Aku tengah mengandung dan bila – bila je boleh terberanak. Masa aku tengah tunggu doktor, aku hantar a – z apa yang aku dapat dari telefon suami aku, time ni bahasa aku kau. Nurse marah sebab tekanan aku tinggi, dan minta aku bertenang. 4 kali ambil tekanan d4rah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih banyak jika confession ini di siarkan. Confession ni agak panjang, sebab aku tidak pernah bercerita dan meluah dengan orang apa aku rasa dan aku tidak tahu macam mana hendak pendekkan cerita tetapi aku akan cuba!
Aku cuba untuk menyusun setiap kejadian agar pembaca sekalian boleh membaca dan memahami situasi sebenar kejadian yang aku aIami sehinggakan aku mengaIami depr3ssion, mer0yan, menangis tengah malam dan tekanan disebabkan tiada tempat meluah dan aku simpan semua ini sendiri.
Aku perkenalkan sedikit mengenai diri aku. Namaku Dha dan sudah semestinya nama samaran. seorang isteri, baru sahaja melahirkan secara c-section seorang superhero yang comel, bekerja di sektor kerajaan, berbadan berisi, berkaca mata dan tidak pandai bermake-up, tinggal bersama kedua ibu bapa sepanjang tempoh aku dan suami berpjj.
Aku dan suami telah berkenalan sejak zaman sekolah menengah (tahun 2007) yakni zaman cinta monyet lagi, maksudnya sudah hampir 14 tahun usia perkenalan dan percintaan aku dan suami. Tidak dinafikan sepanjang bercinta ada pasang surutnya, akhirnya kami menetapkan untuk bertunang pada tahun 2015, dan berkahwin pada tahun 2018.
Tempoh pertunangan yang agak lama disebabkan suami masih belajar di tahun akhir di salah satu institusi kejururawatan di malaysia ini. Ditakdirkan setelah 2 tahun lebih bertunang, rezeki suami dapat kerja di seberang di salah satu hospitaI terkemuka di malaysia sebelum kami berkahwin.
Sepanjang tempoh tahun pertama berpjj bersama suami, alhamdulillah segalanya baik – baik belaka. Kejadian ini terjadi apabila negara diser4ng dengan pandemik dan bermulalah suami tidak dibenarkan pulang ke tanah air dengan alasan “sibuk” dan cuti dibekukan.
Pada pertengahan tahun 2020, ketika covid tengah reda, suami dibenarkan pulang bercuti dan 3 hari sebelum suami terbang untuk kembali bertugas, aku disahkan mengandung 9 minggu. Alhamdulillah rezeki selama 1 tahun menunggu.
Bermulalah hidup aku mengurus diri sendiri sepanjang tempoh mengandung (masih di bawah jagaan dan perhatian kedua ibu bapa tetapi kebanyakan urusan aku buat sendiri). Awal pregnancy peri0d ni aku mengaIami morning s1ckness yang teruk sehingga berat badan aku susut dari 83kg turun mend4dak ke 73kg.
Dan aku juga disahkan k3ncing manis semasa mengandung dan beta thaIasemia (di mana aku perlu ambil d4rah setiap dua minggu dan perlu ambil bacaan gula dalam badan setiap dua minggu) waktu ni aku masih ok. Setiap kali selesai berkIinik aku akan menceritakan melalui whatsapp apa yang terjadi pada diri kepada suami aku.
Ya setiap kejadian aku ambil gambar dengan harapan aku akan diberi perhatian penuh lagi lagi usia kandungan aku memasuki 7 bulan. Setiap apa yang aku idamkan, apa yang aku buat aku akan whatsapp suami aku, setiap detik pergerakan perut aku, aku ambil video hantarkan pada suami aku.
Dengan harapan aku tidak mahu dia ketinggalan untuk melihat tumbesaran anak dan terasa hati sebab tidak dapat bersama menjaga kandungan aku dan diri aku sendiri. Tetapi apa yang aku dapat? “Bluetick”.. Aku cuba mempositivekan diri, di mana dia sibuk bekerja untuk aku dan kena pula apabila dia menyatakan general wad yang dijaganya bertukar menjadi wad pes4kit covid, di sini bermulanya sibuk yang tidak terhingga.
(Ya Allah, kuatkan aku untuk meneruskan cerita, even kejadian ini sudah berlalu, rasa s4kit dan tekanan yang aku aIami waktu itu masih kuat dan sangat terasa). Ditakdirkan masuk usia kandungan 8 bulan, aku juga disahkan bersalin awal dari tarikh yang sepatutnya disebabkan gdm.
Persediaan barang barang baby aku belum dapat sediakan disebabkan gaji aku terpakai untuk membantu kedua ibu bapa aku. Nafkah yang suami berikan.. bertangguh disebabkan dia banyak pakai duit akhir akhir ini katanya.
Aku pelik, duit gaji dan elaun dia ke mana sehingga aku minta untuk tambah belikan barang barang bayi dia mula marah, dan minta waktu untuk beli barang bayi. Tanpa banyak berfikir, aku gunakan kesemua baki duit gaji aku untuk membeli barang keperluan anak aku dan rezeki waktu itu kerajaan memberikan rm500 kepada semua penjawat awam.. aku bersyukur sangat.
Bila aku nyatakan aku sudah beli apa yang patut, siap hantar gambar barang – barang yang aku beli. Aku hanya dapat bluetick dan di reply pada malam hari. Aku terasa dan s4kit hati, dengan perut aku yang sem4kin membesar, aku beli barang barang keperluan sendiri, a-z aku beli.
(Syukur waktu beli barang ada adik – adik yang tolong aku angkat barang – barang, Di sini aku terasa sebab bukan diorang yang sepatutnya angkat barang bayi tu, tetapi suami aku!) aku mula merasa musykil di mana sesibuk mana pun suami aku dahulu, dia tetap ada masa untuk memberitahu kepada aku dan aku faham.
Birthday aku, anniversary kami dia hanya wish biasa – biasa tidak seperti dulu. Aku positive dia sibuk bekerja dan cuba curi masa untuk wasap aku dan wish aku. Setiap hari aku wasap pukuI 8 pagi pasti akan bluetick dan hanya di reply pada malamnya dan menyatakan pada aku “sibuk dan penat” serta meminta maaf sebab tidak melayan aku.
Isteri mana yang kuat melihat suami berhadapan dengan musvh yang tidak jelas kelihatan dengan keadaan berbaju FULL PPE (dia menghantar gambar dia memakai pakaian tersebut). Lagi memusykilkan bila aku wasap hari ini, besok tengahari baru kena reply atas alasan tertidur sebab penat kerja double shift dan telepon habis bateri.
Kejadian ini berulang sepanjang 1 – 2 bulan lamanya. Masa ni aku cuba husnuzon dan berdoa jika suami aku buat benda tidak patut aku minta Allah tunjukkan padaku. Aku mula merasa pelik bila motor yang di pakai ada saja kerosakan, baiki macam mana pun tetap ada part lain yang rosak, duit selalu tidak cukup, selalu ada masalah di tempat kerja.
Still aku masih boleh positive lagi. Benda benda ni semua dia bagitau bila dia sampai rumah dan dia cuba ambil hati aku balik dengan menceritakan apa yang terjadi hari itu. Kebanyakan cerita semua g4ntung disebabkan dia tertidur sebab “penat”.
Aku cuba nyatakan rasa aku kepada suami aku. Dan suami aku mereply panjang wasap tu sehingga penuh skrin telefon, huhuhuhu dalam wasap tu dia nyatakan dia tekanan, duit tidak cukup, barang – barang banyak mau di bawa balik, dengan tekanan daripada management hospitaI, dengan tekanan tempat kerja, dengan tekanan “isteri selalu wasap”.
Dengan masalah itu, masalah ini dia menceritakan kesemuanya dan nampak dalam ni seperti aku yang salah, dia tidak mau menceritakan kesemua ini pada aku disebabkan tidak mau aku tekanan dan terganggu disebabkan aku tengah mengandung.
Hari tu kami berg4duh dan aku start tidak wasap dia seperti mula – mula, aku hanya wasap dia bila aku pergi kerja, balik rumah, dan berjalan ke mana – mana. Itu pun jika dia bertanya lebih aku hanya bagi dia bluetick dengan harapan aku tidak berikan dia tekanan yang baru.
Ditakdirkan rezeki 2 minggu sebelum aku admit hospitaI, suami aku dapat pindah ke tempat asal dan gembiranya susah untuk jelaskan. Sehinggakan s4kit hati dan apa jua kejadian sebelum itu aku mampu lupakan hanya kerana suami dapat pindah dekat dengan aku.
Sepanjang tempoh suami kemas barang, wasap masih macam dulu dengan alasan “sibuk” kemas barang dan tidak mau ada yang tertinggal dan tidak mau ulang alik ambil barang lagi. Aku masih positive. Suami aku balik pada hari ahad dan buat supr1se dengan bantuan kakak aku, yes aku menangis, terk3jut, sebab waktu dia balik ni aku tengah tidur, sumpah penatnya bawa perut yang besar huhuhuhu.
Waktu ni kegembiraan tidak terkata, ya sangat gembira. Besoknya isnin suami aku perlu melapor diri dan perlu ambil swab test di hospitaI baharu. Disebabkan suami baru sahaja ambil swab so dia dapat cuti tiga hari untuk menunggu result keluar.
Hari pertama dan kedua semua berjalan lancar, telefon aku check semuanya ok dan tiada masalah. Hari ketiga, aku ada appointment last di kIinik dan sebelum aku tidur aku cuba check telefon dia waktu dia tidur dan aku niat, “Ya Allah, jika benar suamiku ada buat benda yang tidak patut di belakangku, maka tunjukkanlah bukti – bukti kepadaku”.
Waktu ni jam 2.40am, aku tidak dapat tidur sebab memang orang mengandung tidak tidur masa ni, dan dengan izin Allah SWT, Allah Maha Besar, Maha mengetahui. Aku terjumpa satu folder dalam apps dokumen, dan aku terjumpa gambar suami aku dengan perempuan lain.
(Perempuan ni muda dua tahun dari aku, kurus, berkaca mata, berlesung pipit, agak comel, manja dan bekerja sebagai nurse) bergambar berdua, gambar makan bersama – sama, ambil video main geletek pinggang, skrin recording diorang bervideo call,
Siap pergi cameron highland bersama, bergambar seperti berpeIuk di cameron highland tu, dengan muka gembiranya suami aku bergambar dengan perempuan tersebut (patutlah duit selalu tidak cukup, berabis berjoIi dengan perempuan ni) ya Allah.. Waktu ni perasaan aku bercampur baur.
Tapi aku cuba positivekan diri sebab aku tengah mengandung, dan bila – bila masa saja aku boleh terberanak dan aku tidak mahu anak dalam kandungan aku str3ss (sebabtu aku banyak positive dalam cerita ni), aku cari wasap, aku cari semua tempat, rupanya chat perempuan tu di”archive”kan, dan chat dalam tu sudah diclearkan.
Dan namanya juga suda di ubah. Aku menangis aku s4kit hati aku marah aku geram semua aku terasa hingga aku dapat rasa jantung aku degup kencang dari yang biasa. Sebelum apa – apa, aku sengaja send semua gambar dan vdeo tu dalam wasap ke tempat aku.
Lepastu aku sengaja delete mesej biar dia terasa. Aku punya marah sehingga kipas yang aku pakai boleh patah ketika berpusing (hahahahahaha yang ni maybe sudah ajaInya tapi kena sangat dengan waktu) time ni suami aku terbangun dan aku pura – pura tidur.
Masa ni jam 4.50am. Aku cuba tidur tetapi tidak dapat dan hanya terlelap bila aku berzikir menenangkan hati, itu pun rasa seperti 30 minit tidur dan alarm berbunyi menandakan aku kena bangun dan bersiap untuk pergi kIinik.
Pagi tu aku bersiap dengan keadaan muka aku muram, dan tidak bercakap langsung dengan suami. Suami sudah bangun dan bertanyakan apa yang aku hantar di wasap pada telefon aku, aku diam dan tidak bercakap apa – apa.
Suami menghantarkan aku ke kIinik, kalau ikutkan boleh saja aku drive sendiri, tapi dia nak jugak hantar, so biarlah. Suami hantar aku ke kIinik dan dia balik rumah untuk urus barang – barang dan akan datang ambil aku semula sekiranya sudah selesai.
Dengan kurang tidur, degupan laju, aku masuk kIinik, check apa semua, nurse marah sebab tekanan aku tinggi, dan minta aku bertenang (4 kali ambil tekanan). Waktu aku menunggu untuk berjumpa dengan doktor, masa menunggu sangat lama sebab ramai sangatt.
So aku ambil masa ni, aku hantar a – z apa yang aku dapat dari telefon suami aku, time ni bahasa aku kau, aku bergegar betul waktu hantar semua ni, suami explain, bincang nanti sudah selesai. Suami aku menunggu depan kIinik dan dia menjemput aku (takut aku lari naik grab) dalam kereta aku diam dan aku cuma cakap aku lapar.
Sepanjang perjalanan ke kedai tersebut, aku diam dan diam tanpa tengok dia. Sampai saja di parking kereta, suami aku menahan aku dari buka pintu kereta dan ingin berbincang. Start sana aku meIetup a – z dengan keadaan aku menangis – nangis, aku tanya apa salah aku semua, dia diam.
Aku minta penjelasan, dia bagitahu alasan dia sibuk selama ni sebab dia luangkan masa dengan perempuan tu, dia penat bekerja petangnya dia akan spend time dengan perempuan tu, malam bluetick sebab sibuk videocall dengan perempuan tu.
Dia kata dia sunyi, dia tawar hati dengan aku hanya sebab tidak dapat balik berjumpa aku, suami meminta maaf, tetapi aku masih tidak dapat terima maaf. Sehingga sekarang, alhamdulillah aku memaafkan suami dan sedang berusaha untuk melupakan kejadian ng3ri dalam hidup aku.
Sejak dari itu, aku mula rasa ins3cure, keadaan aku m4kin teruk bila aku induce dan ditakdirkan beranak secara c-section sebab fetaI distr3ss. Selepas beranak, aku mula mer0yan, aku menangis tiap malam, aku akan pegang tempat Iuka aku dan menangis sepuasnya ( Iuka masih baru, masih berd4rah) sepertinya otak dan perasaan aku tidak dapat menerima tekanan yang berlebihan.
Jika aku terasa tekanan sikiit sahaja, aku akan menangis dengan sendiri dan seperti bukan diri aku. Sekarang sudah masuk bulan ke 6 aku cuba menjaga diri, dan menjaga kesihatan mentaI dan perasaan aku. Bila aku perlu menangis, aku hanya menangis sehingga satu tahap air mata aku terasa kering dan tiada air mata keluar.
Aku mula rasa takut dan aku tidak mahu makan ubat hanya disebabkan rasa aku ini, aku mula sem4kin positive dan aku cuba cari balik diri aku, yes memang susah, tapi aku perlu dan harus, aku ada anak untuk di jaga, suami?
Aku sudah bagi warning, kalau terjadi lagi seperti ini, aku tidak teragak untuk memfailkan penceraian. Aku berani sebab bapa aku bekerja di jabatan agama, jadi semua proses penceraian boleh minta bapa aku uruskan. Sekarang aku cuba untuk memperbaiki hubungan dengan suami, suami menyesal dan berjanji tidak akan buat lagi (part yang ni dengar boleh percaya tu jangan).
Aku bertahan sebab aku berkahwin dengan suami aku kerana aku mau cari redha Allah. Aku mencuba untuk menyeIamatkan rumahtangga aku. Setiap kali aku tengok gambar tu (sebelum aku delete) aku doa itu hari – hari. Sebab aku tidak dapat tanggung s4kit yang aku dapat.
Mohon maaf sebab aku cuba doa yang baik – baik, doa itu yang terkeluar dari mulut dan hati aku. Wanita itu sudah tau dia suami orang, kenapa masih melayan siap ajak pegi cameron? Yes dia starting, tapi masih boleh tepis pukuIan kan?
Still cant not brain sampai sekarang gaya kau dengan suara manja gedik kau dengan suami orang. Apa pun thanks to all readers, sorry sangat cerita aku panjang. Actually ada lagi, tapi aku tidak dapat tahan rasa s4kit yang terthrowback ni.
Mohon maaf aku cuba pendekkan tapi ini kali pertama aku memberanikan diri untuk meluah apa yang terbuku. Aku cuba pend4m tapi hati aku tidak mampu bertahan. Maafkan aku, dan doakan semoga rumahtangga aku dan suami berkekalan hingga ke jannah (walaupun kepercayaan aku masih 50/50). – Dha (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zawiyah Kaderi :
Yang paling utama diri sendiri dan anak tu jaga elok – elok, mentaI dan fizikaI. Suami tu kayu rapuh berulat. Jangan sandar kat kayu rapuh nanti jatuh. Dunia ini luas dan indah dik, jangan sempitkan dengan penjara sendiri ok. Get ready to ber4mbus anytime.
You are beautiful, you are smart, you are worthy of happiness, you are independant. You are a good mum, an attractive woman, a good muslim. You have a bright future WITH OR WITHOUT a husband. Belajarlah melihat kelebihanmu dik, segala kurniaan Allah untukmu. Go to heII with your husband. Jalan terussss.. jangan mengemis cinta manusia.
Mohammad Thariq : Isteri aku baru jugak melahirkan seorang puteri alhamdulillah. Tapi bila bca ni dapat bayangkan betapa peritnya isteri tu menanggung semua sendiri. Lalui smua proses waktu mengandung dan melahirkan sendiri.
Allahu, Semoga Allah membaIas kebaikan confessor dengan sebaiknya. Semoga suami – suami yang mmbaca confession ni dapat betolkan semula niat awal kita kahwin dengan isteri. Setiap prbuatan kita, tanya balik diri, apa akan jadi akan datang nanti kalau aku buat macamni. Setiap manusia tak sempurna tapi usahala sebaiknya supaya dapat menutup ketidaksempurnaan.
Fatini Zulkifli : Ini kali ke-sejuta kali saya tulis. Tiap – tiap kali baca confession isteri dicurangi, saya cuba untuk tulis. Saya tulis lagi untuk kali ke-sejuta satu. Hihi. Sis Dha, minta suami buat lafaz takIik, secara specific. “Kalau abang curang lagi atau sentuh bukan m4hram atau kahwin tanpa izin Dha, maka jatuh lah taIak satu.
Sekiranya abang melakukan tapi menyorokkannya, maka ceIakalah abang di dunia dan di akhir4t.” Buat bertulis dan bertandatangan. Buat banyak – banyak. Satu bagi dia, satu awak, satu mertua, satu parents Dha. In case kalau bercerai, pihak mertua tak mengata Dha tak pandai jaga suami.
Tapi anak lelaki dia yang ceIaka. Rekodkan audio juga just in case dia bakar semua bukti bertulis. Sekian. Ada sorang ni cerita, member dia ditaIak satu sebab suami kant0i langgar takIik bila eksiden dengan skandaI. Kaki takda, skandaI lari, isteri angkat kaki. Kalau fail cerai, leceh pula naik turun mahkamah, cari peguam. Lafaz takIik senang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.