Sewa rumah aku bayar, kereta aku bayar penuh, duit taska anak pun aku bayar. Bila aku minta tolong urut, tiba-tiba ungkit tugas isteri

Aku ada dua buah kereta, dua – dua nama aku. Satu beli tunai, satu lagi pinjaman. Pinjaman kereta tu pun aku bayar sedangkan suami yang pakai pergi kerja. Kereta rosak aku yang bayar, Roadtax, isi angin, cek minyak hitam pun aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai, aku sekarang berada di pertengahan umur 20-an, begitu juga suami aku. Dia tua setahun saja daripada aku. Kami berdua bekerja di sektor swasta. Kami mempunyai seorang cahaya mata yang amat comel, penyejuk mata dan penenang dikala str3ss, dan bakal dapat anak kedua. Alhamdulillah.

Cumanya, di sini aku nak luahkan apa yang terpendam selama hampir 3 tahun aku berkahwin. Aku tak pernah luahkan kepada sesiapa pun, dan ini kali pertama aku luahkan di sini. Sebelum ini jadi pembaca senyap saja.

Ini benda – benda yang aku buat sepanjang perkahwinan: Mesin basuh, TV, penghawa dingin, set katil bilik tidur, almari Humaira, karpet, tikar rumah, langsir, cadar… semua aku yang beli dengan duit sendiri. Selalunya aku yang masak; suami balik kerja tinggal makan saja.

Benda yang jarang aku buat ialah basuh dan sidai baju serta buang sampah (takkanlah aku perlu buat semua). Perbelanjaan di rumah pun memang aku tolong sebab gaji suami memang tak cukup untuk bertahan sampai hujung bulan.

Apa yang aku nak makan, aku beli saja guna duit sendiri. Nafkah? Apa itu nafkah? Aku sampai tak tahu berapa kali saja aku dapat. Bagi aku, memang tak nampak duit nafkah sebab dia tak pernah pun cakap itu duit apa. Dia buat pindahan wang tapi nanti keluar balik untuk beli barang keperluan rumah macam makanan dan barang basah. Itu pun tak cukup untuk perbelanjaan, jadi aku terp4ksa cover.

Ada pinjaman bersama untuk beli rumah pertama, tapi macam tadi juga, dia transfer kadang – kadang RM300 untuk bayar rumah dengan nafkah ke? (aku pun tak tahu) tetapi kadang – kadang RM300 itu juga keluar untuk beli barang. Jadi rumah itu guna duit aku juga, kan?

Menyesal buat pinjaman bersama. Baik aku saja buat permohonan guna nama sendiri, jadi tak perlu berkira nak bayar rumah itu. Pengasuh anak pula. Ini memang dari mula hantar sampai sekarang, aku seorang saja yang bayar! Ini anak aku seorang saja ke?

Sekarang aku sedang mengandung anak kedua (memang guna perancang yang disahkan doktor, bukan rancang sendiri, tapi masih lekat). Sudah tentu aku yang akan bayar pengasuh. Aku ada dua buah kereta, kedua – duanya di bawah nama aku, satu aku beli tunai, satu lagi guna pinjaman.

Pinjaman kereta ini pun aku yang bayar; suami tinggal pakai saja. Memang dari awal aku saja yang bayar setiap bulan tanpa bantuan satu sen pun dari suami. Aku tak kisah untuk bayar pinjaman kereta ini sebab memang atas nama aku.

Suami ada buat pinjaman untuk motor, tapi motornya kemaIangan sampai tak boleh pakai. Tapi pinjaman tetap jalan, akhirnya kereta aku juga dia pakai untuk ulang alik kerja. Pinjaman motor itu dia bayar sendiri. Kos kereta rosak pun aku yang bayar, untuk kedua – dua kereta ya, bukan satu buah.

Servis kereta pun sama! Semua aku yang tanggung. Dia ada juga sekali atau dua kali tolong bayar servis kereta yang dia pakai ulang alik kerja itu, selain itu semua aku. Roadtax pun aku yang bayar ya! Malah untuk isi angin, cek minyak hitam, aku kena bising dulu baru dia tolong buat.

Kadang – kadang aku malas nak bising, aku cek sendiri saja. Kalau aku nak hias rumah ke, aku saja yang beli semua. Rumahkan tempat kita berehat, takkanlah nak biarkan nampak suram saja. Kalau rumah suram, tak bersih, lagi la bertambah str3ss aku.

Ini yang dia buat sepanjang perkahwinan. Aku cuba sedaya upaya untuk tak tinggal satu pun yang dia buat ya. Bayar Coway dan Netflix (Netflix pun kongsi dengan kawan – kawan, jadi jimatlah di situ). Kami mula langgan Coway pada tahun kedua dan Netflix pada tahun ketiga perkahwinan.

Bayar sewa rumah sekarang dengan bil air dan elektrik. Bayar pinjaman motor sendiri. Basuh dan sidai baju, kadang – kadang lipat sekali, tapi aku ada tolong juga kadang – kadang. Sama dengan buang sampah; selalunya dia yang buat, tapi kalau dah sampai nak keluar ulat, aku tolong buang juga.

Sebabnya, nanti aku juga yang susah nak kena bersihkan ulat – ulat itu. Pernah belikan aku tiga helai baju dan gelang emas (ini pun kena tambah duit aku sebab aku nak fesyen lain, haha). Tapi yang banyaknya duit aku juga.

Surprise – surprise untuk hari jadi ada juga sebab aku pun buat untuk dia. Masa hari jadi pertama lepas kahwin, paling sedih sebab aku yang belikan kek untuk diri sendiri; dia teman saja sebab duit dah tak ada. Maklumlah hari jadi aku hujung bulan, haha.

Dia selalu tolong urut aku kalau aku lenguh – lenguh, tapi kadang – kadang g4duh juga sebab dia malas nak urut. Dia cakap, takkan nak urut selalu, dia pun lenguh tangan kalau asyik urut. Masa alahan tu, lepas g4duh dan sebagainya, baru dia rajin tolong uruskan rumah.

Tapi tak kemas, tapi sebab aku memang tak larat, aku biarkan saja. Biar saja dia buat apa yang dia mampu. Kadang – kadang aku bising, baru dia buat. Masa alahan juga, dia suka buatkan air untuk aku. Yalah, aku memang tak larat nak bangun sangat, asyik nak muntah dengan anginnya, jadi aku minta air milo untuk buat aku rasa kenyang sikit. Nasiblah dilayan juga.

Sekarang bila alahan dah habis, aku pun dah mampu buat kerja rumah dan memasak; kurang sudah dilayan. Semalam sampai berg4duh sebabnya dia tengah tengok cerita di Netflix. Aku cakap aku lapar lagi. Selalu masa alahan, kalau aku cakap aku lapar, dia akan buat air milo dengan biskut.

Tapi malam tadi, dia buat tak tahu saja. Aku okay lagi masa tu. Masa nak tidur, aku saja buat – buat merajuk sebab tak dilayan masa aku cakap lapar tadi. Sekali, aku pula yang kena. Dia cakap dia pula rasa macam isteri sebab kena buatkan air dan urut aku. Mungkin bagi dia, isteri kena buat macam itu kot.

(Aku memang jarang sangat buatkan dia air sebab aku dah masak. Dia pun tak pernah minta tolong aku buatkan apa – apa untuk dia. Lagipun, aku buat air taw4r; dia suka yang pekat, jadi dia lagi suka buat air sendiri. Yang aku bayar segala benda tu, dia tak nampak pula ya).

Faham – faham lah kan, orang mengandung ni macam mana. Mesti kita nak dilayan manja. Bukan minta banyak pun, bukan minta duit pun. Sekarang, aku didiagnos ada masalah sikit dengan mental. Aku dapat result teruk untuk ujian saringan minda masa nak buka buku pink anak kedua.

Tiada siapa yang tahu kecuali kawan rapat dan suami, tapi aku pun tak tahu suami aku percaya ke tak dengan masalah mental yang aku hadapi ni. Sebab hari itu dia cakap, ini semua tentang cara kita set minda kita. Haha.

Ya, aku tahu untuk rawat masalah ini kita kena pandai kawal emosi. Dah hari – hari aku rasa str3ss, sedih, sunyi, kau ingat senang ke aku nak kawal minda aku? Memang orang yang tak rasa takkan tahu macam mana benda ni, jadi bolehlah cakap, cakap memang senang ya, pakai air liur saja.

Aku pun boleh cakap benda tu. Masalah mental aku ni dah sampai tahap aku terbayang – bayang nak ced3rakan diri sendiri. Tapi sekarang ni memang aku dah dipantau oleh doktor, ada temu janji dengan kaunselor, dan doktor pun cakap aku dah m4kin baik.

Aku jarang sangat rasa bahagia dengan perkahwinan ni, belum cerita lagi bab mertua. Malaslah nak cerita, tu pun buat aku str3ss! Dapat luah yang ni pun, rasa macam lega sikit. Nak minta pandangan semua, macam mana ya nak bahagia? Aku rasa macam suami tak hargai apa yang aku buat, atau aku saja yang tak nampak?

Bila setiap kali g4duh, benda yang selalu buat g4duh selalunya sebab dia tak layan aku (macam aku cerita di atas tu la), aku akan jadi tak ikhlas nak bagi dia pakai kereta, nak bayar itu ini. Entahlah, aku rasa kebanyakannya aku yang tolong bayar.

Ke memang semua isteri-isteri macam aku juga? Dah bincang elok – elok pun, dia masih buat benda yang sama. Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca luahan aku. – Mimi (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.