap toys dibeli, hanya akan dapat main selepas buat homework equivalent dengan harga (RM1 per page).
Solat pulak kami tekankan pada setiap waktu, even kami k3jut anak sulung pukuI 5. 30 supaya dia senang untuk solat subuh setiap hari. Saya pulak, rutin saya, bangun pagi, sama – sama urus anak, hantar anak ke sekolah, kerja, balik kerja sampai rumah, saya akan dihidangkan dengan sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk periuk bertimbun.
Lepas dah settle sinki, kalau isteri masak, kami akan makan sekali semua. Kalau dia tak masak, saya akan beli dari luar atau saya bawa semua ke kedai je untuk makan. Lepas dah mandikan anak – anak, solat maghrib, siapkan anak untuk tido.
PukuI 7.30 isteri akan siapkan anak anak untuk tido. PukuI 8.30 selepas solat isyak, isteri akan tidurkan anak – anak dah. Saya pulak, akan ambik kain di ampaian, sidai kain baju baru basuh, lipat semua, masuk almari. Lepas tu, saya akan sendirian jelah sampai esok pagi. Ini lah rutin saya hari – hari. Dari bila, saya rasa ada dalam 4 tahun dah.
Sebelum ni masa anak baru seorang, kami latih anak tidur asing. Bab berjalan atau bersiar – siar, saya agak selalu kena outstation. Yang terbaru, saya kena ke Kuala Terengganu selama 3 hari. Kebetulan cuti penggal sekolah baru ni, jadi semua ikut lah saya ke sana.
Kalau tak outstation, adalah program atau plan saya dan isteri buat untuk happy kan anak – anak. Saya rasa saya adalah suami yang gagal didik dan bimbing keluarga saya. Isteri saya ni baik. Walaupun semua orang sekeliling termasuk family sendiri cakap kadang – kadang kaklong depa ni pelik, tetap saya sebagai suami faham isteri ni macam mana. Maybe the way of her thinking sedikit berbeza je dari normal way.
Seminggu ni, saya bangun lewat. Sebabnya saya tido lewat. Saya tido lewat habiskan masa saya dengan tengok youtube. Isteri melenting katanya saya tunjuk contoh yang tak baik pada anak saya. Anak saya pun mesti pelik kenapa ayah dia ni bangun lewat tak macam mereka dan umminya kata isteri.
Tuan – tuan puan – puan, isteri saya langsung tak layan saya selayaknya saya sebagai suami. Dia tak nak langsung bersama dengan saya. Last kami bersama saya rasa 3 bulan lepas. Itu pun saya minta sangat sangat sebab saya dah tak tahan sampaikan saya dah bernafsu pelik dan tr1gger tengok wanita lain di sekeliling saya.
Lepas tu, isteri kembali dengan sikap dia. Sampaikan, saya dah terjebak dengan video Iuc4h sekarang sebab saya tertekan. Alasan yang saya dapat dari isteri adalah, hati dia terIuka dan s4kit bila dim4ki saya. Bagi dia, marah dan tinggi suara itu adalah m4ki hamun.
Atas sebab ni, dia tak boleh nak maafkan saya selama 9 tahun kami berkahwin ni. Dah macam – macam saya usaha. Apa dia nak saya ubah semua saya dah buat. Tetap yang saya dapat adalah dia bercakap dengan saya marah – marah.
Layanan pun masih sama, abaikan terus hak saya sebagai suami. Nafkah zahir, sekali pun saya tak pernah culas. Malah bagi dia, suami perlu sediakan makanan ready to eat (bukan bahan – bahan mentah yang belum dimasak), suami bertanggungjawab jaga anak – anak bukan isteri, suami yang kena kemas rumah semua, still bagi saya, saya dah bagi nafkah zahir secukupnya.
Bila ditanya apa pula tanggungjawab isteri, jawabnya hanya melayan suami. Mungkin sebab tu dia tak layan saya. Sebab dia kena jaga anak saya yang 3 tahun tu di rumah. Ni dia minta cerai, atas alasan perkahwinan kami hanya menambah d0sa dia bukan pahala.
Dia hanya buat d0sa sebab tak mampu nak layan saya atas rasa benci pada saya tu. Setiap bulan, RM3000 dari gaji saya hanya untuk isteri, RM1200 barang dapur (tak termasuk minyak masak, beras, gas), RM800 nafkah, RM1000 untuk duit grab (masa saya outstation).
Bukan mengungkit, tapi saya rasa tak patut isteri tak bersyukur dengan rezeki Allah bagi pada kami mcm ni. Kenapa perlu dia cari pahala dengar ceramah, tahajud semua tapi masih berd0sa dengan saya. Demi Allah, kami takde masalah orang ketiga, takde masalah financial, takde masalah main game sampai abaikan family, takde masalah mertua durjana, takde masalah d4dah, takde, still perkahwinan kami tak bahagia.
Banyak juga sikap – sikap dia, kata – kata dia, salah silap dia pada saya dan keluarga saya sebelum ni yang saya tak mampu nak taip kat sni, tapi saya dah ampunkan sepenuh hati saya. Sama juga, saya tahu, banyak juga salah silap saya selama ni, tapi bagi dia, dia tak boleh maafkan saya hanya sebab saya marah dan tinggi suara tu.
Dia baru cakap pada saya ni, sejak kami belum dapat anak lagi dia dah cakap dia nak cerai tak nak hidup dengan saya lagi. Allahuakbar. Saya tau, ni semua kerja nafsu, ibIis sy4itan. Saya berjuaang dari dulu sebab saya tak nak kalah pada depa ni. YA robbi, saya buntu.
Saya baru terbaca ada satu statement dari seorang h4mba Allah ni, berdamailah dengan takdir. Redha dan terima. Adakah perlu saya bercerai? Anak – anak saya macam mana? Tuan – tuan puan – puan, doalah kebaikan pada saya dan anak – anak. Apa perlu saya buat sekarang?
Saya amat hargai sebarang bentuk saranan, termasuk h1naan dan betul – betul mengharapkan doa kalian. Sekian dari saya, Suami Terh1na, – Moja (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Sauriani Dn : En, apa perkataan yang en cakap masa marah – marah dan tinggi suara tu? Adakah perkara – perkara yang sangat mengguriis perasaan isteri? En sendiri pun pandang remeh perkara itu dan anggap ia ‘bukan m4ki hamun’. Tapi pihak yang mendengar tu je tau. M4ki hamun tak perlu tengking – tengking pun. Cukup dengan perkataan yang mengejek – ngejek dan merendahkan orang lain.
Shida Samsudin : Isteri awak adalah manusia yang rasa dia lebih baik dari orang lain kerana “agamanya”. Sedangkan Allah benci orang yang riak, apatah lagi sekiranya dia punya banyak ilmu agama tapi riak dengan ilmunya.
Ntahlah tuan – tuan, bahagian masing – masing. Lebih harta kurang bahagia pulak. Aduhai, cubalah layan kehendak dia nak bercerai tu, adakalanya cakap je lebih. Dah diberi penceraian tu nanti terkujat la dia. Tapi kalau dia tetap nak bercerai kerana merasakan dia bagus mungkin itulah jalan paling baik untuk kamu berdua. Anak – anak, kesian bila ibu bapa tak sehaluan lagi.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.