Walaupun aku dan suami kahwin lari sebab tak direstui tapi arw4h ibu ayah mertua tetap wasi4tkan semua harta kepada nama suami. Namun sepanjang kahwin hingga sekarang umur dah mencecah 50-an, hanya setahun duduk dengan suami sebab dikejar oleh ahli keluarga mertua yang tamak harta..
#Foto sekadar hiasan. Kenyataan dan sebenar hidup aku. Sebelum ini aku dah berkahwin ada tiga orang anak dan dah bercerai. Dua tahun bercerai, aku bertemu seorang pemuda taraf tinggi pangkatnya bekerja di KTM dan aku lihat dia seperti orang – orang biasa.
Bab tu aku tak kesah tu semua, aku pun Exekutif Secretary dalam Engineering department masa itu. Dia menyuruh aku sendiri cari siapa dia dan tak kenalkan nama sebenarnya, cuma aku diberi klu – klu untuk aku berfikir siapa dia. Pelik kan.
Hari demi hari dia bagi klu – klu, akhirnya aku dapat jawapan yang tepat siapa dia. Aku macam tak percaya dia seorang Putera Raja, cucu kesayangan Sultan yang tersuhur, tak payahlah aku katakan siapa. Perkenalan kami tak sampai tiga bulan dan Tengku dah luah hasratnya untuk terus berkahwin dengan aku tanpa bertunang.
Aku setuju aje. Perkahwinan kami tidak direstui oleh kedua ibu bapa suami aku, kerana suami aku cucu kesayangan kepada Sultan dan yang berd4rah Bangsawan. Yang aku pula cuma rakyat biasa walaupun dilahirkan di Kuala Lumpur, kota besar tapi keluarga aku hidup sederhana.
Arw4h bapa aku seorang Bekas British Ar.my Pencen, arw4h ibu seorang peniaga kedai runcit dan kedai makan. Memang jauh taraf kami pipit ngan enggang. Tapi aku dipilih oleh Tengku kerana dia sendiri yang mencari dan merantau seperti film arw4h Tan Sri P. Ramli mencari wanita yang boleh masak beras yang dicampur bermacam – macam herba seperti Antara Dua Darjat.
Semenjak perkenalan aku dengan Tengku ni, banyak perkara pelik berlaku, tapi aku tak kesah tapi rasa seronok berdepan benda – benda yang pelik sebab aku sendiri pernah aIaminya semasa umur aku 9 tahun. Benda yang pelik yang aku katakan ialah, bila bersama Tengku di dalam restoran aku nampak dua ekor harimau putih ada di depan aku, ada juga orang – orang di situ tapi mereka tak nampak cuma aku seorang saja nampak.
Dengan tak semena – mena mulut aku ucapkan Assalamualaikum. Harimau tu senyum tapi tampak garang. Aku lihat Tengku sebeIah aku relax seperti tiada apa berlaku. Ke mana saja kami pergi Harimau tu ada. Macam – macam benda pelik berlaku.
Satu hari Tengku buka mulut untuk melamar aku dan akan bawa Mak Engku dan Pak Engkunya mengadap ibu aku, yang masa tu kami ada gerai makan je di sebuah Pasar. Ibu dan aku tunggu mereka di gerai sahaja. Tunggu punya tunggu tak sampai – sampai.
Aku ingat lagi pada hari itu hari Khamis, aku tak jumpa Tengku semenjak tu. Pada hari Sabtu, lepas Maghrib kelibat Tengku keluar dari lorong rumah makcik aku. Aku terus kejar dia. Aku lihat Tengku sedang duduk di bus stop macam orang sasau dan termenung.
Aku terus duduk sebeIahnya dan tanya apa berlaku dan kenapa Mak Engku dan Pak Engku tak datang. Tengku beritahu aku, ayahanda dan bonda tak setuju perkahwinan ini sebab ayahanda bonda ada pilihan mereka tapi Tengku dah anggap pilihan mereka tu seperti adik yang membesar bersama di Istana.
Aku agak sedih cuma diam diri, Tengku teruskan ceritanya. Dia dibawa sebuah rumah yang tak tau di mana oleh Pak dan Mak Engku untuk pulihkan Tengku untuk melupakan aku. Aku tersedak. Tengku kata hanya aku perempuan pilihannya dan hanya aku ada ubat dan penawarnya.
Semenjak tu aku selalu bertemu Tengku. Satu pagi aku seperti biasa menunggu bas ke tempat kerje, tiada sesiapa di situ, tiba – tiba aku lihat Tengku menjelma di belakang, aku jadi hairan macamana Tengku boleh tiba – tiba menjelma bukan sekali je dah empat kali Tengku buat begini.
Aku dapat dalam mimpi tak tau siapa memberitahu aku, kamu berkawan dengan orang yang berilmu pelik dan punya S4KA dalam dirinya. Terus aku terbangun. Memang betul apa yang dik4takan oleh h4mba Allah itu.
Semenjak itu aku terima mimpi berturut – turut, seperti menghalang aku bertemu Tengku. Akhirnya Tengku bawa aku ke sempadan dan kami bernikah. Balik aku beritahu ibu bapa aku yang aku dah nikah. Mereka tak marah cuma terkilan.
Aku beritahu ibu bapa aku sebabnya lalu mereka faham. Ibu berkata Kerabat Sultan dan keluarga Tengku betul – betul mengh1na keluarga kami. Ibu aku rasa sedih menceritakan bahawa atok moyang kami datang dari keturunan Raja – Raja lari dari Istana duduk di sebuah kampong dan melahirkan ibu aku anak yang sulong dari tiga beradik, di mana emak kepada ibu berkahwin dengan orang kaya pertama dimasa tu keterunan Raja – Raja juga.
Aku terk3jut keterangan ibu aku. Patutlah aku terasa yang aku seperti dalam mimpi aku di kelilingi oleh orang – orang bunian yang menghiaskan aku pakaian pengantin dan didatangi oleh semua Sultan – Sultan di Malaysia ini datang ke majlis perkahwinan aku dengan Tengku.
Mimpi ini datang sebelum kami bernikah dan pada malam pertama bersama. Nak diringkaskan cerita, Ayah bonda Tengku merasa sedih dengan pernikahan kami bawa diri berpindah ke Mekah dan meninggaI di sana. Ayah Bonda meninggaIkan wasi4t yang begitu lumayan untuk Tengku dan Tengku inginkan wasi4t tu menjadi hak aku.
Tapi wasi4t bukan di Malaysia, tapi didaftarkan di Mekah. Mulalah terjadi dengki khi4nat tamak haloba di kalangan adik beradik Ayah bonda Tengku dengan melihat jumlah yang lumayan dan ada di antara mereka dah muflis.
Berlakulah perg4duhan antara Tengku dan pakcik, makciknya yang tamak tadi. Mereka cuba banyak cara untuk aku tak dapat wasi4t itu sebab Tengku dah tukarkan dengan nama aku. Rupanya mereka – mereka ini dan semua Sultan – Sultan mempunyai S4KA yang sama.
Berbalik pada pakcik makcik Tengku ni sanggup buat apa saja dan sanggup mengki4nati sump4h pada S4KA tersebut. Yang aku disih1r oleh Pak Engku tersebut dengan sih1r satu badan aku s4kit – s4kit dan pisahkan aku dengan Tengku.
Bukan tu sahaja, aku juga disih1rkan supaya berpisah dengan anak – anak aku dan keluarga. Aku dibawa keluar oleh Tengku dengan secara sedar tak sedar, aku sudah berada di negara Canada. Tengku tinggal sekejap di Canada hingga kini aku tak jumpa dia lagi.
Tengku sungguh kecewa sikap mereka dan meIawan mereka dengan gunakan S4KA, tapi kelemahan kami adalah DUIT. Maka aku lah terp4ksa cari duit bayar lawyer dan perjalanan Tengku sebab Tengku dah tak boleh berkerja lagi.
Untuk mempert4hankan hak kami sebab Wasi4t itu tulin atas nama Tengku dan diserahkan Wasi4t tu atas nama aku. Kerana wasi4t mereka sanggup buat apa saja hingga merek a- mereka yang tolong kami dapat tempias, ada yang meninggaI dan ada yang s4kit.
Wasi4t ni berlarutan dah 10 tahun lebih. Yang az4b diri aku yang dibenci sebenci – bencinya. Sanggup mereka sih1r aku dengan 11 batang jarum dalam badan. Aku ingatkan, aku s4kit – s4kit sebab aku buat kerja yang banyak untuk dapatkan duit nak upah peguam.
Itupun aku bernasib baik kawan aku berubat dengan seorang Pak Haji, aku pun tumpang sekaki suruh tengokkan apa jadi pada aku sebab badan selalu s4kit – s4kit. Terk3jut aku, sehingga sekarang suami aku mempert4han hak aku yang ada di Meqqah.
Macam – macam mereka lakukan hingga sanggup jadi pembunvh dan beberapa kali Tengku dipukuI dan ditemb4k. Apabila Tengku datang nak jumpa aku nak selesaikan kes ini, lagi sekali dia dihalang. Mereka menghantar g4ngster ke mana Tengku pergi, mereka halang dari jumpa aku dan rumah aku jadi perhatian mereka.
Semenjak duduk Canada aku rasa sudah 20 kali aku pindah rumah disebabkan aku jadi burvan, mereka takut aku dapat Wasi4t itu. Allah saja tau keadaan aku dan Tengku. Semenjak kami bernikah hanya setahun kami duduk bersama lepas itu kami dipisahkan sebab Wasi4t.
Hingga sekarang aku tertanya – tanya macam mana kedudukan aku dengan Tengku tak duduk bersama bertahun – tahun dan aku dan kawan – kawannya yang menanggung kes ni. Kebanyakan duit datang dari aku. Di Canada aku buat banyak kerja yang tak pernah aku buat dari Executive Secretary datang ke Canada.
Aku bekerja dari bawah seperti kerja di hotel kemas bilik, Jurujual di kedai Emas, jaga budak – budak, Juruwang, penolong pejabat dan akhir sekali kerja tukang urut. Semua kerja – kerja ni yang aku tak pernah buat dan aku terp4ksa buat untuk hidup.
Bukan tu aje aku didiskriminasikan, buIi, anti Muslim oleh rakyat sini. Banyak kali aku dimasukkan ke rumah pelarian sebab aku tak ada rumah dan tak ramai kawan. Aku dah tak larat lagi meIawan kes wasi4t ini setiap minggu aku dapat gaji habis bayar Tengku dan Peguam di Mekah, aku sedih tak tau apa nak buat lagi.
Tolonglah bagi tips apa harus saya buat lagi dan saya dah umur 50++ dah s4kit – s4kit kerana sih1r dan s4kit urat, kena makan ubat tiap hari. Saya tak larat lagi nak berkerja nak bayar peguam. Saya amat rindu dengan anak cucu dan adik beradik di Kuala Lumpur.
Cuma lepas rindu dengan video chat dan camera. Sedih.. bilalah kes Wasi4t ni akan berakhir. Kadang – kadang terfikir apa ada pada harta kekayaan kalau hidup seteruk ini. Emas tu sudah ada tapi nak dapatkan mesti melalui ular – ular yang berbisa. Cuma saya bertawaqal pada Allah Qun Fa Ya Qun.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.