Suami asyik keluar lepak g3ng motor. Saya dah tak tahan, saya nekad keluar juga tinggal anak masa suami keluar lepak

Suami baru beli motor 125z. PukuI 12.30 malam nak keluar lepak alasannya nak test bawak motor kat highway. Kalau dia nak keluar, saya pun akan keluar tinggalkan anak. Dia nak keluar jugak, lepas tu saya pergi luar rumah saya jerit kuat – kuat..

#Foto sekadar hiasan. Kalau kita lihat ceramah – ceramah motivasi rumahtangga seringkali dia cakap, jantung rumahtangga adalah emosi sang isteri, tapi yang banyak saya tengok dan alami, jantung rumahtangga adalah emosi si suami.

Maksudnya, kalau emosi suami okay maka suasana rumah tangga pasti akan aman, tapi kalau emosi suami tak okay pasti suasana rumahtangga akan kusam dan tak gembira. Macam suami saya, saya nak bercakap dengan dia pun kena sangat hati – hati.

Tapi tulah kadang – kadang bila dalam hati – hati terlepas jugak bila saya penat. Kadang – kadang saya teringin sangat, sangat teringin nak tengok suami layan orang lain sama macam apa dia buat kat saya. Kalau tiba – tiba depan orang, suami akan bercakap dengan saya mesra sampai saya rasa geli sangat.

Sempat jugak lah mengutuk dalam hati sebab lain betul dia bila bercakap dengan kawan dan dengan isteri. Kami tak pernah berjalan dengan jarak lebih 30 minit dari rumah dengan hanya keluarga kami sahaja, kalau berjalan mesti dengan keluarga suami sekali.

Dulu saya sebelum berkahwin selalu menginginkan suasana berjalan atau bercuti hanya dengan keluarga kecil kami sahaja. Tapi rupa – rupanya selepas dah kahwin, setiap kali berjalan pasti saya akan minta suami ajak family suami atau family saya.

Sebab saya tak tahan, suami asyik akan cari g4duh dan marah saya bila kami travel bertiga sahaja dengan anak. Apa yang saya buat semua tak kena di mata suami. Cukup kali ketiga kena marah terus saya tekad dalam hati, lepasni saya kena biasakan berjalan dengan family suami atau saya.

Apabila berjalan bersama keluarga suami terutamanya, suami jadi lebih bersemangat, bangun bersiap pun awal. Tapi kalau nak keluar dengan saya dan anak sahaja, maka saya yang kena p4ksa suami bangun. Bila saya tak gerak suami, suami akan bangun lambat dan akhirnya akan cancel trip kami.

Sedangkan saya ada benda yang nak dicari semasa trip kami tu, tapi dah suami cancel maka tak dapat lah cari. Bila dari rumah lagi suami dah marah saya sebab saya asyik p4ksa dia untuk bangun maka benda tu berlarutan hingga ke dalam kereta.

Kadang – kadang dalam kereta mengalir air mata sebab sedih sangat. Bila saya cakap, takpelah saya pergi sendiri dengan anak dia akan tuduh saya saja menc4bar dia sebab nak pergi seorang diri dengan anak. Bila selalu kena marah masa berjalan, saya jadi suka pergi senyap – senyap tanpa suami.

Anak saya tinggal kat pengasuh sebab saya kata saya bekerja pada hari Sabtu dan Ahad tapi sebenarnya saya travel ke Kuala Lumpur sendiri. Tak dinafikan memang jatuh takut kalau berlaku apa – apa kemaIangan, tapi bila difikirkan balik kalau saya ajak suami pergi dengan tiba – tiba pasti ada je kejadian suami tak puas hati dengan saya. Lepastu g4duh.

Suami kalau berg4duh dia suka salahkan saya masa dalam kereta. Contoh bantal anak tertinggal, dia salahkan saya. Panjang la dia membebel, sampai dia puas hati lepastu dia akan diam. Saya? Saya diam je.. Saya tak suka nak panjangkan perg4duhan, kepala saya jadi s4kit.

Sekarang saya dalam kereta bersama kakak ipar, adik ipar dan mak mertua ke sebuah tempat. Suami saya boleh bersembang sangat elok dengan mereka. Suami marah – marah di rumah tadi, sebab dia penat. Saya pun penat sama dengan suami, tapi saya belum giIa lagi nak badmood tanpa sebab.

Lalu saya cadangkan ajak family suami pergi sekali barulah suami ok sikit dalam kereta ni. Kalau tak, dari rumah asyiklah salahkan saya. Contoh tadi kami berg4duh tentang saya tak cuci botol air kerja suami. Saya tunjuk lah botol air kerja saya pun saya tak basuh.

Suami kalau makan, pinggan sebuah pun tak nak basuh, apalah salah nak basuh sebuah botol kerja tu. Sebelum suami arahkan saya tu, dia dah berehat dua jam tidur lepastu main fon. Saya tanpa tidur tadi masak makanan petang anak, cuci semua pinggan mangkuk yang bertimbun.

Botol air suami saya memang tak basuh, sebab kalau saya basuh nanti dia akan arahkan saya suruh isi pulak. Saya penat. Jadi saya biarkan je. Entahlah saya pun tahu, takda hasil apa pun kalau saya meluah ni. Tapi ni lah cara saya lepaskan kesedihan saya. Menulis panjang – panjang, baca komen ibarat ada orang tengah dengar kita meluahkan. Saya lega. Terima kasih sudi baca

Sambungan.. Salam semua.. Saya str3ss. Coretan ni saya tulis jam 1.00 pagi. Selalunya suami akan lepak dari Maghrib sehingga malam. Tapi sejak dia beli motor 125z ni tadi tiba – tiba dia cakap dengan saya dia nak keluar lepak.

Bayangkan jam 12.30 pagi baru nak keluar lepak. Dia bandingkan lagi, kawan dia, isteri dia bagi je lepak sampai tak balik. Saya ni terlalu mengongkong. Saya cakap dah 12.30 pagi tak kan nak tinggalkan saya dengan anak berdua je.

Selalu dia keluar dari Maghrib dia akan sampai paling lewat 12.30 pagi lah. Ni tiba – tiba 12.30 pagi baru nak keluar lepak. Alasannya nak test bawak motor kat highway. Esok pun boleh kan? Malam ni malam nisfu sya’ban. Saya ingin berubah.

Selagi dia masih suami saya, saya ingat tak nak tinggi suara lagi dah. Bercakap hanya yang perlu sahaja. Asalkan dia bagi saya 1/3 dari duit bayaran rumah. Lagi 2/3 saya bayar. Kami baru berpindah duduk dekat rumah sendiri.

Tapi macam mana nak sabar kalau suami kita tu sengaja menguji kesabaran kita. Dia gerak saya bagitahu suruh jaga anak sebab nak keluar lepak jam 12.30 pagi. Sejak pindah rumah sendiri ni, kalau suami takda waktu malam ok lagi, jangan suami takda waktu tengah malam. Yang tu saya memang akan terganggu.

Saya nak jadi isteri yang “melantakkan” je semua yang suami nak buat. Tapi saya kalah bila tiba – tiba tengah malam dia cakap dia nak keluar. Yang tu saya kalah. Kalau dia nak keluar dari pagi sampai malam tak balik pun takpe, janji sebelum tengah malam dah sampai rumah.

Masa saya berg4duh mulut tadi, saya cakap, kamu nak nak bawak kami pergi makan luar kamu cakap takda duit. Nak pergi ride dengan kawan ada duit pulak. Wahh tiba – tiba dia melenting, dia cakap, “duit gaji aku separuh aku dah bagi kat ko.”

Saya kata, “jangan pikir gaji kamu je, gaji saya lebih dari separuh nak menampung bayaran rumah dan belanja barang – barang rumah ni.” Lepastu saya cakap, kalau dia nak keluar saya pun akan keluar sekarang tinggalkan anak.

Dia mula nak keluar jugak, lepas tu saya pergi luar rumah saya jerit kuat – kuat. Saya dah tak boleh tahan. Baru suami saya tak jadi keluar. Tapi pujuk saya jauh sekali. Memang takda pujuknya. Baru nak bukak lembaran baru nak jadi isteri yang tak menjawab, yang tak meninggi suara. Tapi suami masih malah menjadi – jadi per4ngai bujang dia, susahnyaaa ya Allah saya nak menjadi seorang yang sabar.

Komen W4rganet :

Husna : Wassalam Puan. Syurga itu mahal. Lagi kita nak ke arahnya, lagi banyak rintangan yang perlu kita lalui. Tapi setiap liku yang ada di setiap rintangan itu ada keredhaan Allah. Nak ke arah Syurga tu rasa jauh dan s4kit.

Maka usah jadikan syurga itu sebagai matlamat, tapi focus pada redha Allah yang ada di setiap liku rintangan ke Syurga itu. In Shaa Allah pasti akan rasa ringan beban yang ditanggung kerana kita sentiasa rasa Allah bersama kita di setiap liku tersebut. Saya ingatkan diri saya juga. Puan terus berpegang dengan azam dan niat yang ada ya, jangan mengalah. Allah ada bersama Puan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.