Suami aku dah la miskin tapi asyik nak makan mahal, mewah, starbuck, pizza. Bila aku tak belanja, dia buat ayat sedih, sedar diri miskin..

Kalau suami yang belanja aku, mesti benda tu murah. Contoh, air tebu 2 ringgit. Milo ais balang, atau makan kedai tomyam. Nanti bila dah dekat 25hb, orang kerajaan punya gaji, mula la dia nak buat ayat ajak makan mewah – mewah..

#Foto sekadar hiasan. Tak tahu la nak cakap macam mana. Mungkin semua ni salah aku kot. Sebab aku yang mulakan. Aku ni pegawai kerajaan. Masa kenal suami, dia kerja biasa – biasa ja la. Awal – awal bercinta dulu dia rajin la belanja aku makan.

Sebab pekerjaan aku agak sibuk jugak. Selalu tak sempat makan. Kalau pergi cafe lewat, makanan banyak dah habis. So dia rajin orderkan aku makanan. Dia memang jenis suka makan. Konon tak sampai hati dia makan, tapi aku berlaparan, so dia akan belikan aku apa – apa.

Aku memang hargai sangat dia jaga aku. Tapi dia kan kerja biasa ja. Gaji dia pun kecik dari aku. So tak de la kerap sangat dia belanja aku. Kadang – kadang dia masak simple – simple hantar kat aku. Kadang – kadang aku tanya dah makan ke. Dia kata tak cukup duit. Makan malam nanti la kot.

So aku rasa kesian. Aku kerap la belanja dia. Mungkin kat sini start salah aku. Mula – mula dulu dia memang tolak la. Berkeras dia tak nak aku belanja. Lepas aku pujuk – pujuk dia terima la. Dia sebenarnya suka mintak air.

Sebab sekali makan jadi mahal dia tak nak. Awal – awal dulu dia kata makanan mahal. Belanja air sudah la. Tapi dia suka minum air – air macam starbuck, zuss, gigi. Air – air macam tu la. Dulu aku kerap layankan. Lagipun tak sampai 20.

Cumanya lepas kami kahwin ni. Dah kerap dah dia mintak suruh aku belanja dia. Bermula dengan offer aku yang dia dah tak tolak. Sekarang ni dia dah tak malu dah nak mintak aku belanja dia setiap masa. Mula – mula aku tak kisah. Tapi lama – lama, ada satu perasaan ni. Aku tak reti nak explain macam mana.

Rasa macam ingat aku ni bank kau ke. Dah tu kita pun sibuk dengan kerja, time tu la dia akan suruh aku order food panda kat dia. Sebab nak order sendiri dia tak cukup duit. Aku sendiri pun jarang dah beli benda macam tu.

Dah gaya t20 dah dia ni. Seminggu 2 – 3 kali makan mewah. Dah m4kin ketara pulak sikap dia sekarang ni. Dia mesti gunakan aku kalau dia nak makan sedap – sedap. Contoh dia akan text aku. Sayang malam ni makan kat luar nak..

Aku tanya nak makan apa? Dia kata dah lama tak makan pizza kan. Aku kata ok ja. Hah kat sini la per4ngkap dia. Dia akan jawab, tapi abang tak cukup duit. Sayang belanja boleh. Macam aku kata tadi. Awal – awal aku tak kisah. Lama – lama rasa fedup.

Aku pernah ja cakap kat dia. Kalau tak de duit tak payah la makan. Ataupun masa dia offer nak ajak makan, aku cakap siap – siap kalau awak belanja saya ok ja. Kalau saya kena belanja saya tak nak. Lepas tu mula drama sedih dia.

Oh ye, untuk pengetahuan pembaca, dia ni kan drama king sangat. Dia kata gaji sayang kan besar. 4 – 5 ribu. Apa salahnya belanja abang sesekali. Sesekali eh?? Pernah ja aku meIetup pasal hal ni. Dia dengan muka sedih dia, dia kata aku berkira dengan dia.

Asyik – asyik dia akan guna point gaji aku setiap bulan baki beribu – ribu tapi aku berkira dengan dia. Aku tak tau la aku berkira ke apa. Aku cuma tak nak dia terlampau selesa dengan duit aku. Kan dah banyak kes tanggung biawak hidup. Aku tak nak hidup aku jadi macam tu.

Menyesal pulak aku cerita pasal gaji aku dulu kat dia. Aku ni dah biasa buat saving. Tapi bagi dia duit aku banyak. Tapi nak belanja dia aku asyik berkira. Bagi dia, tak luak pun duit aku kalau belanja dia. Aku pun ada keperluan aku jugak.

Tapi dia tak nak cuba faham semua tu. Dia rasa dia jarang – jarang mintak, padahal dah kerap sangat dia mintak. Dia bukan sedar tu. Dulu sebelum kahwin aku tak penah terfkir pun akan wujud masalah – masalah macam ni dalam rumahtangga.

Lepas kahwin satu – satu isu timbul. Mungkin betul orang kata sekufu tu penting. Aku yang terlepas pandang banyak perkara agaknya. Aku selalu nampak kebaikan dia ja. Tapi aku tak kata dia jahat kerana hal ni.. Dia baik. Dia memang sangat baik.

Tapi macam tu la. Aku rasa dia ambik kesempatan banyak benda pada aku. Sebulan dia bagi nafkah duit kat aku 350. Rumah aku punya. Kami tinggal berdua ja la. Benda – benda dalam rumah ada sikit – sikit ja la dia beli.

Maksudnya kalau benda tu tak de, dia akan beli. Tak de la harap aku.. Melainkan benda tu mahal sangat atau dia tak cukup duit, baru dia mintak aku belikan. Ok part ni kami dah bincang sebelum kahwin. Sebab aku faham komitmen dan faktor kewangan dia. Yang tu aku tak kisah.  Cuma benda – benda macam ni. Kerap berlaku sekarang ni.

350 dia bagi kat aku setiap bulan. Tapi aku spend kat dia almost 6 or 7 hundred every months. Masa aku meIetup tu aku lepaskan semua tu. Tak habis – habis la ayat dia. Ye la, abang tau abang miskin. Tak de sedar diri. Selalu tumpang duit sayang. Ya Allah.. str3ssnya aku rasa.

Lepas tu dia salahkan aku. Dia kata aku yang rosakkan dia dengan makan sedap – sedap. Dia kata dulu – dulu dia tak tahu makan – makan tu semua. Dia tau makan nasi ja. Memang la aku yang kenalkan dia dengan semua makanan tu. Sebab kita sayang kat dia. Mesti la kita nak dia pun rasa apa yang kita makan.

Lepas tu kononnya merajuk la kan. Sebab aku marah pasal tu. Senyap la 3 – 4 hari. Setiap masa buat muka sedih. Aku ada bela kucing sekor nama jiko. Kalau aku balik kerja, dia kononnya cakap kat jiko tu.. Apa la nasib kita kan jiko.. Lahir – lahir miskin, kena duduk dalam sangkar pulak tu.

Tah apa – apa ja la. Aku buat tak peduli ja. Lagi aku layan, lagi kuat drama dia nanti. Aku cuma cakap, tuhan bagi miskin terus baru tau.. Tak reti bersyukur aku kata. Tak habis – habis ayat yang sama. Tapi dia ni bagus satu benda..

Aku melenting marah macam mana pun. Dia akan diam ja. Dan buat muka sedih. Dia tak membaIas sangat. Takat ni memang tak pernah la dia tinggi suara kat aku. Aku yang selalu tinggi suara kat dia sebab str3ss. Ok aku akui, aku memang jenis panas baran.. Tapi dia jenis penyabar.

Dia ja satu – satunya lelaki yang sabar dengan per4ngai aku.. Sebab tu kami kahwin. Lepas g4duh – g4duh tu ingatkan dia dah insaf. Tak mintak dah. Rupanya salah. Lama – lama bila masing – masing dah macam biasa balik, mula balik la ayat dia.

Sayang ada 13 ringgit tak.. Kalau dia text macam tu tau – tau ja la apa dia nak. Aku kan kerja gov. Setiap 25hb dia akan tanya bulan depan punya gaji. Contoh ayat dia. Bulan depan pun sayang gaji 25hb jugak ke. Aku kata ye la kot kenapa.

Dia kata tak la abang tengok kalender ada perayaan. Kot – kot kerajaan awalkan. Aku tanya perayaan apa pulak. Setahu aku mana perayaan. Dia kata thaipusam kerajaan tak bayar gaji awal ke. Aku kan dah masak dengan segala drama dia. Aku tanya kenapa awak nak makan apa pulak kali ni.

Dia akan ajak la makan mana – mana sambil sengih – sengih dia tu. Tak de rasa bersalah langsung. Bagi dia tak pe kalau mintak kat isteri. Jangan mintak kat orang tak kenal. Aku kata kat dia, awak ni tak de nak mintak benda murah kan.

Mesti nak yang mahal ja. Kalau dia yang belanja aku, mesti benda tu murah. Contoh, air tebu 2 ringgit. Milo ais balang, atau makan kedai tomyam. Paling – paling pun kfc ja dia berani belanja. Sebab dia tau aku hanya makan loaded bowl ja.

Alasan dia gaji dia kecik. Tu ja dia mampu. Dia kata aku kayangan boleh la belanja dia mewah. Kononnya rezeki dia dapat tumpang rezeki aku. Kalau aku ajak makan tempat mahal, aku suruh dia bayar. Awal – awal dia dah cakap dia tak mampu.

Tapi sekarang ni dia hanya mintak aku belanja richiamo ja la. Dia kata tu paling murah dan support orang tempatan. But still dengan duit aku. Aku nak kasar sangat pun tak sampai hati. Ye la, apa pun dia suami aku.. Tetap aku kena hormat dia.

Kalau aku kata tak de duit. Dia akan cakap tak pe la dengan nada sedih. Tapi faham – faham ja la. Drama sedih dia yang aku nak kena hadap setiap masa bila balik kerja nanti.. Aku str3ss tengok muka monyok dia tu. Sehari dua tak pe la, ni selagi aku tak bercakap dengan dia, selagi tu dia protest dengan muka monyok dia.

Macam tak matang pun ada aku tengok. Aku kata kurangkan la minum semua tu. Kang kena k3ncing manis. Kalau nak jugak, belajar minum dengan duit sendiri. Sebulan sekali cukup. Dia akan jawab erm ye la. Peny4kit memang senang serang orang miskin ja. Orang kaya tak jadi apa pun..

Tu la nasib kita kan jiko. Tak layak nak menikm4ti dunia. Dunia ini tidak adil.. Orang kaya ja semua boleh. Aku masa ni dah bara dah. Aku kata eh buat ja la dengan duit sendiri.. Baru semua tu adil untuk saya jugak.

Menyampah aku nak cakap banyak – banyak. M4kin hari aku m4kin hilang rasa pada dia. Entah la.. Ni dah seminggu kami masing – masing senyap. Sebab hari tu kami pergi Bukit Tinggi. Yang cuti raya cina tu kan. Memang mostly duit aku la. Dekat Japanese village tu. Aku suruh dia pergi beli aiskrim.

Kononnya nak berjiwang – jiwang makan dengan dia. Tiba – tiba dia datang dengan tangan kosong. Dia kata mahal la ais kirim dia. 7 ringgit. Dia kata kat kedai 3 ringgit ja. Aku kata mana boleh compare macam tu. Ni kan tempat percutian memang la tak sama harga dengan kedai runcit.

Aku masa tu dah bara. Aku kata 7 ringgit pun awak berkira kan. Lepas tu kata saya pulak berkira. Dia kata bukan berkira. Tapi kena jadi pengguna bijak. Buat apa nak bazir 4 ringgit. Nanti kat kedai abang belikan banyak – banyak.

Arghhhhh. Str3ssnya aku weh.. Aku kata tak payah la.. Dia ingat feeling tu sama agaknya. Aku kata simpan ja la 4 ringgit awak tu. Aku memang tak bercakap dah dengan dia lepas tu. Cuti kami sp0il macam tu ja la. Memang la dia cuba – cuba nak pujuk aku. Nak pergi beli semula.

Tapi memang aku tak hadap la. Dia ingat emosi tu masih sama ke. Aku rasa m4kin h4mbar dengan dia. Ni tiba – tiba dia text aku. Dia kata bulan ni sayang dapat 2k kan. Oh ye, setiap kali bajet dia lagi semangat depan tv. Sebab tak sabar nak tau berapa bonus kerajaan dapat.

Aku sendiri pun tak pernah excited macam tu. Aku memang tak reply whatsapp dia. Sebab aku tahu ada la tu habuan dia nak apa – apa. Sekarang ni walaupun 1 sen, aku dah tak de hati dah nak belanja dia. Macam apa yang aku buat sekarang dah tak ikhlas dah. – Erika (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Adah Aechal : Baca je dah meluat, apatah lagi berhadapan.. better bincang hal ni, isu serius, bila rase kita je yang banyak spend untuk family, nanti awak akan rasa terbeban, suami kena faham bab nafkah, (duit suami, duit isteri.. duit isteri hak isteri, jangan suka – suka guna..) sebab tu la pentingnya islam education. Sorry to say, silap – silap dia dari awal memang aim awak untuk jadikan isteri.

Ain Syahmi Malik : Your husband – Culture shock. Slow – slow keluarkan semula dia dari dunia have – have. Bawak balik dia ke asal. Lepasni, beli FP kat kedai – kedai local , awe, tomyam, etc. Dia salahkan puan sebab ajar dia makanan mahal.

So puan mesti boleh uturn semula. Kalau puan teringin makanan have – have, untuk sementara waktu, makan sewaktu dengan kawan. Dengan dia, biasakan makanan biasa – biase warung kedai biasa. I believe you can do it.. All the best.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.