Ibu mertua suruh saya buat loan beli rumah, tapi dia nak duduk bilik utama, bilik kami di belakang dekat dapur

Ujian hidup untuk saya ialah ibu mertua dan suami. Saya dan suami kerap berg4duh hal remeh seperti kalau saya tak masak atau lipat kain. Paling lama 3 bulan tak bertegur sapa, paling sekejap 4 hari. Mak mertua pula p4ksa saya buat loan untuk beli rumah dekat dengannya dengan alasan takut tinggal sorang, tapi rumah tu dia yang contr0l..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan semoga sihat hendaknya semua. Terima kasih admin jika luahan hati saya ni disiarkan. Maaf, saya tak pandai menulis dengan baik. Hal rumahtangga dan mungkin masalah diri sendiri barangkali.

Umur saya sudah dalam awal 40an. Seorang wanita yang sudah berumahtangga dan dikurniakan 4 orang zuriat dari rahim sendiri. Tahun ini jika diizinkan Allah usia perkahwinan sudah menginjak ke 15 tahun. Alhamdulillah tidak tersangka mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Ujian hidup untuk saya ialah ibu mertua dan suami. Sebelum berkahwin dengan saya suami saya ialah duda beranak 2. Saya terima dengan reda dan memang langsung saya tak ada masalah dengan status duda beliau ketika itu.

Saya menyayangi anak – anak tiri dengan seikhlas hati bagaikan zuriat sendiri. Suami saya ketika itu pekerja swasta biasa manakala saya kakitangan sektor awam bergred 41. Alhamdulillah kini ekonomi kami sem4kin baik dan stabil.

Suami baik dan anak – anak tiri juga baik. Namun saya tak sangka rupanya ibu mertua saya sangat queen contr0l dan sangat memandang status dan wang ringgit. Ibu mertua sudah lama bercerai dengan bapa mertua. Suami mempunyai adik beradik yang lain tetapi suami sayalah yang paling dekat dan paling rapat dengan ibunya.

Tetapi dari segi kewangan, suami saya mungkin yang paling rendah dipandang ibunya berbanding anak yang lain. Saya? saya bukanlah menantu pujaan hati kerana saya datang dari keluarga biasa. Adik beradik saya semua bekerja biasa – biasa saja bukan pegawai dan bukan orang kaya.

Saya dan suami kerap berg4duh. Sejak awal bernikah lagi. Kerap per4ng besar. Kadang – kadang puncanya simple saja – tidak masak, tidak lipat kain. Bukan tiap hari saya tidak masak.. tapi yang sehari tidak masak itu lah yang jadi bahan ungkitan hingga tarik muka dan tidak bertegur sapa sehingga berbulan.

Ye, berbulan. Paling lama kami tidak bertegur sapa ialah 3 bulan. Paling singkat 4 hari. Itu per4ngai suami saya. Kalau berg4duh dia mesti pulaukan saya lama. Berpisah tempat tidur dan keluar rumah wangi semerbak sampai tengah malam baru balik.

Waktu macam tu segala urusan anak saya tanggung sendiri. Walaupun saya ada usaha untuk berbaik dan meminta maaf tetapi dia tetap dengan angin dia tu. Kalau bertengkar dia mesti m4ki hamun saya. Pernah kena tamp4r dan kepala saya ditunjaI.

Saya menyampah bila dia marah saya sampai macam tu sekali dan mend3ra em0si saya cuma punca yang remeh. Berbalik kepada hal ibu mertua tadi. Umur 70an. Bekas wanita bekerjaya dan terpelajar ketika beliau muda.

Ibu mertua memang control anak – anaknya. Pelik pulak sampai anak – anak tu macam dah hilang pertimbangan bila nak menuruti setiap arahan ibu mereka. Bayangkan, setiap kali hari raya adilfitri dan hari raya k0rban semua anak – anaknya wajib beraya dengan beliau dulu pada raya pertama.

Kalau macam saya ni tunggulah raya ketiga atau keempat barulah merasa balik kampung saya. Itupun semua saud4ra mara saya dah balik ke rumah masing – masing atau bertukar giliran ke rumah mertua mereka pula.

Dah lama saya tak berjumpa semua saud4ra mara. Ibu mertua saya juga kuat cemburu bila anak – anak melebihkan isteri masing – masing. Walapun dari sudut nafkah zahir yang menjadi tanggungjawab suami kepada isteri.

Nak mesra – mesra depan dia apalagi muncunglah jawabnya. Mood suami akan berubah secara tiba – tiba kalau mak dia ada dengan kami. Kadang – kadang rasa pelik. Tengah mood ok dan mesra – mesra dia boleh tiba – tiba moody dan berangin tanpa sebab berhari – hari (obvi0usly bukan salah saya lah).

Dulu ibu mertua tinggal seorang diri di rumah dia. Dia tak ada masalah duit sebab memang dia berduit. Tapi kononnya takut dia minta kami tinggal dengan dia tapi bersyarat. Syaratnya saya kena buat loan dan beli rumah dia tu.

Bayaran bulanan sayalah yang bayar sebab loan saya. Kami masuk rumah tu katanya tak perlu bawa apa – apa tapi dia nak duduk bilik utama dan kami di bilik belakang kat dapur. Sebab dia reserve bilik yang lain yang lebih selesa untuk anak – anaknya lain kalau mereka pulang bercuti. Saya tolak.

Saya cakap kat suami saya tak mahu. Ok, terseIamatlah saya dari itu. Suami memang takut kalau kehendak ibunya tak dituruti. Sebab ibunya akan meng4muk dan menyump4h anak – anaknya dengan perkataan ‘kau anak derh4ka’ kalau kehendaknya tak dipatuhi.

Jadinya belilah kami sebuah rumah yang jaraknya dalam 700 meter saja dari rumah ibu mertua. Saya sangat suka rumah tu. Anak – anak juga. Tapi ibu mertua tetap takut. Saya pelik kenapa dia takut sedangkan kalau nak tahu dia seorang yang sangat berani.

Dia dah banyak kali ke luar negara seorang diri dalam usia tua macam tu. Melancong dan pernah berbulan – bulan tinggal di Qatar duduk hostel. Dia boleh drive, sangat aktif, sihat dan sangat pandai bersosiaI orangnya.

Ibu mertua suruh pula kami beli dan pindah di rumah yang selang beberapa buah rumah saja dari rumahnya. Tapi dengan syarat dia akan tidur di rumah kami dan bilik tidur utama dia punya. Hampir nak beli walaupun tanpa kerelaan hati saya tapi alhamdulillah tak jadi sebab owner tak jadi jual. Suami pening.

Maka akhirnya saya berlembut hati juga sebab memikirkan dia orang tua saya beralah dan bersetuju untuk buat loan dan kami berpindah ke rumah lain yang jarak tempat kerja suami ke rumah tu cuma 20 minit dan saya pula struggIe lewat ke tempat kerja hampir setiap hari kerana jauh. Terlalu jauh. Tapi bukan itu isunya. Takpelah saya beralah.

Ibu mertua bijak, dia nak privacy maka diIambaknya duit kepada suami saya tanpa pengetahuan saya untuk renovation rumah buat satu rumah khas untuknya di situ. Jadi memang dapat lah dia sebuah rumah sebesar resort lengkap dapur dan bilik wardrobe di tanah milik saya itu.

Kami jual rumah lama dan rumah lama milik ibu mertua disewakan. Itu satu hal, tapi rupanya tanpa pengetahuan saya mak mertua mengarahkan semua perabot lama kami dibuang dan diberi orang atau sumbat la kat mana – mana ceruk pun sebab ibu mertua nak bawa masuk semua perabotnya dalam rumah saya tu.

Maksud saya bukan di rumah ala – ala resort dia tu tapi di rumah kami ni. Maka telan air liur lah saya kempunan nak menghias rumah sendiri yang dibayar dengan gaji sendiri itu. Menangis bila melihat sofa kesayangan saya yang saya beli dengan titik peluh berharga ribu ringgit terperosok di luar rumah macam tu saja.

Rumah tu autom4tik menjadi rumah ibu mertua, gaya citarasa ibu mertua dan saya tukang bayar loan. Suami saya adalah anak yang menjadi bahan disuruh buat itu ini. Bukan anak kesayangan. Tetapi anak yang paling taat.

Pernah satu ketika saya s4kit dan seminggu di hospitaI swasta, suami memang ada bayarkan bulanan insurans saya. Ibu mertua langsung tak menjenguk saya tetapi bila saya dah discaj, soalan pertama yang ditanya kepada saya ialah “insurans siapa yang bayarkan?”.

Saya memang dah agak dia cemburu bila tahu anak dia bayarkan insurans isteri. Maka sejak hari itu, suami minta saya bayar insurans sendiri sebab dia tak mampu sebab dah kena bayar insurans ibunya yang berjumlah RM1000 lebih setiap bulan (sebab lambat ambil insurans jadi ikut usia m4kin tinggiIah bayarannya).

Takpelah saya telan sebab saya bekerja walaupun s4kit hati melihat suami nak makan di kedai mahal pun takut sedangkan ibunya hari – hari beli barang kat online shop dan holiday ke sana sini sesuka hati. Saya kerap jatuh s4kit. Kerap masuk hospitaI tapi peny4kit yang doktor sendiri tak ada jawapan.

Sudahnya angkara str3ss dan depr3ssion. Ye saya ada depr3ssion. Anak – anak jadi m4ngsa. Saya pernah tumbvk anak dan tarik rambut sebab sangat str3ss dan tension bila suami berg4duh dengan saya, pulaukan saya dan ibu mertua suka mengh1na keluarga saya dan merendah – rendahkan saya.

Apatah lagi bila dah duduk sepagar dengan ibu mertua, gelagat kami bagai diawasi. Baru – baru ni saya masuk wad lagi. Suami tak jenguk saya alasan c0vid19. Oklah sebab saya faham. Tapi saya rasa s4kit hati bila rupanya saya dapat tahu suami berjalan merata dengan ibunya. Berjalan boleh pula.

Saya nak masuk operation room pun tak ada datang untuk redakan hati saya yang takut nak kena 0perate. Tapi saya tak ungkit pun. Saya pend4m. Tapi bila saya dah discaj, hari yang sama ibu mertua buat jamuan panggil semua anak – anak cucunya berkumpul di rumah saya.

Yang tukang masak? saya lah walaupun badan masih s4kit kesan 0perate. Berhari – hari lak tu datang bertandang tidur. Nak rehat memang tak adalah. Yang jadi kuIi? saya dan suami lah. Suami suruh saya rehat tapi ibu mertua menjeling dan autom4tik suami saya bad mood dengan saya.

Ipar duai dan menantu kesayangan yang kaya duduk saja basuh pinggan sendiri pun tak buat. Kalau buat pun mesti ibu mertua bising sebab diorang tu kami kena layan macam raja. Kenapa saya mengadu di sini? sebab saya dah rasa saya memend4m hingga sampai satu tahap saya dah mula terdengar bisikan untuk menced3rakan ibu mertua.

Kadang – kadang saya dah mula berkasar dengan suami dan anak – anak terutamanya. Saya rasa saya bukanlah diri saya seperti dulu. Saya dah mula jauh dari Allah sebab selalu rasa kenapa saya yang dipilih untuk ujian ni. Saya mula abaikan solat.

Saya nak kembali pada Allah. Saya pernah minta suami untuk tinggal berasingan. Maksudnya dia tinggal dengan ibunya dan saya dengan anak – anak tinggal di rumah lain. Lagipun ibu mertua selalu cakap dia nak anak – anaknya semua single supaya boleh fokus kepada dia seorang.

Untuk makluman, semua adik beradik suami saya ada sejarah penceraian dari perkahwinan lama mereka. Tetapi idea saya untuk tidak bercerai tetapi kami berdua tinggal berasingan ditolak mentah oleh suami. Saya tak mahu runtuhkan rumahtangga ni sebab masih melihat sisi baik suami menolak tepi sikapnya yang moody (dengan saya je) saya umpama pvnching bag suami.

Saya tahu sebenarnya dia str3ss dengan per4ngai ibunya sebab dia pernah menangis depan saya beritahu ibunya sendiri mengaku tidak sayangkan dia. Tapi dia usaha untuk jadi anak yang taat sehingga saya sebagai isteri yang banyak terk0rban disebabkan ibunya.

Saya tak mahu suami berd0sa derh4ka pada ibunya dan saya juga tidak mahu mengumpul d0sa lagi sebab sekarang saya memang langsung tak boleh tengok muka ibu mertua saya sejak ibu mertua mengeluarkan ayat umpama pengh1naan kepada saya dan keluarga saya.

Tetapi ibu mertua bukan Iawan saya. Malah dari sudut agama pun dia bukan Iawan saya dan dari sikap angkuh dan pentingkan diri sendiri ibu mertua memang saya tahu saya tetap tak boleh menang. Saya mahu keluar dari em0si yang tak sihat ini.

Saya sayangkan anak – anak dan takut saya menced3rakan mereka. Tapi saya sayangkan suami juga. Sekarang ni bila suami start moody dan mula men3ngking saya, autom4tik badan saya menggigiI, dad4 rasa sangat cemas dan sukar bernafas.

Saya dah tak boleh nak buat tak tahu saja dan tunggu dia ok baru kami berbaik semula as usual. Doakan kebahagiaan saya dan anak – anak. Tolong doakan saya ditetapkan iman hanya kepada Allah SWT. – JANNAH (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hanan Hanani : Belajar la sis jadi keras jangan lembik sangat. Saya ni, kakak ipar asyik duk perIi – perIi saya pun saya ugvt cerai dengan suami. barulah kak ipar tu senyap. Saya tak retilah jadi lembik – lembik asyik kene pij4k ni! Jual rumah tu kalau dah jual atau berpisah jangan jadi lembik tak nak tuntut harta awak tu kononnya kesian atau kononnya mengalah.

Seumur hidup tu panjang, tolongla sayang diri sendiri takkanlah nak biarkan diri sendiri s4kit disebabkan orang lain. TOLONG JANGAN LEMBIK! Satu lagi kesilapan sis, sis sayang suami tapi sis macam tak sayang Allah. Kita hidup nak Allah sayang kita, barulah yang lain – lain akan sayang kita.

Solat jangan tinggal. Kalau rasa suami tu buat sis jauh dari Allah pilihlah jalan yang terbaik. Minta transfer ke apa, at least kita tenang dan dekat dengan Allah.

Kloe Kloey : Pulangkan balik suami tu ke pangkuan maknya. Kenapa nak mengani4ya diri sampai depr3ssion. Jual jer rumah tu. Kalau saya awal – awal lagi dah bye bye. Suami pun tak kisah pun dengan puan confessor, buat apa nak kisah kat dia. Biar jer dia mereput bawah ketiak mak dia. Hang tumbvk anak buat apa? Patut tumbvk laki hang tu. Jangan lemah sangat.

Nor Arfa : Mak mertua awak tu, satu je ubatnya, Iawan cakap sampai dia tak ade suara nak marah awak. Abaikan dia buat sampai dia tak wujud. Duit awak hak awak, walaupun suami, tak boleh masuk campur, inikan pula mak mertua. Suami awak nak jadi anak yang taat kan, suruh laki awak duk dengan mak mertua awak.

Awak cari rumah lain sebab awak buat loan dan atas nama awak, jadi dipersilakan jual semuanya. Sebelum jual, siap – siap cari rumah lain.. Cab4r setiap keputvsan mak mertua. Keluarlah dari hubungan t0ksik ni, demi diri awak.

Farah Adibah Ibrahim : Janganlah marah atau geram dengan confessor. Dia sudahlah depr3ssed, tak perlu lagi baca ayat yang memarahi dia. Kepada Puan confessor, saya bersimpati dan berharap puan menemui jalan penyelesaian kepada Ujian Allah ini.

Berjumpalah dengan kaunselor sebelum menjadi sem4kin par4h. Puan boleh menelefon Talian Kasih, atau melawat pejabat agama, LPPKN, dan JKM untuk bantuan pegawai psik0logi. Saya doakan yang terbaik untuk Puan.

Nor Hidayah : Awak memang dipergunakan sungguh. Dah buat loan atas nama sendiri, rumah orang lain pulak yang berkuasa. Yang laki tu pulak, asal mak die jeling dan tarik muka dah moody dengan isteri, pulaukan isteri.

Kalau saya lebih baik jual je rumah tu dan beli rumah lain yang dekat dengan tempat kerja senangkan diri sendiri pulak dari nak senangkan orang yang tak reti besyukur. Mak mentua pulak, ubah – ubah la per4ngai, anak awak tu dah kahwin, biarlah dia bahagia dengan isteri tu cara mereka untuk bina hidup.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.