Suami kata perkahwinan kami tak boleh bawa dia ke syurga, jadi dia dah jumpa ustazah sebagai ganti

Waktu nak kahwin ayah berkeras letak wang hantaran 10k. Aku pujuk ayah tapi ayah kata dia tahu apa yang dia buat. Senyap2 aku tolong suami, aku hanya suruh dia bagi 1k, selebihnya aku yang bayar guna duit simpanan. Tapi akhirnya ini yang aku dapat dan kini aku sedar kenapa ayah letak hantaran 10k untuk aku dulu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku tidak berniat hendak bercerita panjang – panjang sebab aku sangat sibuk sebenarnya.  Aku, ibu tunggal kepada dua anak. Punyai kerjaya yang stabil dan berpendapatan agak lumayan. Berpendidikan tinggi dalam bidang pr0fessional.

Berperwatakan kecil molek maka sesiapa yang tidak mengenali akan menyangka aku jauh lebih muda dan belum pernah berkahwin. Padahal hakik4tnya sudah hampir 10 tahun aku menyandang status ibu tunggal.

Tempias kisah sebelum ini membuatkan aku teringat kisah aku lebih kurang 15 tahun yang lalu. Waktu itu aku baru mengenali bekas suami aku. Kami sebaya, bezanya dia di aliran agama, bakal ustaz. Sedangkan aku aliran biasa – biasa sahaja.

Fikiran aku yang cetek pada ketika itu sangat mendambakan seorang yang alim dan beragama untuk menemani aku hingga ke Syurga. Ya, itu lah impian aku yang h4ncur di tengah jalan. Kami diperkenalkan melalui orang tengah.

Maklumlah, berkenalan dengan bakal ustaz maka segalanya ini adalah untuk menjaga ikhtilat dan adab. Dipendekkan cerita, melalui perkenalan itu sepertinya kami sama – sama tertarik. Maka kami meniti ke peringkat seterusnya untuk menghalalkan perhubungan kami.

Kami bertunang di saat aku sudah bergeIar graduan, telah mula membina kerjaya, dan sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, sedangkan dia masih berbaki dua semester. Mata aku ‘buta’ ketika itu. Aku langsung tidak memandang harta dan status, malah sanggup menunggu dia.

Ikhlas aku rasakan untuk susah senang bersama dia. Dalam tempoh pertunangan itu lah aku telah membuat satu kesilapan yang setelah lama baru aku sedar. Setelah dia bergeIar graduan, kami membuat keputvsan untuk bernikah dan kedua keluarga bersetuju.

Cuma pada ketika itu ayahku berkeras meletakkan hantaran RM10k. Pada waktu itu aku simpati dengannya apabila memikirkan keadaannya yang baru habis belajar dan belum bekerja. Keluhannya mendorong aku untuk cuba berbincang dengan ayahku untuk mengurangkan nilai hantaran.

Ditambah pula mentaI aku ketika itu sering dimom0kkan dengan pembacaan aku mengenai isu hantaran yang dik4takan membebankan pihak lelaki dan menghalang atau melambatkan niat baik suci murni pasangan yang ingin berkahwin untuk mendirikan rumahtangga.

Waktu itu aku merasakan ayahku tidak patut meletakkan hantaran setinggi itu untuk bakal suamiku. Tapi ayahku berkeras, katanya “ayah tahu apa yang ayah buat.” Perasaan tidak puas hati dengan keputvsan ayahku dan perasaan simpati pada dia telah membuatkan aku membuat satu tindakan b0doh.

Aku memang pandai menyimpan wang gajiku maka aku berkompIot secara rahsia untuk membantu dia untuk melangsaikan hantaran aku. Pihak keluarga mertua aku ada juga membantu dia tetapi hanya sedikit sahaja.

Atas persetujuan bersama secara rahsia, aku hanya menyuruh dia melangsaikan RM1k sahaja manakala selebihnya aku bantu dengan mengeluarkan simpanan aku. Aku sanggup berahsia dan ketepikan pendirian ayah aku sendiri, demi perkahwinan ini.

Akhirnya kami selamat berkahwin. Awal perkahwinan pasti segalanya indah. Dia mula bekerja. Walaupun bergaji kecil aku tidak pernah mempersoal malah membantu mana yang kurang. Namun, sem4kin lama aku sem4kin tertanya – tanya di mana aku di hatinya.

Aku mula menyedari sikapnya yang tidak menghargai diri aku. Pernah kami sama – sama belum makan malam dan selepas maghrib aku dan dia tertidur kepenatan setelah siangnya bekerja, sedar – sedar aku lihat dia sedang enak makan sendirian.

Rupa – rupanya dia telah keluar dan hanya beli makanan untuk dirinya sendiri sahaja. Sedikit pun aku tidak dipelawa dan sedikit makanan pun tidak ditinggalkan untuk aku. Pernah juga kami keluar bersama, dan hanya kerana lambat beratur membeli tiket sedangkan dia memiliki Touch n Go, aku ditinggalkan terkebil – kebil di stesen.

Pernah juga sewaktu keluar bersiar – siar, dia berjalan begitu laju dan jauh di hadapan sedangkan aku yang sarat mengandung anak sulung mengah terkejar – kejar di belakang. Sayup dia tinggalkan aku di belakang dan terus menunggu aku di kereta.

Sampainya aku di kereta dimarahnya aku kerana lambat sedangkan waktu itu Tuhan sahaja yang tahu betapa s4kit pinggang dan kaki aku berjalan laju dalam keadaan mengandung 7 bulan. Pada satu ketika kami diuji dengan perhubungan jarak jauh apabila dia mendapat tawaran kerja yang lebih baik jauh di negeri lain, sedangkan aku terik4t dengan pekerjaan aku di Kuala Lumpur.

Setiap hujung minggu dia balik menemui aku. Tetapi sepanjang lima hari seminggu kami berjauhan, andai aku tidak menghubunginya, tidak pernah sekali pun dia menghubungi aku bertanya khabar. Kemuncak kesed4ran aku tentang nilai aku di hatinya ialah apabila tiba – tiba aku jatuh s4kit dan terp4ksa tinggal di wad untuk tempoh yang agak lama.

Kebetulan dia baru menerima tawaran kerja di Kuala Lumpur yang membolehkan kami kembali tinggal bersama dan dia menemani aku di hospitaI. Tetapi dia enggan walaupun aku merayu untuk dia menerima tawaran tersebut dan bersama – sama aku sewaktu di hospitaI.

Maaf – hanya itu katanya. Daripada peristiwa – peristiwa kecil yang membiarkan aku menafsir hatinya, sem4kin lama muncul peristiwa – peristiwa besar yang membuatkan aku pasti nilai aku begitu kecil pada dia. Tidak lama selepas peristiwa aku s4kit di hospitaI, dia mendapat tawaran kerja yang lebih baik di Kuala Lumpur dan kami tinggal bersama.

Aku mengharapkan bahagia bersama apatah lagi selepas dikurniakan dua cahaya mata. Tetapi dia sem4kin dingin dan jauh. Perbelanjaan rumah berkira, banyak yang aku bantu dengan duit gajiku. Nafkah memang tiada.

Belanja mengandung dan melahirkan anak – anak aku tanggung sendiri, tetapi aku ditengking kerana bayaran parking kereta yang dirasakan mahal yang perlu dia bayar sewaktu menjenguk aku di hospitaI. Sikapnya dan kepenatan aku menyebabkan aku mula member0ntak dan keras dalam berkata.

Sampailah ke kemuncaknya dia mula mengangkat kaki dan tangan untuk mengasari aku. Ya, inilah impian aku yang h4ncur dan seorang ustaz yang aku harapkan. Aku tidak mampu bercerita dengan lebih terperinci kerana masa yang suntuk.

Cuma apa yang boleh aku katakan, akhirnya perkahwinan kami h4ncur jua. Bukan aku yang mengakhirinya, tetapi dia. Katanya, sejak awal perkenalan kami dia sebenarnya tidak begitu menaruh hati padaku tapi dia berkahwin juga dengan aku kerana j0d0h.

Katanya, sepanjang kami berhubungan jarak jauh dia pernah terpik4t dengan ramai gadis yang ditemuinya di tempat kerja tetapi dia menahan hatinya kerana masih simpati pada aku, maka dia kubvrkan perasaan dia pada orang lain semata – mata kerana aku.

Tapi katanya sekarang ini dia telah menemui perempuan yang benar – benar dia suka di pejabat barunya, seorang ustazah… maka dia perlu lepaskan aku untuk berkahwin dengan perempuan itu. Katanya lagi, perkahwinan aku dan dia tidak boleh membawa dia ke syurga.

Walaupun aku memohon ampun beribu kali atas segala kesilapan dan kesalahanku dan sanggup berpoIigami memikirkan anak – anak yang masih kecil, dia tetap menolak dan akhirnya meninggaIkan aku dan anak – anak.

Begitulah kisahku. Kisah yang membuatkan perspektif aku terhadap nilai hantaran berubah sama sekali. Aku sedar sekarang, ada sebab kenapa ayahku meletakkan hantaran RM10k untukku yang aku rasakan sangat besar pada waktu itu.

Aku tahu ayahku sayangkan aku, jelas terpamer dengan takungan air mata di hujung kelopak matanya sewaktu dia sendiri bersalaman menikahkan aku. Nilai hantaran itu adalah manifestasi kasih sayang dan kerisauan dia untuk melepaskan aku.

Untuk menguji demi memastikan aku diserahkan ke tangan orang yang bersedia bersusah senang dan berju4ng untuk mempertah4nkan aku dan anak – anak aku. Aku yang mengkhian4ti pendirian ayahku untuk meIindungi aku.

Aku yang mengkhian4ti kasih sayang ayahku. Aku yang tersilap. Di saat suami aku (kini bekas suami) menjadikan aku melukut di tepian gantang, tidak peduli makan pakai aku, ibu ayah aku lah yang bertanya khabar dan menghulur bantuan.

Disaat aku ditinggalkan oleh suami aku bersendirian di hospitaI kerana s4kit, ibu ayah aku jugalah yang bersusah payah datang dari kampung menemankan aku di hospitaI. Dan disaat suami aku membuang aku seperti sampah, ibu ayah akulah yang mengutip aku dan memberi nilaian emas kepada aku dengan kasih sayang mereka.

Di saat aku menangis meratapi perkahwinan aku yang h4ncur, ibu ayah aku lah yang bersama – sama menangis dengan aku. Aku menghadapi kemurungan sehingga lupa makan minumku dan sehingga kering susu untuk bayi aku.

Di kala aku hampir pengsan dan anak – anakku bergelimpangan kelaparan, ibu dan ayahku lah yang datang menyelamatkan kami dan membawa aku ke hospitaI.

Mana mungkin ayahku berniat menyusahkan aku dengan nilai RM10k itu. Mana mungkin, sedangkan kasih ibu ayah aku pada aku jauh lebih mahal daripada itu. Mengikut perkiraanku, ceritaku bukanlah kisah kasih yang berubah arah kerana menurut bekas suami aku, sejak awal dia tidak begitu menaruh hati pada aku, hanya berkahwin disebabkan jod0h.

Begitu murah dia meletakkan nilai perkahwinan kami, semurah nilai hantaran yang dia beri padaku. Padanya perkahwinan kami ialah try and error. Enam bulan setelah kami bercerai, dia akhirnya berkahwin dengan ustazah itu.

Lanjutan kes kami di mahkamah untuk menilai nafkah aku dan anak – anak membuka satu rahsia yang dia sanggup membuat pinjaman bank untuk berkahwin lagi kerana kali ini tiada lagi bantuan dan sokongan daripada ahli keluarganya.

Aku tersedar, dia sanggup bersusah – payah mendepani tent4ngan daripada keluarganya, sanggup bersusah payah menanggung hutang kerana perempuan itu. Iya, kalau menghargai pasti sanggup bersusah – payah bukan? Aku yang tersilap kerana ingin terlalu memudahkan hidup dia.

Sebab itu begitu mudah aku disingkirkan. Ini adalah kesilapan aku. Maka ambillah pengajaran agar tidak berulang dalam kehidupan kalian. Walaupun begitu aku masih sedar tentang soal jod0h dan ketentuan Tuhan. Aku juga tidak menentang hukvm, ya benar hantaran tidak wajib.

Tapi pada aku di sebalik nilai hantaran itu ada didikan untuk seorang bakal suami untuk lebih kentaI bersusah payah, menghargai dan bertanggungjawab. Daripada mengeluh dikenakan hantaran tinggi, mengapa tidak menghorm4ti dan berusaha membuktikan kemampuan diri?

Dan dalam kisah aku, ianya adalah lambang kasih seorang ayah yang seorang anak sendiri perlu memahami. Aku juga tidak ada prejud1s terhadap golongan agamawan hanya kerana bekas suami aku ustaz. Allah memberi tazkirah kepadaku melalui dirinya supaya aku tidak mudah tertipu dengan topeng – topeng manusia.

Malah aku kini benar – benar bahagia tanpa dia dan hal ini memberi aku lebih ilmu untuk menasihati anak – anakku di hari muka. – Aku (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Raihanah Mohd : Sama seperti perjalanan hidup saya, apabila kita memudahkan hidup dia sepertinya kita menjadi tidak berharga padanya. Setelah 13 tahun dan punya anak 5, setelah dia bergeIar graduan dan menjadi orang berpangkat.

Sebelum itu semasa berkawin dia hanya kerani sekolah lepasan SPM, boleh dia kata saya ini ibarat 2 garis lurus yang tidak mungkin bertembung, positif – positif yang tak mungkin bercantum. Dah ada anak 5 orang dan sudah berjaya baru nak kata tersalah jod0h dengan saya. 13 tahun kahwin, bercerai akhirnya dan dia kahwin dengan orang yang berpangkat sama dengannya.

Nur Izzati Zulkifly : Aku rasa, sesiapa punlah yang nak kahwin ni, kena ade otak. Aku tengok kisah orang cerai – cerai yang ada dekat media sosiaI ni semua bermula dari kepelikkan per4ngai laki bini yang boleh je di control gunakan akal yang waras. Tak tahu la kan, bila dah kawin nanti memang ko jadi sedikit beng0ng. Maklumlah, sekarang aku ni single, minda tu masih waras sebab tidur tak terganggu.

Sheriffa Fahima : Hantaran tinggi atau rendah tak ade kena mengena dengan bahagia atau d3rita lepas kahwin. Persefahaman selepas kahwin itu yang utama. It takes two to tango. Jika betul – betul sayang bakal suami, kita mudahkan.

Si lelaki pulak bila betul – betul sayang bakal isteri, akan cuba usaha yang terbaik. Akhirnya, 2 point ini akan bertembung pada satu titik dan titik ini dinamakan titik toleransi. Jangan silap faham, aku antara orang yang terima duit dari suami dalam jumlah yang cukup tinggi masa kahwin.

Lebih dari 30k. Banyak lah untuk orang kampung macam aku. Aku tak nak sebut duit hantaran kat sini sebab laki aku bukan warga Malaysia dan bukan tahu istilah hantaran – hantaran ni. Sebab tu aku guna istilah duit kahwin dari suami.

Tak ade perbincangan, tak ade apa. Terus bagi. Jadi, adakah nilai 30k++ tu nilai diri aku? Tak, aku lebih bernilai dari 30k. Tidak ternilai. Adakah 30k tu merupakan manifestasi cinta suami pada aku. Tidak! Rendah jugak. Cinta suami tidak ternilai.

Tak boleh dikira, ia hanyalah nombor. Hantaran tinggi pun ramai juga d3rita. Rendah pun begitu juga. Begitu juga sebaliknya. Tapi ada juga yang berpendapat, kalau d3rita tapi hantaran kahwin dulu tinggi, berbaloi sket. Tu lebih pada perasaan kepuasan hati yang secebis jer lah. D3rita lepas kahwin tu tak terpadam pun.

Alfa Centurii : Perempuan tak payah ghairah sangat nak cari suami ala ala ustaz. Selalunya golongan macam ni lagi bah4ya. Sebab itu kalau belajar sejarah Eropah kenapa gereja boleh hilang pengaruh mereka. Ramai sudah hilang kepercayaan terhadap golongan agama.

Diorang ni kebanyakan narc1ssist. Belajar ilmu tanpa keikhlasan Yang lelaki pulak tak payah nak menganjing wanita sebab memilih bad boy. Bad boys dah tentulah terang terangan ada kejahatan sendiri. Tapi diorang tak berpura pura. Senang cerita la sis, jangan cari lelaki yang kau sangat sayang. Carilah lelaki yang sayangkan kau lebih dari kau sayangkan dia.

Zhu Hkay : Saya pun meletakkan hantaran pada anak perempuan saya. Pada saya kalau benar cinta, kalau benar mahu dia akan berusaha mendapatkan. Begitu juga anak lelaki saya bila pergi meminang di letak hantaran yang tinggi bila anak saya kata ok.

Saya teruskan dan tidak tawar menawar. Pada saya anak orang telah diberi pelajaran tinggi berkerjaya takkan suka – suka kita nak merendahkan mereka. Kalau suka pinang, kalau tengok mereka bahagia, berkerjaya, single jangan di ganggu kalau tak mampu. Kalau boleh bahagiakan mereka lebih daripada itu, pinang la.. Kalau tak, lupakan la cari yang lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.