Anak – anak hantar tadika mahal – mahal mengalahkan yuran universiti tapi tak tahu apa anak – anak buat kat tadika. Kelas aku ada 40 orang, kau percaya tak kalau aku cakap dalam kelas tu ada sorang murid je yang pandai membaca..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Mungkin confession ni dibaca oleh mak bapak yang cakna pada anaknya je. Selalunya jenis tak peduli anak scroll laju – laju je benda – benda macam ni.
Aku merupakan seorang cikgu, guru kelas darjah 1. Dipendekkan cerita, sekarang semua tau yang peperiksaan dimansuhkan bagi tahap 1. Pasti ramai ibubapa yang lega sebab kita tak perlu lagi tertekan nak pastikan anak lulus atau kita cakap mencapai tahap minimum dalam peperiksaan.
Tapi itu tak bermakna kau sebagai mak bapak tak pentingkan kemahiran membaca anak kau. Semua sekolah mesti akan buat saringan untuk budak darjah 1. Kenapa nak buat saringan? Kan Dr Maszlee dah cakap tak boleh buat streaming bagai ni?
Sebab apa? Cikgu nak masuk mengajar, kena ada bayangan tahap mana murid ni dah boleh membaca. Takkan tak tahu abc ko nak ajar bina ayat kan? Jangan kata bina ayat, nak bina perkataan ‘BUKU’ pun tak dapat. Kau ada anak tak darjah 1?
Cuba buka beg sekolah anak, tengok buku teks BM dan buku aktiviti dia, belajar apa? Ada ajar abc tak? Kelas aku ada 40 orang, kau percaya tak kalau aku cakap dalam kelas tu ada sorang murid je yang pandai membaca?
Eh, memang tugas kau la kan nak mengajar murid, kau kan cikgu? Hello mak bapak sekalian. Bukan semua guru kepakarannya mengajar macam kelas pemulihan tu. Itupun untuk masuk kelas pemulihan ada syarat. Untuk satu – satu masa boleh 15 orang je maksimum masuk kelas pemulihan.
Maknanya? Murid yang tak pandai baca ni sepatutnya SEGELINTIR je. Kalau dah 39/40 tak pandai membaca, ko rasa itu segelintir ke? Itu MAJORITI namanya. Darjah 1 tak boleh masuk pemulihan kan? Memang tak boleh.
Tapi aku sebagai cikgu Darjah 1 risau, masa aku dengan budak – budak 40 orang tu ada 60 minit sehari, paling banyak pun 180 minit. Cuba ko tekan kalkulator, 180 minit bahagi 40. Berapa minit je masa yang dia dapat kalau nak bagi tumpuan dengan dia sorang.
Maknanya, kau sebagai mak bapak kena luang masa, sekurang – kurangnya sehari 10 minit untuk bimbing dia membaca. Aku mana tau macam mana nak ajar anak aku, aku bukan cikgu! Ini satu hal. Kau tau tak, masa ada cikgu – cikgu semangat bincang, kita panggil ibu bapa ke sekolah, kita buat bengkel bagai, supaya dia tau macam mana nak ajar kat rumah.
Nanti ada lah yang menyahut, ala.. Mana diorang nak datang. Diorang tak kisah pun anak pandai baca ke tidak. Entah – entah dia tak tahu pun sejauh mana kemahiran membaca anak dia. Korang, mak bapak. Boleh tak? Boleh tak korang buktikan cikgu tu salah?
Boleh tak korang buktikan yang korang memang nak anak – anak korang pandai membaca. Boleh tak kalau sekolah buat apa – apa program, kau turut serta? Maksud aku program akademik la, macam bengkel ajar anak membaca di rumah.
Program lain macam sukan la PIBG la hari kantin aku tak mau campur. Sekarang isu utama anak tak pandai baca. Ala aku dulu tak pandai juga. Sekarang dah jadi orang pun. Gaji Rm50k. Tuan – tuan dan Puan – puan,
Zaman dulu darjah 1 belajar apa? Zaman sekarang darjah belajar apa? Sama ke? Lepas tu jangan lah nak salahkan cikgu – cikgu tadika. Dia bukan 24 jam mengajar ja. Mana nak basuh ber4k budak, mana nak lap munt4h, mana yang demam, mana yang menangis nak balik, semua dia nak tengok.
Kau tu sebagai ibu bapa peranan terbesar dan terpenting dalam hidup anak kau tu. Aku cakap macam ni kenapa? Ada ja budak sekolah tadika mahal – mahal, yang sebulan yuran macam yuran universiti. Mak bapak punya lah lawa hensem kereta besar.
Anak tak tau apa – apa. Nanti dia tanya cikgu, cikgu anak saya kat sekolah belajar apa ya. Sedangkan dia ha jalan sana sini, lepak starbucks, masuk gym bagai. Mana aku tau? Aku tau la…. siapa suruh update status kat WhatsApp, memang lah aku boleh baca.
Eh banyak lagi lah nak tulis. Tapi entah lah dengan kepala serabut balik rumah pun fikirkan anak orang, ayat pun berterabur. Lagi satu je aku nak tulis. Kemenjadian murid itu ada 3 elemen utama.
1. IBUBAPA/KELUARGA
2. SEKOLAH
3. KOMUNITI
Ada orang kata 4 elemen. Lagi 1 murid tu sendiri. Betul juga kan. Ok la. Nanti aku nak tulis lagi. Tips ajar abc dan tulisan kemas. Bye.
P/s: anak yang dah boleh baca sampai suku kata tertutup (contoh : sekolah, cawan, belatuk, ayam) janganlah sentap. Aku tuju ke ibu bapa yang anaknya tak tau abc pun dia tak sedar! – Cikgu Darjah 1
Komen Warganet :
Nur Azhani Adnan : Mak ayah yang baca confession ni, tolonglah jangan tr1gger sangat. Zaman kita dan zaman anak – anak kita sekarang tak sama. Jangan bandingkan.. point cikgu ni adalah ibubapa perlu sama – sama ajar anak – anak membaca kat rumah.
Susah sangat ke nak ajar anak kat rumah? Cuba tengok silibus darjah satu sekarang, semuanya memerIukan anak tu dah pandai membaca, at least boleh la baca sikit – sikit. Tak kesian ke kat anak – anak struggIe tak faham nak buat kerja sekolah?
Memang tugas cikgu mengajar, tapi cikgu jugak ada silibus nak kejar dan semua subjek perIukan kemahiran membaca untuk anak – anak faham soalan. Cikgu ni cuma mintak luangkan masa ajar anak – anak kat rumah. By putting down your hp dan ajar anak.
Shahril Mohamad : Malas nak menaip ni tapi terasa gatal tangan nak komen. Point cikgu ni suruh ajar di rumah. Lepas maghrib, ajak anak duduk sekali ajar mengeja, membaca, mengira. Aku dulu kena macam tu sebab nak harapkan cikgu 100% tak terdaya cikgu tu. Kalau dah darjah 1 huruf pun tak kenal nombor pun ke laut. Masuk darjah 2 nak jadi apa? Tapi ramai yang terasa sebab mereka memang harapkan cikgu 100%.
Ummu Younes : Saya sebagai cikgu saya sedih baca apa yang cikgu tulis. Lagi plak gaya bahasa yang cikgu guna. Kenapa sampai macam ni cikgu? Perlu ke luahan macam ni? Wajib ke darjah 1 dah tahu baca? Kalau pon wajib dan murid kita tak pandai baca kita sebagai guru buatlah apa yang patut.
Kalau dah sampai sekelas takleh baca sekolah boleh bertindak ini boleh masuk dalam perancangan str4tegik sekolah. Kita tak boleh pilih anak murid kita cikgu tapi macam mana kita dapat kita cubalah bantu mereka. Harap tt sorang jelah macam ni maafla akak cakap luahan cikgu ni boleh menjatuhkan martabat cikgu – cikgu lain di sekolah rendah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.