Suami buat 4 loan bank, semua guna nama aku. Dia janji nak bayar tapi sesen pun tak bayar. Baru ni suami suruh aku sign dokumen dia nak beli motor Ysuku

Baru ni suami nak beli moto Y15, nak guna nama aku lagi untuk hutang kedai moto. Dia tunggu aku je nak sign apa semua. Aku cakap aku tak setuju. Dia bengang bila aku ungkit ada 4 hutang lagi. Mentanglah aku kerja kerajaan, semua hutang atas nama aku, suami habuk pun tak bayar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Tolong hide status FB ye. Aku takde tempat nak meluah. Aku harap korang boleh membantu aku sedikit sebanyak. Aku dah kahwin 4 tahun, suami 36 tahun, aku 28 tahun. Suami duda anak 3, aku belum ada anak sendiri. Anak anak tiri bawah jagaan aku dan suami. Dah jodoh aku dengan dia, jadi aku redha.

Macam ni min, aku ada masalah dengan suami yang suka berhutang dan suka buat hutang. Tetapi buat hutang atas nama aku, sebab nama dia dah tak boleh nak buat hutang sebab dah blacklist. Sekarang ni dia dah buat 4 hutang atas nama aku. Kereta, Bank, Aeon Kredit dan Kedai Perabot.

Suami aku bekerja sendiri. Ada bisnes kecil – kecilan. Aku pulak kerja dalam sektor kerajaan. Untuk pengetahuan, semua hutang – hutang tersebut aku yang bayar bulan – bulan. Padahal masa mula – mula dulu dia janji dengan aku yang dia akan tolong bayar bulan – bulan.

Tapi sampai sekarang, habuk pun takde. Alih – alih semua hutang aku yang bayar sendiri tolak dari akaun gaji, konon suami janji nak bayar balik by cash. Dia buat bisnes sendiri pun, gunakan nama aku untuk buka SSM dan Akaun Syarikat. Tapi duit hasil dari bisnes dia tu aku tak nampak.

Dapat job ribu – ribu sebulan, setahun dah puluh ribu. Tapi dia cuma bayar sewa rumah, bayar astro, bil elektrik dengan air je. Habis tu hutang – hutang yang dia buat tu, siapa yang nak bayar. Belum lagi cerita bab nafkah aku min. Nafkah aku bulan – bulan pun dia culas nak bagi, sebab aku ni kerja kerajaan dan ada duit sendiri.

Bila aku minta dia bagi RM50 je. Kalau aku tak minta memang tak bagi langsung laa. Kadang – barang dapur, lauk – lauk pun aku yang beli nak bagi dia dan anak – anak makan. Dia cuma beli barang dapur bila aku minta dia belikan. Kalau aku diam je, dia memang tak beli min. Buat – buat takde apa.

Aku ni jenis pendiam, tak banyak cakap dengan suami. Tak melawan. Memang akan ikut je cakap dia, apa yang dia nak semua aku ikut. Tapi banyak makan hati dengan sikap suami. Dan banyak jaga hati suami dan anak anak tiri berbanding jaga hati sendiri.

Suami pun memang tak reti nak jaga hati aku min. Mula – mula kenal je sweet macam gula – gula, dah kahwin baru nampak kepala angin dia. Baru – baru ni dia nak beli moto Y15 min, nak guna nama aku lagi untuk hutang kedai moto. Deposit dia dah standby semua, tinggal tunggu aku je nak sign apa semua. Tiba masa aku cakap aku tak nak dan tak setuju.

Dia mula bengang min. Dia tanya kenapa aku tak nak. Aku cakap dengan dia hutang – hutang yang ada pun tak terbayar. Takkan nak tambah hutang lagi. Dia marah aku min, dia maki hamun aku. Dia cakap kenapa nak kena ungkit pasal hutang – hutang tu.

Lepas tu aku jawab dia min, aku cakap selama ni aku yang bayar sorang semua hutang yang dia buat atas nama aku. Dia tak pernah lagi bayar. Kata nak bayar balik tapi habuk pun takde. Disebabkan hal tu, dia sampai hari ni tak nak bercakap dengan aku.

Aku pergi kerja balik kerja tengok dia asyik pegang telefon je. Bila nampak aku dah balik, dia terus start kereta merayap entah ke mana. Aku tak pernah abaikan tanggungjawab aku sebagai isteri min. Anak – anak pun aku yang jaga, aku yang bagi makan. Walau aku sibuk kerja, penat macam mana sekalipun tetap masak untuk dia dan anak – anak.

Tapi bila bab duit dan harta ni, dia boleh jadi lupa diri. Dan lupa tanggungjawab dia. Aku pernah nasihatkan dia, semua hutang – hutang termasuk bil – bil utiliti rumah adalah tanggungjawab dia, dan dia tak boleh bebankan aku dengan hutang.

Tapi dia tak boleh terima nasihat aku min. Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan suami aku ni. Aku sayangkan dia sangat sangat min, tapi dengan perangai dia yang baran ni selalu buat aku sakit hati. Aku dah kesal dan kecewa sangat sangat dengan sikap suami aku min.

Pernah terfikir nak minta cerai sebab selalu sangat gaduh, tapi bila mengenangkan hutang masih banyak lagi yang dia buat atas nama aku, terpaksa hadam apa yang dia buat. Aku takut bila bercerai nanti dia makin lepas tangan min. Apa aku nak buat dengan lelaki macam ni..?

Komen netizen :

Sheda Meor : Cerai dan ambil barang – barang yang hutang atas nama puan. Ambillah kereta dan perabot tu. Hutang bank dan Aeon tak boleh buat apa lah. Mesti dah guna cash tu. Redha je lah bayar. Daripada sekarang pun puan bayar sorang. Tapi lepas bercerai komitmen lain dah lega. Dah tak payah bela dan tanggung anak – anak dia makan lagi. Sorry lah nampak biadab tapi orang macam ni memang kena ajar.

Suzy Suzyla : Nak tegaskan dekat sini. Jangan buat loan atas nama sendiri untuk orang lain. Tak kisah lah suami, adik beradik atau siapa saja. Bila hutang atas nama kita, orang akan lepas tangan sesuka hati. Dan pengajaran paling penting, jangan sesekali buat hutang baru. Buat kering je, nanti lama – lama dia okay lah tu.

Sidd Draa : Satu je aku nak pesan ni. Tolong ingat baik – baik. Jangan sayang lelaki macam tu sebab dia kawin dengan awak pun untuk kepentingan dia. So lepas ni belajar berkira juga. Kereta tu jangan bayar, biar kena tarik. Jangan lembik dan lemah hanya sebab sayang. Sayang awak kat suami tu satu hari akan membunuh awak secara perlahan.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :