Suami dah 3 kali jatuhkan taIak, tapi dia kata semua taIak tu tak sah

Saya nampak suami keluar dari kereta tu. Saya tumbvk cermin driver dan cermin depan sampai retak! Waktu saya meng4muk, saya kejar kereta perempuan tu. Suami saya terjun masuk dalam kereta tinggalkan saya dan anak – anak…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. saya berusia 30++ tahun. Saya text untuk meluahkan perasaan dan minta pendapat yang lain. Mohon pandangan yang murni sahaja.

Saya dan suami telah berkahwin pada umur saya 27 tahun. Dikurniakan sepasang anak. Anak sulung berumur 5 tahun. Manakala yang bongsu berumur 6 bulan. Suami saya sudah saya kenal selama hampir 12 tahun. Saya telah diceraikan taIak 1 secara tidak sengaja dan tanpa niat oleh suami beberapa bulan selepas berkahwin dan kami rujuk semula beberapa minit selepas lafaz.

Pada 19/10/2020 saya telah diceraikan taIak 2 melalui applikasi whatsapp, “aku ceraikan kau taIak satu”. Terus meninggaIkan rumah dan rujuk semula seminggu selepas itu.

Pada 31/10/2020 suami telah melafazkan, “aku ceraikan kau” dan terus meninggaIkan rumah sekali lagi. Kalau ikutkan sudah taIak 3 tapi suami kata semua taIak tak sah sebab taIak jatuh atas desakan saya meminta cerai. Dia tiada niat menceraikan..

Punca taIak 2 dan taIak 3 jatuh atas sebab suami ada perempuan lain. Baru saja bermula awal bulan 10 dan mencapai kIimaks apabila saya mendesak dia menceraikan saya setelah kami rujuk taIak 2. Dia meninggaIkan rumah dengan membawa anak sulung sekali keluar bersama. Dia pulang ke rumah esoknya dan saya bertanya kepada anak, “pergi mana?”

Anak jawab, “rumah mommy.” Anak jugak menceritakan pada saya yang suami dan perempuan tu tidur sekatil, berpeIukan sambil bercivm mulut. Setelah mendengar apa yang anak ceritakan, saya meng4mok dan terus mintak cerai. Maka jatuhlah taIak ketiga.

Semalam saya menerima panggiIan dari suami, saya ingat untuk selesaikan kes ke mahkamah sebab saya tak ada ic copy dia tapi dia call, panggil perempuan tu. “Yang… yang..” Perempuan jawab.. “Ye yang..” Sambil dua – dua gelakkan saya.

Saya rasa murung sejak dari awal bulan, bertambah murung bila suami buat macam ni. Saya menangis, saya minta kekuatan kepada Allah. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk saya failkan kes ni ke mahkamah. Sebut kes pada 25hb Nov 2020.

Pada malam semalam, saya minta dia balik untuk hantar kad pengenalan anak sebab saya jenis pelupa, dia yang pegang ic anak.. anak demam nak bawak pergi kIinik.. Saya jugak kena pass copy sebut kes mahkamah untuk dia dan dia kena tandatangan borang penerimaan.

Saya tunggu suami dia bawah blok dengan anak sulung sambil bertanya, “ini kereta mommy”? Anak kata bukan, sampai ada satu kereta gen 2 berlalu, anak kata. “ini kereta mommy”. Saya nampak suami keluar dari arah kereta dan saya telah pergi ke kereta perempuan berkenaan. Ya, perempuan tu ada dalam kereta. Saya telah menvmbuk cermin depan dan cermin driver sampai r3tak sambil memegang pen untuk suami tandatangan borang.

Saya jadi marah sebab tergamak suami bawak dia datang sini, sedangkan niat hati saya nak bawak anak sekali bersama – sama suami ke kIinik. Perempuan itu beralih dari tempat duduk penumpang ke tempat pemandu, dia start engine dan berlalu, sambil saya mengejar dari belakang dan suami mengejar kereta itu dan terjun masuk ke dalam kereta berlalu pergi dengan lintang pukang kerana amvkkan saya.

Saya cakap terus terang kalau suami terus peIuk saya dan anak malam tadi masa tengah meng4mok dan suruh perempuan tu pergi balik, mungkin saya boleh lagi maafkan dia. Ingatkan dah lafaz taIak, suami pergi balik rumah mak ke ape tapi rupanya menetap, bermanja – manja dekat rumah perempuan tu.

Dia masih lagi suami saya selagi taIak tak sah kat mahkamah, s4kitnya hati saya memikirkan. Allah je yang tahu, tergamak dia berlalu tinggalkan saya dan anak di bawah blok semalam. Dia memilih perempuan tu dari isteri dan anaknya.

Soalan saya, saya tak tahu macam mana nak keluar dari masalah ni. Saya murung, sedih depr3ssion. Sampai satu tahap saya nak c4mpak baby ke bawah sebab murung. Suami kata, dia tak nak tandatangan borang cerai dan tak nak lafaz kat mahkamah sebab dia masih sayangkan anak – anak dia. Mungkin dia akan menipu juga di mahkamah.

Tipulah saya kata kalau tak sayang dia lagi, susah nak move on tapi dia dah pilih jalan dia. Saya tak nafikan, dia seorang ayah yang baik, dia jaga lebih baik dari saya dan anak – anak pun lebih sayangkan dia tapi ape yang dia buat sejak sebulan ni, abaikan anak, tinggalkan kami sampai pagi baru balik dan aks i- aksi drama terjun kereta yang berlaku, saya tak boleh terima. Saya dah murung sejak awal bulan, saya turun berat yang banyak dan sekarang saya masih lagi murung, cuma tak seteruk ketika kena taIak 2.

Saya tak tau apa nak buat kalau talak tak sah. 50% suruh patah balik dan rujuk, 50% lagi kata move on. Apa pun keputvsan dekat tangan saya. Bukan senang nak jadi ibu tunggal, umur muda 32 tahun. Anak yang kecik baru 6 bulan, saya buntu. Sekian.

Komen Warganet :

Shida Samsudin : Kalaulah taIak tu boleh sesuka hati laki puan je harini tentukan sah ke tidak, dah tentu – tentu tak ada orang susah payah turun naik mahkamah untuk sahkan perceraian. Puan, sampah memang sesuai dengan sampah. Move on. TaIak 3 dah tu, entah taIak 1 dan 2 tu disahkan di mahkamah ke tidak tu. Saya doakan puan kuat. Kalau tak kuat, hantar anak – anak balik kampung, jangan tinggal dengan anak – anak semata.

LadyMiharbi Azizeh : Pendapat saya yang sudah melalui lebih d4hsyat lagi dari ini untuk Puan teruskan perjalanan kehidupan tanpa suami. Setiap kali teringatkan dia, ingatlah segala kejahatan yang dia lakukan. Memang kita akan hidup dalam sedih dan murung seketika, tetapi hidup bersamanya akan menjadikan Puan lagi mend3rita. Dia tidak hanya akan curang sekarang tapi akan curang dan curang.

Ingatlah dia tidak menghorm4ti puan kerana dia tidak lagi mencintai Puan. Kalau ada perasaan cinta dia tidak akan melakukan itu semua kepada Puan dan anak – anak. Jangan Puan rujuk lagi, pergi cari kerja dan move on. Kalaulah 8 tahun lepas saya tak move on dan hanya jadi surirumah, saya tak akan berada di mana saya berada sekarang. Masa itu singkat.

Nor Aqliyyah Syifa Maryam : Saya bercerai masa umur anak kedua 40 hari. Ya, murung, depr3ssed tu memang pasti ada tapi awak kuat untuk t3mpuh benda ni. Lelaki macam tu tak perlu bagi peluang. Ya, susah move on, walaupun setelah 2 tahun, bila dengar suara bekas suami, saya akan menangis. Tak tahu nak cakap macam mana rindu, sayang, dend4m bercampur tapi hingga hari ini saya kuat demi anak – anak.

Dalam tempoh cerai macam – macam jadi, anak – anak demam serentak, terputvs bekalan pampers dan susu. Menangis sampai b3ngkak mata tapi bila kita betul – betul serahkan diri pada Allah, percayalah akan ade rezeki yang tak tersangka. Sis bangkit tau, saya tahu susah dan rasa sempit sangat tapi tiap kali sis rasa nak meroyan, ambil air sembahyang and solat taubat.

Itu yang saya buat berbulan – bulan sampai saya bangkit dengan kekuatan yang saya tak tahu dari mana datang. Untuk pengetahuan, masa saya dengan anak – anak balik, dalam wallet hanya ada 20 ringgit. Terima kasih kepada orang sekeIiling yang tolong saya. Saat kita susah akan ada yang tolong kita tanpa kita sedar. Percayalah, kita mampu bangkit ..

Fana Farhana : Saya bersimpati dengan puan. SayangiIah diri puan dan anak puan terlebih dahulu. Senang untuk saya ucapkan sebab saya bukan di tempat puan. Tapi, apa guna berharap pada orang yang dah tak sudi dan sayang pada puan? Dia memilih perempuan lain, bermaksud cintanya dan sayangnya pada puan sudah tiada. Hakik4t ini memang pedih, tapi andai puan p4ksa diri untuk tidak menerima, akan jadi lagi s4kit. Semoga Allah sentiasa meIindungi dan merahm4ti puan.

Fong Li : Tak kisah la taIak berapa dik, adik kena bersemangat dan move on. Nampak sangat laki adik tak sayang dah. Kalau sayang takkan buat macam ni. Pergi pejabat agama, dapatkan penerangan dari yang arif. Adik percaya lah, Allah takkan uji umatnya di luar kemampuannya. Adik kuat. Apabila Allah ambil sesuatu atau seseorang dari kita, percayalah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Insyaallah semua dipermudahkan.

Tidak senang untuk menjadi ibu tunggal, tapi adalah lebih tersiksa bersama dengan seorang yang tidak sayangkan kita. Kalau betul laki adik sayangkan anak – anak, perlakuan dia yang sebegitu tidak sepatutnya dilakukan di hadapan anak. Tidak senonoh dan apakah pengajaran yang diserap anak melihat contoh bapa yang disayangi dan dikagumi, anak – anak akan mengikut contoh mak dan bapa…