
Satu hari ni bekas suami p4ksa aku jumpa janda tu dekat sebuah kedai makan. Aku cuba slow talk dengan dia, aku harap yang dia akan putus dengan suami. Tapi nampaknya, dia tetap nak suami aku, suami pun nak sangat dekat janda tu. Lepas berbincang, aku diceraikan tiba – tiba…
#Foto sekadar hiasan. Alhamdulillah, dapat juga melalui pengalaman alam perkahwinan PJJ beberapa tahun. Endingnya, inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Aku dah bercerai. Takat tu saja yang tertulis di luh mahfuz aku dapat berbakti pada seorang suami. Takde apa yang aku terkilankan. Aku redha dan terima.
Biar aku perkenalkan bekas suami aku. Bekas suami aku kerja government servant. Ada rezeki lebih, alhamdulillah dia buat bisnes. Masa nak buka bisnes tu, dia minta tolong sikit dari aku. Yelah, masa tu kan suami isteri. Jadi aku bantu lah takat mana yang aku mampu.
Selepas 3 bulan bukak bisnes, dia kantoi layan janda yang dah ada anak. Aku tak adalah gelabah sangat. S4kit hati pun taklah membuak – buak. Sebab bukan first time dia kantoi dengan aku. Boleh katakan setiap tahun lah, sepanjang perkahwinan memang ada saja yang kantoi. Lain – lain perempuan.
Tinggi tahap kesabaran yang Allah kurniakan pada aku. Masya-Allah. Aku tetap boleh sabar walau pernah dipukuI, ditipu, dan banyak kali dicurangi. Dipendekkan cerita, satu hari ni bekas suami p4ksa aku jumpa janda tu dekat sebuah kedai makan. Cuba slow talk dengan dia. Aku ingatkan dia pasal hukum agama. Kifarah kalau bukan pada dia, mungkin pada anak perempuannya. Aku siap recall balik kehidupan dia yang sudah bercerai.
Dia dah rasa macam mana hidup tanpa suami, especially anak – anak tanpa bapa. Kenapa dia tergamak mengkhianati kaum sendiri. Tapi cinta dan kasih dah jatuh pada dua hati. Dia tetap melayan bekas suami aku. Dan of course bekas suami aku pun tergiIa – giIa dekat dia.
Siap merayu dekat janda tu supaya jangan tinggalkan dia. Katanya, dia memang playboy yang sedang berusaha untuk berubah. Lepas berbincang lebih dua jam, bekas suami tanya aku apa keputusan hasil perbincangan dengan janda tu.
Aku cuma cakap “nothing” dekat dia. Sebab dari respon janda tu memang dia akan stay untuk teruskan saja kisah percintaan mereka. Lepas tu respon ringkas dari bekas suami aku, “aku lepaskan kau, aku nak kahwin dengan dia. Allahuakbar.” Terkebil – kebil anak – anak aku dengar daddy dorang cakap macam tu.
Aku angkut anak – anak balik rumah. Berlalu pergi tinggalkan bekas suami dengan janda yang digiIainya. The next day kami uruskan hal dekat mahkamah syariah dan sah bercerai dengan talak satu. Selepas enam bulan bercerai, bekas suami kahwin dengan janda pilihan dia. Majlis pun berseri lagi dengan kehadiran keluarganya.
Memandangkan tak kena jemput, terp4ksalah jumpa dengan family dia selepas kenduri dah selesai semua. Macam biasa, bawalah sikit buah tangan untuk mak mentua kesayangan aku. Kakak ipar yang aku sangat hormat. Dan tak lupa juga hadiah untuk isteri baru bekas suami aku.
Walau dia buat tak layan aku, aku tetap hulur tangan bersalaman dan cium pipi dengan wanita yang ditakdirkan jadi isteri baru pada daddy anak – anak aku. Anak siap cakap masa dalam kereta, “kenapa bagi isteri daddy hadiah? Dia yang curi daddy dari kita.”
Tak ada banyak benda nak cakap. Aku bagitahu anak – anak saja, Rasulullah, orang buat jahat dekat baginda pun baginda tetap balas dengan kebaikan. Kita kena ikut akhlak Rasulullah SAW. Walau kecewa dengan tindakan dia selepas bercerai, aku tetap sabar.
Aku tak kisah mana. Redha dan ikhlaskan hati untuk beri semula harta yang tak boleh bawa m4ti sebab dia minta dipulangkan semula. Mungkin kes4kitan dan kebahagiaan sepanjang tempoh perkahwinan buat aku kuat dan redha untuk melepaskan dan dilepaskan. Aku yakin pada Tuhan. Pasti ada rahmat di sebalik ujian.
Untuk wanita yang Allah pilih untuk diuji, bertabahlah. Masalah yang datang semuanya dari Tuhan. Jadi mohonlah jalan penyelesaian dari Tuhan. Rajin – rajinlah bangun tengah malam. Mengadu pada-Nya dan merintih apa saja yang buat sesak dada kita. Tiba masanya Allah akan keluarkan kau dari satu masalah dengan jalan yang kau tak jangka.
Macam aku, bercerai juga akhirnya walau bertahun cuba mempertahankan kebahagiaan di dunia. Keep positive. Penceraian tu bukanlah pengakhiran untuk sebuah kebahagiaan. Tapi insya-Allah semoga ia jadi permulaan untuk kita berubah lebih dekat pada Allah dan beroleh kebahagiaan bukan saja di dunia malah di akhirat nanti. Insya-Allah. Moved on ya.
Jangan lupa bersyukur pada Allah kerana melalui perkahwinan yang Allah rancang untuk kita, telah jadi penyebab kita berbakti pada seorang suami, merasa pengalaman jadi seorang mommy dan banyak lagi nikmat dari-Nya yang tak terhitung nilainya. Keep strong ya.
Anyway, doakan kebahagiaan daddy anak – anak aku dengan isteri baru dia. Jangan kecam mereka. Mereka berdua orang yang baik. Allah sayang mereka. Dan jangan lupa juga doakan aku dengan anak – anak agar beroleh hidayah dan rahmat-Nya.
Untuk kau yang sama title dengan aku, “janda”. Tolong jaga maruah kita. Jangan terlalu murah. Kalau dah terjerat dengan suami orang, kuatkan hati untuk elak teruskan hubungan yang boleh meruntuhkan rumah tangga seseorang. Mintalah bantuan dari Allah untuk jauhkan kita dari sikap yang boleh mendatangkan d0sa. Jaga diri dan hiasi peribadi. Moga Allah pilih kita jadi penghuni syurga.
Ulasan Pembaca :
Izny Eizue Zaain : You make my tears down. Allahuakbar. Aku tahu sis kuat. Tapi perit dugaan tu hanya orang yang lalui saja yang betul rasa s4kitnya. Semoga Allah beri sejuta kebaikan dan kebahagiaan buat sis dan anak – anak. Amin.
Ellyuna Rose : Aku suka baca coretan sis ni. Walaupun hati terluka, aku percaya Allah uji sis dengan takdir macam ni sebab sis kuat dan sentiasa fikir positif. Aku doakan sis beroleh kebahagiaan dan dipermudahkan urusan kemudian hari.
Iecha Idris : Kita lalui jalan yang sama sis. Tapi alhamdulillah aku dah bahagia. Dia dengan jalan dia, aku dengan jalan aku. Anak-anak pun dah tak heran dengan father dorang sebab dapat father baru yang lebih handsome, kacak dan bergaya. Hahahaha. Dan lebih bertanggungjawab.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.