Suami gaji besar 5 angka, dia ketawa tengok gaji saya sikit. Hujung bulan tinggal 20 je, suami kata bukan masalah dia

Saya kecil hati, dengan gaji yang besar itu 5 angka, tidak ada sekelumit kasihan langsungkah melihat isterinya yang bergaji b40 ini. Dia selalu ketawa lihat gaji saya. Saya rasa terh1na. Bila dia bawak makan tempat mahal, dia akan ungkit sebab dia yang bayar.

#Foto sekadar hiasan. Hi nama saya Ainina. Saya berkelulusan degree, suami juga berkelulusan degree. Saya bekerja sebagai officer dan bergaji underpaid, cumanya saya masih bertahan kerana tempat kerja dekat dengan taska anak dan rumah.

Saya dan suami berkahwin pada 2018 selepas berkenalan selama 7 bulan di universiti. Masa tu tengah kemaruk bercinta. Sampai hari ni saya masih cintakan dia. Suami saya seorang yang cool, tenang, simple man. Dia sangat rajin bekerja, pada umur 30 tahun dia sudah basic bergaji 5 angka. Dia seorang jurutera di sebuah kilang kimia.

Nafkah setiap bulan dia beri pada saya ialah 800. Duit ni la saya beli makan tengah hari (hujung bulan saya akan bawa bekal). Saya beli makan malam  untuk satu keluarga kalau saya letih bekerja dan tak mampu nak masak.

Malah duit ini juga ialah duit untuk saya beli barang keperluan untuk anak – anak juga. Bukan untuk saya sorang. Saya selalu minta suami naikkan nafkah kerana selepas tolak semua komitmen saya, baki dalam bank saya tinggal RM20 sahaja.

Tapi suami tetap rasakan itu masalah saya yang tidak bekerja sehebat dia. Komitmen saya ialah ptptn, mara, asnb, wifi di kampung orangtua saya, kereta, coway dan lain – lain lagi. Akibat selalu makan hati dan berg4duh kerana duit, hubungan kami jadi tak sebaik dulu. Saya rindu suami saya yang kelakar, happy.

Salahkah seorang isteri meminta bantuan suaminya dari segi kewangan? Berd0sakah saya meminta untuk dibantu? Saya juga letih menjaga anak yang sangat manja dengan saya. Sekurangnya jika saya ada duit lebih, boleh saya manjakan diri pergi spa, facial, shopping dan sebagainya.

Saya tak pernah luah masalah rumahtangga kepada sahabat – sahabat saya, saya seorang yang menghorm4ti suami. Cuma saya pernah meluahkan rasa sedih di hati kepada ibu saya dan ibu saya menasihati untuk pulang kepangkuan keluarga. Mungkin ibu lihat saya sangat susah di negeri ini.

Saya buntu. Untuk berbaik dengan suami, saya perlu redho dengan semua bebanan ini. Saya kecil hati, dengan gaji yang besar itu, tidak ada sekelumit kasihan langsungkah melihat isterinya yang bergaji b40 ini. Dia selalu ketawa lihat gaji saya.

Saya rasa terh1na tapi saya pun ketawa juga sebab gaji saya memang kecil. Saya pernah ditawarkan bekerja di tempat lain dengan basic RM3500 tapi saya tolak kerana jauh dari rumah dan kawasan rumah kami selalu jem.

Kalau diikutkan pasangan lain, suami bergaji 5 angka sebegini, saya mungkin surirumah sahaja. Tapi bukan saya. Saya pernah mengidam durian, suami tak endahkan pun. Katanya setiap kali musim durian kena craving durian ke?

Padahal kalau beli, dia yang laju makan durian, saya rasa seulas dua sahaja. Entah lah apa yang susah sangat. Saya pernah usulkan untuk berpisah cara baik sekurangnya saya tak perlu menjadi seorang isteri, hanya seorang ibu.

Suami tak setuju, kerana dia cintakan saya dan saya juga cintakan dia. Cuma saya sedih. Perkahwinan sepatutnya gembira dan bahagia. Ada lagi, sebulan sekali suami akan belanja makan luar di restoran yang mahal. Saya memang seronok, yelah saya ni pergi kerja bawak bekal bila hujung bulan dan naik muak makan makanan sendiri.

Sebulan sekali merasa makan tempat mahal rasa seronok, dapat makan sedap – sedap. Namun setiap kali saya makan suami akan ungkit – ungkit dia yang belanja makan. Kecil hati saya. Kalau orang lain tengok mesti nampak bahagianya keluarga ni, suami bawa isteri dan anak – anak makan mewah tapi dalam hati, nak telan makanan pun rasa tersangkut dekat tekak.

Sebenarnya banyak lagi kejadian kejadian sedih cuma saya dah tak ada masa nak taip lebih panjang. Mungkin sahabat fb boleh motivate saya untuk terus bertahan kerana saya sayangkan suami saya. Dan sejujurnya saya terlalu cantik untuk dia. Siapa cakap orang cantik dapat special treatment? Itu bukan saya selepas jadi seorang isteri. – Ainina (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Afiza Khalid : Kenapa nak harapkan suami kalau boleh cuba improve diri sendiri? Buat balik budgeting, bezakan keperluan dan kehendak. Tengok mana – mana komitmen yang boleh dikurangkan. Contoh asnb perlu ke, coway mintak suami bayarkan, wifi di kampung kongsi adik beradik lain bayar atau potong je dulu.

Gunakan amount coway, wifi tu untuk bayar ptptn dan mara. Cuba habiskan bayar loan cepat – cepat. Bila dah habis bayar baru amik balik komitmen yang pass ke suami dan adik beradik tadi. Yang penting besarkan baki gaji.

Dari RM20 cuba besarkan jadi RM100. Caranya sama ada kurangkan komitmen atau cari side income. Bila baki gaji dah besar, guna bayar loan ptptn / mara cepat – cepat. Dah habis bayar yang ni baru pikir komitmen lain. Duit nafkah suami bagi cuba simpan sikit untuk kehendak puan. Contoh setiap bulan simpan RM50 dari RM800 tu. Lama – lama dah cukup haaa pegi la spa ke shopping ke

Arina Azman : Nafkah sendiri jangan campur dengan rumah. Kalau husband bagi RM 800, RM 200 untuk diri sendiri. RM 500 beli barang dapur + toiletries. Taska anak, wifi biar suami bayar. Kalau gaji awak RM 1500 pun, masih ada balance sebenarnya.

Hal – Hal yang suami patut bayar, bagi dia bayar. Atau pun minta dia nafkah RM 200, hal – hal rumah biar dia bayar semuanya dari taska anak sampai la ke wifi dan barang keperluan rumah. Senang kata biar dia urus keperluan barangan rumah. Jadi kepala awak pun tak pening. Huhuhu

Noor Aisyah Afham : Apa maskud cinta bagi awak? Kalau saya cinta itu tanggungjawab.. Paham tak tanggungjawab? Awak rasa suami awak bertanggungjawab ke? Kalau ikut islam jika suami mampu, memang isteri wajib ada di rumah.

Apa kepentingan nak kerja? Gaji besar. Suami sorang kerja saja dah t20.. Saya bimbang nanti suami awak bawakkan madu sebab memang dia mampu, madu tu pulak tak kerja. Fuuhhh. Meng4mok kan awak nanti?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.