Isteri adik aku terjerit – jerit ‘ceraikan aku, ceraikan aku!’ depan mak ayah aku. Satu floor hotel tu boleh dengar jeritan dia. Dia menangis terjerit – jerit tu macam budak 5 tahun. Adik aku cakap, dia dah kena pukuI dengan isteri…
#Foto sekadar haisan. Aku ada adik lelaki dan dia baru berkahwin. Sebelum adik aku bertunang, aku hanya pernah jumpa bakal isteri (isteri dia sekarang) sekali sahaja. Waktu pertama kali jumpa, isteri dia bukanlah seorang yang banyak cakap, tapi sopan dan baik orangnya.
Tapi aku agak kurang setuju untuk adik aku berkahwin sebab dia belum ada pekerjaan yang tetap dan aku rasa dia masih belum bersedia untuk berkahwin. Lagipun mereka hanya berkenalan lebih kurang 6 bulan. Mak dan aku pun rasa benda yang sama.
Tapi bila tengok adik aku happy dan nak sangat berkahwin dan katanya dia mahu bertunang dulu, jadi mak dan ayah aku pun setuju untuk pergi merisik. Beberapa bulan selepas tu, adik aku pun bertunang. Dalam fasa bertunang, macam – macam yang dorang g4duh sampai lah nak putus tunang.
Ada sekali tu bakal isteri adik aku call mak aku suruh bayar balik duit dia selama ni yang adik aku pernah guna dengan segera. Dia cakap duit tu duit yang selama ni dia pernah belanja adik aku makan, hadiah yang dia pernah bagi dan semuanya waktu dorang bercinta.
Dia call berkali – kali suruh mak aku datang bagi duit. Malam tu mak aku jumpa dan dia jerit – jerit dekat mak aku dan adik aku depan orang ramai, sambil lempar cincin merisik yang mak aku hadiahkan pada dia. Tapi beberapa hari lepas tu, adik aku berbaik balik dengan bakal isteri dia.
Akhirnya, adik aku pun berkahwin walaupun kitorang dah berkali – kali suruh dia fikir balik sebelum berkahwin. Beberapa minggu selepas berkahwin, keluarga aku termasuk isteri adik aku pergi bercuti ke luar negara. Mak ayah aku sponsor kami semua satu keluarga bercuti.
Tiba – tiba ada sehari tu, isteri adik aku taknak ikut kami keluar. Tapi disebabkan malam sebelum tu aku dah beli online tiket theme park untuk semua, jadi mak ayah aku pujuk dia ikut sekali. Waktu dalam kereta tiba – tiba dia menangis dia cakap adik aku cakap macam – macam kat dia dan mak ayah dia.
Sampai dekat theme park, dia still nangis dan taknak masuk. Ayah aku pulak yang pujuk dia tapi dia still tak nak masuk. Kitorang satu keluarga masuk lah ke dalam. Jadi tiket satu dah burn, lepas sejam lebih dalam tu kitorang pun keluar dan dia cakap dekat ayah aku tiket tu nanti semua dia bayar balik jangan risau.
Ayah aku agak kecewa time tu bukan sebab tiket yang burn, tapi sebab per4ngai dia dan cara dia cakap dengan ayah aku dan spoil habis mood kitorang. Isteri adik aku suruh drop dia balik ke hotel dan dia tak larat sebab asyik menangis sampai munt4h.
Jadi kami pun balik lah ke hotel tapi kami kena terus ke tempat lain dah sebab dah booking grab satu hari untuk pusing – pusing. Jadi ayah aku minta adik aku jangan ikut dan teman isteri dia di bilik. Mak ayah aku turun sekali untuk pujuk isteri adik aku dan tanya sebenarnya kenapa, rupanya dia cakap adik aku tu taknak belikan dia baju semalam tapi pergi themepark boleh pulak. Padahal semua perbelanjaan, mak ayah aku yang bayar.
Tapi lepas 30 mins kami keluar dari hotel, pihak hotel call aku dan inform ada perg4duhan yang bising sangat kat tingkat atas, dia pergi check tapi dorang still taknak diam jadi ganggu bilik lain. Kalau dorang masih bising, dia akan report polis.
Kitorang tengah makan, terus bergegas balik ke hotel untuk tengok apa yang terjadi. Isteri adik aku terjerit – jerit ‘ceraikan aku, ceraikan aku!’ depan mak ayah aku. Satu floor hotel tu boleh dengar jeritan dia, sampai sekarang aku masih ingat kejadian ni.
Mak ayah pujuk suruh dia sabar dan minta selesaikan bila balik rumah lagipun kita kat luar negara. Adik aku diam dan tak cakap apa – apa. Tapi dia masih terjerit – jerit suruh ceraikan dan menangis, habis berselerak dalam bilik tu baju dan luggage kena Iempar dengan isteri dia ke dalam toilet.
Ayah aku suruh adik aku keluar bilik, takut jadi m4kin teruk. Waktu adik aku nak keluar tu dia berlari nak cekik adik aku cakap nak bvnvh adik aku. Dia menangis terjerit – jerit tu macam budak budak umur 5 tahun, ayah aku suruh adik aku cerita apa masalah sebenar, katanya sebab kes tak beli baju tu lah dia jadi macam tu.
Adik aku cakap semalam isteri dia cekik dia dan pijak kepala dia di lantai, tapi adik aku takut dan tak sempat buat apa – apa sebab dia terk3jut. Menangis ayah aku sebab tak sangka sampai macam tu dia buat. First time aku tengok ayah aku menangis
Keadaan memang dah tak terkawal masa tu, sebab dia tak berhenti jerit dan nangis, sampai mak aku terp4ksa call mak isteri adik untuk tanya solution. Mak ayah dia cakap ni kena r4suk, jadi dorang suruh bagi air dan dia akan baca – baca untuk sembuhkan anak dia.
Setengah jam lepas tu, dia dah tak jerit dan munt4h. Tapi entahlah aku cuma rasa dia bukanlah kena r4suk. Sebab sehari sebelum tu dia dah upload macam – macam di IG tulis ada suami jantan tak guna, tak patut jadi suami dan banyak lagi.
Tapi aku buat buat macam takda apa dan tak tanya pun pada dorang. Cuma family aku sangat sedih, percutian yang kitorang planning berbulan jadi macam tu. Beberapa hari lepas balik dari bercuti tu, adik aku bawa isteri dia tidur di rumah kitorang.
Malam tu aku dah masuk tidur, jadi tak sempat tunggu dia sampai. Isteri adik aku cakap dia taknak balik rumah mak ayah aku sebab semua orang tak suka dia, walaupun kitorang takda cakap apa pun. Jadi start dari tu 2 – 3 kali adik aku balik sorang, isteri adik aku tinggal dengan mertua dia.
Kalau adik aku ajak pindah, isteri dia nangis minta cerai dan bagitahu mak dia yang adik aku cakap rumah dorang buruk sebab tu ajak pindah. Tapi adik aku ajak pindah duduk asing sebab dia segan ada adik ipar perempuan tinggal sekali. Macam – macam yang dorang g4duh, walaupun baru beberapa bulan kahwin.
Ada satu hari tu dorang g4duh sebab bilik rumah mak ayah aku, masa ni dorang baru sebulan lebih berkahwin. Kisahnya lepas adik aku tu kahwin bilik dia kitorang bagi pada adik aku lagi satu untuk duduk sebab sebelum ni share dengan aku.
Tapi isteri dia marah – marah cakap tu hak dia, bilik tu hak dia takda siapa boleh ambik. Dia suruh adik aku ceraikan dia sebab benda ni. Adik aku cerita pada malam tu isteri dia jerit – jerit depan mak ayah isteri dia suruh adik aku ceraikan dia dan cakap bilik tu hak dia bukan hak orang lain. Mak ayah dia diam je dan minta adik aku sabar.
Dan masa tu lah isteri dia cakap, kejadian yang terjadi waktu kitorang bercuti haritu bukan dia kena rasuk pun, tapi dia rimas sebab mak ayah aku masuk bilik hotel dorang untuk pujuk dia. Padahal mak ayah aku terp4ksa lah pujuk dia, takut pihak hotel call polis sebab dia asyik jerit – jerit.
Back to cerita yang ini, adik aku cakap isteri dia nangis jerit – jerit sampai lah ke pagi dia nak pergi kerja pun dia jerit ‘ceraikan aku!’, isteri dia siap voice note cakap ‘ceraikan aku lah b4bi!’ (Aku sendiri dengar voice note ni). Berkali – kali dia call office adik aku sebab adik aku tak angkat phone.
Seharian adik aku tak balik rumah mertua dia, isteri dia siap whatsapp adik aku tanya bila nak booking tarikh mahkamah sebab dia tak sabar nak kena cerai. Dia buat status whatsapp kata yang mak aku dan keluarga kitorang ni jahat.
Dia cakap dia jaga anak mak aku baik tak pernah marah atau tengking pun tapi kitorang ni benci dia sebab tu kitorang ambik bilik tu. Padahal boleh je guna bilik tu bila bila dorang balik sini. Dorang pun dah kahwin jadi jarang balik sini tu yang aku suruh adik perempuan aku tidur situ sebab nak lebih privacy dah dari kecik share bilik.
Aku pun tak faham kenapa jadi masalah besar, lagipun ni rumah mak ayah aku, adik aku tu dan isteri dia pun dah kahwin dan tinggal tempat lain. Dia prov0ke adik aku sampai lah malam tu adik aku lafazkan cerai. Esoknya dia call ayah aku untuk play v1ctim cakap adik aku ni 2 hari tak bagi dia nafkah, dan curang dengan perempuan lain sebab tu dia tak balik rumah.
Padahal dia yang whatsapp adik aku siap cakap barang semua dia dah letak luar dan jangan datang sana dah. Padahal dorang g4duh sebab bilik, tapi dia nangis call ayah aku bagitahu adik aku ada perempuan lain. Tiba – tiba esok pagi dia call adik untuk rujuk semula sebab dorang nak ada baby.
Aku pun pening, cerai tak sampai 24 jam dah nak rujuk balik. Dia siap datang office adik aku merayu menangis suruh berbaik semula dan adik aku pun rujuk semula. Mak ayah aku apa lagi, memang marah adik aku time tu sebab dorang macam main mainkan bab cerai ni.
Dorang rujuk dan isteri dia setuju untuk tinggal asing dengan mak ayah dia. Tapi dia taknak ada orang luar kacau perkahwinan dorang iaitu keluarga aku. Padahal keluarga aku tak kacau dorang pun, minta duit dari adik aku pun tak.
Isteri adik dah tak bagi adik aku untuk balik jumpa mak ayah aku. Aku pun pening, apa salah kitorang. Beberapa minggu lepas kejadian tu, adik aku balik ke rumah. Sebelum dia balik, aku dah tanya adik aku tu yang isteri dia bagi ke?
Dia cakap bagi balik. Dia cakap, bukan lama pun dia nak stay sampai maghrib je. Lepas sejam dia sampai, isteri adik aku call adik aku tanya dekat mana. Dia cakap tengah beli makanan ni dengan family, terus isteri dia nangis suruh balik jerit – jerit dalam phone suruh balik.
Adik aku tanya kenapa? Dia nangis jerit cakap macam orang mer0yan, ‘baliklah sekarang, jangan duduk lama dekat sana!’. Call berkali – kali sampai lah adik aku balik. Padahal adik aku baru sampai sejam yang lalu. Family mertua adik aku call dia suruh dia balik sebab isteri dia nangis jerit – jerit kat rumah dorang.
Jadi lepas dari kejadian tu, mak ayah aku pun dah tak whatsapp adik aku sebab nak jaga hati isteri dia. Jadi start dari tu, kalau nak jumpa adik aku kitorang akan jumpa kejap je pergi melawat tempat kerja dia sebab isteri dia tak bagi balik sini.
Sampailah beberapa hari lepas, adik aku cuti tapi isteri dia tak cuti. Adik aku pun balik lah ke rumah kitorang. Dia balik nak basuh baju dorang guna mesin kat rumah. Dia duduk rumah dari tengahari sampai petang, isteri dia kerja balik malam.
Tiba – tiba isteri dia call aku tak henti – henti lebih 5 kali, aku tak perasan sebab tengah charge. Aku terus tak sedap hati. Ye lah mesti ada masalah lah sebab dia mana pernah contact aku dah lepas balik dari kitorang bercuti beberapa bulan lepas.
Mak aku pun dia call lepas tu, dia call mak aku berkali – kali. Mak aku angkat, dia nangis – nangis, dia cakap dekat mak aku yang adik aku tu cakap takda duit, tapi balik rumah mak aku boleh pulak. Mak aku malas masuk campur, jadi dia cakap takpelah dia suruh adik aku balik jangan risau.
Mak aku pun bagi duit kat adik aku tu sebab isteri dia cakap macam tu. Padahal balik rumah kitorang ni mana adik aku keluar duit pun, semua mak ayah aku belikan dari makan pagi sampai lah malam. Lepas tu, dia call ayah aku pulak suruh adik aku tu balik sekarang.
Dia cakap nasihat lah suruh balik rumah sekarang sambil nangis – nangis jerit – jerit. Adik tu maghrib baru nak balik sebab dekat rumah dia takda orang dan isteri dia kerja sampai malam. Tapi entahlah kenapa dia nangis marah – marah ayah aku cakap ayah aku dan family aku lah ni semua hasut adik aku suruh benci dia, sebab tu adik aku taknak balik.
Aduh aku time tu pening, sejak bila pulak kitorang cakap pasal dia. Dari pagi adik aku kat rumah sampai petang tu tak cakap pun pasal isteri dia. Dia marah ayah aku lagi dalam phone cakap, dan lagi sekali masa tu ayah aku menangis sebab menantu dia marah dan jerit dekat dia macam orang tak betul
Jadi adik aku pun terus balik lah sebab ayah aku marah adik aku. Ayah aku cakap takpe tak balik sini, kitorang masih mak ayah. Hati isteri kena jaga, tak ambik tahu pasal mak ayah pun takpe. Mak ayah taknak jadi penyebab masalah rumahtangga anak – anak. Ni lah kata kata ayah aku masa tu.
Isteri dia tak boleh kalau adik aku call mak aku ke balik rumah kitorang ke, dia akan cakap kitorang ni benci dia dan hasut adik aku bagi benci dia. Walaupun kitorang takda whatsapp adik aku ke apa. Mak mertua adik aku cakap, itu mungkin pembawakan baby dan biasa lah baru kahwin.
Tapi takkanlah sampai takda hormat langsung dekat mak ayah aku? Kalau adik aku balik sini kejap, habis satu rumah ni isteri dia call nangis terjerit – jerit suruh bagitau adik aku untuk balik rumah. Lepas dia buat per4ngai, dia akan buat buat s4kit perut, pening kepala kena pergi hospitaI semua sampai adik aku kesian tak jadi lah nak marah dia
Aku dah buntu sebab berulang ulang kali jadi dan mengganggu emosi kitorang. Adik aku cakap dia dah tak tahan, tapi tak tahu macam mana nak keluar dari semua ni. Kejadian yang jadi time kitorang bercuti tu pun dah buat aku tr4uma bila ingat dia jerit – jerit.
Setiap kali kalau jumpa adik aku atau adik aku nak balik rumah, aku dah start rasa anx1ety sebab takut isteri dia mer0yan. Sebenarnya normal ke orang yang macam ni? Bayangkan dia punya nangis jerit – jerit tu macam orang mer0yan yang tak boleh stop, kadang – kadang 2 – 3 hari nangis jerit benda yang sama.
Padahal baru kahwin tak sampai setahun pun lagi. Jadi sebenarnya apa masalah adik ipar aku tu? Banyak lagi aku nak tulis, tapi kalau aku cerita nanti panjang sangat. Ini pun dah tulis panjang hehe cuma banyak benda terjadi yang aku sendiri pun tak tahu apa puncanya. – Bunge (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Niessa Chang : Aku kalau pasal yang lain – lain tak heran sangat tapi dengan mak dan ayah mertua. Mak dan ayah mertua tu umpama orang tua kita sendiri. Sedihnya bila menantu terjerit – jerit takda rasa hormat dengan mertua sendiri. Cerai jelah sebelum adik tt ni jadi ikut giIa macam isteri dia.
SN ZA : Adik ipar awak tu giIa.. orang lain pun mengandung.. Takde nak mer0yan menjerit tak kasi suami balik umah parents. She is crazy.. Titik.. thats the reason. Kalau simpan dia lagi jadi adik ipar, sampai ki4mat lah dia akan terus mer0yan giIa macam tu.. tanya adik awak baik – baik, nak simpan dia lagi ke tak.. kalau tak, baiklah berpisah awal – awal sebelum bertambah – tambah anak.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.