Lepas kahwin aku tengok suami tak ada duit, aku pulak simpanan m4kin banyak sebab dah ada orang tanggung. Dia cari baju untuk dia dekat kedai bundle. Baju RM2 sehelai. Baju aku pula, RM100 sepasang. Satu hari tiba – tiba dia balik, dia bagi aku beg LV, kemudian dia beli aku kacang – kacang mahal dekat mall.
#Foto sekadar hiasan. Hai, aku Sakinah, aku tak tahulah kisah aku ni akan disiarkan ke tidak. Tapi aku cuba. Sejak akhir – akhir ni ni banyak juga orang post pasal pasangan yang curang menyebabkan ramai juga anak d4ra takut nak kahwin.
Aku berumur 30 tahun, 4 tahun kahwin dan belum ada anak. Tahun ini insyaAllah. Suami aku sebaya aku. Taraf pendidikan tak sama, aku degree, dia sijil. Aku penjawat awam, dia pula juruteknik. Dari segi kewangan, aku dah cakap dari awal yang walaupun aku kerja kerajaan gred degree.
Tapi aku ada banyak hutang, kereta, personal loan sebab tolong family dulu, bagi dekat mak ayah RM500 sebulan, duit gaji aku cukup – cukup makan je walaupun aku seorang cikgu. Dia, seorang juruteknik dengan gaji RM3k sebulan.
Tak ada komitmen selain bagi pada mak ayah dalam RM200 sebulan. Sebab adik beradik dia memang pakat bagi banyak tu. Pakai kereta second hand saga 1998 yang aircond masih sejuk. Aku terima dia seadanya, dia terima aku seadanya.
Aku ni tak cantik, jadi bila ada orang ikhlas nak jadikan aku isteri, aku tanya mak ayah aku, adik beradik aku, dia pun datang rumah aku. Benda tu jadi lurus dan mudah. Lepas keluarga aku terima dia, dia bawa aku jumpa keluarga dia.
Family dia pun terima aku. Dia bawa mak dia jumpa mak aku. Kemudian kami bertunang dan berkahwin. Ujian bertunang aku dengan dia, dia kena berhenti kerja. Elok lepas bertunang. Tak tahu masa tu nak rasa apa. Cuma yang syukur, masa tu duit kahwin dah cukup, sebab hantaran aku memang tak letak tinggi.
Dan dia kebetulan dah belikan gelang emas untuk kahwin, masa dia muda – muda dulu. Saja beli katanya. (Aku rasa dia beli untuk bekas kekasih dia tapi tak jadi). Dah kahwin, dia berniaga jap dan kemudian dapat kerja balik. Aku mintak dia kerja supaya kami dapat duduk dekat.
Dapat je offer letter, aku tahu gaji dia berapa. Kami terus plan kewangan keluarga. Kami beli sebuah rumah, 60% dia bayar, 40% aku bayar. Lepas dia kahwin dengan aku, aku nampak la dia tak ada duit walaupun dia kerja. Aku suruh juga dia simpan sikit, supaya jadi apa – apa akan datang, ada tempat berpaut.
Aku pula lepas kahwin, m4kin banyak simpanan sebab makan dah ada orang tanggung. Laki aku teruskan hidup dengan jimat cermat, kadang – kadang aku rasa bersalah juga. Dia cari baju untuk dia dekat kedai bundle. Baju RM2 sehelai.
Baju aku pula, RM100 sepasang. Kadang – kadang, aku murahkan hati bawa dia pergi mall, p4ksa dia beli baju baru dan aku sanggup bayar. Kalau p4ksa dia pilih ni, memang drama dan kadang – kadang boleh bawa berg4duh. Sampai aku kena merajuk.
“Sayang nak tengok Abang pakai baju baru juga”, baru dia setuju ambil. Dan dia memang sayang baju mall yang aku belikan untuk dia. Selalu pakai, jaga baik – baik. Syahdunya laki aku ni. Baju bundle dia, dia banyak pakai untuk kerja, tapi dia suka sebab baju bundle kain sedap, tak panas.
Sampai aku pun suka pakai baju bundle sekarang kalau dekat rumah. Baru ni, dia pergi bundle sorang – sorang, aku memang jenis tak meminta, sebab aku tahu duit dia memang dah habis untuk family. Dia ada menyimpan juga sekarang sebab anak dah nak keluar.
Aku cakap, “Anak sayang bagi susu, yang lain baju, pampers, pengasuh semua atas abang. Nanti kita buat kiraan semula. Kalau abang tak cukup baru sayang topup.” Dan dia ok je. Sebab sekarang pun dia usaha simpan 1k sebulan.
Kebetulan OT dia banyak bulan ni, dekat 2k, dia pun nak raikan diri dia. PergiIah bundle. Dia suka sangat barang – barang LV. Tapi mostly bag LV ni untuk perempuan, aku ni jenis tak minat sangat. Apalagi kalau yang ada jenama.
Tiba – tiba dia balik, dia bagi aku beg LV bundle tu. Sayang, nah untuk sayang, abang mampu bagi yang bundle je. Abang pun beli 1 beg untuk abang, duit baki OT abang, abang simpan untuk prepare beli barang baby nanti.
Pastu, dia beli aku kacang – kacang mahal dekat mall, dia beli buah – buah yang aku mengidam, aku boleh je beli sendiri. Tapi aku tak beli sebab aku tak nak ajar diri manja sangat. Tapi tak sangka laki aku ingat aku suka sangat mempelam.
Lepas tu, aku tengok dekat history phone dia. Dia google, “jenis kacang yang bagus untuk ibu mengandung”. Touching oo. Sebab aku pernah cakap dekat dia, kalau ada benda abang tak tahu, abang taip je soalan dekat otak abang tu dekat google.
Air mata aku jatuh, walaupun laki aku bukan ustaz, sekolah pun tak pandai mana, nak bercakap pun tak pandai, tapi aku rasa sangat dia ikhlas sayangkan aku. Walaupun beg LV tu harga dia RM40 je, tapi aku punya sayang dekat beg tu Allah je tahu.
Dia siap cakap, nanti sayang boleh la guna handbag ni pergi sekolah, cantik lagi beg ni. Lepas aku kahwin dengan laki aku, dari jiwa boros, aku jadi jiwa yang bersederhana, kalau aku nak beli apa – apa yang mengarut, aku tetap tanya dia walaupun aku nak pakai duit aku.
Dia banyak ubah hidup aku walaupun aku kononnya lagi berpelajaran dari dia. Baru ni aku teringin nak beli set young living tu, mula – mula dia tak faham keperluan benda tu, lepas tu dia cakap. Belilah, abang bagi 500, sayang 250 boleh?
Tup – tup aku pula tak jadi nak beli. Sebab aku rasa, bukan keperluan lagi. Mungkin ada baby nanti propose lagi sekali. Bila aku tak sihat, aku tak dapat bangun pagi. Aku cakap, abang, kita beli sarapan dekat luar je la ye? Dia cakap, sayang nak makan apa?
Arini biar abang masak. Tak tahu la kot kami sweet sebab masih berdua, tapi yang pasti dia selalu masakkan untuk aku. Dan bila aku masak, walaupun tak sedap. Dia cakap, sedap.. abang akan habiskan. Dia bagitahu, masa dia kecil. Dia anak orang susah, setiap benda tu berharga.
Dia tak berkenan tengok family aku suka membazir makanan, dan dia ingatkan aku. Jangan buang makanan macam tu. Belajar bajet memasak, jangan meIampau – Iampau. Nanti kita bela kucing, makanan tak habis boleh bagi kucing makan.
Walaupun dekat office dia pun, dia memang bagi makan kucing. Aku tahu dia bagi makan kucing. Sebab masa dekat mall tengok dia ambil banyak makanan kucing, aku tanya. Ni untuk kucing mana? Kucing dekat office abang. Segan aku dengan dia.
Tinggi sangat ke aku puji laki aku? Aku cuma sayang dia, aku suka dia jujur dengan aku, telefon dia telefon aku. Akaun bank dia pun aku boleh akses. Cuma tac masih di telefon dia. Hehe. Aku doakan, semoga rakan – rakan yang masih bujang, jujur dalam berkawan, sebelum serius, tanya dulu semua apa yang perlu tahu.
Kalau rasa tak dapat terima kekurangan dia. Undur diri cara baik. Masih ada lelaki, lelaki yang baik di luar sana. Mentua yang baik, orang kampung yang biasa – biasa. Mereka cuma orang biasa. Mungkin mereka tidak terlalu “ke depan” kerana rendah diri.
Sebab pendidikan tak tinggi. Kalau dekat kenduri, mungkin mereka duduk bahagian basuh pinggan. Tak pandai bergaul bercakap hebat dan tinggi, tapi baik sesama ahli keluarga. Apapun, walau gaji kita lebih tinggi dari suami, letakkan dia sebagai “breadwinner” keluarga.
Dari awal, direct dan bagitahu. Kita akan bantu, bantu dengan kesanggupan kita, bukan bantu ambil alih tugas dia sebagai suami. Aku tak pasti cara aku ni betul ke tidak. Cuma untuk setakat ini, alhamdulillah aku tiada sangkaan pada suami dan aku harap dia pun bahagia beristerikan aku. Semoga korang semua berjumpa jodoh yang baik-baik juga. Aamiin. Sekian…. – Sakinah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Aminah Siti : Alhamdulillah, confess kat sini takpe orang tak kenal tt, kalau tak kene sapu tak pasal. Lelaki baik dan bertanggungjawab ni biasa pendiam, bukan jenis mulut manis, kalau dalam satu batch dia tu bukan yang glemer atau menonjol, dia ada ke takde ke orang tak perasan.
Tapi bila kahwin, sentiasa perbaiki diri dan usaha membahagiakan isteri. Tak meminta dan tak mengharap dibaIas. Yang pasti bukan jenis minta bini tanggung la..
Siti Noraini Maidin : Cara puan cerita dia baik orangnya. Nampak ikhlas dia kahwin dengan puan. Usaha beri yang terbaik untuk puan dengan kadar yang dia mampu dan juga fikirkan kandungan (bakal anaknya). InsyaAllah… puan jaga diri dan kandungan.. moga bahagia hingga ke jannah..
Kloe Kloey : Kalau bandingkan dengan level confession lepas – lepas, suami confessor ni bukanlah suami biasa – biasa. Tapi luar biasa. Confessor nak kata yang lelaki pencinta wanita itu wujud. Saya setuju memang mereka wujud sebab saya punya seorang.
Untuk adik – adik carilah yang begini kalau nak bahagia. Kalau yang narc1ssistic, curang, kaki betina, pau duit bini, pemalas, biawak etc. buang saja dalam longkang. Tak berbaloi simpan.
Julia Ramlan : Alhamdulillah..confession paling sweet pernah aku baca. Semoga keluarga puan terus dipermudahkan segala urusan dunia dan akhir4t.. Pasal bundle tu, saya pun belajar pakai lepas kahwin dengan suami. Hidup serba sederhana seadanya..
Hanan Hanani : Alhamdulillah saya pun rasa benda yang sama. Sebab saya tak lawa bila ada orang nak tu rasa macam happy je and Alhamdulillah dah 3 tahun kawin. Tapi tula hati manusia Allah yang pegang.
Kot satu hari nanti dia bosan dengan saya atau dia jatuh cinta dengan orang lain atau diuji ex datang balik ke kan. Nauzubillah. Cuma usaha saya setakat ni setiap kali masak and setiap kali lepas solat saya doa banyak banyak banyak supaya Allah tambah kasih sayang suami kat saya, supaya Allah jaga hati suami saya dan dijauhkan daripada hidup bermadu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.