Isteri selalu cakap dia dah makan tapi dia hanya berlakon depan aku. Hari ke-5 muka dia pucat terus aku bawa ke hospitaI

Masa umur anak kami setahun setengah, doktor sahkan dia ada tum0r dan hanya mampu bertahan beberapa bulan. Selepas seminggu kami sambut ulangtahun anak kami yang kedua tahun, dia pun hembuskan nafas yang terakhir. Isteri aku meraung, menangis tapi takde airmata..

#Foto sekadar hiasan. Salam para pembaca. Mungkin ramai di antara yang selalu anggap ‘masa akan mengubati segalanya’ dan lain – lain. Aku dengan isteri aku kahwin muda, waktu umur 22 tahun. Sambil belajar sambil ada part time kerja dan setiap bulan boleh dapat 2 – 3 ribu our combine salary.

Habis degree aku pun kerja. Kerja 9am – 5pm, kerja part time dan satu kerja weekend. Isteri aku pun sama, tapi habis degree dia terus sambung master sebab dia memang ada impian nak sambung sampai ke phd. Beberapa tahun selepas berkahwin, isteri aku pun pregnant dan 8-9 bulan kemudian bersalin.

Waktu ni memang kami berdua dia punya happy tak dapat nak describe macam mana. Anak pertama kami pun lahir dan dinamakan shahid. Kehidupan kami bertiga berjalan lancar sampai umur anak kami Shahid masuk 1 tahun setengah.

Shahid s4kit, selepas sebulan lebih keluar masuk hospitaI. Akhirnya doktor sahkan shahid ada tum0r dekat complicated location. Lepas hampir berbulan bukan setakat Malaysia tapi pergi luar negara. Kalau buat operation chance dia memang lower than 20%.

Akhirnya doktor ni tenangkan kami dan bagitahu yang anak pertama kami Shahid cuma mampu bertahan untuk beberapa bulan. Isteri aku bila dengar dia memang collapse terus. Bila dia bangun menangis depan aku cakap shahid kecik lagi dia tak tahu apa – apa lagi.

Kau bayangkan anak aku baru setahun lebih. Banyak benda yang dia tak tahu. Bercakap pun setakat baru beberapa patah perkataan tapi kami dapat tahu dia cuma boleh bertahan untuk beberapa bulan. Saki baki bulan tu aku dengan isteri tak kerja.

Duduk sebeIah katil anak kami dengan machine semua. Isteri aku setiap hari berbual tunjuk toys dia nanti nampak dia senyum, ambil gambar. Setiap hari memang hari air mata. Kami berdua ni nak tidur pun tak dapat sebab takut kalau Shahid pergi waktu kami tengah tidur.

Masuk umur 2 tahun kami celebrate. Celebrate hari jadi pun dengan air mata. Selepas seminggu umur anak kami Shahid masuk 2 tahun. Anak aku hembuskan nafas terakhir 5 mei 2014. Waktu ni memang kami berdua meraung dalam bilik, isteri aku paling teruk.

Aku dengar dia nangis memang remuk. Sebab tangisan dia tu terlalu broken. Air mata tak ada cuma ada jeritan. Selepas selesai majlis kebvmian. Isteri aku pandang aku sambil cakap,“Shahid baru 2 tahun dia tak tahu apa lagi, sekolah pun tidak, berjalan pun tak puas, bercakap pun belum lancar, kawan pun belum ada” aku cuma mampu pegang tangan dia dan cakap sabar, kita kena kuat.

Sebulan pertama pemergiaan anak kami memang bulan yang paling berat. Nak telan makanan pun terIampau berat. Kaki aku ni nak melangkah satu tempat ke satu tempat pun tak mampu. Isteri aku setiap hari dia akan tidur bergelumang dengan baju dan gambar anak kami.

Waktu ni ada kawan, saud4ra mara. Mak aku mak mertua aku bagi kata – kata semangat kena terus kuat. Isteri aku bercakap memang payah. Dia memang dah total collapse. Sebab dia yang pregnant bawa dalam perut 9 bulan.

Dia juga yang melahirkan. Dia juga yang pilih nama. Lepas bulan ke-3 aku pun cakap dengan isteri aku. Kita pergi treatment, keadaan dia m4kin lama m4kin teruk. Makan sehari sekali dengan kuantiti yang sikit sangat. Setiap hari dia akan duduk dengan gelumang baju anak kami sambil belek gambar.

Waktu nak makan dia akan termenung bila aku tegur “sayang makan dulu” nanti dia akan cakap “anak kita kecik lagi, baru 2 tahun”. Aku pun yakin-kan dia cakap kena pergi buat treatment. Aku takut condition dia akan jadi worse, tapi isteri aku tolak.

Dia cakap beri dia masa lagi. Aku pun cakap okay tak ada masalah. Tapi waktu ni entah kenapa isteri aku ni dia ada satu anger issue yang selama ni aku tak pernah nampak. Ada sekali aku tengah duduk dia tiba – tiba marah.

Terus terang selama aku kenal, berkahwin dan ada anak. Isteri aku memang jarang marah. Kalau dia nak marah few second lepas marah confirm dia akan ketawa. Tapi kali ini bukan, memang pure anger. Aku tenangkan dia tanya kenapa.

Tapi dia cuma cakap sorry dan masuk bilik. Benda ni tak lama cuma setakat seminggu. Aku pun setiap malam sebelum tidur akan urut kepala dia, leher dan tanya hari ni macam mana okay ke tidak. Selalunya setiap malam isteri aku akan tunjuk gambar anak aku.

Nanti dia nangis dah penat baru boleh tidur. Kalau tak memang dia tak akan tidur. Isteri aku selalu tanya aku macam mana anak kita boleh ada tum0r. Dia siap assume kalau dia lahirkan Shahid setahun awal atau setahun kemudian mungkin anak kami tak kena tum0r.

Dia siap ajak aku pergi buat medical check aku pun ikut dan doktor sahkan yang kondisi kami berdua ni elok. Keadaan isteri aku m4kin teruk setiap hari kalau macam aku k3jut dia sedar. Tapi dia tak bangun dari katil. Setakat tengok dekat ceiling.

Dah dalam sejam dua jam baru dia akan bangun. Itupun dia akan duduk atas tilam agak lama. Selalu aku tanya “sayang okay?” Dia cuma jawab okay cuma penat sikit. M4kin hari m4kin teruk. Bahagian ni mungkin silap aku, aku ingatkan yang isteri aku dah okay sebab dia boleh ketawa dan senyum.

Tapi tidak rupanya waktu ni m4kin teruk. Isteri aku selalu cakap dia dah makan. Tapi sebenarnya tidak dia cuma berlakon depan aku yang dia makan. Dah masuk hari ke-5 memang dah pucat teruk baru aku perasan dan bawa terus ke hospitaI.

Doctor pun kasitahu yang isteri aku ni sebenarnya starving. Cuma minum makannya tidak. Isteri aku pun lepas hampir sehari dia bangun buka mata. Dia pandang aku dan minta maaf sebab pentingkan diri. Aku pun cakap it’s okay we will go through this together.

Jadi minggu seterusnya lepas dah keluar hospitaI. Isteri aku cakap dia nak pergi travel aku cakap okay tak ada masalah. Mulanya aku ingat dia nak pergi luar negara. Tapi dia cakap dalam Malaysia. Kami pun travel pergi singgah tempat yang macam boleh tinggal memori.

Ada yang kedai makan atau tourist place yang boleh tinggalkan piece of photo untuk memori macam “I’m here” jadi isteri aku bawa family photo kami bertiga. Pergi johor dia letak, pergi melaka dia letak, negeri lain pun dia letak.

Jadi bila dah menjelajah satu Malaysia. Isteri aku pun bagitahu nanti setiap tahun kita boleh pergi melawat tempat yang kami pernah pergi. Sekurang – kurangnya ada memori kami bertiga. Bila balik isteri aku cakap dia nak rehat dalam seminggu dan akhirnya kembali bekerja.

Tahun 2022 kami dah ada dua orang anak. Lelaki dan perempuan. Dah besar dan dah bersekolah. Setiap kali cuti mesti akan melawat tempat yang kami letak memori gambar tersebut. Unfortunately, hampir separuh dari tempat tu tutup jadi gambar tu pun hilang jadi kenangan.

Tapi tempat lain ada lagi. Setiap kali kami travel macam pergi luar negara mesti akan bawa gambar. Nanti isteri aku akan letak gambar kami satu family dengan gambar anak pertama kami sekali. Dari luar orang nampak isteri aku kuat tenang dan tabah.

Tapi kadang – kadang tu waktu malam sebelum tidur dia baring sambil imagine macam mana anak aku kalau masih hidup, pergi sekolah, ada kawan dan jadi abang dan setiap kali itu juga dia akan meraung menangis dan tertidur. – Riduan & Aishah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Adam Sole : Fikirkan yang baik – baik. Anak tu ahli syurga. Kita usaha nak masuk syurga. Nanti kita akan bertemu dengan anak itu. Di dunia ni memang takkan bertemu dengan anak tu. Nangis air mata d4rah pun takkan jumpa dia. Alhamdulilah you guys dah ada pengganti anak tersebut. Didiklah yang ada tu baik – baik. Yang dah takda tu Allah dah ambik semula lepas bagi pinjam.

Rosma Nik Abdul Aziz : Sedih memang sedih sangat bab kehilangan anak sulung. Saya dapat merasai dan memahami jiwa tt. Bila baca ni terkenang sejarah lama. Saya juga diduga dengan takdir kehilangan anak sulung baby usia 5 bulan.

Menghembuskan nafas terakhir dalam peIukan saya akibat komplikasi paru – paru 25 tahun yang lalu. Setelah kehilangan anak sulung saya diduga dengan masalah kesihatan tidak boleh mengandung. Selama 4 tahun berusaha, Allah bagi rezeki 2 orang anak yang dilahirkan Cser disebabkan pelbagai komplikasi ketika mengandung.

Umur 29 tahun sudah diik4t peranakan sebab risik0 yang tinggi jika mengandung. Alhamdullilah ada sepasang. Bukan sedikit air mata tumpah tapi kena kuat dan yakin dugaan ini mungkin salah satu asbab untuk saya ke syurga mu Ya Allah. Moga Tt sabar menempuh ujian ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.