Suami aku gaji 3k je, aku punya gaji berganda lagi banyak. Tapi barang semua nak branded. Dia tak suka makan w4rung. Hari tu, ada mak bapak ni biarkan ja anak diorang lari – lari. Sampai ada Ianggar kepala suami aku, mak bapak budak tu buat tak tahu..
#Foto sekadar hiasan. Suami aku gaji 3k je, aku punya gaji berganda lagi banyak. Dia tak suka bila kami pergi makan w4rung. Aku kenal dia ni tak lama sebelum dia jadi suami aku. Jadi taaruf kami tak lama. Banyak yang aku tak tahu pasal dia.
Lepas kahwin baru tahu macam – macam pasal dia. Apa yang aku boleh cakap, gaya hidup dan cara kami tak sama. Aku sebagai perempuan rasa segan dengan dia ni sebenarnya. Aku rasa kalau dari awal aku tahu, aku tak akan kahwin dengan dia.
Ibarat macam ada jurang besar. Macam aku ni orang kampung B20, dia T20. Aku tak kata dia h1na atau k0ndem aku. Dia hanya cakap pendapat dia ja. Cuma aku rasa macam susah nak go dengan gap tu. Rasa macam tak layak pun ada.
Padahal dia pun orang biasa ja. Even dia kerja biasa ja. Gaji dia tak sampai 3k pun. And ada sijil STPM ja. Mak ayah dia pun orang kampung biasa ja. Dan dia pun sama ok. Cuma knowledge dia pasal branding sangat tinggi. Dan semua benda kena yang berjenama ja. Termasuk kedai – kedai makan. Dia tak guna benda biasa yang kita guna tu.
Aku ni kerja pegawai kerajaan. Ada degree. Gaji aku memang sangat tinggi dari dia. Tapi aku sendiri pun tak macam dia. Tak pernah ada gaya hidup macam dia. Dan tak pernah terfikir pun. Awal – awal kahwin tu kan, kami pergi pasar malam. Kan ada jugak orang jual – jual baju.
Masa aku tengok – tengok tu, dia tanya macam ni. “Awak memang suka beli baju kat pasar malam ke”. Aku tanya kenapa. Dia kata takde la. Baju – baju macam ni tak tahan. Sebab murahkan. Better beli yang berjenama. Ada kualiti. Puas hati walaupun mahal.
Aku kata tak jugak. Aku pakai barang biasa – biasa tahan ja. Pastu dia diam. Aku tanya “Kenapa, awak beli kat mana?” Dia kata Tommy la Gio la. Ada la dia sebut – sebut lagi. Aku macam tercengang la. Aku tanya brand bagus ke tu. Kedai apa tu.
Seriously aku memang tak tahu pasal benda – benda tu. Aku tak pernah perasan pun kewujudan kedai – kedai tu. Sebab honestly, aku memang beli baju dekat kedai – kedai biasa ja. Macam Zon Ria , Aeon. Benda – benda macam tu. Dekat uptown. Kat mana – mana aku berkenan aku beli ja. Aku tak paid attention pada brand.
Sebab itulah gaya hidup aku kan walaupun aku pegawai kerajaan. Aku selesa macam ni. Hidup sederhana. Dia kata bagus brand – brand tu. Selesa baju – baju dia. Aku tanya kat mana kedai tu. Dia cakap dalam mall ada ja. Pastu dia sebut la mall – mall yang ada.
Aku kata ada eh. Tak perasan pulak. Sebab aku memang pergi ja mall – mall tu. Tapi macam untuk tujuan makan ke, tengok wayang ke. Pergi watson guardian tu pernah la. Lepas tu ada sekali aku pergi lunch kat mall dengan kawan. Terperasan pulak kedai – kedai yang mamat ni beli baju.
Saja – saja la masuk. Aku macam terk3jut la tengok satu tshirt tu. Sama macam dia ada. Harga dia 300. T shirt macam b0do – b0d0 ja. Tapi aku ada la belikan satu t shirt untuk dia. Memang niat nak beli untuk dia. Pertama kali aku beli benda mahal. Tapi fikir untuk suami sendiri kan. Tu pun lepas less dapat 270. Still mahal untuk aku.
Sebab baju – baju aku murah ja. Aku tak pernah beli apa – apa pun sampai 200 – 300. Kalau ada pun mungkin handbag. Balik tu masa aku bagi. Dia senyum ja ambik t shirt tu. Macam tak excited pun. Aku tanya tak suka ke. Dia kata suka ja.
Aku bagitau la dia. Ada jumpa t shirt macam dia ada. Harga dia 300. “Memang baju – baju awak harga macam tu ke”. Dia kata oh dah murah sikit ye. Masa saya beli mahal lagi. Mesti sebab dah out to date”. Aku macam termalu sendiri pulak. Maksudnya design tu akan jatuh harga kalau new design dah keluar.
So sebab tu ke dia senyum ja. Sebab dia tahu kalau awal – awal tu harga lagi mahal. Entah la rasa menyesal pulak beli. Takut dia fikir aku beli benda murah kat dia. Padahal tu cukup mahal untuk aku. Oh ye, kalau tengok dia punya produk mandian dia, syampoo dia. Tak de kat pasaran biasa – biasa. Aku nak tulis pun terbelit nak sebut nama. Tapi nama brand mat salleh la.
Kalau yang boleh jumpa pun BBW ja. Tu pun dia kata sangat jarang la beli. Sebab brand dia lagi mahal. Marie Claire la, Laura la. Entah la aku tak pernah dengar nama – nama macam tu. Aku tahu sabun sabun biasa ja. Paling paling pun aku guna body shop ja la. Dia ada ja suruh aku cuba. Memang rasa beza la. Wangi dia lekat seharian pun dekat badan.
Kalau pagi mandi pakai, sampai ke malam pun masih bau wangi dia. Dan rasa lembut dan segar. Tapi aku sendiri kekok nak pakai benda – benda tu. Sebab tahu mahal. Nanti habis ke apa ke aku takut rasa bersalah. Dia mungkin tahu bajet timing. Tapi aku tak tahu. Sebenarnya takut dia marah aku guna barang dia kerap – kerap.
Walaupun rasa macam best barang – barang dia. Aku nak bagi duit dia tak nak. Dia kata aku boleh ja guna barang dia. Cuma aku segan. Sebab tahu benda tu mahal. Aku tanya mana awak tahu semua ni. Dia kata dia dari dulu akan pergi satu spa orang chinese.
Jadi barang barang dia semua beli dari chinese tu. Dia pergi dari umur dia awal 20an. GiIa betul. Dia cakap, brand brand yang standard tinggi ni tak de kat pasaran biasa. Macam kedai – kedai Watson ni semua tak akan ada.
Macam artis, raja – raja pakai ni. Benda ni exclusive. Exclusive ni sangat terjaga. Company – company ni sasaran dia hanya orang yang tertentu ja. Dia tak focus kuantiti, tapi dia focus kualiti dan siapa customer dia. Sebab tu kalau nak barang tu, kena import dari negara tu direct. Melainkan kita pergi negara dia sendiri, mungkin boleh jumpa dekat mall dia. Tu pun sangat rare jugak. Sebab dia jual kat tempat tertentu ja.
Aku tanya dia. Awak ni tak de pun environment orang kaya – kaya. Tapi hidup awak macam orang kaya – kaya. Aku persoal la mana dia tahu semua benda ni. Dan macam mana dia mampu maintain dengan gaji dia. Dia kata dulu lepas spm, dia kerja satu kedai buku ni. Macam jual magazine. So dia hari – hari akan baca buku. Macam – macam jenis buku dia baca.
So dari situ dia kenal segala brand – brand ni. Dari situ dia kenal pasal jenis – jenis kereta, produk – produk mandian, produk muka, handbag baju – baju. Dia dapat ilmu banyak. So lepas tu dia rasa la nak try apa rasa benda – benda ni. Tapi dia kan tak tahu mana ada jual semua tu. Dan dia tak tahu harga jugak masa tu.
Cuma brand baju – baju kan dekat mall besar – besar ada. Jadi dia cakap first dia masuk kedai – kedai tu, dia pergi tengok dulu harga baju yang dia berkenan tu. Dia cakap contoh t-shirt ni 300. Dia kerja la untuk dapat 300 tu. Bila dah ada, dia pergi beli. Dia cakap dia akan beli jugak apa dia nak, cuma bezanya cepat dan lambat ja.
Jadi dia cakap, lepas dia pakai. Dia rasa beza. Baju tu tahan. Lambat lusuh. Ada la dia sebut – sebut lagi. Suami aku punya konsep, dream for it, work for it. Lepas tu satu persatu dia mula kenal brand. Dan mana yang dia jatuh hati, dia stick pada brand tu ja la.
Bila dia dah selalu beli, dah macam loyalty customer, company company ni selalu bagi member price kat dia. Selalu bagi gift dan macam – macam benefits lain. So pasal produk produk muka dia mandian ni semua. Dia macam nak cari benda yang susah dapat. Suami aku jenis suka benda yang jarang orang pakai.
Masa tu dia kata dia cerita dekat mak dia.. Mak dia yang bawak dia jumpa chinese yang ada spa ni. Sebab chinese tu dulu kawan lama mak dia masa kerja kilang dulu. Mak dia kira supportive jugak la apa dia nak. So dia ni sebenarnya nak tanya ja produk – produk ni ada jual kat mana.
Jadi chinese tu yang explains kat dia. Dan uruskan proses tu. Sebab diaorang kan ada orang – orang yang boleh beli terus dari negara tu. Dan dari chinese tu jugak dia kenal banyak lagi brand brnd lain dan info – info lain. Dia kata awal – awal dengar harga memang nak pengsan, 700 800.
Tapi sebab kegiIaan dia, dia memang kerja keras untuk capai apa dia nak. Buat part time. Semua kerja dia buat untuk kumpul duit. Dia kata dia akan dapat ja apa dia nak. Cuma macam dia cakap, benda tu beza cepat atau lambat ja.
Last – last dia dah terbiasa dengan benda mahal, dia dah tak selesa benda murah. Lagipun dia cakap baju produk – produk ni bukan beli setiap bulan. Bila rasa nak beli baru dia beli. Dia cakap benda murah – murah ni tak tahan. Pakai kejap rosak la koyak la. Nak beli lagi tak tahu dah berapa kali tukar.
Ada sekali kami pergi mall, dia ajak aku masuk kedai pakaian dalam berjenama. Aku m4ti – m4ti tak nak. Aku kata segan. Aku kata kadang – kadangkan pekerja ni pandang kita lain macam. Macam kita tak de duit. Sebab tu aku tak selesa masuk kedai mahal – mahal.
Lagi pun nanti tengok harga, aku memang tak akan beli. So better tak payah masuk. Dia kata dia dulu takde pun malu. Tak terfikir pun macam aku. Sebab dia memang nak beli. Mungkin kali pertama orang rasa dia tak mampu.
Tapi lepas dia ada duit, dia tetap pergi beli. So orang dah tahu dia memang akan beli. Entah la tu fikiran dia. Aku memang tak biasa benda – benda mahal. Tapi dia belikan aku set pakaian dalam tu tak sampai 200. Ok. Aku akui beza dia sangat ketara dengan yang biasa – biasa aku pakai ni. Rasa selesa dan comfort.
Awal – awal dulu nak basuh baju dia, dia tegur jangan semua baju masuk mesin. Lepas tu dia beli bakul asing. Dia cakap baju – baju dia yang dalam bakul merah ni biar dia basuh sendiri la. Aku tanya kenapa. Dia cakap baju – baju ni kena basuh tangan. Tak boleh campur la apa la. Baru dia sentiasa nampak macam baru.
Eh macam tu pulak. Dia kata masa beli dekat label ada explain cara basuh dia. Dan dia kan selalu baca bab bab ni, so dia tahu macam mana nak jaga pakaian supaya tahan lama. Kain pun ada jenis – jenis dia cakap. Ada yang boleh rendam air panas, ada yang tak boleh.
Sebab tu aku kata aku segan dengan dia. Sebab aku ni jenis bantai ja semua dalam mesin. Ye la, baju kita kan murah.. Lagi satu, dia ni macam tak berapa suka makan warung – warung. Dia pernah cakap macam ni. “Bukan nak belagak. Macam tak selesa dengan mentally orang – orang makan warung. ” Sebab dia ada banyak bad experience dekat warung.
Contoh macam hari tu, ada parents ni biarkan ja anak diorang. Jadi anak dia main kejar – kejar kat belakang suami. Suami aku macam tak selesa. L4nggar kepala dia la apa la. Tapi mak bapak budak tu buat b0do ja. So suami macam beng4ng la. Dia kata tak pandai jaga anak.
Hari tu budak lari – lari Ianggar orang bawak air. Lepas tu baru mak bapak nak terhegeh – hegeh panggil anak. Dia kata kadang – kadang orang – orang kedai suka perhati orang la. Kadang – kadang duduk berjam tak ambik order la. Order kadang – kadang silap la. Pastu kadang – kadang meja tak cukup. Nak makan pun hilang mood dia kata.
Suami kata sebab tu dia suka pergi restaurant – restaurant mahal. Sebab dia cakap sangat beza. Sebab kedai mahal – mahal ni orang – orang biasa tak datang. Layanan first class sebab kita bayar servis perkhidmatan. Orang akan mintak reviews. Apa – apa tak puas hati boleh complain.
Dan orang – orang dalam tu sangat behave. Dia cakap kalau makan warung – warung biasa ni dia suka bungkus ja. Entah la. Aku macam kurang selesa dengan statement tu. Sebab aku kategori orang warung kot. Bagi aku biasa la budak lari – lari.
Aku kata nanti ada anak, mungkin anak macam tu juga. Dia cakap tak. Sebab tu kita kena corak. Bukan biar anak susahkan orang lain. Sejak tu aku macam takut nak ajak dia pergi mana – mana walaupun dia ikut ja. Tak de pun dia complain apa – apa.
Cuma rasa eh mesti ko tak selesa kan. Dan ko komen apa – apa, aku pulak rasa bersalah. Dan restaurant – restaurant dia suka pergi memang mahal. Yang sekali masuk sorang ja dah 70 – 80 harga dish dia. Padahal kat kedai biasa dalam 20 ja.
Aku kata kalau aku tahu dia macam ni, aku mungkin tak terima dia. Dia tanya kenapa. Aku kata ye la, air mineral pun nak yang evian tu. Macam benda – benda biasa ni dia dah tak boleh terima. Macam satu peny4kit. Semua mesti nak yang mahal.
Dia kata tapi semua tu kan setiap orang mampu ja beli. Cuma orang tu nak dengan tak ja. Dia kata macam ni. Cuba tengok saya pakai kereta apa. Kereta saya tempatan ja. Sebab saya suka effort yang mahal tu pada pakaian saya, makanan saya produk – produk badan saya. Bukan pada percutian ke, kereta mahal ke, rumah banglo ke.
Lain orang lain cara dia kata. Orang kerja biasa pun boleh ja beli semua tu. Cuma ikut selera masing – masing la. Dia kata air mineral ni 10 ringgit. Semua orang ada ja 10 ringgit. Cuma nak dengan tak ja. Bukan nak berlagak, tapi dah itu pilihan dia. Dia ada duit so dia beli.
Lepas tu dia soal aku pulak. Dia kata awak ni gaji besar. Tapi apa ja awak buat dengan gaji awak. Aku kata entah. Aku mana pernah peduli benda – benda macam tu. Dia kata nak kata pergi travel pun tak. Beli barang – barang mahal tak. Beli emas pun tak. Nak kata komitmen banyak pun tak. Macam tak nampak ke mana pergi gaji aku.
Aku pun tak tahu gaji aku buat apa. Yang aku tahu, aku beli makan, beli apa – apa aku suka. Bayar hutang – hutang aku. Lepas tu enjoy apa aku nak la. Pastu aku ada ja beli barang mahal. Barang mahal aku perfume. Pastu aku suka makan mewah jugak.
Walaupun warung biasa, tapi 2 – 3 kali ulang. Duit habis situ jugak. Memang la tak mewah macam dia. Tapi ada benda la aku buat kan. Dia cakap sesekali cuba la upgrade diri awak. Sebab awak kan pegawai. Bos – bos. Biar awak ada imej yang class tinggi.
Dia kata dia yang gaji kecik pun mampu ja maintain diri dia. Dia cakap aku yang gaji berganda – ganda dari dia lebih mampu untuk jadi mahal. Eh tiba – tiba aku sentap pulak. Dia nak cakap aku apa sebenarnya. Aku ni tak de class ke, orang kampung ke. Tak layak untuk dia ke apa ni.. Aku selekeh ke?
Dia dia la. Aku aku la. Kenapa aku nak kena jadi macam dia pulak. Mentang – mendang aku ni tak berapa cantik, badan sedap – sedap, kulit kasar – kasar. Nak compare dia dengan aku ke apa ni. Str3ss pulak aku tiba – tiba. Takkan sebelum kahwin dia tak nampak aku macam mana. Ke dia fikir semua level pegawai – pegawai gaya hidup macam dia.
Mungkin orang lain, tapi bukan aku. Aku happy jadi diri sendiri walaupun mungkin dia tak suka. Aku ni sebenarnya baru tahu aku pregnant. Tapi tiba – tiba hari ni terfikir, setakat ni kami tak pernah g4duh apa – apa. Dia memang buat aku sangat selesa dan sangat baik.
Walaupun style dia macam tu. Tapi aku sangat happy hidup dengan dia. Cuma terfikir, sekarang aku urus diri aku maybe dia tak kisah apa brand aku pakai. Nanti ada anak, adakah dia akan corak anak ikut style dia? Which is aku tak selesa.
Sekarang pun dia dah cakap pasal brand kereta tolak baby la, kasut baby la. Botol susu baby la. Baru dapat berita,dia dah sibuk nak beli itu ini. Dah pergi survey – survey dah. Aku faham dia excited. Aku cakap beli kedai biasa dah la. Buat apa nak bazir. Dia cakap nanti baby tak selesa. Entah la. Anak orang lain elok ja pakai.
Aku petik isu boikot jugak. Dia cakap tapi ustaz cakap boikot tu pilihan masing – masing. Siap share link yang ustaz cakap tu. Entah la. Runsing kadang fikir benda – benda macam ni. – Wife (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Hasanul Yazid : Jenis taste t20. Tapi as long dia tunaikan tanggungjawab, bagi nafkah dan pandai manage kewangan, tak ada masalah. Cuma lepas ni dapat anak, banyak guna duit. So dia kena financially and mentally well prepared.
Wahai Nabil : Bagi aku, selagi tak kacau duit awak. Okay je. Selagi dia pandai kawal duit mengikut kemampuan, okay je. Yang tak okay. Beli baju branded setiap minggu walaupun duit tak banyak mana. Orang macam ni high maintenance tapi cara awak cerita, dia tahu duit dia ke mana. Tahu barang dia nak jaga macam mana.
Sya Nysya : Saya setuju dengan suami awak, seorang yang matang dan tahu apa dia nak dan work for it. Kita manusia ni keinginan berbeza bila berduit ada suka travel, ada suka makan – makan, ada suka baju – baju. Tu minat dia tapi ada benarnya dia kata ada barang berjenama mahal tapi tahan lama. Contoh – Mana sama brand vacuum dyson dengan brand midea. Gitulah maksud dia. Asalkan dia tak berhutang dan tak menyusahkan awak ok lah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.