Sebelum berkahwin, Suami cerita dia datang dari keluarga miskin. Dia kata kereta aku lagi besar dari tandas rumah dia. Malam pertama kahwin, mak aku hadiahkan katil, bersinar muka suami, dia kata tu kali pertama dia ada katil, ada cadar lembut, gebu. Aku masuk tandas, menangis…
#Foto sekadar hiasan. Sebelum aku start aku cuba to cut short and straight to the point. Sorry kalau ayat aku tak berbunga – bunga. Hi semua. Aku Ayu. Umur 35 tahun, ada anak 2 orang. Aku surirumah, sambil – sambil tu aku berniaga.
Aku kahwin dengan Mat. Dan ini tahun ke-5 perkahwinan kami. Penulisan aku ni adalah pengalaman aku hidup bersama suami. Aku kenal Mat dari FB dan Ig. Luarannya aku nampak dia manusia normal. Lelaki. Banyak dengan kawan. Main game. Main bola. Normal biasa. Tak ada apa kurang pun dengan dia.
Kami berkenalan, bertunang dan kahwin. Tempoh bertunang hingga kahwin adalah 6 bulan. Tempoh berkenalan dalam 1 tahun. Sebelum berkahwin, Mat ceritakan dia datang dari keluarga miskin. Bila dia sebut miskin, aku tersentak.
Bukan tersentak tak sudi, tersentak sebab aku lebih familiar dengan perkataan “biasa – biasa” atau “susah” atau “sederhana”. Emaknya isteri ke-4 hasil 6 perkahwinan. Aku diam. Masa tu dia kata kereta aku lagi besar dari tandas rumah dia.
Susah jugak aku nak brain kata – kata Mat masa tu sebab pada aku, apa dia ni. Hahaha. Aku tak fikir panjang pada aku, rezeki Allah ni kita cari. Jomlah sama – sama cari walaupun akhirnya dia suruh aku jadi housewife dan niaga kecil – kecilan je.
Lalu, berkahwin lah kami. Setiap malam, aku tidur aku tengok muka suami aku dengan penuh simpati. Aku kasihan ke dia, penat sungguh perjalanan dia. Awal berkahwin, Mat sewakan rumah corner lot untuk aku. Padahal kami berdua je.
Dia kata “Tak apa, senang sikit awak bernafas ada rumput. Nanti ada anak boleh main”. Gated dan guarded. Dia kata tak apa, dia kerja balik lewat, dia nak aku selamat. Berbeza dengan kawasan perumahan M membesar.
Banyak mat d4dah. Botol ar4k. Sampah bertebaran. Warga asing. Tikus. VandaIism. Dan lain – lain. Aku ingat dulu, masa masuk rumah, mak aku kasi bawa set katil dan almari dari rumah mak aku. Mak aku kata tak apa pakai dulu, nanti ada duit upgrade.
Masa katil tu sampai rumah, aku tengok bersinar – sinar muka M. Malam nak tidur dia kata pertama kali dia ada katil dalam rumah dia. Ada cadar lembut. Bantal gebu. Comforter. Aku masuk tandas menangis. Belum bab sofa, masa tu kami berdua baru kahwin.
Yelah, duit ke majlis dah banyak habis. Kami beli sofa second hand. Kecil je sofanya. Ya Allah dipeIuk – peIuknya sofa tu. Dia kata pertama kali rumahnya ada sofa. Belum lagi set pinggan mangkuk, cawan, almari, meja makan, iron board, karpet, dan lain – lain yang setiap kali kami bawa ke rumah, mesti suami aku bersinar – sinar matanya. Katanya pertama kali ada dalam rumah sendiri.
Mat pernah cerita ke aku. Hidup semasa kecilnya penuh dengan tr4uma. Tr4uma kesusahan dan kemiskinan. Emak ayahnya mengajar pondok, jadi mereka lebih pilih untuk hidup dengan caranya sendiri walaupun aku rasa boleh sahaja mereka untuk hidup lebih elok.
Aku malas nak ulas bab parenting mak pak mertua aku. Huhuhu.. Selain tr4uma kesusahan, Mat pernah cerita dia ada tr4uma keluarga. Mat confuse antara mak tiri dan makcik. Abang tiri dan abang saud4ra. Apa itu cerai dan poIigami.
Mat sedar dan faham sendiri ketika darjah 4. Bila kami ada anak, aku perasan, Mat lebihkan anak aku ke rumah mak ayah aku. Apa – apa dia akan hantar aku ke rumah mak ayah aku, lepastu baru Mat uruskan yang beIah keluarga dia.
Mat ada 2 abang. Satunya berhijrah, jauh. Lagi satu, menghilangkan diri. Masa awal awal kahwin, ketika kami sama – sama beli barang dapur pun banyak perkara aku ajarkan ke Mat supaya dia rasa lebih selesa untuk kehidupan seharian.
Aku ajar pilih telur yang elok. Roti. Brand Sardin. Daging. Makanan breakfast. Jenama sos. Hatta pencuci pinggan pun aku ajar beli yang elok, sekali picit buih banyak. Boleh pakai lama. Mat pernah cerita, di sekolah dia diejek baju kepam kerana sabun yang digunakan buat baju tak berapa wangi.
Jadi untuk ubati sedih dia, aku buh sabun wangi – wangi hahaa jadi baju kerja suami aku wangi. Setiap kali ke pasaraya soalan wajib dari aku “Awak nak cuba apa?” Aku kasi ruang Mat lepaskan his inner childhood untuk rasa apa yang dia terlepas ketika kecil.
Kadang – kadang anak beli toys pun dia tumpang sekaki. Banyak lagi cerita Mat yang aku harap, jika ada pembaca yang merasainya, cukuplah kita kita sahaja yang rasa, tidak turun ke anak – anak. Semoga Allah panjangkan usia kita, kuatkan kudrat kita, untuk kita berikan yang terbaik untuk anak – anak kita.
Supaya kurang kesusahan em0si dan mentaI mereka semasa kecil. Maaf dari aku jika ada yang terasa dengan kisah suami aku. – Ayu (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Khalas Qabbani : Terharu baca.. aku taktau kenapa instead ucap tahniah, aku rasa lebih nak ucap terima kasih pada TT. Terima kasih kerana menjadi manusia yang baik, isteri yang baik, dan aku percaya, seorang ibu yang baik. Aku doakan semoga TT dan keluarga selalu bahagia dan selamanya dalam redho dan rahmah illahi.
Farah Nabilah : Saya berkahwin dulu pon ex suami saya pon sejenis keluarga dia jenis basuh baju kepam. Bagi dorang basuh dengan sabun debu tu bila bau sabun debu tu tak bilas habis tu kira baju bau wangi. Padahal bau sabun.
Jadi bajukan bau kepam. Tuala kongsi satu rumah ramai – ramai. Lepas tu tak sidai. First masuk dalam keluarga dia. Akan terk3jut jugak la. Saya pulak menantu perempuan tunggal. Lepas dorang tengok cara saya tak bagi suami guna tuala kongsi.
Ex suami ada tuala sendiri. Baru ramai – ramai ikut masing – masing ada tuala sendiri. Tengok saya guna downy atau softlan. Baru semua duk ikut nak baju bau wangi jugak. Dorang bukan susah tapi sejenis berkira apa – apa beli yang murah supaya duit tak banyak habis.
Noor Hidayah Abdul Jalil : Sis, saya baca 2x kisah sis ni. Nak menghayati lebih lagi. Allah ya Allah, kadang – kadang tak sedar nikmat yang disangka biasa rupa – rupanya luar biasa bagi orang lain. Moga kita semua terus diberikan kekuatan untuk memberikan yang terbaik buat keluarga dan sentiasa menjadi golongan yang bersyukur. Aamiin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.