Kalau nak goreng ikan, dah ada minyak recycle, kena guna itu je. Itupun ikut sukatan. Bukan saja minyak, cili, gula, garam pun ada catuannya. Part masak nasi, ibu mertua yang tentukan berapa pot. Satu hari mak mertua aku meng4muk, dengan kuat dia ungkit aku guna washing machine dan masak kat dapur..
#Foto sekadar hiasan. Aku Kurma semestinya bukanlah nama sebenar. Hidup aku sebelum berkahwin adalah merantau mencari rezeki dari negeri ke negeri sehingga ke negara orang. Sedikit pengenalan tentang diri aku. Aku seorang mualaf dan dah convert 4 tahun lebih.
Aku kenal suami aku sekarang sejak dari umur aku 19 tahun. Jarak umur kami sangatlah besar, 14 tahun dan kami terima hubungan kami seadanya walaupun bercinta jarak jauh hampir 15 tahun dan ditentang oleh abang aku dan Alhamdullilah sekarang abang aku dah boleh terima suami aku sebagai adik ipar dan rapat.
Masa aku di negara orang, aku dah mualaf dan sempat belajar ilmu agama sekejap sebelum locked down pandemik dan “terper4ngkap” dalam negara orang selama 2 tahun. Masa ni aku bujang lagi. Aku sempat belajar bersolat dengan kakak – kakak housemates aku.
Mereka sangatlah supportive dan memahami. Dapatlah aku mendirikan solat walaupun aku tak begitu pandai tapi aku cuba. Office mates aku pun memahami. Memang rezeki aku berkenalan dan berjumpa dengan orang yang baik – baik.
Lepas border negara dibuka, aku pun pulang ke selatan tanah air dan menyewa sekejap. Aku masih lagi bekerja di Negara Singa. Dalam masa tu aku dan boyfriend aku dah planned untuk bernikah secara simple saja di pejabat agama setelah postponed 2 kali sebab pandemik.
Kami bernikah tanpa majlis, di mana hanya kami berdua yang hadir, itupun atas permintaan boyfriend aku masa tu tapi ibunya dah sedia maklum dan adik beradiknya dah diupdate melalui whatsapp group family. Aku tak mintak apa – apa wang hantaran sebab nak memudahkan suami aku nanti dan aku pun cakna dengan keadaan semasa dia.
Sebelum PKP dia bekerja dan semasa PKP beliau berhenti bekerja kerana suami aku refused untuk ambil vaksin (bukan anti vaksin cuma jadi takut sebab kawan – kawan beliau ramai meninggaI selepas vaksin). Dengan kemahiran yang ada, suami aku pun bekerja sekitar kampung dan Alhamdullilah rezeki dia tak putuus – putuus walaupun gajinya tak banyak.
Dengan gajinya, dia beli barang keperluan dapur dan makanan di rumah. Bukan nak angkat suami aku letak dalam bakul, tapi dia memang seorang yang rajin membantu orang – orang kampung dan aktiviti masjid di kampung.
Kebajikan ibu mertua pun dijaga. Oh ya, suami aku tinggal dengan ibunya. Adik beradiknya semua dah bernikah lebih awal dan tinggal jauh di negeri lain dan ada yang tinggal tak jauh dari rumah mertua. Bagi aku, suami aku seorang anak yang baik dan seorang suami yang memahami.
Lepas bergelar suami isteri, kami PJJ sekejap, hanya 3 bulan dan aku resigned. Aku percaya pada rezeki asalkan ada usaha. Maka tinggallah aku di rumah ibu mertua. Sebelum bernikah, aku dan suami dah berbincang untuk menyewa sementara di luar sebab adik lelakinya pun tinggal sebumbung.
Aku perlu jaga aur4t aku jugak dan semestinya aku cuba. Selama aku belum tinggal sebumbung dengan suami aku, aku memang tak pakai tudung. Hubungan aku dengan ibu mertua baik – baik saja. Masa ni aku dah mengandung sebulan lebih dan hanya bekerja freelance saja sejak tinggal bersama suami dan ibu mertua.
Aku pun sayangkan ibu mertua aku sebab beliau mengingatkan aku pada mendiang nenek aku yang membesarkan aku dari kecil. Apa yang ibu mertua aku suka makan, aku belikan. Aku tolong kemas rumah dan memasak walaupun tak pandai sangat.
Ibu mertua aku ada protokol di meja makan dan di dapur. Rasanya semua ibu mertua pun sama. Jadi aku jadi lebih cakna. Kalau nak goreng ikan, dah ada minyak bekas goreng ikan, gunakan saja yang itu (minyak recycle) itupun ikut sukatan sebab pernah ditegur sebelum ni.
Aku dah biasa goreng ikan, jadi aku goreng macam kat rumah atau rumah sewa aku, jadi aku agak terkilan juga untuk sukatan minyak tu sebab pada aku terlalu sikit minyak tu untuk goreng ikan tapi aku ikutkan saja. Bukan saja minyak, cili, gula, garam pun ada catuannya. Aku ikutkan saja.
Part masak nasi, ibu mertua yang tentukan berapa pot dan perlu tanya adik ipar lelaki yang tidur untuk bangun dulu samada dia nak makan atau tak. Adik ipar bekerja shift. In case aku nak masak untuk makan tengah hari, ibu mertua aku akan stop aku dari masak kalau adik ipar aku tak nak makan.
Dari sini aku macam.. whattttt? tapi aku layankan saja walaupun aku lapar. Aku naik ke bilik makan biskut yang suami aku beli. Suami aku akan standby biskut – biskut untuk aku sebab sejak aku mengandung, tengah tidur malam pun aku boleh lapar.
Dan kadang kala masakan aku tak dijamah, bagi aku mungkin berbeza cara masak so tak kena selera. Jadi aku ambil pendekatan untuk beli lauk dari kedai saja. Adik ipar aku pulak jenis tak ambil port sangat. Dia rasa nak makan apa, nak minum apa dia akan beli. Dia ok je orangnya.
Lepas aku berpindah ke rumah ibu mertua aku, ayah mertua abang aku pernah bertandang sekali sebagai pengenalan. Aku anggap ayah mertua abang aku tu macam ayah aku sendiri sebab aku dah tak ada ayah dan beliau pun sayangkan aku macam anak kandung sendiri.
Masa ayah bertandang tu, ayah ada bagitahu ibu mertua aku yang aku ni menantu baru (mualaf) kalau ada silap salah, tegurlah macam anak sendiri. Ayah mertua aku suka dengan suami dan ibu mertua. Ayah puji mereka ni baik – baik orangnya.
Aku pun berasa lega bila Ayah katakan macam tu. Lepas selang beberapa hari lepas Ayah bertandang, pagi tu tiba – tiba ibu mertua aku meng4muk masa aku tengah breakfast. Aku terk3jut dan terkilan. Masa tu suami aku pun ada sekali dan suami aku bertanya punca.
Ibu mertua aku dengan perasaan marah melampau agaknya sebab suara beliau pun ketar – ketar sambil marah. Ibu mertua aku ungkit semua perkara dari hari pertama aku datang tinggal di rumah beliau. Dari memasak sampailah part mencuci baju (washing machine).
Aku tak sangka semua ni dan aku menangis. Statement yang keluar dari mulut ibu mertua aku:
“Menantu tetap orang luar, dorang takkan anggap mak mertua ni macam mak sendiri”
Kalau aku tak anggap macam mak sendiri, tak perlulah aku berhabis duit dari poket aku sendiri beli makanan kesukaan beliau. Takkan aku pinjamkan barangan kemas titik peluh aku sendiri untuk beliau pakai.
“Aku pun pernah jadi menantu, pernah tinggal dengan mak mertua. Menantu – menantu aku yang lain bagus”
Kalau bagus, kenapa anak menantu yang disayangi tak berk0rban untuk tinggal sebumbung dengan ibu mertua? Kerana komitmen masing – masing?
Aku pun boleh saja p4ksa suami aku untuk tinggal dengan aku di selatan tanah air sebab gaji aku berganda – ganda lebih besar dari suami aku.
Tapi disebabkan suami aku kata adik beradiknya hanya percaya dan berg4ntung harap pada dia untuk jaga ibu mertua. Jadi, aku k0rbankan kerjaya aku. Ye menantu ibu mertua memang bagus sebab mereka tak pernah tinggal sebumbung berbulan – bulan atau bertahun – tahun.Datang dan pergi.
Habis lama pun seminggu. Mak mertua aku memuji – muji menantu yang lain especially menantu bongsu. Setakat datang tinggal 1 hari 1 malam memanglah bagus. Betullah orang kata, yang dekat bau t4hi, yang jauh bau wangi.
Tapi aku tak salahkan biras – biras aku sebab mereka memang tak bersalah. Sekarang kalau suami aku tak ada, ibu mertua aku takkan bercakap dengan aku walaupun aku cuba bercakap dengan beliau selepas peristiwa tu.
Depan suami aku dia akan bercakap. Bila anak menantu datang, mak mertua sangatlah aktif dan rajin. Bila tak ada sesiapa di rumah, dia terbaring saja. Aku faham beliau dah tua, cepat letih dan begitulah per4ngai orang tua yang akan jadi kebudak – budakan semula.
Ibu mertua pun suka menyimpan bekas – bekas makanan yang beli di warung sampai penuh dapur. Sebelum ni ada menantunya yang lain datang dan mengemas dapur dengan membuang bekas – bekas tu tapi ibu mertua tak suka dan merajuk, kata suami aku.
Jadi, aku pun tak sentuh sudah dapurnya. Perkakas – perkakas viral dan berkualiti anak menantu belikan pun, beliau simpan kemas dalam almari sampai bert4hi cicak ber4k dan berhabuk sebab sayang nak guna. Perkakas yang dah pecah, bocor dan berdaki yang digunakannya.
Aku pula jenis geli sikit macam tu. Dah macam kufur nikmat pulak ibu mertua aku bila difikir – fikirkan. Ibu mertua aku katilnya di ruang tamu, mungkin mudah untuk beliau gerak ke toilet dan ke dapur untuk minum air.
Setiap kali aku turun dari atas hendak ke bawah, aku perasan beliau dah nampak aku tapi beliau buat – buat tidur. Bila aku ke dapur, beliau akan menjeling – jeling sambil mengintai apa aku buat. Aku jadi tak selesa dan aku dah stop memasak tapi masih beli lauk yang dah siap dimasak.
Bab duit, aku tak berkira. Aku gunakan duit simpanan aku sementara aku boleh claim dari kerja freelance aku. Aku lebih rela makan di luar daripada timbul isu – isu macam ni. Aku pun ada hati dan perasaan. Aku harap rumah yang suami aku nak sewa ni cepat – cepatlah siap.
Aku lapar dan nak memasak apa yang aku suka bila dah berpindah nanti. Aur4t pun terjaga. Itu saja. Kalau ibu mertua aku tak suka aku, aku pun berhak untuk tak suka beliau tapi tak ada lah sampai nak benci. Aku hormat beliau sebagai orang tua dan ibu kepada suami aku tapi untuk rasa sayang tu dah sem4kin hilang bila beliau suka merendah – rendahkan suami aku di depan aku pada anak menantunya yang lain.
Semoga pembaca dapat doakan supaya anak dalam kandungan aku ni sihat walafiat, menjadi anak yang soleh solehah, dan memudahkan urusan aku untuk bersalin nanti. Terima kasih sebab sudi membaca luahan hati yang panjang berjela ni.. – Kurma (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Seperti luahan sebelum ni, aku tinggal dengan mak mertua aku dan masih lagi tinggal sebumbung. Tak sabar nak pindah seperti yang dijanji suami yang aku cintai untuk pindah ke rumah sewa. Musim sekolah bermula dan anak – anak menantu mak mertua aku pun balik.
Aku tak tahu bila mereka nak sampai sebab aku hanya akan tahu bila mereka dah sampai atau akan dimaklum oleh suami aku lagi beberapa jam mereka nak sampai. Bagi aku, tak ada isu lah. Dah aku pun tak diupdate so aku pun buat biasa – biasa saja menjalani rutin harian aku.
Oh sebelum ni aku tak mention yang aku pergi kelas mengaji Isnin hingga Khamis dari pagi sampai tengahari. Dan kadang – kadang aku akan lewat balik sebab ada appoinment dengan client. Nak dijadikan cerita, bila mana mak mertua aku tunggu anak menantu cucu beliau sampai, beliau boleh aku katakan bersikap sombong dengan aku. Cakap macam nak tak nak.
Ok lah anak menantu cucu jauh nak balik. Aku pun malas nak ambik port dengan per4ngai beliau. Sebelum ni aku pernah cerita pasal penggunaan washing machine kan. Washing machine tu dah 14 tahun tak silap aku dengar dari adik ipar perempuan aku.
Masa tu anak adik ipar perempuan aku guna washing machine dan nak dijadikan isu, washing machine problem – tak boleh spin dry. Dan naluri aku kuat mengatakan mak mertua aku kaitkan nama aku dengan problem washing machine tu.
Aku berani ker4t jari. Semua salah aku punya lah. Mak mertua aku ni dah berumur 80-an dah pun. Suami aku kata beliau dulu mengajar budak – budak kampung mengaji tapi aku tak sangkalah per4ngainya dan sifatnya begini.
Aku sejak kena tegur teruk tu memang aku dah tak masak dah. Aku dah tr4uma. Setakat pergi dapur bancuh susu / milo dan p0tong buah ja. Bagi aku buat kerja rumah salah, tak buat pun salah. Lebih baik aku tak buat, tak menguriis perasaan aku sendiri.
Dah lah penat lepas tu kena marah, kena umpat lagi kannn. Berbalik pada cerita adik ipar aku balik menjenguk maknya. Hampir seminggu bercuti di kampung, seminggu jugaklah anak beranak berjalan sana sini. Mak mertua aku tak ikut mereka pergi berjalan.
Maybe adik ipar aku ada ajak tapi dia tak nak ikut. Keluar pagi, tengah malam baru balik. Seminggu macam tu lah. Semestinya mak mertua aku dah ceritakan semuanya keburukan aku tak memasak dan selalu keluar rumah.
(Actually aku jumpa client ja pun, kadang – kadang suami aku teman jugak) kat adik – adik ipar dan kakak ipar aku melalui phone call masa aku tak ada di rumah atau aku di bilik selama ni. Patutlah adik mak mertua aku pernah cakap mulut kakak dia jahat dan ianya diceritakan kat aku dari mulut mak mertua aku sendiri.
Pendek kata, mengata diri sendiri lah. Aku tak melepak di ruang tamu sebab mak mertua aku ni suka tutup pintu dan tingkap. Aku rasa tak bernyawa dan semestinya aur4t aku jugak sebab ada adik ipar lelaki tinggal bersama.
TV pun mak mertua aku kedekut nak on. Oh mak mertua aku ni, bila dengar bunyi enjin kereta aku ja, dia akan buat – buat tidur dan alihkan muka ke dinding. Kadang – kadang beliau mengintai aku dari dalam rumah jugak sebab pernah terkant0i masa aku bukak pintu nampak beliau baru berjalan dari depan pintu nak ke katil beliau.
Buruk kan per4ngai. Buat pengetahuan pembaca, aku tak pegang kunci rumah so aku akan bagi salam dan tunggu beliau bukakan pintu. Itu pun kadang – kadang tak bukak, aku akan call suami aku untuk balik bukakan. Aku tak nak pegang kunci rumah sebab aku takut aku akan dituduh macam – macam lagi.
Ada sekali tu, ada ja mak mertua aku dan adik ipar lelaki kat ruang tamu tapi pintu dan grill memang berkunci rapat. Macam mana aku tahu? Sebab masa suami aku balik bukakan pintu, adik ipar lelaki aku duduk di kusyen baru nak angkat buntut dia masuk ke bilik.
Mak mertua aku? Macam biasa pura – pura tidur time maghrib. Lepas beberapa hari adik ipar aku yang jauh ni balik, kakak ipar aku pun bertandang. Depan – depan aku kakak ipar aku memerli. Aku tahu sangat dia sengaja. Dia memuji adik perempuannya tu masak untuk family yang mana aku sedia maklum memang dia memasak untuk family dia even dia bekerja.
Yang membezakan adik ipar dengan aku adalah, dia tak tinggal dengan mak mertua. Aku pulak tinggal dengan mak mertua yang banyak kerenah. Semua barang dapur nak dicatu. Masaklah sendiri, aku tak reti. Yang paling menusuk di hati aku sampai aku tak boleh lupa yang mak mertua aku meng4muk sebelum ni,
Dik4tanya suami aku tak reti ajar isteri (akulah) walhal aku tinggal dengan dia tak sampai sebulan serba serbi aku buat tapi itu yang keluar dari mulut dia. Sampai ke m4ti aku akan ingat. Aku tak berkira tapi beliau beliau nak berkira dengan aku.
Almaklum dah terkeluar dari mulut beliau sendiri, menantu tu tetap orang luar. Baiklah, aku mengerti dan aku akan buat macam mana yang beliau nak aku jadi. Jadi orang luar. Adik ipar perempuan aku pun selepas seminggu maka dia pun dah balik ke negeri dia.
Diganti pula dengan adik ipar lelaki 1 family balik. Macam biasa, aku tak tahu bila dorang nak sampai sebab tak dimaklumkan. Dan macam biasa mak mertua aku akan buruk – burukkan aku. Almaklum tinggal sebumbung.
Macam banyak pulak buruk aku even aku dah kurang communicate dengan beliau sebab beliau refused nak bercakap dengan aku. Cuma aku still hormat lagi, tanya nak makan apa setiap kali aku nak keluar dinner dengan suami aku.
Adalah sekali dua aku sengaja tanya mak mertua aku, anak adik ipar lelaki aku tak datang ke cuti sekolah ni. Untuk makluman, adik ipar lelaki aku bercerai dan anak – anak tinggal dengan ex-wife. Mak mertua aku mudah ja kata dia tak suka budak – budak tu sebab suka buat sampah bila datang tinggal sini.
Bagi aku dorang tu still budak – budak kecik, tegur elok – elok mesti dorang dengar. Mak mertua aku siap ulang cucu – cucu tu kata kat dia mak tok tak suka mereka. Pada aku, ok aku dah nampak nasib anak aku nanti macam mana almaklumlah bukan menantu kesukaan dan bagi beliau kemungkinan baby dalam perut aku ni bukan dari benih anak beliau yang kannn.
LagiIah menyampah kat aku dan anak aku nanti. Kadang – kadang aku terasa jugak. Tipulah kalau tak terasa kann. Kadang – kadang aku menangis dalam bilik air. Kadang – kadang menangis dalam bilik masa suami aku tak ada.
Aku tak nak suami aku tahu dan g4duh dengan mak dia. Banyak aku pendam sendiri. Dan firasat aku mengatakan mak mertua aku tak percaya aku mengandungkan cucu beliau almaklum lah aku dan suami aku PJJ selepas nikah dan lepas sebulan baru aku disahkan mengandung.
Sebab apa aku katakan macam tu? Sebab adik ipar perempuan dan kakak ipar aku asyik tanya kandungan aku dah bape minggu dan dorang akan kira. Macam what the devil thinking of you guys termasuklah mak mertua aku.
Ingat aku mualaf, aku tak tau halal h4ram ke? Anak – anak menantu beliau balik sekejap – sekejap ni pun rasanya macam – macam tuduhan dan fitnah mak mertua aku terhadap aku. Aku malas nak ambik port. Bagi aku tak lama dah beliau nak hidup pun.
Kalau betul beliau mengumpat, memfitnah aku, memang aku takkan maafkan beliau sampai bila – bila. Sekarang aku cuma tak sabar tunggu hari nak pindah ke rumah sewa dan masak apa yang aku suka. Aku pun dah mula beli barang – barang keperluan dapur dan simpan dalam bonet kereta. Doakan baby, suami dan aku sihat dan sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Sentiasa dalam lindungan dan kasih Allah. – Kurma (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Robben Zou : Sabar puan.. Seeloknya cuba untuk tidak tinggal bersama mertua terutama wanita. Banyak kisah benar ibu mertua tidak sependapat dengan menantu perempuan tanpa menafikan ada mertua yang baik pada menantu perempuan.
Cadangan saya adalah keluar dari rumah t0xic tersebut dan hidup bersama suami di rumah yang lain. Jika tak dapat berbuat demikian, maka puan bersabar lah dan pekak kan lah telinga dan jangan ambil peduli kata – kata orang lain kerana bahagia itu milik puan. Semoga puan mendapat pahala yang banyak.
Sue Ieda : Nasihat saya, pindah cepat – cepat. Jangan tangguh – tangguh lagi. Jangan bagi macam – macam alasan. Tahun baru la. Bulan baru la. Tengah tahun la. Pindah secepat mungkin!!! Next, kalau berbangkit soal anak dalam perut tu, tak payah nangis sedih.
Buat DNA test. Biar puas hati semua pihak! Awak patut bagitahu suami ape yang terjadi kat rumah. Awak sedih nangis depan dia. Jangan nangis belakang – belakang. Pura – pura kuat semangat. No! Biar suami tahu ape yang jadi. Baru dia akan boleh ambil langkah yang btul.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.