Setiap kali mak telefon mesti tanya saya dah bercerai ke belum

Mak tak suka saya kahwin dengan duda anak tiga. Setiap kali call mesti tanya dah bercerai ke belum. Tapi apa yang lebih merungsingkan mak cakap nak tinggalkan ayah dan mak nak duduk dengan saya. Pernah satu hari mak datang rumah saya dan buang semua barang dan foto arw4h isteri suami saya..

#Foto sekadar hiasan

Hai semua. Saya kahwin bulan Feb haritu. Kahwin dengan duda anak 3 (duda kem4tian isteri 6 tahun lepas sebab lahirkan anak bongsu). Saya umur 30 suami pula 36. Macam ni, sebelum kawin saya ada bisnes beauty spa dan saloon tapi sejak Covid 19 saya tutup bisnes sementara. So lepas habis PKP haritu, saya nak on bisnes balik. Tapi suami saya larang. Sebab kerja saya tu memang layan bermacam – macam orang jadi dia risau.

Jadi saya tutup lah bisnes saya tu sampai hari ini. Untuk pengetahuan semua. Bisnes saya tu saya usahakan dari saya umur 19 tahun sampailah harini so memang sayang lah kalau nak tutup. Selama tutup pun ramai yang cari saya sampai ke rumah. Tapi suami larang saya sebab risau apa – apa jadi di musim virus macam ni. So saya iakan sahaja. Dengan bisnes tu juga saya sudah mampu beli rumah, kereta dan simpanan hampir setengah juta dalam asb.

Cuma masalahnya sekarang mak saya p4ksa – p4ksa saya teruskan kerja saya. Katanya jangan dok berg4ntung dengan suami je. Mak saya ni pula asyik – asyik call saya tanya dah bercerai ke belum? Saya tak tahu apa motif mak cakap macam tu. Mak saya tak suka dengan suami saya sebab dia duda dan ada anak. Bagi mak saya anak – anak tu jadi beban sedangkan saya sangat sayangkan anak – anak tiri saya.

Mereka budak baik dan pintar. Lepas ni saya dan suami akan pindah rumah agak jauh dari mak sebab suami dah beli rumah baru. Tapi mak cakap dia nak ikut. Allahu. Mak saya muda lagi. Ayah saya pun masih ada. Mak cakap nak tinggalkan ayah dan mak nak tinggal dengan saya. untuk pengetahuan korang semua. Dulu masa saya bisnes saya bagi mak duit sebulan RM 1500.

Sekarang saya hanya mampu bagi RM 500 je sebab saya ada bisnes online je, so untung sikit – sikit bagi kat mak. Ayah saya pun bukan orang susah. Setiap bulan terima duit pencen. Saya risau bila mak duduk dengan saya akan jadi masalah pada rumah tangga saya sebab mak saya tak suka suami saya dan suka sindir – sindir suami saya. Dan untuk pengetahuan korang juga, rumah yang mak ayah saya duduk tu adalah rumah saya, saya hadiahkan untuk mak dan ayah saya.

Cuma bingung kenapa mak nak duduk dengan saya. Lagi satu mak juga tak suka anak – anak tiri saya. Selalu buat muka ketat. Lagi satu, masa mak datang rumah saya, mak buang barang  -barang dan gambar – gambar arw4h isteri suami dan anak – anak tiri saya semua menangis sebab takut. Sebab tu saya tak nak mak duduk dengan saya. Saya tak nak bukan sebab tak suka mak dan bukan tak kenang budi tapi saya taknak timbul masalah dalam rumah tangga saya. Saya sangat sayangkan mak.

Setiap minggu saya melawat mak. Tapi perangai mak buat saya sedih. Pendapat korang perlu ke saya bawak mak saya tinggal dengan saya? Saya tanya suami, suami cakap kalau saya setuju dia ok je. Tapi saya risau sebab anak – anak tiri saya takut dengan mak saya, nampak mak saya je mereka lari.

Perkongsian yang dibuat oleh penulis telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata memberikan pendapat dan pandangan berkenaan masalah yang dihadapi oleh penulis. Bukan mudah bagi seorang isteri apabila tersepit antara ibu dan suami. Semoga nasihat yang diberikan dapat sedikit sebanyak membantu dalam menyelesaikan masalah penulis.

Komen Warganet :

Faezatul Amira

Hmm memang la mak melahirkan kite tapi lepas kawin syurga bawah tapak kaki suami. Mak awak pon ada suami lagi biarlah dia duduk dengan suami dia dan awak stay dengan family awk. Mungkin mak awak terkesan sebab dapat RM 500 je.

Nur Intan Abdul Kadir

Macam ni lah, sekarang Puan dah kahwin kan? Jadi syurga Puan pada suami Puan..yang mak tu bincang elok – elok. Rasanya kalau perangai mak Puan macam tu, baik tak payah bawak tinggal sekali dengan korang semua sebab mak Puan pun masih ada suami.

Lagipun Puan dah kahwin, jika duduk serumah dengan mak, akan mengeruhkan  lagi keadaan. Baik elak sebolehnya, cakap elok – elok nanti jumpa.

Sebab mak yang baik tak akan tanya macam tu, dah cerai ke? Akan beri sokongan moral pada Puan. Beruntung Puan sebab mempunyai suami dan anak tiri yang baik. Saya tak kata mak Puan tak baik, cuma sekarang mak Puan patut faham yang Puan dah kahwin, tu jaa. Harap mak tu berubah hati kelak. Saya doakan hubungan Puan dan suami kekal hingga Jannah..

Rossa Aldama II

Jangan bawak sis. Kalau dah perangai mak sis macam tu jangan. Ingat ye bukan senang nak cari suami bertanggungjawab. Tak salah pun dalam islam berkahwin dengan duda ada anak nie. Yang salah R4MPAS laki orang. Tu salah. Kalau saya takkan bawak, melainkan mak sis ibu tunggal tiada siapa – siapa boleh dipertimbangkan lagi.. Kalau sis sayangkan rumah tangga biar jer.. Nanti dah terbiasa lah tu.. Jaga suami dan anak – anak tiri sis.. Semoga perkahwinan sis berkekalan hingga ke jannah Allah..

Emi Zara

Bincang dengan mak elok – elok sis.  Sebaiknya jangan bawa mak tinggal bersama memandangkan perangai mak sis macam tu. Ajak ayah berbincang suruh pujuk mak jangan ikut sis. Kesian rumah tangga sis, dah bahagia dah. Tak ada masalah apa. Solat istikharah minta petunjuk, pujuk mak baik – baik… jaga hati suami dan mak juga.

Nathmah Nathmah II

Sis dapat suami baik dan bertanggungjawab. Anak – anaknya menumpang kasih sis.. Sedih saya. Sedangkan mak sis masih ada suami. Jangan biar mak sis ganggu kebahagiaan anak. Sis juga perlu bahagia dengan rumah tangga yang dibina. Berdoa banyak – banyak agar hati dan jiwa mak sis tenang.. Jangan jadi duri, jangan cemburu dengan anak sendiri. Wang bukan segalanya.

Nur Hidayu Aziz

Nasihat saya, jangan bawak siapa – siapa tinggal sebumbung sebab nanti rosak rumah tangga. Lag i- lagi kalau dah tahu perangai mak awak macam tu. Awak tahu akibatnya. Elok – elok awak bahagia, esok – esok d3rita yang awak dapat, hanya sebab mak awak. Lebih baik awak berterus terang cakap dengan mak awak, awak sayangkan rumah tangga awak. Kalau mak awak nak awak bahagia, lebih baik jangan campur urusan anak. Dah elok ada rumah, ada suami, nak cari masalah tinggalkan suami tu kenapa? Macam ada yang tak kena kat situ. Hati – hatilah jangan rumah tangga awak ditimpa masalah. Awak tahu mak awak macam mana. Nasihat saya, jangan bawak tinggal sebumbung, nah4s nanti.