Suami aku cakap macam – macam pasal perempuan tu, konon perempuan tu yang bermasalah. Tapi aku baca semua mesej dorang. Perempuan tu pert4hankan aku, bila suami burukkan aku..
#Foto sekadar hiasan. Aku dengan suami baru je kahwin dalam 2 tahun, masih baru dalam fasa honeymoon orang kata. But dalam masa 2 years ni dah 2 kali husband berlaku curang. Kali pertama kecurangan dia berlaku dalam jangka masa hanya dalam beberapa minggu perkahwinan.
Alasan dia curang adalah sebab kami PJJ pada waktu tersebut. Masa tu aku maafkan dia sebab segala mesej dia dengan perempuan – perempuan di media sosiaI tidaklah terlalu keterlaluan. Baru bunga – bunga permulaan nak curang.
Setelah beberapa bulan kami mula menetap bersama di rumah keluarga aku. Keluarga aku tak ramai, tambah lagi mak aku dah meninggaI dunia. Adik sudah berkahwin dan aku hanya duduk dengan ayah aku je sebelum ni.
Untuk pengetahuan, ayah aku pun jarang ada rumah sebab dia seorang yang sibuk dengan kerja. Jadi bermulalah kehidupan kami bersama – sama sebagai suami isteri tanpa istilah PJJ. Hari pertama suami aku berpindah ke rumah, aku dah rasa pelik sebab dia 24/7 tak berenggang dengan handphone dia.
Aku pernah tegur beberapa kali tapi sama, tiada perubahan. Aku rasa sunyi sangat sedangkan ada suami dekat rumah. Jadi, bila aku sunyi, kadang – kadang aku keluar rumah pergi kubvr mak aku sebab aku rasa tenang bila dekat dengan someone yang tak pernah betrayed aku sepanjang hayat dia.
Lama – kelamaan aku dah immuned, terbiasa dengan sikap suami yang addicted dengan phone (game dan youtube). Kadang – kadang aku selalu merajuk bila aku try nak borak dengan suami tapi dia macam acuh tak acuh sebab terlalu fokus dengan handphone. aku frust dan aku pujuk hati aku sendiri je.
Itu belum masuk lagi dengan hal – hal lain seperti hal kewangan. Credit card, dia guna sampai over limit dan duit dia habis ke mana pon aku tak tahu. Aku tak nampak mana hasilnya. Tapi aku simpan ketat – ketat isu ni sebab aku tak nak isu duit boleh menyebabkan lagi hubungan aku dengan suami m4kin taw4r dan maybe hubungan dia dengan orang lain pon akan terjejas.
Kalau dia susah, aku akan tolong yang mana mampu dan aku halalkan beberapa bulan duit nafkah aku sebab kesian tengok dia. Pada awal bulan Oktober ni sekali lagi suami aku kantoi hantar whatsapp Iucah pada officemate aku.
Sebenarnya aku yang masukkan dia untuk kerja 1 company dengan aku sebab contract dia dengan company lame ended due to MCO. H4ncur hati aku bila seorang suami yang aku sayang buat aku macam ni. Aku malu nak pergi kerja pandang muka perempuan tu tapi nasib baik perempuan tu tak ambil apa – apa tindakan dan dia suruh aku selesaikan sendiri isu ni dengan suami aku baik – baik.
Perempuan tu sangat baik walaupun suami aku mengadu macam – macam pasal aku dekat perempuan tu. Mungkin dia nak tutup kesalahan dia, jadi dia nak salahkan perempuan tu plak. Aku baca semua perbualan dorang, dan perempuan tu m4ti – m4ti pert4hankan aku bila suami aku cuba burukkan aku.
Jadi, dalam kes aku ni naseb baik takde wujudnya penyondol. That girl tak melayan walaupun dia non-muslim. Aku macam terhutang budi dengan dia. Aku tanya my husband, kenapa dia burukkan aku. Dengan slumber dia jawab, saja nak dapatkan perhatian dari perempuan tu.
Allahu… Aku penat balik kerja, setiap hari masak dan buat kerja rumah sebab nak bagi dia selesa dan jimatkan duit tak makan luar tapi ‘ini’ dia baIas pada aku. Sekarang aku dah kenal siapa lelaki yang tido sebantal dengan aku.
Aku tr4uma dan kecewa sangat – sangat sangat dengan suami aku. Aku bentang sejadah aku menangis depan Allah, aku try positive dan maybe Allah nak bagi aku pahala sabar segunung untuk ujian ni. Mungkin juga Allah nak hapuskan d0sa – d0sa aku dengan ujian ni.
Minggu lalu, aku dah dapatkan counseling session di Pejabat Agama. Suami aku sentap sebab ustaz di Pejabat Agama banyak pertahankan aku dan aku ada nasihatkan dia untuk belajar rendahkan ego dan perbaiki diri dia. Aku dalam dilema sama ada mahu terima suami semula atau move on sementara belum dikurnakan rezeki cahaya mata.
S4kit sangat Iuka yang dia bagi pada aku ni. Aku teringat apa yang dia burukkan aku. Dalam solat, aku selalu doa untuk suami aku, supaya dia berubah dan dijauhkan daripada sebarang perkara tak diingini. Aku cuba untuk positive dan fikirkan segala kebaikan dia sepanjang perkahwinan kami tapi aku selalu teringat isi kandungan whatsapp yang aku ambil daripada officemate aku.
Walau sekarang, aku nampak perubahan pada dia, aku tetap takut untuk buka semula pintu hati aku pada dia. Doakan suami aku dapat kerja baru dan jika lepas dia dapat kerja, kami bukan lagi suami dan isteri, aku tetap akan doakan yang baik – baik untuk dia. Aku sayang dia. Doakan aku kuat dan urusan aku dilancarkan. – Nur (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Adnidail Kitchen : Maaf puan, rasanya kalau sampai tahap memburukkan isteri, dia bukan suami yang baik.. curang mungkn perkara biasa bagi lelaki tapi kalau dia sampai memburukkan isteri, dia tak ada rasa Ihsan pada isterinya. Puan kita harus hidup bersama dengan orang yang baik supaya kita dapat hidup dengan tenang.
Nur Hela : Sis ni baik orangnya. Tak mudah melenting dan ada rasa malu. Segelintir pompuan dia pergi hambur si penyondol tanpa rasa malu padahal yang t4ik tu laki dia. Insyaallah orang baik – baik ada pengakhiran yang baik. Saya doakan sis temui jalan bahagia. With or without him.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.