Ayah siap mengugvt, kalau saya berdegil, selepas pij4k keluar dari Malaysia, saya bukan anaknya lagi. Emak pun cakap dia tak halalkan air susunya sebab saya sudah Malukan dirinya kerana sudah berjanji dengan jiran tersebut ingin kahwinkan saya secepat mungkin.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih kerana siarkan artikel ni. Selama ni jadi silent reader je. Hati tergerak untuk hantar artikel apabila terbaca kisah Nami, gadis sebatang kara tempoh hari.
Kisah hidup dia sebijik kisah saya dan suami. Cuma beza, saya ada suami. Saya bukan nak komen cara sesetengah netizen menasihat Nami. Tapi mungkin netizen tersebut tiada di tempat kami yang dianak tirikan oleh keluarga sendiri. Ini pula kisah saya. Saya anak bongsu juga dari 7 beradik.
Sejak kecil memang tak pernah merasai bahagianya menjadi si bongsu. Ayah kerja tentera. Mak cikgu sekolah, ada 3 abang, selebihnya kakak. Mak pernah cakap, sebenarnya dia tak plan pun dapatkan saya, sebab dah ada anak 3 lelaki dan 3 perempuan. Saya ni ibaratkan “datang tanpa dijemput” di dalam keluarga.
Pernah sekali tu kami takde duit sebab ayah bangkrap main saham. Saya dipersalahkan kerana lahir tanpa diundang, menyebabkan mereka menjadi susah. Waktu tu saya berumur 5 tahun. Abang sulung siap sinis dengan saya. “Kau ni dahla tak diundang, tapi makan kuat!”. Apa perasaan korang kalau keluarga cakap mcmtu??
Hingga saya habis SPM, tiada siapa pun sangka saya cemerlang SPM kerana selama ni dorang tak pernah pedulikan saya. So tak ade sapa ambil tahu pelajaran saya selama ni. Saya senyap – senyap apply MARA dan JPA. Waktu nak isi borang permohonan, ayah langsung tak nak kerjasama. Menurut ayah, tak perlu ke luar negara, sebab saya ni bukan boleh ke mana pun.
Dia cadangkan waktu tu, supaya berhenti je belajar, terus kahwin. Emak siap nak calonkan saya anak jiran dia yang bekerja kilang. Tapi saya degil, saya tiru signature ayah saya, curi IC dia untuk diphotostat.
Macam – macam penipuan waktu tu saya buat kerana saya tetap nak pergi bawa diri dan ini sahaja peluang yang saya ada. Sebab m4kin lama tinggal di Malaysia masa depan saya m4kin berisik0 kerana mereka sudah plan nak kahwinkan saya.
Alhamdulillah akhirnya saya mendapat tawaran belajar ke UK. Bermulalah hidup saya di negara orang dan macam biasa, tiada siapa yang sudi menghantar saya.
Ayah siap mengugvt, kalau saya berdegil, selepas pij4k keluar dari Malaysia, saya bukan anaknya lagi. Emak pun cakap dia tak halalkan air susunya sebab saya sudah Malukan dirinya kerana sudah berjanji dengan jiran tersebut ingin kahwinkan saya secepat mungkin. Tapi Allah ada. Allah tahu saya sengs4ra.
Saya bertekad tidak akan kembali lagi ke Malaysia. Kini, sudah lebih 15 tahun mengembara di UK. Dan UK juga sudah menjadi tanah air saya. Saya bertemu dengan suami di sini.
Yang menakjubkan, suami saya juga mengaIami kisah seperti saya dan Nami. Emak mentua mend3ra suami sehingga cac4t hilang satu jari. Dia mengikut kawannya ke sini menjadi gembala kambing biri – biri. Waktu dulu agak mudah untuk dapatkan visa dan suami juga sudah menjadi rakyat di sini.
Netizen sekalian, memang mudah jika menasihati supaya ingat ibu ingat emak, macam mana pun tetap emak yang melahirkan. Ada yang nasihat, tiada emak yang tidak sayangkan anaknya. Tapi in reality, ada golongan emak yang memang TAK sayangkan anaknya dan Ayah yang sanggup jual anaknya.
Bukan mudah situasi seperti saya seperti suami dan juga seperti Nami. Suami saya sehingga sekarang mengaIami depr3ssion. Walaupun sudah lama ditinggalkan kisah hidupnya, tapi kadang – kadang dia akan menangis tiba – tiba, malam akan meraung – raung sebab mimpi buruk. Bayangkan bagaimana dia hadapi disaat ibunya sendiri mend3ra bukan setakat fizikaI, malah mentaI.
Mengenai keluarga saya, saya mendapat berita, ayah dan emak sudah berpisah. Abang saya yang sulung ditangkap polis kerana g4nja. Abang kedua hilang kerja. Kakak yang selalu h1na saya bercerai kerana suami curang. Saya sudah maafkan segala perbuatan mereka terhadap saya. Cuma, saya tiada lagi kekuatan untuk berdepan dengan mereka.
Saya hanya mampu berdoa supaya emak halalkan air susunya kepada saya. Saya tak berdend4m, cuma saya hanya manusia biasa. Kisah silam terlalu menghantui saya menyebabkan saya putvskan segala komunikasi dengan mereka.
Kepada sahabat Nami tersebut, tak perlulah anda mencari dan merayu Nami untuk pulang. Biarkan dia lupakan kisah hidupnya di Malaysia. Dia lari, bukan dia tak ingatkan anda. Tapi dia lari sebab mulakan hidup baru.
Buat Nami, akak doakan semoga awak jumpa seseorang yang boleh berada di sisi awak. Seorang lelaki yang memahami keadaan masalah awak dan jangan mengalah! InsyaaAllah awak akan jumpa satu hari nanti. Hati kita adalah SEKERAS KERIKIL.. Ikhlas, – Hannan (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Miz Atom : Dear Hannan, nasib kita sama juga, cuma yang membezakan saya seorang diri. Saya pun membawa diri ke luar negara. Kalau boleh saya pun tak mahu ambik tau hal family saya, tapi jauh di sudut hati saya, ada perasaan kesian dan serba salah. Entahlah. Cemburu saya tengok hubungan ibu bapa dengan anak rapat sangat, tapi saya? Saya cuma mampu hulurkan sekadar termampu kepada mereka.
Rosmariza Abd Jalil : Sebenarnya anda insan terpilih, di uji begitu mesti ada hikmahNYA. Kalau tanpa lalui ujian keluarga begitu, mungkin anda tak miliki apa yang ada sekarang. Fikir positif je walaupun perbuatan mereka meny4kiti kita. Sis juga pernah lalui benda yang meny4kitkan dalam hidup. Disih1r dan s4kit berbeIas tahun, difitnah serta dibuang keluarga bertahun – tahun lamanya. Tercamp4k juga kat negara asing walaupun tak jauh dari Malaysia. Tapi, hikmahNYA dapat jod0h yang baik, family mertua yang baik walau berlainan agama. Terlupa sesaat yang s4kit – s4kit teruk dulu dan kini hubungan dengan family pun kembali pulih. Alhamdulillah, di sebalik kesusahan pasti ada kemanisan, yang penting ada Allah di Hati…
Nur Sumayyah : Betul confesser. Hanya yang pernah mengaIami akan merasai. Dulu masa lepas SPM result saya agak baik. Saya isi borang IPTA, sambil berdoa saya akan dapat belajar di negeri yang jauh dari negeri saya dan keluarga saya. Yang mend3ra saya dengan mentaI dan kata – kata. Kuat ‘bom0h’. Antara negeri yang saya angankn untuk sambung belajar adalah Terengganu sebab ada pantai. Tapi saya dapat negeri jiran tersebut.
Alhamdullilah, habis belajar balik kerja sekejap dan kenal and bercinta dengan suami saya masa tu. Dapat sambung belajar, sekali lagi di Selangor. Ingat nak kerja jauh la bila habis belajar. Memang niat hati akan balik jenguk keluarga masa raya saja. Ayah saya suruh sambung lagi belajar, saya berat hati sebab dah tak ada hati nak belajar lagi. Dah best pegang duit sendiri. Mohon juga tapi tak dapat. Alhmdullilah. Jod0h saya agak cepat. Saya berkahwin.
Dan antara doa kami suami isteri yang sama adalah “bantulah kami ya Allah, kami ingin keluar dari keluarga ini dari terus meny4kiti hati kami lagi.” Lebih kurang begitulah. Sebab suami saya pun ada masalah keluarga. Mungkin Allah menyatukan kami kerana doa kami sama. Masing – masing punya jalan cerita. Kita menjauh bukan kerana kita membenci. Tetapi menjaga hati kita dan mereka dari terus terIuka dan diIukai.
Sha Rashid : Salah 1 perkara yang akan terus menerus disalurkan pada kita bila dah m4ti nanti adalah doa seorang anak. Di dunia kita harapkan doa seorang ibu tapi jangan lupa, tempoh kita hidup di dunia tak sepanjang hidup kita di aIam barzakh.. Ibu yang baik tak akan cakap tak halalkan susu. Sebab susu tu tanggungjawab seorang ibu.
Marosidah Mior : Pernah dengar ustaz cakap, sebenarnya tak ada isu halalkan susu mak ke apa, sebab susu yang mak bagi tu adalah tanggungjawabnya kepada anak, bukannya seperti satu ugvtan kepada anaknya.
Hetty Helfarizan HR : Kepada mak – mak sekalian, ingatlah kata – kata ni, doa ibu memang power di dunia tapi doa anak lagi power untuk kita di sana. Jadi pepandai la jaga hati dan didik anak – anak supaya sentiasa kasih dan sayang kepada kita. Bila anak dah takde hati kat kita, ntah dia ingat atau tak nak doakan kita nanti. Jangan ingat sebab kita dikurniakan title ibu., kita dah rasa kompem syurga kat tapak kaki kita.