Suami cemburu aku rapat dengan ibu ayah aku sendiri. Suami tak izinkan aku teman ibu pergi report polis. Dia halau terus failkan penceraian..

Ibu aku telah kena tipu (sc4m) dan masa itu cuma aku yang ada untuk bantu bawa ibu buat laporan polis. suami tak izinkan aku keluar bantu ibu dan ayah aku. Aku terp4ksa juga keluar tapi aku bersungguh minta izin dan minta maaf daripada suami. suami telah menghalau aku, terus failkan penceraian…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Izinkan aku berkongsi cerita sebagai luahan untuk lapangkan d4da dan hati. Aku seorang suri rumah, baru berkahwin tiga tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bijak berusia dua tahun.

Aku berkahwin dengan suami waktu suami tak ada kerja tetap, tak ada rumah, cuma ada sedikit simpanan emas dan sebiji motosikal. Ketika itu aku sudah bekerja tetap, ada sebiji rumah dan sebiji kereta (masih berhutang dengan bank). Semasa suami nyatakan hasrat untuk berkahwin, ibu ayah tak letak apa – apa syarat materialistik.

Yang penting kuat pegangan agama dan tak tinggal solat. Alhamdulillah suami dari keluarga yang kuat agama. Ibu mertua dan kakak ipar berpurdah dan masing – masing rajin mentadabbur Al-Quran. Empat bulan selepas bernikah, aku direzekikan mengandung tapi m4buk teruk dan tempat kerja agak t0ksik.

Selepas melahirkan dan habis pantang, aku nekad berhenti kerja untuk fokus besarkan anak selain tak mahu str3ss di tempat kerja. Aku yakin akan dikurniakan rezeki asbab niat berhenti untuk menjaga anak. Aku bantu ibu berniaga sambil menambah duit poket selepas berhenti bekerja.

Untuk pengetahuan, tahun pertama perkahwinan aku membayar komitmen sendiri sebab suami belum ada kerja tetap. Tahun kedua, suami bantu bayar komitmen separuh sebab aku dah berhenti kerja dan suami dah mula kerja sambil belajar (kontrak) dengan gaji lebih kurang dua ribu lebih.

Tahun ketiga, ibu dah tak berniaga dan aku pun tak ada pendapatan, jadi suami bantu bayar komitmen seratus peratus memandangkan dia tak ada apa – apa komitmen lain. Selepas berkahwin, tahun pertama kami suami isteri menetap di rumah ibu aku.

Tahun kedua, suami mula cari rumah sewa yang dekat dengan tempat kerjanya tapi jauh dari tempat kerja aku (perjalanan hampir dua jam). Disebabkan m4buk mengandung yang teruk, aku menumpang di rumah ibu sebab jarak rumah ibu dengan tempat kerja cuma ambil masa dua puluh minit perjalanan sahaja.

Tahun ketiga, kami berpindah ke rumah sewa berdekatan tempat kerja suami sebab aku dah tak bekerja dan ibu pun dah tak berniaga. Aku tak ada kawan yang tinggal berdekatan, jadi aku selalu balik rumah ibu aku untuk berjalan – jalan. Boleh kata setiap hujung minggu aku balik rumah ibu aku dan sebulan sekali ke rumah ibu mertua.

Kalau ada cuti panjang, lebih daripada sekali dalam sebulan kami balik rumah ibu mertua di selatan. MaIangnya tanpa aku sedar, suami dah lama memendam rasa dan mengatakan aku lebihkan ibu ayah daripada suami sendiri. Ini berlaku tanpa aku perasan.

Dalam masa yang sama, aku selalu rasa s4kit hati dengan suami dan sentiasa rasa panas. Suami sentuh pun aku rasa rimas, sampai rasa kalau suami jauh baru aku rasa tenang. Dijadikan cerita pada dua bulan lepas, ibu aku telah kena tipu (sc4m) dan masa itu cuma aku yang ada untuk bantu bawa ibu buat laporan polis.

Dalam masa yang sama, dua minggu sebelum itu aku ada sedikit ketidakpuasan hati dengan suami sebab terbaca mesej suami memburukkan aku pada ibu mertua. Itu buatkan mood aku tak baik sepanjang masa selepas terbaca perbualan suami dengan ibu mertua. Disebabkan krisis itu, suami tak izinkan aku keluar bantu ibu dan ayah aku.

Tapi atas sebab keterdesakan, aku terp4ksa juga keluar tapi aku bersungguh minta izin dan minta maaf daripada suami. Disebabkan tindakan aku itu, suami telah menghalau aku dari rumah sewa (suami terus tamatkan kontrak rumah sewa serta – merta).

Aku ada merayu, menangis bersungguh – sungguh minta maaf tapi suami tak endahkan. Suami terus failkan penceraian. Buat masa ini kami dah lalui prosiding pertama. Bulan depan prosiding kedua dan aku tak pasti apa rancangan suami sekarang.

Selepas suami failkan penceraian, bulan pertama keadaan kami agak tegang. Tapi sekarang m4kin baik. Kami ada beberapa kali pergi bercuti bawa anak, termasuk sehari sebelum prosiding pertama. Cuma aku masih tak dapat agak apa keputusan suami di akhirnya nanti.

Aku terp4ksa meluah sebab aku rasa sedih, tak ada sedikit pun peng0rbanan aku yang suami pandang sampai semudah itu dia nak buang aku. Aku faham, kedudukan isteri memang untuk taat pada suami. Tapi tak ada kah peluang untuk aku betulkan keadaan dan kesilapan aku? Kenapa semudah itu suami nak lepaskan? Tak fikir anak ke? Mohon bagi aku semangat untuk hadap ujian ini.

Komen netizen :

Anonymous participant 447 : Awak anak tunggal ke? Maaf cakap, bukan mak bapak awak s4kit pun. Awak tinggal suami, batin dia macam mana sepanjang awak duduk rumah ibu? Ingat, lelaki normal perIukan isteri keringkan kantung dia sekurang – kurangnya empat hari sekali.

Tak kira suami minta ke tak, tetap kena buat. Kalau lebih daripada tu, siap sedia lah suami m4kin dingin m4kin garang. Saya rasa tu antara salah satu sebabnya dia nak cerai. Sama macam kawan saya mengadu. Isteri dia asyik balik kampung tinggal dia.

Dah la sebelum balik kampung, tak tinggal bekal. Kesian kawan saya terp4ksa keluarkan air sendiri. Ingat sis, kalau sampai suami buat sendiri, awak nak jawab apa depan Tuhan nanti? Tak perlu s3ks badan pun kalau malas sangat, macam – macam anggota tubuh awak boleh guna.

Dengar nasihat saya, kalau awak nak baik balik dengan suami, cubalah sentiasa puaskan dia. Mungkin awak akan rasa, “takkan sebab ni je kot?” No no no, untuk lelaki benda ni sangat besar. Allah cipta kami macam tu.

Anonymous participant 704 : Banyak lelaki tak guna dalam komen. Pentingkan diri sendiri. Kalau kena dekat mak bapak kau, menggelupur bukan main lagi sampai hak isteri abaikan, tapi kalau hak suami duk cakap situ la. Memang isteri je la yang berd0sa, suami ni tak ada d0sa?

Halang isteri balik rumah mak ayah dia? Kalau tak nak isteri balik rumah mak ayah dia, cari la isteri yang lahir dari buluh betung. Atau cari isteri anak yatim piatu. Allah bagi kelebihan pada suami untuk bimbing keluarga dan isteri, bukan untuk suami besar kepala rasa macam raja dunia.

Talak atas suami pun sebab lelaki ada sembilan akal satu nafsu, tapi ramai suami suka guna nafsu lebih daripada akal. Jangan ingat isteri je ada syurga ner4ka, pahala d0sa. Suami pun sama. Allah tu tak buta nak menilai siapa yang betul siapa yang salah. Kau pandai hargai mak kau yang lahirkan kau, tapi kau tak hargai isteri yang lahirkan keturunan kau? Kau ingat halau isteri keluar rumah tu tak berd0sa?

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :