Keluarga saya pun hasut untuk saya cerai sebab suami tak mampu nak bagi kemewahan. Lepas cerai, saya suruh suami jaga anak sebab saya tak pandai menjaga anak, selama ni suami yang jaga. Kini saya dapat suami baru kaya tapi saya menyesal..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya tak nak celoteh panjang. Cuma ingin berkongsi sedikit kisah hidup. Mungkin boleh dijadikan pengajaran walaupun saya sedar diakhir cerita ini, saya akan dikecam oleh pembaca pembaca.
Cuma terdetik untuk berkongsi sebab saya tengok trend isteri minta cerai terutama golongan muda sekarang ini seolah normal. Jangan menyesal dikemudian hari. Saya R, berusia 36 tahun. Saya sudah berkahwin dan ini merupakan perkahwinan kedua saya.
Perkahwinan pertama saya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sekarang sudah berusia 4 tahun dan dijaga oleh bekas suami dan perkahwinan sekarang saya juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Apa yang menyebabkan perceraian saya dengan suami pertama, disebabkan oleh sikap tidak sabar, harta, jealous dengan rakan dan faktor keluarga saya dan bekas suami juga. Saya dan bekas suami bekerja government dan kami bermula sebagai pegawai gred 41.
Pejabat kami di putrajaya berdekatan sahaja hanya berbeza precint lebih kurang 10 minit. Kami pergi kerja bersama, keluar rehat untuk makan tengahari bersama, ambil anak dari playschool bersama cukup bahagia pada awalnya.
Tetapi saya akui ada sesuatu yang saya rasa tidak cukup, bila saya tengok social media kawan bercuti luar negara, ada rumah sendiri, ada kereta yang best, saya rasa jealous. Kenapa saya tidak dapat semua ini dengan suami.
Untuk pengetahuan semua, bekas suami saya merupakan anak tunggal dan dia terp4ksa menanggung ayahnya yang sudah uzur di kampung sepenuhnya. Jadi kewangan bekas suami tidak begitu stabil, tetapi sewa rumah, makan minum, s4kit, pakaian dan kalau ada sekali sekala bercuti semua ditanggung oleh bekas suami.
Suami juga seorang yang sangat rajin, makan minum anak saya dia yang sediakan. Seperti masak, kemas rumah, basuh kereta, mandikan anak, tolong bancuh susu, basuh botol susu semua hampir 95% dibuat oleh bekas suami.
Cuma, sem4kin hari saya rasa sem4kin dingin, benci dengan bapa mertua dan menyalahkan bekas suami kerana saya rasa saya tidak dapat semua yang kawan kawan saya ada yang saya lihat di social media seperti rumah sendiri yang cantik, bercuti, kereta yang best disebabkan dia terlalu mementingkan ayahnya.
Duit dia banyak habis dekat situ. Itu adalah sangkaan saya, mungkin ya, mungkin tidak. Kami sering berg4duh dan saya senang tr1ggered oleh apa – apa yang bekas suami salah sikit. Masa ayah bekas suami s4kit dia nak tolong hantar ke kIinik pun saya marah.
Ye saya tahu saya jahat. Tapi per4ngai ketika itu susah untuk dikawal saya desak suami untuk ceraikan saya. Famili saya pun sedikit menghasut dengan katakan bekas suami tidak patut buat begitu begini, famili akan support lepas berpisah dan macam – macam lagi.
Tak lama lepas itu kami berpisah, saya setuju untuk serahkan hak penjagaan anak kami kepada bekas suami kerana saya akui, saya tidak begitu pandai menjaga anak. Sehinggalah sekarang, saya berjumpa dengan suami sekarang (bahasakan sebagai Z) ketika reunion pelajar Uni dan dari situ kami bercinta dan berkahwin.
Pada mula rasa bahagia sebab Z ini dari keluarga yang berada, ada rumah sendiri, kereta continental dan segala yang idamkan sebelum ini, akhirnya saya dapat rasa. Tetapi ‘bahagia’ itu tidak lama kerana Z ini sangat lah pemalas, langsung tidak membantu di dapur, pegang vakum pun tidak pernah, bangun tidur lambat, baju seluar habis kerja bersepah di lantai. Sudahlah tidak membantu, menambah beban selerak sana sini.
Keadaan m4kin tertekan bila kami dikurniakan anak. Si Z hanya datang main sekejap dengan anak tapi bila anak ber4k, k3ncing atau menangis terus pass kepada saya. Tidak pernah sekalipun Z tukarkan lampin anak. Pada ketika ini saya mula teringat betapa mudahnya saya ketika saya bersama bekas suami dulu.
Saya hanya perlu focus kepada diri sahaja. Yang lain semua bekas suami yang uruskan. Saya rasa ingin minta cerai kerana tidak tahan dengan Z tapi memikirkan sudah bercerai sebelum ini, perasaan malu itu jadi penghalang. Jadi kepada adik – adik baru kahwin setahun, dua, sabarlah jika diuji. Jangan menyesal dikemudian hari. – Puan R (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Fazil Mujahid : Aku yakin, bekas suami laki dia akan tr4uma untuk berumah tangga. Akan tr4uma takut jumpa pasangan yang d3ra dan make his daughter suff3r. Aku yakin bekas suami laki dia sekarang tengah focus pada anak dan khidmat pada ayahnya.
Allah bagi kelapangan pada dia untuk lebihan belanja bila dia tak perlu lagi tanggung bekas suami bini dia dari segi nafkah, makan minum dan sebagainya. Dia tak rasa sikit pun hilang apa – apa sebab segalanya dia yang buat dulu. Baik dari komitmen perbelanjaan rumah, maupun komitmen manage anak dan rumah. So kepada TT, terima kasih sebab melapangkan bekas suami laki ko.
Ijmal Kamil : Dia bukan masalah setahun jagung ke apa, nafkah semua lengkap. Korang dua – dua kerja, kalau semua gaji bekas suami tu dah habis tanggung rumah, nafkah dan ayah dia yang uzur, gaji kau tu takkan tak boleh hulur bantu apa yang patut? 95% kau cakap semua dia buat, nikmat apa lagi kau dustakan hanya sebab rasa tak dapat cuti apa tu semua? Aku lah orang cenggini.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.