
Dari bercinta lagi aku perasan suami jenis kuat mengongkong. Kalau dia nampak aku online, mesti dia suruh screensh0t wasap semua chat yang latest dengan cepat. Kalau call lambat angkat mesti dia tinggikan suara tuduh aku curang.
#Foto sekadar hiasan. Cuma nak minta pendapat. Kalau korang kaum hawa hidup dengan suami perangai macam suami aku ni, agak – agak apa korang buat. Kami bercinta tak lama. Aku berumur 22 tahun, dia 27 tahun. Dalam 4 bulan macam tu.
Aku baru kena tinggal masa tu terus kenal dengan dia. Risik punya risik, kami ada sangkut paut belah family ayah. Ayah orang utara. Kiranya ada jugak la sangkut – sangkut bersaudara. Jadi family kami sepakat, cepat – cepat satukan. Hati dah berkenan semua nampak indah kan.
Sepanjang 4 bulan bercinta, aku dah mula perasan perangai dia suka mengongkong. Aku study di Pahang. Dia pun kerja di sana. Cuma berbeza daerah. Jarak antara kami dalam 2 jam perjalanan. Ex aku kerja di sekitar kawasan kampus aku. Ex pun tak lama. Alah biasalah budak muda lagi.
Satu aku perasan perangai, dia kongkong aku tak bagi keluar bandar. Kampus aku ni area kawasan Felda sikit. Jadinya bandar yang ada pun tak la besar mana. Cukup sekadar keperluan. Aku perlu ke bandar untuk beli barang, makan, dan beberapa urusan berkaitan assignment.
Dia tak bagi dan selalu marah – marah aku kalau aku nak pergi bandar. Alasan nanti aku jumpa si dia dan curang. Masa tu aku pasrah. Kawan – kawan semua enjoy zaman study, weekend lepak kedai tomyam habis makan karaoke sekejap baru balik rumah tapi before kol 10 lah. Aku hanya terperuk kat bilik, makan pun di cafe sahaja ataupun nak beli apa – apa.
Semua kena berkirim. Kalau ada tugasan apa – apa di bandar pun berkaitan dengan study, sah – sah balik tu dia marah – marah dan merajuk. Aku la yang kena susun ayat pujuk dia semula. Aku paham dia cemburu dan risau. Tapi aku terkongkong.
Dia pernah heret aku masa aku baru nak naik bas kampus nak pergi bandar. Depan student lain – lain. Aku rasa malu sangat. Tapi masa tu entah kenapa aku redho je. Result setiap sem pun merundum. Aku selalu overnight sebab bergayut call dengan dia. Aku menyesal sekarang. Impian nak kumpul dean list hancur separuh jalan.
Naik sem 4 dean list aku dah tak ada. Result aku teruk. Study pun jadi lambat masuk. Naik sem 4 aku dengan dia selamat nikah. Atas persetujuan family. Sebab kami selalu sangat berjumpa dan telefon. Risau menjadi zina. Dia sejenis yang bila aku buka je fon, hanya boleh wasap dia je.
Kalau aku rushing aku buka wasap hanya untuk reply mesej kawan – kawan yang lain tapi tak balas mesej dia, sah – sah la kena marah lagi. Habis segala salah silap aku kena ungkit. Dia suami yang baik, tanggungjawab tak pernah culas. Baik zahir mahupun batin. Semua serba serbi lengkap dia sediakan untuk aku.
Habis study aku pregnant. Sepanjang pregnant kami banyak bertekak hal – hal yang remeh. Macam online tapi tak wasap. Last seen tinggal tapi tak buka mesej. Call lambat angkat. Aku niaga online. Sah – sah la wasap aku busy. Tapi dia tak pernah nak paham.
Asal aku buka je wasap, kena mesej dia je. Asal dia nampak aku online, mesti dia suruh screensh0t wasap semua chat yang latest. Tanpa padam dan nak segera. Selagi tak puas hati dia. Aku pelik dengan perangai dia. Dah tidur sebantal setiap hari pun dia masih tak percayakan aku. Kalau bertekak mesti dia akan ungkit hal ex aku.
Padahal aku dengan ex tu tak sampai berapa bulan pun kenal, bercinta pun tak. Just kenal – kenal sebab tolong mudahkan kerja aku je. Dia pun ada life sendiri. Langsung tak pedulikan aku. Tapi suami aku tak habis – habis nak cari salah aku dan tuduh aku curang. Aku penat min. Sekarang dah usia 3 tahun perkahwinan aku. Aku jadi tawar hati.
Kami pulak PJJ, lagi la menambahkan rasa tawar tu. Aku penat nak bertekak melalui wasap dengan dia. Kalau call dia akan tinggi – tinggi suara. Tapi kalau berdepan dia tak pernah pun. Dia layan aku baik. Malah dia seorang yang romantik. Dulu memang aku sayang sangat kat dia, sekarang aku jadi bosan.
Hanya disebabkan benda remeh temeh dia perbesarkan. Picit ubat gigi dari tengah tak picit dari bawah pun dia boleh merajuk dengan seminggu. Aku penat hidup dengan orang yang sesaat tak pernah percayakan aku. Banyak yang ingin aku luah lagi pasal dia. Tapi cukup la sikit ni aku ceritakan perangai dia. Kami dah tak sehaluan.
Aku minta cerai. Tapi dia maki hamun aku sebab hancurkan masa depan anak sendiri. Macam mana aku nak teruskan hubungan sedangkan hati aku dah tak ada untuk dia. Dia pun sesaat tak pernah percayakan aku. Dalam otak dia, aku ni akan curang.
Aku ni jahat, aku ni suka melayan jantan. Macam – macam lah dia tuduh aku. Sape je sanggup hidup dengan tuduhan seumur hidup kan. Bantu aku min. Aku buntu. Aku sayang anak aku. Anak kami. Tapi aku tak ada rasa cinta untuk dia dah. Aku muda lagi baru nak masuk 22 tahun. Aku stress hidup dengan suami macam tu.
Komen netizen :
Dilah Hussin : Hantar luahan sis ni terus pada dia. Bagi dia pilihan, nak cuba berubah atau berpisah. Tak salah bagi peluang ke-2, mana tahu dia boleh jadi lebih baik. Setiap orang pun ada buruk baiknya, ada lebih dan kurangnya. Bukan mudah nak jumpa yang betul betul sebagaimana yang kita harapkan.
See Mee Soon : Narcissist. Baik – baik tt. Saya pernah bersama dengan seseorang sebijik macam ni selama 4 tahun. Cukuplah. Saya tak kuat. Saya takut saya yang gila. Akhirnya saya tak mampu lagi. Saya bawa diri. Sungguh lebih tenang, banyak masa dengan hidup.
Mohd Izwan Mokhtar : Sabar la dik, picit ubat gigi dari tengah dah merajuk. Aku lagi teruk dik. Kalau bawa kereta berhenti kat traffic light tak letak gear N pun dah perang 1 dunia. Hahah. Itulah asam garam rumah tangga. Tapi laki hang jenis memang particular betul. Respect la.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.