Suami aku m4kin dingin dan hubungan kami h4mbar. Aku jeles tengok kekasih lama bahagia dengan isteri. Aku taw4r jadi isteri kedua

Suami aku diberhentikan kerja. Dia disahkan ada anxiety. Dia s4kit, mental. Kami selalu berg4duh dan dah mula tidur asing. Aku mula cari kekasih lama, aku nampak dia bahagia dengan isteri dia tapi takde anak. Aku cerita masalah suami aku…

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin yang postkan luahan ni. Aku tak tahu nak luah kepada siapa, semua di luar akan judge aku. Aku guna platform ni untuk luah hati aku yang tak terluah dan perasaan aku menjadi tenang. Nama aku Dania. Dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung.

Kampung yang tenang, penuh dengan nilai – nilai agama dan adab ketimuran yang tinggi. Sejak kecil, aku dibesarkan dalam suasana yang sangat memuliakan agama. Tudung labuh, jubah longgar, suara perlahan bila berbicara. Segalanya tentang aku seakan – akan sudah ditentukan.

Aku belajar bersungguh – sungguh, menjaga akhlak, menutup aurat, dan berusaha menjadi wanita yang sempurna di mata keluarga dan masyarakat. Until now, zahirnya, aku masih lagi ‘wanita sempurna’ yang ibu bapa aku besarkan. Tapi tiada siapa yang tahu.

Di dalam diri aku, ada satu bahagian yang hilang, satu bahagian yang tiada siapa pun dapat lihat. Aku tersenyum di luar, tapi dalam hati, semuanya porak – peranda. Aku rasa seperti terper4ngkap, aku sendiri hilang arah. Aku tidak tahu siapa diri aku yang sebenarnya.

Semuanya bermula ketika penghujung pengajian. Di situlah aku bertemu dengan Syamsul, (Sham). Seorang lelaki yang aku kenali melalui program dalam talian. Sham bukan lelaki biasa. Dia bijak, kacak, berfikiran kritis. Bila dia bercakap, topiknya berat, tentang falsafah, dunia, dan kehidupan. Dia sangat menarik.

Aku rasa sesuatu yang tak dapat aku jelaskan. Ada getaran yang kuat dalam diri aku setiap kali dia bercakap. It felt like he saw me for who I really was. Not just my appearance, but my mind, my thoughts, everything. Dia pandai dan kacak. Dan apabila dia baca Al-Quran dalam sesi mengaji dalam talian kami, aku rasa seolah – olah dunia ini berhenti seketika. His voice was calm and soothing, almost healing.

Aku jatuh hati tanpa aku sedar. Aku mula rapat dengan dia, kerap berhubung, cinta jarak jauh katanya. Tetapi aku tahu satu perkara, aku tidak mahu hubungan jarak jauh. Aku perIukan kenyataan, bukan sekadar perasaan yang hanya wujud di skrin.

Selepas tamat pengajian, aku ditaw4rkan pekerjaan di ibu kota. Kehidupan baru bermula. Dan di situlah aku bertemu dengan Asyraf (Ash) di tempat kerja. Ash tidak mempunyai kelulusan dari luar negara, dan dia tidak fasih berbahasa Inggeris seperti Sham.

Tapi Ash… he was ‘real.’ He was present in my life every single day. Dia ada untuk aku, teman makan, teman berjogging, teman pulang dari kerja. Dengan Ash, aku rasa dihargai. Dia layan aku baik, walaupun dia tahu aku suka Sham. Dia tahu, Sham sentiasa di hati aku.

Aku mula menyedari bahawa meskipun aku masih teringatkan Sham, Ash memberi aku sesuatu, aku rasa selamat. Mungkin kerana aku tidak rasa sepi. Aku jadi selesa, sehingga kadang – kadang aku buat perkara yang aku tahu salah, aku mula bermain dengan perasaannya.

Aku berani pegang tangannya, aku cuba mendekatinya lebih daripada sekadar teman. Aku cuba meraih perhatian, bermanja. Sehinggakan aku pernah hampir terlanjur, walaupun aku tahu itu salah. “Nia, jangan macam ni. Simpan maruah tu untuk Sham. Dia yang kau cinta, kan?” katanya.

Aku terdiam. Aku malu. Tetapi dalam hati aku, aku tahu Ash sebenarnya menjaga aku lebih daripada Sham. Lapan bulan selepas itu, Sham kembali ke Malaysia dan bekerja sebagai seorang meteorologis. Aku gembira, aku bertemu dengannya lagi. Dia ajak aku kahwin tanpa berlengah.

Aku rasa bahagia, tetapi juga keliru. Hati aku berat. Nak lepaskan Ash bukanlah mudah. Ash adalah seseorang yang memahami aku. Aku jadi berani, aku jumpa Ash. “Kau nak kahwin dengan aku tak?” soalku, jujur. Dia pandang aku, lama. “Aku ada perasaan kat kau. Tapi aku sedar aku tak sesempurna Sham. Dia hebat, pandai, alim pulak tu, aku mengaji pun tak pandai sangat. Lagi pun aku belum bersedia nak kahwin. Kewangan aku belum stabil. Sham is better for you.”

Aku kecewa. Aku nak dia f1ght. Aku nak dia rebut aku. Tapi dia lepaskan aku. So aku ikut perancangan. Aku kahwin dengan Sham. Ash mula menjauh selepas itu. Dia berhenti kerja dan berpindah ke tempat lain. Aku hanya mampu mengikuti perkembangan dia dari jauh, melalui media sosiaI.

Majlis perkahwinan aku dengan Sham sangat meriah. Sham dilihat sempurna oleh semua orang. Lelaki yang bijak, berjaya, beriman. Tahun berlalu. Aku dapat tahu Ash bakal berkahwin. Aku ucap tahniah, walaupun dalam hati ada sisa rasa yang sukar dijelaskan.

Namun, aku mula rasa ada yang tidak kena dan aku mula nampak Sham bukan seperti yang aku harapkan. Dia mula menjauh. Bila aku ajak berbual, dia hanya angguk. Bila aku ajak bersama, dia beri alasan penat. Sometimes I asked myself, Is my husband even attracted to me? Dia treat marriage ni macam tanggungjawab sahaja, tiada keintiman.

Bila aku ajak berbual, dia hanya “Hmm” atau “Nanti kita bincang.” Bila aku ajak keluar, dia penat. Bila aku ajak solat berjemaah, dia cakap, “You dulu, I kejap lagi.” Aku diamkan. Aku telan semuanya. Aku jadi isteri yang sabar. Beberapa tahun lepas tu, kami dikurniakan anak.

Tapi kosong dalam hati aku tetap tak terisi. Aku buka profil Ash, dia dah kahwin. Bahagia. Tiada anak, tapi wajah dia berseri. Kemudian tragedi demi tragedi melanda. Sham diberhentikan kerja. Dia disahkan mengalami ser4ngan keresahan melampau. Anxiety, kata doktor.

Dia tak tahan tekanan. Dia cuba jadi kerja lain. Bertahan sekejap saja. Kemudian berhenti lagi. Rupanya selama ini, dia elak bersama aku juga disebabkan dia rasa str3ss selepas bersama. Dia s4kit, mental. Aku yang bekerja keras setiap hari untuk menanggung keluarga.

Sham tidak lagi mampu untuk menanggung apa – apa. Kami sering berg4duh, dan aku mula tidur berasingan daripadanya. Aku tidur dengan anak. Dia di ruang tamu. Kadang – kadang di bilik kerja. Sehingga la satu hari… dia tak solat. Aku tanya kenapa. Dia jawab, “Kalau U nak buat, buatlah. I dah hilang keyakinan.”

Rupanya, dia dah lama persoalkan kewujudan Tuhan. Tak sangka orang yang bijak pandai boleh fikir macam ni, terlebih pandai agaknya. Bukan baru, tapi sejak zaman belajar lagi. Dia kata dia cuba cari bukti, tapi semua yang dia jumpa hanya tambah kekeliruan katanya, dia dah kaji semua, tapi tak jumpa bukti logik tentang Tuhan.

Dia tengok orang jahat berjaya, orang baik mend3rita. Dia hilang kepercayaan. Dia jadi free thinker. Agnostik. And worst of all — dia solat dari kecil, tapi sekarang, bila semua jatuh, dia salahkan Tuhan. “I solat selama ni, puasa, buat semua. Tapi tetap hidup macam ni. So what’s the point?”

Aku menangis malam tu. Bila suami kau dah tak percaya Tuhan, hidup kau akan kosong. We stopped sharing dreams. We stopped praying together. We stopped touching each other. Lama – lama, aku tidur dengan anak. Dia tidur di sofa atau bilik kerja. Aku pun dah ragu – ragu dengan status kami. Dia murtad ke?

Aku mula kerja siang malam. Bayar sewa. Bayar bil. Beli susu anak. Aku jadi ibu dan ayah. Dan dalam kesibukan tu, aku mula hilang diri aku sendiri. Aku mula cari tempat untuk bercerita. Untuk menangis. Untuk dilihat. Dalam kesunyian itu, aku mula kembali menghubungi Ash.

Mulanya hanya untuk bertanya khabar. Lama – kelamaan, aku mula meluahkan semuanya. Tentang kehidupan rumah tangga yang kosong, tentang kes4kitan yang aku pendam, tentang kehilangan dan kehampaan pada Sham yang aku rasa. Ash mendengar.

Dia tidak banyak berkata, tetapi aku tahu dia mendengarnya dengan sepenuh hati. And then one night, I sent a message that shocked even me: “If you’re willing, I would be ready to be your second wife.” I didn’t expect him to reply immediately. I didn’t expect any promises. But at least, for the first time in a long time, I felt like someone was hearing me.

Ash didn’t give a straight answer. I knew he was conflicted, and maybe he was doing what he thought was right. Maybe he still had some respect for his and my marriage. Aku berada dalam dilema yang sem4kin berat. Aku masih isteri kepada Sham, lelaki yang kini kehilangan arah dan iman.

Bercerai? Tapi dia masih bapa kepada anak aku. Bertahan? Tapi jiwa aku sem4kin m4ti. Atau… pergi kepada Ash? Tetapi aku tak layak. Aku yang meninggaIkannya dulu. Kadang – kadang, aku berdoa kepada Tuhan: “Kenapa aku diuji begini? Aku telah memilih lelaki yang aku cinta demi mengelakkan maksi4t. Tetapi akhirnya, aku terper4ngkap dalam perkahwinan yang kosong.”

Aku tahu, aku tak boleh hidup dalam d0sa, tapi aku juga tak boleh hidup dalam kesunyian ini. Aku Dania. Di luar, aku nampak sempurna, seorang wanita yang baik, Muslimah yang taat. Tetapi hanya Tuhan yang tahu betapa aku menangis di malam hari, merintih dalam kesendirian.

Aku bukan wanita yang sempurna, tetapi aku cuba. And I still believe, deep down, that after every storm, there will always be a rainbow. Because I believe, Tuhan tidak pernah tidur. – Dania (Nia) (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Kird Ree : Suami tu gagal dalam ujian dia. Kalau lah dia ingat nabi dan rasul diuji lagi dasyat, tapi keimanan mereka m4kin naik. Nabi pun manusia. Tapi level keimanan dia sentiasa diuji berjuta kali lebih maha berat tapi tak pun sampai gadai agama.

Mungkin salah kau jugak, tak support dia sebagai isteri tu. Dried relation pun kau ikut flow, ambil tahu pasal laki lain lagi. Kau sendiri pun sebelum kahwin tu tak jaga segala kan? Sekarang ni bincang elok – elok dengan suami. Pergi kaunseling sama – sama, bercerai tu jalan akhir.

Kalau islam tapi tak solat lepas dapat siksaan yang berapa lama pun, tetap akhirnya akan ke syurga tapi kalau freethinker atau tak bertuhan ni besok – besok kekal selamanya dalam ner4ka sis. Ner4ka tu seburuk – seburuk negeri tau?

Qistina Balqis : 1 je aku nak cakap. Tolong jangan jadi penyondol! Kau gagal jaga rumah tangga kau, kau jangan rosakkan rumah tangga orang lain. Hishh aku tak boleh la perempuan acah – acah muslimah macam ni, tapi duk kacau laki orang. Ingat, kau tu masih bini orang. Suami kau tengah s4kit, down. Patutnya kau bimbing dia, dakwah dia. Bukan kau pergi cari laki lain.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :